PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, January 31, 2010

Hancur Akidah Umat Islam Singapura


Salam muhibbah untuk semua, kali ini saya nak berkongsi tentang kemerosotan penghayatan Islam di Singapura yang semakin teruk. Kebanyakkan melayu Islam Singapura menerima pendidikan barat sehingga mereka mengagungkan tamadun barat, mereka juga mengamalkan cara hidup yang terbuka berdasarkan pahaman liberal yang menyebabkan penghayatan Islam terhapus di sana.

Pengaruh barat ini sangat berkesan dalam menghapuskan pemahaman Islam dengan cara senyap dan sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan umat Islam Negara itu jauh terpesong daripada ajaran Islam. Hal ini telah disuarakan oleh seorang menteri Negara itu yang ditugaskan bertanggungjawab tentang kebajikan orang-orang melayu Islam Negara itu. Beliau kuatir dan bimbang akan jenerasi akan dating lebih teruk dan tidak tahu identiti mereka sendiri.

Paling terpengaruh ialah anak-anak muda Islam di sana yang menjalankan kehidupan bebas sehingga tidak tahu batasan agama Islam kita, menyebabkan pergaulan bebas ini menjadi biasa dalam kehidupan mereka. Hal ini perlu dipertimbangkan, kerana ini merupakan malapetaka dari Allah disebabkan manusia makin melupainya. Tetapi saya hairan di sana ada Jabatan Agama, ada Pertubuhan Islam, ada orang alim tetapi kenapa mereka tidak mengambil tidakan yang sewajarnya untuk membendung masalah ini. Itulah hakikatnya apabila berada di Negara bukan Islam, semua aktiviti keagamaan disekat dan dipantau sehingga menyebabkan umat Islam sana jauh kepada agama Islam.

Diceritakan oleh kawan saya yang sering berkunjung ke sana, bagi orang Islam Singapura yang bekerja di sana tidak dibenarkan menunaikan solat dalam waktu bekerja, alasan majikannya solat boleh merugikan masa bekerja. Solat jumaat tidak dibenarkan dan sesiapa yang pergi atau keluar awal dari waktu rehat jam 1 : 00 tengahari akan dipotong gajinya sebanyak 45 dolar singapura sebulan. Hebat ancaman bukan Islam terhadap umat Islam di sana.

Dengan apa yang diceritakan di atas, dapat kita mengambil pengajaran bahawa Negara kita juga tidak terlepas dari ancaman tersebut. Perkara ini atau masalah ini sudah menjadi darah daging umat Islam kita yang sukakan hiburan tanpa batasan dan sangat memuja kehebatan barat. Saya memulis perkara ini ialah kerana merisaukan jenerasi muda kita dan jenerasi akan datang yang belum tahu keadaan sosialnya bagaimana. Takut jenerasi akan datang tidak mengenali Islam yang kaffah (Islam sebenar), mereka hanya tahu Islam liberal atau Islam yang berpandukan kehidupan sosial barat. Hal ini juga menjadi ancaman kepada kepupusan penghayatan Islam di Negara kita akan datang.

Marilah kita mulakan penghayatan Islam dikalangan keluarga kita dahulu sebagai pergerakkan permulaan untuk mengembalikan maruah Islam di Negara kita ini. Jika kita tidak menjadi pencetus kepada penghayatan Islam siapa lagi, mari kita mulakan dengan tindakan yang kecil dan disudahi dengan tindakan yang besar tanpa mengecewakan orang lain dengan tindakan yang berhikmah, tindakan mauizul hasanah dan mujadalah sebagai metode pegerakkan dakwah kita.

19 comments :

  1. Salam Al Ustaz,

    Pulau Pinang kalau pun tunggulah sikit hari lagi nak jadi Singapore ke -2, Kalau Melayu tak bersatu.....

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz. Saya mempunyai pandangan yang berbeza dengan Ustaz. Saya amat tidak bersetuju dengan kesimpulan ustaz:
    1. "...cara hidup yang terbuka berdasarkan pahaman liberal yang menyebabkan penghayatan Islam TERHAPUS di sana";
    2. "orang Islam Singapura yang bekerja di sana tidak dibenarkan menunaikan solat dalam waktu bekerja.."
    Apa yang saya dengar berlaku sebaliknya. Umat Islam di sana lebih kukuh pegangannya jika dibandingkan dengan sebahagian besar umat Islam di Malaysia. Ingatlah nisbah penduduk umat Islam di sana amat kecil berbanding penduduk Islam di Malaysia. Akhirnya, saya amat percaya bahawa jika benarlah Islam di negara itu terhimpit, maka pegangan mereka kepada agama akan bertambah lebih mantap. Itu adalah lumrah alam. Hal ini amat diketahui oleh para pemikir kufar di sana...

    ReplyDelete
  3. salam ustaz...saya tak tau nak komen apa....apa yang penting diri kita sendiri...

    ReplyDelete
  4. Salam kepada Mybabah dan Alimaz, terima kasih kerana komen artikel saya ini.

    Biasalah dalam soal ini banyak orang yang tidak sependapat dengan yang lain. Benar apa yang dikatakan oleh Mybabah, Tetapi ini adalah fakta dan memang berlaku, sebab saya duduk berhampiran dengan Negara Singapura, Memang banyak perkara yang dapat dicontohkan seperti Adab dengan orang, memang kebanyakkan orang singgapura kurang baik, pakaian memang jauh dari tuntutan Islam dan banyak lagi. Sebenarnya tak baik kita mencari kesalahan orang, Cuma dalam hal ini kita perlu ambil iktibar tentang kejadian yang melanda orang sana.

    Malaysia juga boleh berlaku seperti Singapura jika masih tidak berpandukan kepada Al-Quran dan sunnah.

    Betul kata Mybabah dan saya akui bahawa ramai lagi umat Islam sana yang kuat memegang syariat Islam. Cuma kita harapkan kesedaran Islam itu kembali di Singapura sepertimana yang berlaku di eropah dan barat ketika ini.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Sy stuju trhdp kdua2 pdngn yg myatakan kmerosotan aqidah yg buleh mmbawa kpd khancuran kpd umat islam spore...sy stuju juga ngan knyataan bhw umat islam dsaner kukuh...

    Kdua2 adalah benar pd pndgn sy..walaupun hanya skali mnjejakkan kaki ke spore..smemg pelbagai ragam n gaya sy perlihat umat islam d spore...

    Tapi yg pasti kdua2 adalah betul..masakan tdk betul krn masjid nyer sj sumbangan buleh mngalahkan sumbangan masjid d malaysia (sy buat prbandingan biase ek..bukan stelah d convert kpd RM)...dah la tu siap ader proper Financial Statemtent Report (endos by Auditor laie tu)...

    Pastu masjid dgn bantuan masyarakat stempat alhamdulillah penuh aktiviti samaada harian maupun mingguan...

    So tak adil jika kite main pukul rata myatakan yg runtuh sj tanpa mngetengahkan usaha2 masyarakat islam spore mmprkukuhkan n mmantapkan kberadaan islam dsaner...buleh dkatakan samada hebat...

    Tapi dlm byk2 kite risau n gusar ust, maaf sy nak tanye...aper kurang nyer ngan situasi islam d malaysia? Bermula dr pmimpin shinggalah ke rakyat...Spore buleh gak dmaafkan sbb pmimpin bukan islam..tapi d malaysia? Adakah alasan masyarakat majmuk?

    Sy bukanlah brtindak mau mnaikkan aper2 jua api prbalahan..cumenya jika kite mau mgutuskan satu utusan..maka eloklah dpersembahkan sgala kerja2 n usaha kbaikkan n krapuhan...lebih baik dkasi cadangan n buah fikiran...maaf..

    Mr Pinky Al Sentuli

    ReplyDelete
  6. salam ustaz-hmm..saya sependapat juga dengan ustaz dan pada masa yg sama sependapat dngn mybabah..

    sbb sy sependapat dngn mybabah:
    mmg ada golongn umat islam di singapura sedar akan tekanan keatas umat islam disana.dan mereka merasakan perlunya berusaha untuk mencari jalan keluar.sebagai contohnya masih ramai juga ibubapa dari singapura yang menghantar anak2 mereka di pondok di malaysia krna kurangnya sistem pendidikan agama disana.sebagi contoh dipondok pasir tumboh.semasa belajar disana saya mendapat tahu mmg ada pelajar2 dari singapura yg menuntut disini.cuma secara kebetulan sy shja tidak berkenalan dngn mereka sbb rmi sngt kt sne.Dan dulu prnh jgk anak kpd kwn ayah sy dari singapura menghantar anaknya di pondok ini..jadi kesedaran dan kesungguhan untuk mendekati islam mmg ada dikalangan umat islam di singapura..kerana mereka tahu mereka amat dihimpit oleh tekanan orang bukan islam.

    sbb sy sependapat dngn ustaz:

    namun hal sebaliknya juga tidak dapat dinafikan..ramai umat islam yang jahil agama disana..Dan ramai juga yang masih terleka dengn kemungkaran dan kejahilan mereka.Ramai yang mula meninggalkan agama dari segi perkara wajib yg patut dilakukan mereka..Hubungan sosial yg terlampau.Tiapa apa yg menghalang mereka.tambah2 negara yang membataskan banyak perkara tentang Islam.dan ia juga turt dibuktikan sendiri oleh pengalaman ustaz dan mungkin kawan2 ustaz sehinggakan ustaz terdetik untuk mendedahkan isu ini disini.

    kesimpulannya:
    kedua-dua hal yg ditimbulkan oleh ustaz dan mybabah ini sebenarnya mmg wujud...namun saya tidak pasti yang mana lebih banyak..adakah pendapat mybabah ataupun pendapat ustaz..kedua-duanya mmg berlaku.Cuma tak pasti sngt yang mana mengatasi yang mana.wallahua'lam

    ReplyDelete
  7. Ok terima kasih kepada Anonymous dan Syahbandar...Sebenarnya saya suka anda mengutarakan pendapat dan berdiskusi di halaman saya ini untuk kita membina satu situasi usrah dalam hal-hal pembangunan masyarakat Islam.

    Saya juga akui memang ada ramai umat Islam Singapura yang berada dalam landasan Islam dan ada ramai juga yang hanyut dalam kegelapan dunia. Sebenarnya saya nak ajak semua fokuskan kepada negara kita yang makin banyak maksiat, dan penyakit umat berlaku dikalangan umat Islam Malaysia kita. Ini yang menjadi tanggungjawab kita untuk mencari jalan penyelesaiannya.

    Sebenarnya dalam hal ini adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Kita sebagai rakyat juga bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak bini dan adik beradik kita tidak terlibat dengan penyakit umat ini. Dalam hal memastikan dakwah ini berkesan adalah merupakan tanggungjawab semua dan tidak dikecualikan kepada sesiapa.

    ReplyDelete
  8. Persekitaran akan mempengaruhi kehidupan dan sedikit demi sedikit akan menghapuskan 'amalan' Islam.

    ReplyDelete
  9. Salaam Ustaz - Saya suka baca blog ustaz, tapi bila terbaca isu mengenai negeri saya - Singapura, terperanjat juga membaca nya. Salah satu isu yg saya nak perbetulkan sedikit ialah ttg solat jumaat. Company yg suami saya berkerja menyediakan musollah di tempat kerja utk solat wajib harian, malah bas juga disediakan pada hari jumaat utk pekrja bersolat jumaat di mesjid. Setiap sekolah, dari menengah hingga keatasan, diwajibkan oleh kementerian utk memberi ruang waktu solat jumaat pd anak2 Islam. Alhamdulillah IN GENERAL di Spura, ramai yg bukan Islam memahami kewajipan umat Islam menunaikan solat jumaat.

    Lina
    Bukit Batok

    ReplyDelete
  10. Salam sejahtera kepada Anonymous, Maaf jika apa-apa fakta yang diberikan kepada saya tak benar, saya mengkajiny bedasarkan majalah, surat khabar, berbual dengan orang singgapura dan melihat sendiri orang singgapura. Tapi saya berbangga dengan syarikat suami anda dan kerajaan anda yang memahami kewajipan orang Islam melaksanakan solat fardhu.. Apa-apa yang tersilap dari saya mohon di maafkan.

    Ini saya rasa mungkin ada sesetengah kompeni yang tidak mengkuti syarat yang telah ditetapkan kerajaan singgapura kepada syarikat untuk membenarkan umat Islam melaksanakan ibadah wajib

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Saya pernah sampai ke Singapura pada waktu awal pagi sebelum jam 5.00 di Masjid An-Nur Woodlands. Ketika itu masjid dah ada orang yang hadir. Lampu telah dibuka. Saya rasa payah nak cari di Johor mana-mana masjid atau surau yang orang datang awal untuk solat. Rata-rata di Malaysia, selepas Isyak masjid atau surau mula ditutup. Manakala di Singapura, sesetengah masjid atau mungkin majoritinya, ada lagi ceramah atau kelas agama selepas isyak. Kalau di An-Nur Woodlands, masjid mula ditutup jam 10.00 malam.

    ReplyDelete
  12. Salam kepada hasan terima kasih atas perkongsian ini, semoga perkongsian anda dapat dimanfaatkan bersama.

    ReplyDelete
  13. Salam. ustaz sye rse ustaz lebih baik buang tulisan cina di atas sbb ia mmbawa kpd bende x senonoh.!!

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Saya sebenarnya dulu tak boleh buang, inipun saya tak perasan sebab dia komen banyak post saya dia komen, lagi satu saya tak faham komen dia...banyak dah komen dia saya buang.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum..apa kata ustaz cari seorg yg pakar bahasa cina untuk terjemahkan tulisan cina yg di post di blog ini..atau pun ustaz guna tulisan jawi..

    ReplyDelete
  16. salam,
    dkt posted yg ade tajuk "Apa Cerita Dengan Melayu Islam Sekarang????" tu ade commented dlm bhs cina la ustaz..
    dr apa yg sya cb transletkn melalui google translate, sya rs tu iklan benda2 yg tak brp baik dan tak brp senonoh kot ustaz..
    buang je la ustaz..

    ReplyDelete
  17. Salam

    Terima kasih atas infomasi yang anda berikan, sebenarnya banyak komen tulisan cina tu, dan dah banyak saya buang, kalau masih ada lagi tu mungkin sakibaki yang lama, tak silap saya dia masuk komen auto terus kepada banyak artikel saya yang ada komen tersebut dan ada sebahagian saya tak dapat jejaki.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wr wb Ustaz,

    Mungkin terlalu lambat utk saya menghantar comment tetapi apabila terbaca tajuk dan kemudian isi isi tajuk ini, hati saya remuk sekali. Sebaga seorang ustaz, jgnlah tulis sesuatu tentang aib seseorang atau sesebuah negara walaupun untuk contoh generasi muda. Ustaz haya tinggal BERDEKATAN dgn singapura bukan DI SINGAPURA. Banyak hal yg ustaz tidak tahu hal negara tersebut, cuba buat kajian lebih mendalam selain dari hanya membaca dari majalah, suratkhabar atau pun melalui perbualan. Cuba Ustaz dtg sendiri ke singapura dan rasakan sendiri suasana KEISLAMAN di negara saya.
    "Paling terpengaruh ialah anak-anak muda Islam di sana yang menjalankan kehidupan bebas sehingga tidak tahu batasan agama Islam kita, menyebabkan pergaulan bebas ini menjadi biasa dalam kehidupan mereka"
    Saya rasa bahagian ini bukan di sinngapura sahaja yg bermasalah seperti yg Ustaz katakan, masalah ini berlaku di byk negara negara asia, termasuk Malaysia juga. Semua generasi muda kini skrg byk terpengaruh dgn gaya hidup barat, malah ada ibu bapa yg menggalakkan gaya hidup barat. Bukan di singapura sahaja.
    Tentang solat masa waktu kerja, sekali lagi fakta ustaz amat amat tidak tepat. Saya sendiri pernah berkeja di sebuah bank swasta dan Alhamdulilah, saya dpt melaksanakan solat saya ditempat kerja ataupun di musollah musollah berdekatan. Tentang pakaian pula, saya rasa sama sahaja masalah itu seperti di negara ustaz sendiri, iaitu bertudung tetapi tidak menutup aurat dgn betul, seperti memakai tshirt lengan pendek dan sebagai. Ramai anak anak muda yg berpakaian begitu di sana. Alhamdulilah tidak pula di singapura, ini kajian bukan saya baca dari majalah bebual dgn teman teman yg sering ke malaysia tetapi saya nampak selalu setiap kali saya ke johor atau ke mana mana negeri di malaysia. Di mana jabatan agama, pertubuhan islam dan org org alim disana?
    Ayat yg ustaz gunakan bahawa negara singapura sudah terpesong jauh....saya berpendapat ini tuduhan yg amat amat berat sekali ustaz. Cuba ustaz tanya dgn rakan rakan ustaz yg pernah dtg ke singapura untuk berceramah, bagaimana sambutan rakyat islam singapura...adakah mereka berceramah di masjid atau di dewan yg kosong atau yg penih sesak dgn rakyat singapura yang mahu terus maju sebagai umat islam yg maju semaju negara singapura. Ramai penceramah penceram yang hebat hebat pernah ke singapura, tanya saja pada Dato Hassan Din, Ustaz Fauzi Mustapa, Ustaz Haslin Bahrin, Ustaz Badlisah, Prof Sharifah Hayati dan ramai lagi. Saya benar benar harap ustaz betulkan fakta fakta ustaz sebelum menulis sesuatu tajuk semuga tidak menimbulkan rasa kecil hati pada pembacanya.

    wallahualam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG