PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, January 24, 2010

Tips Khusyuk Dalam Solat


Salam ceria dan salam bahagia kepada semua sahabat yang sentiasa bersama menegakkan syiar Islam, saya sentiasa mendoakan anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat selalu di samping orang yang tersayang. Artikel kali ini saya nak ajak semua pengunjung untuk berkongsi mengenai tips khusyuk dalam solat. Perkara ini penting kerana solat merupakan tiang agama. Solat yang diterima Allah adalah solat yang khusyuk.

Solat juga merupakan rukun Islam yang kedua dan menjadi kewajipan kepada kita semua untuk menunaikannya. Saya rasa semua orang boleh menunaikan solat sebagai amalan yang diwajibkan Allah, tetapi menjadi masalah ialah menunaikan solat dengan khusyuk ni memang susah dan bukan semua orang boleh dapat perkara ini. Jadi dikesempatan ini saya nak ajak semua yang membaca artikel ini dapat memberikan sedikit pandang untuk kita kongsi bersama dalam ruangan komen blog ini. Dengan segala komen yang anda berikan dapat memberikan manfaat kepada semua umat Islam yang mencari-cari tips bagaimana hendak khusyuk dalam solat.


Tips untuk khusyuk dalam solat ini ialah :

  1. Faktor pemakanan, jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui, contohnya makanan yang bertanda halal semata-mata. Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa. Sunnah nabi, berenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita. dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.

  2. Ambil wuduk dengan sempurna jangan ambil wuduk seperti batuk ditangga, kerana wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima ataupun tidak ialah berasal dari wuduknya.

  3. Sebelum memulakan solat disunnatkan kita membaca istiqfar, 3 khul iaitu Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas. fadhilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.

  4. Semasa solat hadirkan diri kita seolahnya sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan, sesungguhnya diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala siksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.

  5. Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia khusyuk dalam solat. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.

  6. Kalau boleh dirikanlah solat secara berjamaah kerana berjamaah pahalanya 28 pahala, jika hati kita tidak khusyuk masih ada pahala lagi. Lagipun solat berjamaah ini susah untuk diganggu syaitan. Hal ini berbeza dengan solat berseorangan kerana solat berseorangan pahalanya 1 sahaja jika tidak khusyuk habis ditolak oleh Allah. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.

19 comments :

  1. salam ustaz..
    khabar khabar baik, sy sihat, alhamdulillah..terima kasih jengguk blog sy..
    seperti biasa..sy tetap dtg baca n3 ustaz setiap kali ada post terbaru walaupn tak tinggalkan jejak.Blog ni sangat menarik dan banyak info penting sy dpt kt sini, terima kasih ustaz..

    ReplyDelete
  2. salam terima kasih kepada suri serawak, Alhamdulillah, saya harap suri dapat menyampainya kepada semua masyarakat yang berdekatan dengan suri, saya doakan suri sihat dan diperbanyakkan rezeki dari Allah

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, ustaz dan terima kasih kerana sentiasa mendoakan saya..

    ReplyDelete
  4. Salam Ustaz saya hendak minta izin untuk menyalin (copy and paste) artikel ustaz dan menyiarkan semula didalam blog saya (pawangtokwahid.blogspot.com) untuk tujuan dakwah dan meyebarkan kepada orang ramai.Saya ingin belajar ilmu agama melalui tulisan ustaz.

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam kepada Dr Butiq, setiap artikel yang terdapat dalam blog saya boleh dicopy dan boleh dipostkan dalam blog anda untuk manfaat kepada orang lain, teruskan perjuangan untuk menyampaikan kebenaran Islam

    ReplyDelete
  6. Salam. Blog yang sangat berinformasi. Akan berkunjung lagi kelak. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  7. Assalamu Ala Man Ittaba'a' al-Huda

    Al-Hamdulillah, Terima kasih kerana memberikan maklumat yang amat berguna ini kepada ummat Islam, mudah-mudahan segala amalan kita akan diterima oleh Allah swt dan dimasukkannya kita di dalam golongan orang-orang yang beriman didunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  8. Salam terima kasih kepada Muhammad, saya hargai anda yang bersama saya untuk sebarkan dakwah melalui media, marilah menyampaikan kebenaran agama kerana sampaikanlah walaupun satu ayat.

    ReplyDelete
  9. salam ustaz,
    saya seorang pembaca baru blog ini..

    saya ingin bertanya..saya pernah terbaca dalam satu blog dimana ia mengatakan

    antara amalan keluarga bahagia : Suami solat berjemaah kat masjid, isteri pulak solat awal waktu kat rumah…

    boleh ustaz komen sikit....?

    Fara

    ReplyDelete
  10. Salam Anonymous, Bagi kaum lelaki lebih baik dan digalakkan solat fardhu berjamaah di masjid. Manakala perempuan atau isteri solat dirumah disebabkan adanya anak, isteri itu juga mendapat pahala berjamaah.

    Jika tidak mempunyai anak, maka lebih baik dua-dua solat berjamaah di masjid, kerana tidak ada apa-apa yang menyulitkan. Lebih baik ketika isteri mengandung, lebih baik baik ketempat yang baik, seperti masjid kerana itu merupakan tarbiah anak di dalam kandungan.

    ReplyDelete
  11. Salam Ustaz,
    Dalam masalah khusyuk semasa solat, misalnya dalam solat 4 rakaat, kita hanya benar2 khusyuk dalam 3 rakaat sahaja, adakah pahala solat kita juga ditolak. Minta penjelasan ustaz. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Salam

    Solat berseorangan pahalanya adalah satu sahaja, kalau kita tidak khusyuk pada rakaat 4, maka pahala kita ditolak, maka solat kita tak ada apalah, sebab itulah Allah berikan solat sunat rawatib supaya solat2 kita yang cacat tadi tu dapat ditampong dengan solat sunat kita, ini menurut pendapat ulamak, kesimpulannya 0 solat kita tadi tu..

    ReplyDelete
  13. salam ustaz..

    saya ingi tahu jika saya mandi wajid (lps haid) saya berniat :sahaja aku mandi wajib kerana Allah taala" adakah mandi wajib saya sah???

    ReplyDelete
  14. salam ustaz....diharapkan ustaz berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu...izinkan saya ambil artikel ni untuk simpanan n untuk tatapan kwn2 saya yang lain........terima kasih

    ReplyDelete
  15. salam ustaz....kalau solat fardu kita xditerima dan ia dapat ditampung dengan solat sunat...bagaimana pula jika solat sunat kita pom tidak khusyuk juga...adakah semua amalan yang kita lakukan itu hanya sia2 belaka?harap jwp...terima kasih

    ReplyDelete
  16. Salam

    Itu hujah ulamak, soal terima tak terima itu kerja Allah, solat sunat ini menampong di mana-mana bahagian solat wajib yang tak sempurna.. Apa-apapun kita berdoa kepada Allah semoga terima ibadah kita.

    Kita kena selalu update solat kita menjadi lebih khuyuk, jangan dok di takuk yang lama sahaja.

    ReplyDelete
  17. salam ustaz
    kalau mase solat kita masih dpt dgr suara org,pas2 dpt nmpk org lalu kat tepi kita
    adakah solat kita khusyuk?

    ReplyDelete
  18. Masih lagi belum khusyuk..jadi kita jangan putus asa untuk usaha menjadikan solat kita lebih khusyuk..

    ReplyDelete
  19. salam
    1.ustaz boleh tak kalau pejam mata mase solat

    2.sy ade ingat, kwn sy prnh ckp kalau nk tmbh khusyuk, semase brdiri pndg sjdh ,rukuk tgk ibu jari kaki, duduk tahiyat tgk tangan
    betul ke ustaz?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG