PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, January 25, 2010

Dosa Oh Dosa


Dosa ialah balasan buruk yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Masalah dosa ini dianggap perkara biasa dan menjadi perkara yang tidak bersalah disebabkan perkara yang dilarang oleh Islam menjadi adat dan budaya kehidupan masyarakat sekarang seperti pergaulan bebas, tidak solat, tidak puasa dan sebagainya. Ada sebahagian masyarakat kita yang berani melanggar undang-undang Allah dengan tidak ada perasaan gentar dan takut akan kesalahan yang dilakukan, tetapi apabila ia melanggar undang-undang dunia dia merasa takut sehingga tidak tidur malamnya kerana mengenangkan kesalahan dunianya. Para alim ulamak dahulu sehingga bengkak matanya menangis mengenangkan kesalahan dosanya kepada Allah, mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha kerana takut akan siksaan Allah yang sangat pedih.

Cuba kita renung manakah siksaan yang sangat pedih diantara siksaan dunia dan akhirat? Cuba kita duduk seketika merenungkan perbezaan siksaan Allah dan siksaan manusia yang manakah lebih teruk dan pedih. Bagi orang yang mempunyai ketaqwaan akan mengatakan bahawa siksaan Allah sangat pedih walaupun ia tidak pernah melihat siksaan Allah tetapi berbekalkan keyakinan apa yang diceritakan dalam Al-Quran. Manakala bagi orang yang munafik dan tidak beriman kepada Allah akan berjawapan bahawa siksaan dunia sangat pedih kerana takutkan mati ditali gantung, takutkan penjara yang tidak bebas, takutkan saman dari pihak berkuasa dan sebagainya, tetapi ia lupa kepada siksaan dan undang-undang Allah lebih dahsyat dari itu.

Marilah kita renung seketika berapa banyak dosa yang telah kita lakukan pada hari ini dan hari-hari yang lepas, adakah kita telah memohon ampun dari Allah dengan sebenar taubat. Jika tidak memohon ampun lagi maka cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah, segera memohon ampun dan bertaubat kepada Allah, mudah-mudahan segala dosa yang telah kita lakukan diampunkan Allah. Ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha penyayang.

Faktor-faktor Yang Mendorong Manusia Melakukan Dosa seperti seseorang itu terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat, ingin hidup bebas tanpa batasan agama, sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat.

Jenis-Jenis Dosa


  1. Dosa besar iaitu kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat. Contoh minum arak, berzina, membunuh, mengumpat dan derhaka kepada ibu bapa. Orang yang melakukan dosa besar akan dikenakan hukuman kisas, hudud, takziz dan menerima seksa neraka jika tidak bertaubat

  2. Dosa kecil iaitu kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat. Contohnya melihat aurat bukan muhram,Bercakap perkara yang tidak memberi faedah dan banyak lagi. Bagi orang yang melakukan dosa kecil akan memperolehi dosa dan jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi dosa besar

Contoh-contoh Dosa Besar

  1. Menghina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa

  2. Menipu dan berbohong

  3. Mencuri dan merompak

  4. Riba

  5. Makan harta anak yatim

  6. Lari dari medan perang

  7. Mengumpat dan memfitnah

  8. Minum arak dan menagih dadah

  9. Zina

  10. Menuduh perempuan baik melakukan zina

  11. Liwat dan musahaqah

  12. Membunuh atau membunuh diri

10 comments :

  1. Ya Allah...ampunkan lah dosa-dosaku.
    Ampunkan dosa kedua orang tua ku.
    Ampunkan dosa adik-beradikku.
    Ampunkan dosa sanak saudaraku.
    Ampunkan dosa sahabat-sahabatku.
    Ampunkan dosa umat islam di dunia ini.

    Hanya Engkau Maha Pengampun..Lagi Maha Mengasihani..

    ReplyDelete
  2. salam ustaz.....semoga mati kita dalam keampunan dan keredhoan allah hendaknya...aminnnnn

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..ampunkan dosaku dan terimalah taubat ku..aminnn..

    ReplyDelete
  4. Salam kepada Afida, Alimaz dan Suri Serawak, terima kasih kerana telah memberikan komen di blog saya, Marilah kita bermuhasabah diri kita adakah hari ini lebih baik dari yang kemarin. Mudah-mudahan kita tidak melakukan dosa-dosa kemarin

    ReplyDelete
  5. salam ustaz
    1.kalau tinggal solat dosa kecil ke besar?

    2.betul ke kalau ambil wuduk dosa kecil akan hilang??

    3.kalau bertaubat maksudnya kita tidak akan mengulangi dosa tersebut kan ustaz?

    4.dan..adakah stlah bertaubat kita akan mendpat azab di akhirat atas dosa2 yg lps???

    ReplyDelete
  6. tolong blz eh ustaz...

    ReplyDelete
  7. 7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan
    kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari
    pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah
    Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah
    dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
    mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala
    mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
    apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya


    adakah wanita2 yg bnyk membuat dosa akn dimasukkan ke dlm syurga juga jika mengamalkan perkara di atas?

    ReplyDelete
  8. Anonymous pertama :

    1 Tinggal solat dosa besar.

    2. Betul dosa2 kecil gugur bersama dengan air wuduk.

    3. Betul kalau mengulangi cepat2 beristiqfar atau bertaubat..

    4. Itu kerja Allah kita sebagai hamba Allah kena bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan..tapi ingat Allah maha pengasih dan penyayang..

    Anonymous ketiga :

    Kalau wanita itu sabar dengan ujian kedatangan haid yang Allah berikan kepada mereka.. maka dapatlah ganjaran dari Allah..

    Tapi jangan lupa perkara yang utama yang disuruh oleh Allah, kalau itu tak buat maka neraka juga tempatnya...

    ReplyDelete
  9. oh..terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  10. Sitizalehamatyatim.ya.hoo.com.myNovember 29, 2011 at 1:02 PM

    Semuga Ibu bersabar menerima dugaan hidup ini. Saya doakan semuga Ibu akan bertemu jodoh dengan seorang wanita berhati mulia yang dapat menerima Ibu seadanya. Kalau isteri u tidak betul Insallah dia akan menyesal, saya juga mempunyai cerita sedih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG