Salam perjuangan kepada semua muslimin dan muslimat, saya doakan kepada anda semoga mendapat nikmat kesihatan dari Allah untuk anda meneruskan kehidupan di dunia ini dengan keluarga tersayang. Apa-apapun kehidupan di dunia ini adalah untuk memperolehi kebahagiaan yang dituntut oleh Islam iaitu kebahagian di dunia dan di akhirat. Tergerak hati saya untuk menulis satu artikel berkaitan dengan pakaian wanita yang sekarang ini semakin bergaya dengan fesyen yang dinamakan busana muslimah. Sebagai seorang ustaz dan pendakwah saya wajib menyampaikan perkara yang hak untuk kebaikan semua umat Islam.
Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.
Saya hairan kadang-kadang ada wanita yang bergelar ustazah yang berpakaian tidak mengikut syarak Islam. Bagaimana dia hendak menyampaikan seruan Islam kepada umum sedangkan dia juga berpakaian tidak ikut syarak. Sejak kebelakangan ini, pakaian menurut Islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. Islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sepertimana firman Allah : “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”.
Ada setengah wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepala bertudung tetapi lengannya terbuka (pakai baju tangan pendek). Ada pula kain tebelah sehingga menampakkan kakinya, tetapi kepalanya bertudung. Ada yang bertudung Wahida atau Wardina tetapi dihiaskan dengan keronsang-keronsang yang berkilau serta berbaju kilat sehingga dapat menarik pandangan orang lain. Di kampung, ramai wanita keluar dari rumah untuk menjemur pakaian atau sapu sampah dikawasan rumahnya hanya bertudung atau diletakkan sehelai kain dikepalanya dan kakinya tidak berstokin.
Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Percayalah dengan pakaian yang sempurna dapat menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat, perbuatan keji dan mungkar. Wanita perlu ambil berat masalah ini, kerana takut diri mereka menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini. Banyak kes-kes pencabulan, rogol dan sebagainya adalah disebabkan wanita berpakaian yang menarik dan menjolok mata.
Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia. Sesungguhnya anda akan dipelihara oleh Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa, Rabiatul Adawiyah. Di bawah ini saya masukkan gambar busana muslimah yang menepati syariat Islam sebagai rujukan kita bersama.

Bertudung dan berpakian sebagai adat bukan menurut Islam

Bertudung dan Menutup Aurat sepertimana Dikehendaki Oleh Syariat Islam

info yang cukup berguna dan
ReplyDeletepatut dibaca oleh semua wanita
bertudung diluar sana...
Salam terima kasih bagi komen, saya harap artikel saya ini berguna kepada semua umat Islam yang salah faham terhadap aurat dan etika bertudung menurut Islam
ReplyDeleteSalam Ukhwah dari 10SBH untuk Ustaz dan semua pembaca..
ReplyDeleteSaya harap artikel ini dapat dibaca oleh semua bloggers di 10SBH.
Tidak kira Isteri,Anak atau Ibu Pemimpin sekalipun,tanpa mengira darjat dan keturunan,jika seseorang yang mengucap 2 kalimah shadahah,maka hendaklah dia menutup aurat.Betul Ustaz?
Jadi harapan 10SBH agar komen-komen dari Pembangkang berkenaan Isteri-isteri pemimpin yang tidak menutup aurat dapat diambil iktibar dari artikel ini.Insyallah,dunia selamat,akhirat selamat.
10SBH harapkan artikel2 Islamik sebegini bukan sekadar bacaan,tapi dipraktikkan oleh semua pembaca-pembaca dan bloggers sendiri.Sudah pasti anda semua kalau tidak beristeri pun,ada kakak atau adik perempuan untuk dinasihatkan menutup aurat betul?
Salam Perjuangan.
Salam Ust,
ReplyDeleteYang sering diperkatakan oleh rakyat Malaysia sekarang ialah 'Badak Pintar' tu...kah kah kah
Dia merasa dirinya amat besar dan takabur. Sepatutnya dia menunjukkan contoh pada orang lain.
Habis kalau dah macam tu, bagaimana orang dari bangsa dan agama lain nak menghotmati Islam.
Salam terima kasih atas perssoalan ini, Budak pintar yang di UK itu ke? yang sekarang ini menjadi pelacur dan mengaku kata dia lebih bahagia dan puas dengan kehidupan keji itu ke?
ReplyDeleteItulah yang dikatakan individu yang thoqut,munafik dan fasik, individu seperti ini yang banyak memberikan gambaran negatif terhadap Islam. Sepatutnya individu ini perlu diambil tindakan yang tegas dan kita sebagai umat Islam wajib mengembalikannya kepangkal jalan atau membendung masalah ini.
assalamualaikum ustaz,,,, saya ingin mengajukan satu soalan kepada ustaz. dan saya harap ustaz dapat jelaskan dengan lebih ditir lagi tentng niqab. saya tahu niqab merupakan sunnah dan tidak wajib dipakai tetapi salahkah,,jika wanita ingin memakai niqab. ? mcm mn kita nk yakinkan kepada ibubapa bahawa pemakaian niqab pada masa kini amat baik? dan bagaimana nak yakinkan ibu bapa tentang pemakaian niqab bagi ibubapa yang tidak membenarkan anak-anaknya memakai niqab?
ReplyDeleteNiqab ini adalah pakaian sunnah dan tidak wajib dipakai, bagi saya jika wanita itu menutup auratnya dengan sempurna iaitu mengikut syarak tetap juga berlakunya fitnah dan ramai lelaki menilainya cantik menurut nafsu, maka wajib ia memakai niqab untuk mengelakkan fitnah dan perkara-perkara buruk berlaku.
ReplyDeletepakaian yang wajib tidak perlu mendapat izin suami atau ibu bapanya, kerana ini merupakan tuntutan syarak dan tuntutan dari Allah. Jika masalah ini lebih baiklah mentaati perintah kedua ibu bapanya contohnya seperti orang sedang membaca Al-Quran jika dipanggil ibunya wajib berhenti membaca Al-Quran dan sahut panggilan ibu dan ayahnya.
Pendapat saya untuk menyakinkan kedua ibu bapa anda ialah dengan cara menceritakan perkara yang benar dan kenapa perlunya memakai niqab. ceritakan kebaikan izin ibu bapa apabila memberi izin memakai niqab. niqab juga dapat menghalang dari berlakunya perbuatan maksiat dan dipandang orang-orang yang berkeinginan jahat dan banyak lagi.
mohon izin dari ustaz.. saya nak copy n3 ini :-)
ReplyDeleteSALAM...USTAZ...IZINKAN SAYA COPY...TAZKIRAH INI...SYUKRAN JAZILAN
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteAmbillah saya benarkan, saya alu-alukan sebab anda semua bersama saya untuk menyampaikan dakwah kepada umat.
salam ustaz,
ReplyDeletesaya juga mohon izin untuk copy entry ni di blog :)
saya nak baca yg dalam risalah tuh...xnampak la..
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz,
ReplyDeletesaya mohon izin copy artikel ni =)
Salam Ambillah saya benarkan, tetapi mohon masukkan rujukkan asalnya. Ambillah saya benarkan untuk sampaikan kepada semua.
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustaz, mengapa agak susah nak bagi nasihat dan klu dah beri nasihat lain pulak reaksinya.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteKeje baik mestilah susah sebab itulah kejayaan kalau kita dapat hadapinya dengan tabah dan keimanan yang teguh, biar riaksi manusia negatif sebab kita buat kebaikan, tetapi baik di sini Allah, dalam hidup ini kita cari keberkatan dan keredhoan Allah. dan dalam masa yang sama kita dapat redho manusia yang baik..
Sebab tugas kita, tegur dan selebihnya tawakal, kalau dia tak mau dengar itu dia dengan tuhan, kita dah lepas tanggungjawab..
Allah letakkan kejayaan manusia hanya dalam agama....bila hati terdetik pada perkara yang baik, Allah mudahkan jalannya...
ReplyDeleteMemang banyak memperkatakan tentang aurat wanita dan cara berpakaian yg sebenar. Alhamdulillah, sedikit sebanyak menjadi panduan dan kesedaran kpd wanita. Soalan saya, bagaimana dgn cara pemakaian kaum lelaki yang sebenarnya ya ustaz, bg saya lebih sopan jika berpakaian seperti imam masjid negara spt dlm sbyg dan khutbah jumaat di TV juga menutup bahagian sulit lelaki.
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletesaya ingin bertanya mengenai wanita yang dilarang bertudung seperti di negara luar.
adakah ia dibenarkan di dalam islam?
terima kasih.
Salam. Saya hairan kemana perginya komen saya. Kenapa dibuang? Tidak logikkah cadangan2 yang saya buat/beri?
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteDilarang atau tidak mesti kena pakai sebab itu telah termaktub dalam dalil yang qat'i.
Anonymous terakhir :
Saya tak buang komen anda, mungkin komen anda masuk dalam spam kot..
salam ustaz..minta kbenaran utk kongsi
ReplyDeletesalam ustaz....mintak k'benaran utk kongsi...
ReplyDeleteustaz, macam mana pula dengan yang ni Menutup aurat bukan Membalut aurat. | ! !shahjiehan [dot] com ! !
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteBetullah tu apa masalahnya?
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSaya ingin tahu, adakah lafaz "kita buat haluan masing-masing" merupakan talak kinayah?
Assalamualaikum..
ReplyDeleteustaz saya ada copy sedikit info dalam entry ini. mohon ustaz halalkan ilmu ini.
credit utk ustaz
assalamuaikum ustaz.. fotonya tidak jelas sama sekali.. tulisannya tidak bisa di baca.. bagaimana cara men zoom tanpa membuat tulisan pecah ya :)
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz.boleh ustaz terangkan pula aurat wanita bersama abg iparnya?adakah sama?dan adakah tudung sarung trend sekarang ini menutup aurat?jika kita ingin menyidai kain,adakah kita kene memakai stokin?
ReplyDeletemaaf ustaz. shukran jazilan.
assalamualaikum ustaz amin. ada dua soklan yg ingin saya tanya kpd ustaz.
ReplyDelete1- perlukah kite memakai stokin ketika menyidai baju , menyiram bunga dan membasuh lantai di luar rumah.
2- begitu juga ketika berada didalm rumah yg mane abg2 ipar dtg dan ade sekali dgn kita. perlukah kite memakai stokin?