PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, January 21, 2010

Fadhilat Berzikir & Menyebut Kalimah Taiyibah



Dua puluh faedah yang diperolehi oleh orang-orang yang berzikir apabila orang itu benar-benar mengerjakan zikirnya menurut cara yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Di antara kelebihan atau faedah yang diperolehi ialah :

  1. Mewujudkan tanda baik sangka kepada Allah dengan amal Soleh ini.

  2. Menghasilkan rahmat dan hidayah Allah.

  3. Memperolehi sebutan dari Allah dihadapan hamba-hamba pilihan.

  4. Membimbing hati dengan mengingat Allah dan menyebut Allah.

  5. Melepaskan diri dari azab.

  6. Memelihara diri dari gangguan syaitan khannas dan membentengi dari dari maksiat.

  7. Mendatangkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

  8. Mendapatkan darjat yang mulia di sisi Allah.

  9. Memberikan sinaran kepada hati dan menghilangkan keruhan jiwa.

  10. Menghasilkan tegaknya satu rangka dari Iman dan Islam.

  11. Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan di hari kiamat.

  12. Melepaskan diri dari penyesalan.

  13. Memperolehi penjagaan dan pengawalan dari para malaikat.

  14. Menyebabkan Allah bertanya kepada para malaikat yang menjadi utusan Allah tentang keadaan orang-orang yang berzikir itu.

  15. Menyebabkan berbahagianya orang-orang yang duduk berserta yang tidak berbahagia.

  16. Menyebabkan dipandang ahlul ihsan, dipandang orang-orang yang berbahagia dan memperolehi kebaikan.

  17. Menghasilkan ampunan dan keredhaan Allah.

  18. Menyebabkan terlepas dari suatu pintu fasik dan derhaka. Kerana orang yang tiada mahu menyebut Allah (berzikir) dihukum orang yang fasik.

  19. Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi Allah.

  20. Menyebabkan para Nabi-nabi dan orang-orang Mujahidin (syuhada) menyukai dan mengasihi.

1 comment :

  1. Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya apa hukumnya memakai kanta lekap ketika solat dan berpuasa sebab saya ada masalah rabun dan selesa memakai kanta lekap dari cermin mata, ada kah sah solat dan puasa saya,harap ustaz dapat menjawabnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG