PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, January 20, 2010

Ciri-ciri MLM Syariah


  • Produk yang dipasarkan hendaklah dipastikan benar-benar halal, Thayyib (berkualiti) dari semua aspek dan terhindar dari syubhah.

  • Akad antara pihak penjual (al-Ba'i) dan pembeli (al-Musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (at-Taradhi), tidak ada paksaan dan manipulasi.

  • Sistem urusniaganya hendaklah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat jual beli sebagaimana yang terdapat di dalam hukum fiqh.

  • Produk/barangan tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar (yang tidak lari jauh dari harga pasaran mengikut kualiti sebenar).

  • Sistem perniagaan yang dijalankan benar-benar memperdagangkan barang/produk (yakni menjalankan perniagaan sebenar), bukan menjalankan skim piramid atau money game dengan berlapikkan barangan/produk.

  • Sistem pemasaran yang dijalankan hendaklah menepati syarak (tidak ada penipuan, gimik yang melampau, manupulasi).

  • Pihak syarikat yang menjalankan MLM hendaklah memastikan para pengedarnya sentiasa beriltizam dengan adab-adab atau etika pendengar (penjual) yang memenuhi tuntutan Syariat Islam.

  • Struktur pengurusan syarikat hendaklah memiliki jawatankuasa pengawasan syariah yang terdiri dari para ulamak yang memahami masalah ekonomi.

3 comments :

  1. salam..hmm..menarik sunggun akan penerangan ini..sy jg sentiasa mencari pendapat2 sebegini untuk dikumpulkan..dlu sy prnh menulisnya disini

    http://syahbandar87.blogspot.com/2009/11/haramkah-mlm.html

    namun tidak banyak mlm yg sedia ada skrng ni memenuhi kehendak islam..setahui saya hanya HPA sahaja yang mengamalkan mlmS dan pemiliknya jg adalah orang islam..yang selainnya kebanyakkan mlm shja.bkn mlmS..malah lebih mengecewakan majoriti yg pemilik syarikat mlm ini adalah bukan islam..dan golongan ini tidak pernah pula merujuk sejauh mana menepati kehendak islam..namun yg ramai ahlinya majoriti umat islam..sungguh mengecewakan

    ReplyDelete
  2. salam terima kasih syah bandar, saya hargai anda kerana anda mengemukakan pendapat dan perkongsian anda di sini, nilah yang dikatakan menegakkan Islam secara berjamaah

    ReplyDelete
  3. adakah mlm yang dijalankan hai-o haram

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG