PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, January 10, 2010

Kesan Buruk Menonton Filem Lucah


Salam dan selamat berjuang kepada semua muslimin dan muslimat dalam mengharungi cabaran kehidupan seharian yang banyak pancarobanya. Umat Islam sekarang ini jauh dihanyutkan oleh peredaran masa sehingga lupa kepada Allah dan banyak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Kali ini saya nak mengajak dan memberikan pendedahan mengenai video lucah atau pornografi yang saya baca di Majalah Al-Islam keluaran Disember 2009. Rasa terpanggil untuk menyediakan artikel yang berkaitan masalah ini untuk disebarkan kepada umum. Mencegah perkara yang batil ini menjadi kewajipan kita bersama untuk membersihkannya dengan segala upaya yang Allah anugerahkan kepada kita. Maka tepat pukul 12.32 malam tanggal 02 Disember 2009 hari Rabu saya menghasilkan sebuat artikel yang berkaitan pornografi.

Saya datangkan statistik jumlah pengunjung laman web pornografi seperti :

  1. Pengunjung pada setiap saat 28,258 orang.
  2. Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.
  3. Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.

Hasil jualan video pornografi AS$ 4.9 juta melalui laman web. Perniagaan pornografi sangat menguntungkan berbandingkan syarikat yang terkemuka di dunia seperti Microsoft, Google, Yahoo, Ebay, Amazon, Apple dan sebagainya. Ada sesetengah negara menjana pendapatan negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :

  1. Cina menghasilkan keuntungan sebanyak AS$27.40 bilion setiap tahun.
  2. Korea Selatan menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 25.73 juta setiap tahun.
  3. Jepun menghasilkan keuntungan sebanyak AS$19.98 juta setiap tahun.
  4. Amerika Syarikat menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 13.33 juta setiap tahun.
  5. Australia menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 2.00 juta setiap tahun.
  6. Britain mengasilkan keuntungan sebanyak AS$ 1.97 juta setiap tahun.

Negara-negara yang paling banyak menghasilkan laman web pornografi ini ialah :

  1. Amerika Syarikat menghasilkan laman web pornografi sebanyak 244,661,900.
  2. Jerman menghasilkan laman web pornografi sebanyak 10,030,200.
  3. Britain menghasilkan laman web pornografi sebanyak 8,506,800.
  4. Australia menghasilkan laman web pornografi sebanyak 5,655,800.
  5. Jepun menghasilkan laman web pornografi sebanyak 2,700,800.

Wahai muslimin dan musliman sesungguhnya cara inilah yang paling mustajab pihak musuh Islam menyerang pemikiran umat Islam. Kesannya sangat buruk dikalangan umat Islam sehingga ramai remaja Islam terdedah dan menonton filem ini. Hal ini dapat dibuktikan oleh sepasang kekasih dari tingkatan 2 dan 4 yang melihat pornografi di dalam telefon sehingga menyebabkan mereka terangsang dan berkeinginan untuk melakukan hubungan seks. Malangnya mereka ditangkap oleh guru mereka dan mendapati dalam telefon mereka ada video mereka berdua melakukan seks di dalam sebuah longkang berhampiran sekolah. Contoh yang paling mudah lagi ialah banyak video seks anak muda melayu Islam di dalam internet yang sangat memalukan bangsa, agama dan negara kita.

Menurut Islam menonton pornografi adalah haram berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulallah yang bermaksud : “janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain”.

Jelas di sini sesungguhnya menonton video porno ini adalah haram di sisi Islam dengan apa jua alasan sekalipun, kerana video porno ini menayangkan aurat dan kemaluan orang lain sehinggakan ada penontonnya menjadi khayal dan seronok melihat aksi pelakonnya. Paling menakutkan ialah penonton tersebut akan mencari pasangannya untuk melakukan hubungan seks dengan aksi-aksi yang telah ia lihat, melakukan hubungan seks dengan isterinya seolah-olah dia sedang bersama dengan pelakon tersebut, ini sangat bahaya, Datuk mencari cucunya untuk menikmati seks seperti yang ditontonnya, Bapa mencari anaknya untuk mencuba teknik yang ditontonnya dan banyak lagi yang tak perlu disebut.

Lagipun jika ditinjau dari sudut aksi dan teknik hubungan seks yang dilakukan pelakon video porno sangat bertentangan dengan kaedah hubungan seks menurut Islam. Bagi sesiapa yang hendak berumah tangga carilah buku-buku yang berkaitan hubungan seks menurut Islam dipasaran sangat banyak dan jangan sesekali menjadikan video porno sebagai tempat pembelajaran teknik hubungan seks setelah berkahwin.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud : “Jangan hampiri Zina”. Jauhkanlah diri kita dari menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat dibenci oleh Allah. Siksaan bagi orang yang berzina ini sangat berat dan dahsyat. Salurlah nafsu kepada orang yang paling berhak iaitu isteri yang sah dan binalah kebahagiaan bersamanya dengan pendekatan Islam, semoga rumah tangga yang didirikan mendapat “mawardah warahmah”.

36 comments :

  1. Salam Ustaz..

    Pokok pangkal nya hati InsyaALlah..

    Bertaubatlah dgn hatimu terlebih dahulu,kemudian barulah dengan lisanmu.taubat itu adalah hati kerajaanmu.Ia akan menukar kerajaan Jiwamu,hawa nafsumu,syaitanmu & teman-teman mu yg jahat,setelah tetap hatimu,nanti dia akan menukar pendengaranmu,penglihatanmu & lisanmu beserta semua anggota tubuhmu daripada keledak yg haram & syubahat,lalu dia akan timbulkan sifat warak dalam kehidupanmu & dlm jualbeli mu serta membuang kemaksiatanmu dengan ketaatan dlm ibadat(syeikh qadir jailani)

    Moga ALlah beri kekuatan pada kita untuk menjauhi semua perkara yg menjauhkan kita padaNya..

    ALlah itu tidak pernah jauh dengan kita cuma kita yg cuba menjauhkan diri pada ALlah..
    MasyaALlah

    ReplyDelete
  2. Salam Assiddiq terima kasih atas komen yang diberikan, cukuperguna untuk saya dan pengunjung blog ini. Jika segala urusan manusia ini diserahkan kepada Allah, maka manusia tidak akan berani melakukan kesilapan dan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Paling penting kena mengajak manusia takut kepada Allah.

    ReplyDelete
  3. salam Ustaz , ana link blog menarik ustaz ini.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ustaz,

    Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,dengan ini juga secara rasminya menjadi followers blog ustaz.

    Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan kita bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

    Menjadi followers di blog saya di http://10sibudakhitam.blogspot.com, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

    Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  5. salam ukhwah,

    maklumat berguna yg ustaz sampaikan akan menjadi panduan kepada saya kelak. sudilah berkunjung ke blog saya pula.

    ReplyDelete
  6. AlhamduliLlah ustaz..

    114. An-Naas
    1. Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.

    Benar.. ALlah itu lah PENGURUS SEKALIAN MANUSIA..
    Kita sepatutnya menyerahkan diri kepada ALlah. Biar DIA yg menguruskan kita jangan biarkan manusia yg menguruskan manusia..

    Di akhir zaman ini manusia bertindak seperti tuhan di mana melaksana perkara tanpa berlandaskan WahyuNya.. Maka janji ALlah itu pasti. Bermula amal beserta dengan niat. DApatlah kamu dunia jika niat ingin kan dunia..'
    Tp ingat,Dunia sedikitpun tidak dapat memberi manfaat pada kita..

    Hidup perlu berlandaskan wahyu.. Ambil dunia juga tidak salah cuma perlu berlandaskan wahyuNya.. Ingat,dunia itu bersifat sementara.. Maka rebutlah peluang untuk berbakti kepadaNya..MasyaALlah itulah Ubudiyyah..

    ReplyDelete
  7. salam terima kasih siddiq saya hargai anda kerana komen yang berguna dan anda bawa kebaikan untuk semua, mulia orang yang membawa kebaikan dan nur cahaya di dunia yang penuh kegelapan ini, teruskan perjuangan anda untuk memartabatkan agama Allah di dunia ini. Mari bergandingan bahu untuk menegakkan syiar Islam di dunia ini. Bergeraklah dalam berjamaah, sesungguhnya musuh takut kepada umat Islam yang bersatu

    ReplyDelete
  8. Salam Ukhwah buat Ustaz dan semua pembaca,

    10SBH amat bersetuju dengan kenyataan ini
    "Bergeraklah dalam berjamaah, sesungguhnya musuh takut pada umat Islam yang bersatu"

    Begitu juga dalam politik, bersatulah dibawah bumbung yang satu. Jangan kerana ketaksuban kita berpolitik sehingga kita lupa pada agama dan bangsa kita kerana keduanya perlu selari dalam menongkah arus yang penuh pancaroba masakini.

    Pelbagai dugaan umat Islam ketika ini yang mana menuntut Umat Islam Malaysia kini tidak bercakaran sesama sendiri malah paling utama tidak membenci saudara seIslam sendiri dek kerana sifat kepartian yang menebal.

    Maka tidak kira Kerajaan mahupun Pakatan, asalkan beragama Islam, marilah kita sama-sama bekerjasama dan bersatu membina satu tamadun Islam yang kuat berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

    10SBH berharap Ustaz jika ada kelapangan dapat menjenguk blog 10SBH untuk menegur atau menasihati ahli-ahli 10SBH serta sekutunya yang mana lumrah manusia adakalanya terlanjur tindakan dan tersalah bicara dalam memperjuangkan untung nasib agama,bangsa dan negara.

    Salam Perjuangan

    ReplyDelete
  9. Salam 10 SBH terima kasih kerana sudi komen saya, Betul Islam tidak mengira parti, kulit dan keturunan, Islam itu adalah indah dan Islam menggalakkan kita menegur sesiapa yang melakukan kesalahan. Teguran bukan kebencian malah itulah tanda kasih sayang yang menegur untuk mengelakkan kita melakukan dosa supaya Allah tidak murka dan tidak dihumban kedalam api neraka Allah.

    Boleh insyaallah jika ada kelapangan saya akan ziarah blog budak hitam. demi kebaikan mari kita bersama-sama berdasarkan sumber al-quran, hadis, ijmak dan qiyas ulamak.

    ReplyDelete
  10. salam ustaz...
    :) harap dapat meneruskan perjuangan dalam
    mendidik dan menyentak kembali smngt anak muda
    yang semakin jauh masa kini...

    syukran ya ustaz.... :)

    ReplyDelete
  11. Salam ustaz, kami sekeluarga tinggal berdekatan dgn IKM JB. Tak sedar ada surau IKM. Kami sering berkunjung ke masjid Larkin atau UDA untuk aktiviti2 agama. Ingin saya mendapat pendapat ustaz mengenai remaja2 yang sedang belajar berjauhan dari keluarga. Semasa bersekolah ibubapa masih boleh memantau, tetapi apabila berjauhan hanya dapat berdoa dan menasihatkan. Walaubagaimanapun apabila ibubapa mendapati anak2 mereka tidak memenuhi amanat yang telah diberi kepada mereka kekecewaan dan kerisauan tidak boleh dianggap masalah biasa. Apatah lagi jika ia berkaitan dengan keruntuhan akhlak, melonggarkan aqidah dan mengabaikan tanggungjawab. Tidak hairan jika ada ibubapa yang sanggup menghentikan pembelajaran anak2 di menara gading demi menyelamatkan anak2 dari permasalahan2 tadi. Saya kurang faham pendirian IPT2 berkenaan perkara ini di mana pelajar2 mereka nampaknya seolah2 bebas dalam pergaulan dan mengabaikan amalan ibadah mereka. Perbezaan pendidikan di rumah dan di IPT agak ketara bagi saya apabila anak saya sendiri pulang bercuti pada suatu hari dan 'mengumumkan' haknya untuk bebas berbuat apa yang dia mahu. Bukan itu saja, walaupun dia telah meminta maaf dia juga bertegas bahawa tindakannya meninggikan suaranya dan memarahi saya adalah betul memandangkan apa yang saya telah lakukan terhadapnya telah membuatnya marah. Saya tergamam dengan dugaan ini kerana doa ibu dikatakan makbul dan saya cuba sedaya boleh untuk tidak terusik dengan perbuatan anak saya. Walaubagaimanapun air mata tetap mengalir. Mohon ustaz bantu dengan nasihat yang boleh membawa ketenangan dan bantuan. T.kasih. Wasalam.

    ReplyDelete
  12. Salam

    Wah IKM JB tu tempat keje saya, setiap masalah yang timbul kembali kepada Al-Quran, sunnah. Sebagai ibu bapa tak boleh kecewa dengan sikap anak-anak, sebab nak memastikan kebaikan atau kejayaan pasti ada halangan atau dugaanya. Kalau kita tempoh dengan kesabaran dan hati yang redho, maka Allah akan naikkan martabar keimanan kita.

    Sebagai ibu bapa, anda perlu seringkali menasihati dan memperingati dan berdoa agar anak-anak kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Seringkali hidupkan suasana agama dalam rumah, seperti solat berjamaah, mendengar siaran atau Cd agama. Jadikan anak-anak sebagai kawan kita dan cuba memahami keadaan anak seringkalilah dengar keluhan dan masalah anak supaya anak senang untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa.

    Elakkan dari meninggikan suami, memaki dan membezakan anak-anak anda, sebab setiap manusia fitrah dan ada emosi. Jadi selamilah jiwa anak-anak dengan penuh hikmah. Kalau kesalahan anak itu besar, marahlah atau pukullah sekadar untuk memberi pengajaran ditempat2 yang dibolehkan dalam Islam seperti bawah dari pinggangnya. Marahkan anak bukan ikutkan emosi tapi ikutkan psikologi yang telah ditetapkan oleh Islam.

    Seringlah bagun malam dan bedoa kepada Allah, agar Allah melindungi anak-anak kita dari kejaharan dan kemaksiatan. Bertawakallah kepada Allah setelah selesai menunaikan tanggungjawab.

    Didiklah anak-anak mengikut syariat ISlam dan jadikan agama itu sebagai model untuk mendidik anak-anak. ia pasti akan selamat.

    ReplyDelete
  13. salam ustaz.. sy noral..sy kongsi kan artikel ustaz dengan teman-teman saya boleh tak..

    ReplyDelete
  14. salam,
    maafkan saya ustaz, satu soalan yang agak mengelirukan saya. sebagai isteri kita harus ikut kemahuan suami. tapi sekiranya kemahuan suami ketika bersama agak terpesong sedikit dari landasan yang telah ditetapkan (tdk mengikut batas yang disyariatkan Rasulullah), apakah perlu dituruti atau sebaliknya. terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Nak tahu :

    Tak perlu ikut sebab agama tak pernah meredhokan benda yang haram dan dosa.. malah kita kena tegur suami kita atas kesalahan yang dilakukan.

    ReplyDelete
  16. askm ustz apa hukum meletak zakar pada dubur tp tidak memasuki nya.

    ReplyDelete
  17. Salam

    Tak apa letak, tetapi lebih baik elak sebab takut termasuk..yang haram masuk ke lubang dubur...

    ReplyDelete
  18. Assalamu'alaikum ustaz,
    Saya ada membeli sebuah buku ustaz berkenaan dengan taharah dll. Saya kira antara buku taharah yang terperinci yang pernah saya baca.
    1. Ia membuatkan saya terfikir. Bila buang air kecil, saya hanya londehkan seluar. Bila nak basuh, saya tadah air dari paip dengan tangan kemudian saya basuh kemaluan. Saya ulang dua tiga kali.
    Adakah cara ini sah dan sempurna sebab air yang melekat di kemaluan tidak mengalir. Adakah ia telah menjadi air mutanajis?

    2. Ustaz ada buat diagram dengan bagi orang perempuan untuk qadha solat kerana haid. Mereka kena qadha 2 waktu yang boleh di jamak. Perkara ini juga ada disentuh dalam kitab muhimmah. Apa hukum perempuan hanya qadha satu waktu saja. Adakah pendapat ulamak yang membenarnya sebab saya ada tanya perempuan mereka qadha satu waktu saja.

    Saya rasa buku tu patut dimiliki oleh semua orang kerana mudah faham dan detail.

    ReplyDelete
  19. Askm Ustaz....apa hukumnya kulum zakar suami atau sebaliknya...kesan dari segi kesihatan..

    ReplyDelete
  20. Anonymous pertama :

    1. kena alirkan air, kalau tak mengalir dia dikira masih najis dan air yang kita bubuh juga bercampur dengan najis..mesti kena alirkan air tersebut walaupun guna tangan.

    2. qadha dua waktu tu adalah bertujuan untuk berjaga-jaga, sebab kadang darah tu berhenti atau keluar dengan cara tidak sedar, adakah dia habis waktu pertama atau kedua.. Jadi ulamak syafie lebih baik qadha dua solat sebagai tindakan berjaga2.. Kalau satupun tak apa.. boleh, ini khilaf ulamak..

    maaf nak tanya awak dari mana? dekat mana dapat buku saya tu..terima kasih kerana membeli..sedikit sebanyak menyumbang kos pengajian master saya.. setahu saya dilancarkan oleh penerbit pada 11/6/2011 ni. buku saya tu ada beberapa kesalahan ejaan, saya mohon maaf atas kelemahan tersebut.

    Anonymous kedua :

    Ada dua pendapat, yang pertama kata haram sebab perbuatan tersebut jijik dan memudharatkan.

    kedua kata harus tetapi tidak digalakkan dan bukan dari sunah rasulullah.

    Pendekatan lebih baik elakkan sebab dia boleh memudharatkan..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum ustaz,
    Terimakasih kerana jawab soalan saya. Saya dari gombak. Buku tu "BERSUCI ITU SATU KEINDAHAN" saya beli di kawasan rehat Genting Sempah. Saya doakan ustaz berjaya dalam masters ustaz

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Ustaz,

    Ada tak nasihat untuk pelajar yang majoritinya telah menonton video lucah berulang2 kali...

    Apakah ada ancaman Allah yang telah diberikan kepada orang yang melihat video ini?

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum ustaz,
    Saya nak tanya berkenaan jawapan ustaz pada 8 june diatas tentang cara istinjak.
    Saya rasa cara itu banyak dilakukan lelaki terutama yang buang air di urinal bowl.
    1)Kalau mereka alirkan air tentu basah seluar mereka.?
    2) kalau kita cuci najis di lantai simen rumah , kita hanya perlu basuh ditempat yang berkenaan dan lap saja. Tak perlu alirkan air seluruh lantai

    ReplyDelete
  24. salam ustaz..
    jika ada kawan kita menonton filem lucah sehingga terpancut keluar air mani...apakah itu di anngap dosa besar...

    apakah cara2 untuk mengelak daripada ia brlaku berulng kali, jika ia mula ketagih menonton..
    terima kasih ustaz..

    ReplyDelete
  25. ni ada kaedah yang boleh dicuba. amalkan doa ini lepas solat dan bila perlu.

    "ya Allah menangkan aku melawan nafsuku ini sebagaimana pasukan panji hitam yang tak terkalahkan."

    bila selalu diamalkan dan berdoa insyaallah bila nafsu bergelojak atau datang ujian pada nafsu, secara automatik terintas doa ini maka berdoalah seperti doa di atas, insyaallah cool down balik nafsu kita

    ini ilham Allah padaku kaedah doa yang meletakkan contoh sebagai hasil doa. panji hitam adalah tentera imam mahdi di akhir zaman yang sentiasa menang dalam perjuangannya. diambil contoh itu sebagai ikhtiar hasil doa yang dikehendaki. insyaallah

    ReplyDelete
  26. askm...ust..saya ada seorang kawan,dia gemar menonton video lucah.kalau dia buat sesuatu kebaikan.adakah amalan kebaikan itu diterima allah?

    ReplyDelete
  27. minta share doa ini ustaz

    ReplyDelete
  28. askm..ustz kalau seseorang tu menonton video lucah dan apabila dia berasa perkara yang dibuat itu berdosa dan orang itu bertaubat adakah doanya akn diterima oleh allah...adakah dosanya akan diampunkan...??mtk tlong ustaz..

    ReplyDelete
  29. askm ustaz..mntk share doa ni.. & sy ingin mminta pndgn ustaz cara utk memenangi hati kedua belah pihak ibu bapa .pada awalnya ibu pihak lelaki merestui prhubungn kami tp dsbbkn oleh keluarga sy , ibunya tidak mnyukai sy lg.niat sy bknla untuk mmburuk2 kn kluarga sy, cuma ingin mnyatakn mslh .kisah kami terlalu pnjg untuk dcerita..klu hndak dceritakn.. ujian yg kami hdpi agk berat..tp kami sering saling mngingatkn bhwa ad lg org yg mghdpi ujian yg lbih berat. kami cuba sdaya upaya untuk memenangi hati mereka tp ad masa di salah erti.. dan sy berharap ustaz juga turut sama mendoakn hu bungnn kami di ikat dengn ikatan yg sah.. sy juga hrp ustaz boleh brkongsi doa untuk jodoh dan doa untuk melembutkn hati mereka

    ReplyDelete
  30. salam ustaz, saye nak tnye sikit...secare jujurnye saye pernah melihat video video ini, tetapi saye ingin berinsaf..jadi perlukah saye bertaubat(melakukan solat taubat) ataupun solat seperti biase meminta ampun dan tidak melakukan pekara sama ini lagi,

    ReplyDelete
  31. Susah, saya ketagihan tak boleh buat apa lagi

    ReplyDelete
  32. Try bace ni utk yg ketagih..boleh jd kan sbb utk berenti...
    http://kokotiam.com/bahan-lucah-memberi-kesan-kepada-diri-anda/

    Ni sbb utk sementara je..latih diri utk brenti kerana Allah..tu yg utama..

    ReplyDelete
  33. Salam ustaz,ustaz pernah mengajar di IKM JB,saya pelajar tahun 2007,Zulkarnaen Salim Mekatronik...

    ReplyDelete
  34. as salam
    saya student uitm walau post ni dah lama, saya cme nk tny ustaz, mcmana nk berhenti. bagaimana saya nk brhenti sedangkan sekeliling saya gadis2 yang menjolokan mata, iman dahla setebal kulit bawang. saya dah buntu. sangat mudah untuk syaitan mempermainkan saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG