PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, January 17, 2010

Siapa Lelaki Bakal Ahli Neraka?


Perempuan merupakan penyumbang yang paling besar menyebabkan lelaki masuk ke dalam Neraka Allah, Banyak lelaki yang terjebak ke dalam maksiat kerana perhiasan wanita, terutama pada zaman sekarang terlalu ramai perempuan yang mendedahkan aurat mereka sehingga menyebabkan berlakunya maksiat dan sebagainya. Perempuan yang tidak mempunyai kesedaran agama adalah diibaratkan sepertimana anak panah syaitan yang sentiasa memanah lelaki-lelaki sehingga berlakunya perkara maksiat. Contohnya di sebuah kedai kereta itu mempunyai gadis seksi, mesti ramai lelaki yang akan mengunjungi kedai keretanya bukan kerana mahu membeli kereta, tetapi nak tengok perempuan seksi. Firman Allah yang bermaksud “Jangan hampiri zina”. Frman Allah yang bermaksud lagi : "Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, dimana bahan pembakaranya ialah manusia dan batu-batu ... "


Terdapat empat golongan lelaki yang ditarik ke Neraka disebabkan wanita, sepertimana di bawah ini :


  1. Ayah, Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

  2. Suami, Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

  3. Abang, Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam.... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

  4. Anak Lelaki, Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.

Empat golongan inilah yang akan masuk ke neraka Allah disebabkan oleh wanita, mari bermuhasabah diri masing-masing, adakah kita tergolong dalam golongan ini, kalau tergolong marihlah bertubat, beristiqfar dan cepat-cepat memohon ampun kepada Allah akan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. Kepada kawan-kawan semua lepas baca artikel ini kalau ada pandangan dan komen boleh kemukakan di ruangan komen dibawah ini, sesungguhnya komen anda sangat bermakna buat saya.

3 comments :

  1. Salam Ustaz. Link ustaz telah berjaya dimasukkan semula. Komen saya pada N3 ustaz kali ini:
    1. Siapakah yang memberikan golongan sedemikian? 4 golongan itu menggambarkan semua golongan lelaki. Adakah ada golongan lelaki lain selain ayah, suami, abang dan anak lelaki?
    2. Perkataan "penyumbang" perlu ditukar kepada perkataan lain, cth pendorong. Penyumbang ada konotasi @ elemen menyalahkan kaum wanita sedangkan N3 ini cuba menggambarkan kesalahan lelaki. Jika ustaz cuba menyalahkan kaum wanita, saya berpendapat ustaz khilaf. Seseorang itu akan hanya membawa dosanya sendiri dan tidak sepatutnya menyalahkan persekitaran. Pada pandangan saya, wanitalah yang banyak memainkan peranan menyelamatkan dan membantu kaum lelaki menghindar daripada api neraka cth ibu dan isteri.
    3. Anak lelaki menasihati ibu, jika tidak akan dihumban ke neraka adalah satu topik yang perlu dihuraikan secara mendalam. Mengapa ibu sahaja, di mana bapa? Adakah bapa tidak wajib dinasihati. Dalam hal ini, keterangan secara sepintas lalu tidak dapat membantu kerana berbanding dengan 3 golongan yang ustaz katakan di atas, objek bagi golongan ini(saya rasa ini tidak boleh dijadikan satu golongan)ialah ibu yang menguasai situasi (golongan2 lain menguasai situasi). Kesalahan menasihati (secara tidak berhemat) akan membuatkan institusi kekeluargaan akan berantakan dan agama dihina. Mengapa? Ego orang tua sangat unik dan semula jadi. Semoga komen saya mendapat perhatian wajar, terutamanya tentang perkataan "penyumbang"...

    ReplyDelete
  2. Apakah hukumnya suami yang suka berpoya-poya(Kekasih Gelap)Adakah isteri perlu taat kepada suami.

    ReplyDelete
  3. Sertakan dr ayat Alquran..t/kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG