
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

!4 perkataan last tu power. Jadi kena cinta perkara yang memberi point di akhirat. Payah juga tu.
ReplyDeleteHadjie maafla tak berkesempatan lagi nak buat cadangan anda tu, tapi saya usahakan secepat yang mungkin, sekarang sibuk sikit sebab keje pejabat banyak sikit, maklumlah baru buka sem jadi banyak benda kena buat. Tapi saya tak akan mengecewakan anda, ana akan buat sedaya yang mungkin untuk kebaikan semua.
ReplyDeleteCinta ilahi cinta hakiki, cinta dunia cinta sementara, akhirat jua kekal ababi. Setiap kerja kita jika disandarkan kepada Allah, maka kita akan dapat cinta Allah