PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, January 19, 2010

23 Perkara Yang Dilarang


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 23 perkara tersebut yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri :


  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t.

  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

  4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

  6. Jangan makan tanpa membaca Bismillahhirrahmannirahim dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

  8. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

  9. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

  10. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

  11. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

  12. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

  13. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

  14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

  15. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

  16. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

  17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan Allah s.w.t.

  18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

  19. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

  20. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

  21. Jangan lupa membaca Bismillahirrahmannirahaim dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

  22. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNya.

  23. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui.

7 comments :

  1. Satu perkara yang dilarang yang lumrah berlaku dikalangan orang berpolitik tika ini adalah:

    Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

    10SBH harapkan satu hari nanti,apabila sifat ini tidak lagi menyelubungi dunia politik Malaysia.Insyallah, Malaysia akan aman damai selamanya.

    ReplyDelete
  2. Salam 10SBT terima kasih kerana memberikan komen di rungan ini, saya hargai, sikap orang bohong ini dinamakan fasik selain dari munafik, mereka ini tidak layak menjadi saksi dan juga tidak layak berhujah kerana mereka ini berbohon, mereka juga tidak sesuai dijadikan wali dalam perkahwinan anak dan sebagainya

    ReplyDelete
  3. Salam Ustaz, 10SBH la ustaz.. :)

    Ye ustaz,saya setuju.Tp berbalik ustaz kata tidak layak berhujah tu,jika seseorg yg berbohong itu berhujah juga sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai.Apa hukumnya ustaz?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih 10 SBH, kalau orang bohong dosa dan orang itu adalah fasik dan cakap2nya kita tak boleh percaya. berjuanglah menegakkan kebenaran

    ReplyDelete
  5. Sama2,

    Insyallah, Allah akan tunjukkan yang mana jalan kebenaran dan yang mana menuju kesesatan kepada ahli politik sebegini.Sama2 lah kita doakan..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Dengan izin Allah, kebenaran akan terbuka juga walau cuba ditutup.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG