PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, January 13, 2010

Prinsip MLM Syariah



Prinsip-prinsip Utama MLM Syariah


  • Hukum urusniaga asalnya adalah harus selagi tidak terdapat sebarang unsur yang menyalahi syarak. Ini merujuk kepada prinsip yang disepakati ulamak : "Hukum asal bagi segala muamalah di dalam Islam adalah harus hinggalah ada dalil menunjukkan kepada pengharamannya".

  • Merujuk kepada prinsip fiqh tersebut, maka untuk mengekalkan suatu sistem perniagaan atau suatu bentuk urusniaga di atas hukum asalnya (iaitu harus) maka wajiblah dipastikan sistem atau bentuk urusniaga tersebut bebas sepenuhnya dari unsur-unsur yang dilarang oleh syarak terutamanya yang boleh membatalkan akad.

  • Menurut fiqh Islam, suatu akad jual beli tidak sah melainkan dengan memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak merangkumi : a. Penjual dan pembeli. b. Barang/produk dan harga. c. Ijab dan qabul.

  • Al-Quran menegaskan bahwa proses jual beli atau urus-niaga hendaklah terbina atas prinsip at-Taradhi (saling meredhai) antara pihak-pihak yang terbabit. Menurut ulamak, maksud at-Taradhi ialah : "Pembelian meredhai barangan/produk yang diterimanya dan penjual pula meredhai harga jualannya. Mereka tidak melakukan akad kerana terpaksa atau ditipu. Namun keredhaan itu hendaklah berlandaskan syarak.

  • Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syariat Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut : a. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli. b. Ia memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual beli. c. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.

6 comments :

  1. salam ustaz...tak penah plak saya masuk MLM nih...

    ReplyDelete
  2. Salam MLM nih dah berkembang lebih sepuluh tahun dah rasanya, pernah tak dengan kopi radix, RFC radix ini semua produknya, dia ada pengesahan syariah dari jakim dan ada penasihat syariah yang dilantik dari kalangan ustaz-ustaz terkenal, kemudia dia tidak ada sistem makan duit orang bawah. Kita kena bekerja dan baru dapat duit (sama-sama bergerak dan bantu membantu)

    ReplyDelete
  3. salam.

    ingin bertanya kpd ustaz. ana rasa gayanya ust berkecimpung dlm bisnes ini. soklan ana, semestinya MLM tidak boleh lepas daripada sistem PV dan BV. mgkn lain MLM lain namanya. tp asasnya sama. PV contohnya, saya dpt tahu drpd salah seorang ahli MLM yg ustaz promosikan ini, bhw setiap bulan, usahawan perlu utk maintain 50PV sekurang2nya utk dapat bonus. Dan jika usahawan itu tidak mampu untuk mengekalkan 50PV, misalnya pada bulan ini sales nya hanyalah sampai 49PV, maka PVnya akan pergi kepada upline. benarkah?

    ReplyDelete
  4. Walaikum Salam Anonymous, Saya memang ahli, tetapi saya tidak promosikan MLM nih, cuma saya nak jadikan contoh bagaimana yang dikatakan MLM yang mempunyai sijil syariah dari JAKIM. Saya masuk dalam MLM ni hanya untuk mendapatkan barangan buatan muslim seperti ubat gigi, sabun, ayam mentah, daging dan sebagainya, sayapun tak aktif dalam MLM ni. Cuma saya banggakannya sebab ada juga bumiputera muslim yang mempunyai kesedaran untuk keluarkan produk muslim untuk mengelakkan orang muslim menggunakan barangan yang berunsurkan benda yang tidak jelas atau benda yang tidak dihalalkan dalam Islam. Pendapat saya sebagai yang cetet ilmu ini merasakan perlu untuk memberikan sokongan kepadanya supaya dia dapat mengelakkan umat Islam menggunakan barangan yang diprodukkan oleh bukan Islam seperti colgate, Lux, Darlie dan sebagainya.

    Masalah mata PV dan BV memang betul jika kita tidak dapat memenuhinya, maka BV atau PV kita akan dapat kepada Upline kita. Mengikut pandangan saya, ini adalah hasil persetujuan dua belah pihak semasa hendak menjadi ahli, dan hal ini diberi tahu terlebih dahulu sebelum anda menjadi ahli, jadi kesimpulannya ini tidak mengapa berdasarkan persetujuan dua belah pihak. Yang penting dia diakui oleh JAKIM.

    Apa-apapun bergantung kepada kita, dalam Malaysia ini bukan HPA sahaja yang dimiliki oleh melayu Islam, tetapi banyak syarikat lagi yang menjadi milik orang Islam. Peranan kita sebagai pengguna gunalah barangan Muslim yang dijamin halal dan dijamin tidak syubhah kerana dikeluarkan oleh orang Islam

    ReplyDelete
  5. Tolong jelaskan a,b,c,d itu. Banyak juga program keusahawanan yang gagal ustaz-uztaz duduk semeja dengan penganjur untuk memahaminya. Sekadar menulis-teori di sini. Kemudian tiada keputusan muktamad pula hukumnya. Syarikat pula bebas menjalankan aktiviti. Memang teruklah kalau laman web uztaz macam ni makin bercambah.

    ReplyDelete
  6. Salam nazri, jawapannya ialah :

    a. Penjual dan pembeli, dalam perniagaan mesti ada orang yang membeli dan orang yang menjual dengan saling setuju dengan produk tersebut. Dalam hal ini tidak ada paksaan dan penipuan produk, jika ada paksaan dan penipuan, maka jual beli antara pembeli dan penjual tidak sah.

    b. Barang/Produk dan Harga, Dalam perniagaan mesti ada produk dan mesti ada harga, kalau hal ini gagal ditunjukkan, maka ini menjadi tidak sah...Contohnya ada sesetengah MLM tidak mengemukakan barangnya kepada pembeli, atau membeli alam maya dan tidak mendapat produknya.. Produk itu perlu ditunjukkan oleh penjual kepada pembeli dan mesti dpersetujui oleh pembeli.

    c. Ijab dan khabul, Menurut Imam Syafie, penjual dan pembeli mesti akab pembeliannya seperti contoh "saya jual (Penjual), Saya beli (Pembeli). Tetapi ada pendapat lain cukup dengan khadar akad mafhum (faham-faham antara pembeli dan penjual).

    Ketiga-tiga ini perlu, kerana inilah syarat dan jual beli dalam Islam.Jika ini gagal maka, jual beli itu tidak sah dari segi syariat Islam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG