PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, January 12, 2010

Penyelewengan Aqidah



Pengertian Penyelewengan Aqidah

Iaitu sesuatu yang bersangkut paut dengan pindaan kepada syariat yang telah diperundangkan dengan jelas oleh Allah s.w.t melalui perutusan para Rasul a.s

Ciri-ciri Penyelewengan Aqidah

  1. Menyekutukan Allah dengan mempercayai kuasa yang lain selain daripada Allah.

  2. Menyekutukan Allah dengan mengkompromikan sifat-sifat makhluk

  3. Menolak isi kandungan yang disampaikan daripada Allah s.w.t serta risalah-risalah pengajaran yang dibawa oleh rasulullah berserta sunnahnya

  4. Menolak konsep ketuhanan dan kehidupan beragama

Golongan Syiah

Perkataan Syiah ertinya penyokong atau pengikut, kemudian menjadi nama satu kumpulan. Puak Syiah ialah golongan-golongan umat Islam yang menyokong kuat Saidina Ali (Karramallahuwajhah) dan keturunannya.

Lahirnya puak ini ialah semasa timbulnya pertelingkahan antara Muawiyah dan Saidina Ali karramallahuwajhah dalam soal Khilafah (jawatan khalifah). Puak ini tidak mengiktiraf Muawiyah sebagai khalifah dan ada di antara mereka yang tidak mengakui sebarang khalifah selain dari Saidina Ali k.w. dan keturunannya. Setelah terbunuh Saidina Ali karramallahuwajhah, puak Syiah terus memberi sokongan kepada anaknya Hasan r.a.. Pada mulanya golongan ini hanya merupakan satu kumpulan sahaja tetapi akhirnya mereka berpecah menjadi beberapa golongan antaranya:



  1. Puak Zaidiyah pengikut Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Hussein bin Ali karramallahuwajhah.

  2. Puak Imamiah yang mewajibkan mesti ada imam atau khalifah dari keturunan Ali bagi umat Islam. Adanya imam merupakan salah satu rukun agama Islam.

  3. Puak Ismailiah yang mengiktiraf Khalifah Ismail bin Ja’afar Sadiq.

  4. Puak Rafidhah iaitu segolongan dari puak Zaidiyah yang cuba memaksa imamnya supaya jangan mengakui khalifah Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tetapi imamnya enggan berbuat demikian. Akhirnya mereka telah menolak pendapat imamnya dan membuat mazhab sendiri. Perkataan Rafidhah bermakna puak yang menolak.

  5. Ithna Asyariah iaitu puak yang mengiktiraf dua belas imam dan mereka masih menunggu munculnya imam yang kedua belas yang sedang ghaib sekarang ini.

Pegangan-Pegangan Syiah



  1. Jawatan khalifah adalah satu rukun dalam agama Islam.

  2. Khalifah atau Imam adalah terpelihara daripada dosa.

  3. Saidina Ali karramallahuwajhah adalah orang yang pertama dan paling afdhal selepas Nabi Muhammad s.a.w.

  4. Jawatan khalifah adalah hak Saidina Ali dan keturunannya.

  5. Mereka menentang kerajaan Bani Umaiyah yang mereka tuduh telah merampas
    kuasa daripada Ali karramallahuwajhah.

  6. Menentang kerajaan Abasiah yang dianggap telah menipu dalam perjuangan.

Golongan Mu'tazilah

Mu’tazilah diambil dari perkataan I’tizal yang ertinya mengasingkan diri atau menyingkirkan diri. Nama Mu’tazilah ialah mengikut satu peristiwa yang berlaku, seorang Tabi’en bernama Imam Hasan Basri (lahir tahun 21 H dan wafat tahun 110 H) sedang mengajar di kota Basrah. Ketika itu beliau sedang membicarakan masalah bagaimana seorang mukmin yang melakukan dosa besar.

Hasan Basri mengatakan bahawa orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar itu hukumnya termasuk golongan orang yang maksiat dan masih mukmin selama mana ia masih percaya kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ketika itu salah seorang muridnya bernama Wasil bin ‘Atha’ (80 H–131 H) berselisih faham dengan gurunya itu. Wasil berpendapat bahawa kedudukan orang mukmin yang berbuat dosa besar itu tidak mukmin dan tidak kafir, tetapi berada di antara kedua kedudukan atau manzilah baina al-manzilataini, sekiranya tidak bertaubat orang itu akan berada dalam neraka tetapi ringan azabnya.

Oleh kerana tidak sependapat dengan gurunya itu, Wasil bin ‘Atha’ memencilkan diri dari majlis pengajian gurunya. Beliau bersama kawan yang sehaluan dengannya , Amer bin Ubaid mengadakan majlis pengajian berasingan dari gurunya. Sejak itu Wasil bin ‘Atha’ dinamakan Mu’tazilah iaitu mengasingkan diri atau menyingkirkan diri.

Walaupun aliran Mu’tazilah ini pada awalnya berdasar kepada Islam, tetapi akhirnya banyak mengambil unsur-unsur pemikiran dari luar Islam kerana mereka memerlukan bahan untuk berdebat mempertahankan dakwaan mereka.

Ahli Sejarah mengatakan bahawa aliran Mu’tazilah ini banyak dipengaruhi oleh fahaman dari Parsi yang dibawa oleh Jaham bin Safwan pada abad pertama hijrah. Beliau tidak mahu mengakui adanya sifat Allah seperti ilmu, qudrat dan membenarkan fahaman Jaham bin Safwan ini.

Dikatakan juga fahaman Mu’tazilah ini diambil dari orang Nasrani yang dibawa oleh Tsabit bin Qurran. Di mana orang Mu’tazilah mengambil teori tentang pemujaan terhadap kekuatan akal fikiran manusia semata-mata. Teori ini berpendapat bahawa dengan akal fikiran manusia sahaja, manusia dapat mengetahui adanya Allah s.w.t., dapat mengetahui baik dan buruk dan segala kebenaran agama hanya didapati dengan kekuatan akal fikiran manusia sahaja.

Pegangan Ajaran Mu’tazilah


  1. Manusia sendiri yang menjadikan perbuatannya sendiri dengan kuasa yang diberikan oleh Allah padanya.

  2. Al-Quran adalah makhluk bukan qadim.

  3. Tuhan langsung tak dapat dilihat walaupun di akhirat.

  4. Buruk baiknya sesuatu perkara ditentukan oleh akal sahaja.

  5. Orang Islam yang melakukan dosa besar ia bukan Islam dan bukan kafir, iaitu antara Islam dan kafir dan di akhirat mereka kekal dalam neraka.

Golongan Batiniah


Ajaran ini dibawa melalui buku Kashf al-Asrar terjemahan dan susunan Syeikh Mohamad Salleh bin Abdullah al- Mangkabowi yang ditulis pada tahun (1344H/1922M). Ajaran ini terpengaruh dengan teori angka simbolik seperti angka 7 dan 12 yang diambil dari 7 huruf Bismillah dan 12 huruf Lailaha Illallah yang semuanya berjumlah 19. Teori inilah yang mempengaruhi falsafah Ismailiyah Batiniah. Ciri-ciri kesesatannya ialah memisahkan pengikutnya dari masyarakat, berkahwin sesama sendiri, mempunyai masjid, kubur dan tempat belajar sendiri.

3 comments :

  1. Salam Ustaz, apa pendapat ustaz dalam isu penggunaan kalimah Allah sekarang ini,

    ReplyDelete
  2. salam anonymous terima kasih kerana bertanya, memang menjadi isu sekarang ini dan sangat bahaya. Sebenarnya hal ini saya telah mengutarakan pendapat saya di dalam artikel di blog ini, saya harap anda dapat membaca di artikel yang bertajuk pendapat pemblog mengenai pengunaan kalimah Allah. Apa-apa diskusi boleh yang berkaitan boleh diutarakan di sana. Maaf jika ada apa-apa kesilapan

    ReplyDelete
  3. apakah yang dimaksudkan dengan penyelewangan pada zaman nabi dan para sahabat?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG