PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, January 16, 2010

Dua Golongan Wanita?



Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim.


Bagi wanita 'bebas' perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang leman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.


Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di 'cocktail parties', menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku seks. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan.

Wanita 'bebas' menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.


Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.


Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.


Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al­Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.


Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah 5 punca kepuasan hatinya dan sebagai galakau untuk menambahkan lagi amal soleh.


Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.


Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

Kesimpulan cerita di atas

Dari kedua kisah di atas dapat disimpulkan bahawa, wanita dunia ini lebih bebas dan mementingkan keduniaan semata-mata, suka berfoya-foya dan menghabiskan masa kepada rupa paras dan keinginan nafsunya. Sanggup keluar berdua-dua dengan teman lelakinya yang bukan muhrim dengan alasan kawan biasa atau pakwe sehingga lewat malam. Berpegang-pegangan tangan dianggap perkara biasa dan sanggup menggadaikan maruah dan tubuh badannya kerana cinta dan sayangkan teman lelakinya. Apabila mengandung menjadi gelisah, ada yang sanggup menggugurkan anak kandungannya yang sah diharamkan oleh Islam akan perbuatan gugur itu. Bagi yang melahirkan anak dari darah dagingnya sendiri dengan tidak mempunyai sifat keibuan dan berperikan kemanusiaan sanggup buang bayi itu kedalam tong sampah, kedalam sungai, tandas dan sebagainya. Itulah kehebatan wanita sekarang ini yang diagungkan oleh semua golongan masyarakat dan ada sebahagian dari wanita yang tidak berpendidikan agama memperjuangkan kebebasan wanita sehingga berbagai gejala tidak baik berlaku.

Bagi wanita yang budiman dan solehah dianggap kolot dan tidak bertamadun, kerana pakaiannya yang menutup aurat. Ada diantara golongan ustazah yang mempelajari agama dan disanjungi ramai memberikan imej pakaian yang tidak sepatutnya dipakai dan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan agama menirunya dengan alasan “ustazah itu pakai tidak mengapa, kenapa saya pakai tidak boleh”. Adakah ini semua Islam secular, Libral, Islam moden atau sebagainya. Saya tertanya-tanya kenapa berlaku sebegini, adakah disebabkan malu memakai tudung labuh takut dihina dan dicaci atau tidak cantik, atau sebagainya. Padahal Islam membenarkan wanita Islam berfashion dengan garis panduan yang ditetapkan. Ada wanita yang menutup kepala tetapi pakaiannya ketat sehingga menampakkan bodynya, ada yang pakai tudung tapi tangan bajunya pendek, ada juga yang bertudung tetapi dadanya nampak, adakah ini fashion Islam?

Mari kita kaji kembali perkara ini, jika ada kesalahan mari kita perbetulkan. Jangan terlalu mengejarkan fashion sehingga kita lupa kepada batasan agama Islam kita, Kehidupan kita memerlukan redho Allah dari redho manusia sebagai jaminan kita menerima balasan yang setimpal apabila dihari perhitungan nanti.

9 comments :

  1. Tertarik membacanya..
    Turut muhasabah diri...
    Sy sendiri pd mulanya keliru melihat ada orang yg pandai dlm bab agama, ada ilmu tapi menunjukkan cth yg tidak sepatutnya.
    Penjelasan ustaz menguatkan keyakinan sy, tidak semua orang yg berilmu itu bagus, kerana ilmu yg tidak diamal smlah sperti pohon yg x berbuah..
    Malah mendorong kpd fitnah..
    Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ustaz,
    saya mohon untuk cut n paste setiap artikal yg bermanfaat diletak di blog saya. harap uztaz mengizinkan.

    Terima kasih ustaz..

    ReplyDelete
  3. 2 golongan yang mana kita sebagai wanita yang memilih utk jadi yg mana.

    a good article!

    Jazzakallah.

    ReplyDelete
  4. Salam kepada Haslina Mohamad, Shida Rahman dan Iman Aisyah kerana sudi membaca dan komen di ruangan ini. Setiap manusia yang dijadikan adalah ditugaskan untuk menghambakan diri kepada Allah dengan cara mengikuti setiap peraturan (undang2) yang tertera dalam Islam atau di dalam Al-Quran. Jika orang tersebut melanggar perintah atau undang-undang yang terdapat dalam Al-Quran, maka ia telah berada dalam kesesatan. Kadang-kadang orang yang mempunyai ilmu agama juga tersesat kerana dia tidak mengamalkan apa yang dipelajari.

    Setiap artikel ini adalah untuk mengajak manusia kepada kebaikan dengan cara mengunakan internet dan teknologi, persilakan kepada sesiapa yang ingin mengambil artikel ini untuk dimasukkan dalam blog anda, kerana ini satu kejayaan dalam usaha dakwah dalam mengembangkan penerangan Islam dikalangan umat.

    ReplyDelete
  5. Assal'amualaikum,

    Salam ustaz artikel yg ditaipkan bagus, bantu saya utk muhasabah..

    saya nak tanya apa pendapat ustaz tentang "berseluar", saya tak nafikan berpakaian yg mempunyai kain seperti baju kurung (tidak jarang) adalah baik..

    Tetapi saya lebih selesa berseluar untuk keselamatan memandangkan saya selalu bergerak seorang, contohnya untuk ke kuliah mahupun ke pasar atau pusat membeli belah. Tambahan dengan keadaan jenayah sekarang terutama di Kuala Lumpur.

    harap ustaz dapat memberikan pendapat dan pandangan.. wallahu'alam

    ReplyDelete
  6. Salam kepada Asma Amani, terima kasih atas persoalan yang di kemukakan, semoga anda di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

    Islam mewajibkan setiap umatnya menutup aurat, bagi lelaki auratnya dari pusat hingga ke lutut. Manakala perempuan hanya dibenarkan buka ialah tapak tangan dan wajah sahaja.

    Berpakaian menurut Islam atau yang dituntut dalam Islam adalah pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan perempuan dan juga pakaian yang tidak menimbulkan syahwat dan fitnah.

    Islam tidak menghalang berfesion, tetapi perlulah menuruti etika yang digariskan Islam seperti :

    1. Mestilah berpakaian menutup aurat
    2. mestilah pakaian yang longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh dan tempat-tempat yang boleh menaikan syahwat lelaki.
    3. Pakaian yang tidak jarang.
    4. Corak pakaian yang tidak mendatangkan fitnah seperti dapat menaikan syahwat lelaki
    5. Seumpama dengan yang disenaraikan di atas ini.

    Sunat dan perlu kita berpakaian kemas dan tidak bermasalah berfesion, kerana Islam itu indah dan tidak masalah memakai seluar, janji seluar itu menutup aurat dan tidak ketat.

    Ingat Allah suka kepada yang cantik dan kemas.

    ReplyDelete
  7. insyaallah akan saya perbetulkan mana yang kurang di dalam diri ini...,
    alhamdulilah...

    ReplyDelete
  8. isnyaallah . terima kasih ustaz . entri ini menarik . bersama kita muhasabah diri ~ wanita .

    ReplyDelete
  9. ASSALAMMUALAIKUM...USTAZ
    ARTIKEL INI SUNGGUH MENARIK....DAN MEMBERI KEBAIKAN KEPADA SEMUA...SAYA MINTA IZIN UNTUK SHARE ARTIKEL INI DLM FACEBOOK SAYA...

    TERIMA KASIH....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG