PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, January 29, 2010

Apa Cerita Dengan Melayu Islam Sekarang????



Banyak berita yang mengemparkan penduduk Malaysia, terutamanya penduduk melayu Islam dengan berbagai kes samun dan pembunuhan. Kes jenayah seperti ini sering dan kerap kita dengar di dada-dada akhbar dan media. Adakah ini semua bala Allah yang diturunkan kepada umat manusia umumnya yang semakin terhakis keimanan mereka. 20 tahun dahulu susah dan jarang kita dengar kes-kes samun atau bunuh seperti sekarang. Kehidupan manusia hari ini musnah disebabkan ketamakkan, kerakusan, kejahatan dan kebodohan manusia itu sendiri.


Jenayah semakin berleluasa dan banyak penyakit sosial melanda melayu Islam kita yang semakin parah. Kenapa perkara ini semua berlaku? Jawapannya ialah disebabkan manusia sekarang jauh dengan agama Islam, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral kurang ditekankan di semua peringkat masyarakat. Malah subjek Pendidikan Islam ini dijadikan mata pelajaran sahaja, bukan sebagai penghayatan.

Kebanyakan keluarga melayu Islam tidak mementingkan pendidikan Islam, mereka hanya menekankan pendidikan sains, matematik, bahasa inggeris dan sebagainya untuk anak-anak mereka lulus dalam peperiksaan untuk masuk ke universiti. Mereka rasa semua ini sudah cukup dan berjaya mendidik anak-anak mereka. Tetapi mereka lupa semua yang mereka tekankan dan pentingkan itu merupakan luaran atau intelektual sahaja, ilmu-ilmu ekademik semua merupakan ilmu keperluan jasmani sahaja untuk mencari kedudukan atau mencari makan dan minum sahaja. Maka dari sinilah masalah-masalah sosial makin meningkat dan makin berleluasa. Timbul berbagai jenayah yang baru seperti mat rempit, black mettal, skinhet, dadah dan sebagainya. Semua ini melibatkan muda mudi Islam atau melayu Islam.


Jarang kita dengar bangsa Cina dan India terlibat dengan jenayah seperti ini. Kebanyakannya semua dari orang melayu Islam. Kes buang anak di dalangi oleh remaja melayu Islam, dadah mejoriti melayu Islam, mat rempit melayu Islam dan semuanya melayu Islam. Apa yang perlu dibangakan kepada melayu Islam. malah melayu Islam telah mencemarkan maruah Islam yang suci.

Jika perkara ini tidak dibendung, kemungkinan 10 atau 20 tahun negara kita tergadai kepada bukan melayu, kerana orang melayu terlibat dengan jenayah dan mempunyai pendidikan tidak tinggi sebab merempit, dadah dan sebagainya. Bagi sesiapa yang berkeluarga dan mempunyai anak, tanamkan roh Islam ke dalam jiwa anak semasa di dalam kandungan lagi, kerana tarbiah Islam itu ialah tarbiah jiwa dan raga dan perlu diterapkan dari kandungan hingga liang lahat (kubur). Apabila anak berumur 7 tahun ajak ia sembahyang, menutup aurat, memperkenalkan perkara yang benar dan salah di sisi undang-undang Islam dan negara. pukullah anak yang tidak mahu solat, menutup aurat, melakukan kesalahan sepertimana yang telah diajarkan Islam, bukan pukul mengikut nafsu dan marah terhadap anak.

Anak-anak dididik atau diajar dengan penuh suasana Islam, saya yakin jika diizinkan Allah anak-anak tersebut tidak akan melakukan perkara kesesatan atau jenayah, kerana mereka mengetahui batasan Islam. Negara juga akan kembali aman dan tidak lagi kita dengar masalah-masalah sosial dari kalangan melayu Islam. Kesimpulan mudah mari kita berpegang kepada syiar Islam, maka hidup kita dan keluarga kita akan bahagia di dunia dan di akhirat.

4 comments :

  1. Salam, dalam masyarakat Islam, minum arak, berjudi, khalwat dll adalah maksiat dan kesalahan. Manakala bagi masyarakat bukan Islam, mereka mempunyai pandangan sendiri tentang perkara tersebut. Sebagai contoh khalwat bukanlah satu kesalahan bagi mereka. Bercumbu di khalayak ramai pula adalah satu kebanggaan bagi mereka dan bukannya kesalahan. Sebab itu bila kita bincangkan tentang masalah sosial dalam masyarakat Islam, jangan sesekali kita bandingkan dengan yang bukan Islam.
    Sesuatu kesalahan jika dihebahkan beberapa kali, mungkin 100 kali, mungkin berkali-kali dalam 1 tahun atau 5 tahun atau beberapa tahun, lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan. Menjadi perkara yang biasa didengar dan menjadi perkara lumrah dalam kehidupan. Hingga akhirnya apabila ia dilakukan, seseorang tidak merasakan ia sebagai satu kesalahan. Inilah sebahagian peranan media yang seharusnya mendidik masyarakat. Dengan menghebahkan masalah-masalah sosial dalam masyarakat akan memberi kesan sebagaimana turutan di atas. Kesalahan menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi tabiat.
    Salam ...

    ReplyDelete
  2. Saya bukan skinhead dan black metal,
    saya shuffler...
    biar saya terang kan,
    skinhead bukanlah jenayah,ianya satu komunity muzik Punk/Skins yg slalu melepak di konsert/gig muzik...komunity diorang akan botak di sesetengah bahagian kepala...x salah pun...

    Black metal mmg lah jenayah sbb ia hina tuhan,
    tapi utk genre2 muzik lain seperti Hardcore/punk/scream,kita x boleh mengatakan ia nya black metal hanya kerana suara nyer keras...
    kene tgk lirik dulu...

    err..ustaz bg link yg pasal shuffle tu,x jumpe err,x abes lg kes tu...untuk saya...

    ReplyDelete
  3. pemimpin hri ni sibuk politik..camna nk jaga rakyat..

    ReplyDelete
  4. Rakyat malaysia ade berapa juta org....kenapa nak harapkan pemimpin? Mak bapak kan ade, so ajar & didik lah anak2 dgn sebaik mungkin. Awasi pergerakan mereka, kenali siapa kawan2 mereka. Dari kecik disiplinkan mereka. Satu lagi org2 melayu ni jarang nak ambik tau pasal pelajaran anak2. Org2 cina memaksa anak2 mereka belajar dgn bersunggug2. Di mana2 sekolah pun, pelajar2 cina memenuhi kelas2 yg pandai. Mereka tak ade di kelas yg tercorot. Anak2 saya galakkan mereka berkawan dgn cina supaya berlumba2 belajar dgn merreka. Di rumah pun setiap hari saya memeriksa & menolong mereka membuat kerja sekolah. Sebab tu anak2 saya semuanya berjaya dlm pelajaran belajar sampai luar negara. So, ibu2 bapa melayu semua, tolonglah awasi anak2 anda dari segala segi, lebih2 lagi pelajaran. Bangsa lain duk berlumba2 nak maju, jgn biarkan generasi kita terbiar di belakang.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG