PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, February 26, 2010

Adakah Terbatal Wuduk Suami & Isteri Bersentuhan Kulit


Salam Maulidur Rasul kepada semua, semoga kita semua dapat menghayati pengorbanan dan menghayati perjuangan Rasulullah untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Saya doakan semoga sihat dan sukses dalam semua perkerjaan dunia dan akhirat. Persoalan yang di kemukakan kepada saya mengenai suami dan isteri bersentuhan ketika wuduk, adakah sah atau terbatal wuduk mereka?

Jawapan dari persoalan itu ialah, menurut mazhab syafie adalah terbatal secara mutlak (tanpa syarat dan kiasan). Hujah yang dikemukakan ini adalah disandarkan kepada dalil Al-Quran yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (Al-Maidah : 6)

Dari dalil di atas ini, mazhab syafie mentafsirkan perkataan lamastum ialah bermaksud bersentuhan antara lelaki dan perempuan termasuk suami dan isteri. Dalam masalah ini ada pendapat dari mazhab-mazhab lain berbeza pandangan mereka dengan mazhab syafie. Antaranya ialah :

  1. Mazhab hanafi mentafsirkan perkataan lamastum adalah bermaksud jimak bukan bermaksud bersentuhan. Maka mereka mengatakan bahawa bersentuhan suami isteri tidak terbatal.
  2. Mazhab maliki menyatakan bersentuhan kulit antara suami isteri dengan keadaan bersyahwat atau talazuz (bersedap-sedap) maka batal wuduknya, tetapi jika bersentuhan tanpa syahwat tidak batal wuduknya.
  3. Syiah berpendapat tidak terbatak wuduk antara suami dan isteri, kerana mereka ini telah menjadi muhrim disebabkan perkahwinan diantara mereka.
Kesimpulan dari huraian di atas ini, saya berpendapat bersentuhan antara suami dan isteri terbatal wuduknya, kerana negara kita telah menetapkan mazhab syafie sebagai pegangan, maka kita perlulah menjadikannya sebagai pegangan dalam menentukan sesuatu hukum, ini penting kerana ramai rakyat Malaysia ini jahil dan tidak mendalami ilmu agama dengan sepatutnya. Ini juga penting untuk mengelakkan perbalahan di dalam masyarakat. Kecuali apabila kita ditimpa dharurat atau musibah. Pendapat mazhab syafie lagi menyatakan tidak terbatal wuduk antara suami dan isteri apabila menyentuh kuku, gigi dan rambut.

88 comments :

  1. dan bagaimana huraiannya pula jika melihat daripada perbuatan nabi menyentuh aishah dan kemudian terus solat 2 rakaat..lg perbuatan nabi mencium dahi aisyah kemudian solat..jadi pada pendapat sy, adalah tidak terbatal jika dilihat drpd perilaku nabi muhammad itu sendiri

    ReplyDelete
  2. Ada mamang ada tak silap saya Hadis ini dipegang oleh sebahagian ulamak bukan dari ulamak syafie, tapi kalau sfaie memang tak bolehlah, kalau kita bermazhab syafie mestila kena ikut mazhab syafie dan tak boleh ikut mazhab lain sebab dia berbeza, kecuali dalam keadaan dharurat dan tidak dapat di elak contohnya tawaf campur antara lelaki dan perempuan, jika bersentuhan tidak terbatal, kerana susah untuk mengambil wuduk kembali dan susah nak dielakkan. Kalau anti lain dari mazhab syafie tak pelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Ustaz, saye ada soalan kat sini, apa hukumnya si isteri TERsentuh tangan suami ketika tawaf? Terima kasih ustaz..

      Delete
    2. Maaf ustaz..apa motif ustaz masukkan bersama agama Syiah ke dalam mazhab Islam? apakah ustaz tergolong dalam golongan yg menganggap Syiah itu mazhab dlm Islam?

      Fahami siapa itu Syiah sblm ustaz masukkan Syiah dlm perbahasan hukum agama Islam...

      kita bimbang akan mengelirukan umat Islam oleh mereka yg memakai label ustaz...

      Delete
    3. An-Nisā':59 - Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

      Maaf ustaz kenape nk berpuak2 dgn hanya mengikut 1 mazhab? Imam as syafie pun pernah ckp kalau ada sanad yg lebih dekat dgn Al Quran dan Hadis Sahih maka buanglah pendapatku ke tembok. Mmg bagus utk satukan umat islam di malaysia tapi di peringkat global akn jadi masalah. Sepatutnya didedahkan pandangan semua imam dan diterangkan sejelas2nya. Zaman skrg zaman tanpa sempadan.

      Delete
  3. adakah 'tidak boleh' jika kita mengikut mazhab selain syafie???
    ahli2 ilmu yg lain juga adalah seagama kita..
    bagi saya, selagi perkara yg baik dan tidak menyalahi perintah allah adalah 'dibolehkan' bukannya dihalang.
    maaf, cuma memberi pendapat.. yg baik itu dari allah dan yg salah itu datangnya dari kesilapan saya sendiri..

    ReplyDelete
  4. Tak salah dan setiap perkara yang dilakukan kena ada hujah yang kuat berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan oleh ulamak, Bila kita pegang banyak pendapat takut ia bertentang dengan mejoriti penganut Islam yang lain. Lebih baik susuaikan dengan mazhab yang diamalkan oleh sesebuah negara, kalau kita duduk di india, iraq, iran atau negara-negara yang menjalankan mazhab lain dari mazhab syafie tak pelah. Undang-undang agama dalam negara inipun berpegang dengan mazhab syafie, semua amalan agama berpegang kepada mazhab syafie. Kalau buat mazhab lain bercanggah la dengan pegangan mazhab negara kita. Lebih baik beramal dengan satu mazhab sahaja supaya tidak berlakunya kekeliruan.

    Bukan tak boleh banyak mazhab, memang yang baik tak salah, tetapi kesannya, takut orang yang tidak tahu (awam) keliru dengan berbagai cara. Kalau orang tau hukum dan hujah yang kuat, tahu usul fiqh tau mustalah hadis, tahu kaedah2 istimbat hukum tidak mengapa. Menjadi masalahnya kita tau ke semua itu.

    ReplyDelete
  5. Salam semua , kalau tak silap saya lah Nabi bersntuhan dgn isterinya tp dlm keadaan brlapik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersentuan dengan berlapik kain memang tidak mmbatalkan wuduk...betullllllll

      Delete
  6. Salam saudara Bilal, boleh saya tahu sumbernya darimana sebab ana nak buat rujukan. Bagus perkongsian anda dengan saya dan para pengunjung. Mulakan suasana perkongsian ilmu dengan baik dan hasanah. Mudah2an Allah memberikan hidayah kepada kita semua.

    ReplyDelete
  7. kekeliruannya disini, quote saudara yang berbunyi "kalau kita bermazhab syafie mestila kena ikut mazhab syafie dan tak boleh ikut mazhab lain"

    maaf, ingin saya suarakan disini, title ustaz samalah umpama doktor. doktor ada pelbagai cabang keparan yg dikhususkan begitu juga ustaz.

    doktor : gigi, ent, kulit dsbnya
    ustaz : tajwid, hadith, tauhid, fiqh dsbnya

    untuk mengelakkan kekeliruan disini, lebih baik berkata apa yg kita 'master'.

    mentaliti 'melayu' sekarang suka terima bulat2 tanpa mahu mengkaji kesohehannya.

    maaf, cuma memberi pendapat.. yg baik itu dari allah dan yg salah itu datangnya dari kesilapan saya sendiri..

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Terima kasih kepada Azhar Rahman yang bagi cadangan, saya hargai anda, Betul kata anda itu. Ana berpendapat apa yang ana tahu, apa yang ana tidak tahu ana serahkan kepada yang lebih mengetahui, sebab manusia ini tak sama bidang penguasaannya, ada beza, tetapi bila digabungkan ia menjadi lebih cantik dan lebih mantap.

    ReplyDelete
  9. Hujah ana bagi mesti mengikuti mazhab syafie adalah untuk mengelakkan kekeliruan supaya masyarakat umum tidak tersalah faham, lebih baik elak kekeliruan dari merungkai kekusutan, kan itu lebih baik? ana tak salah sesiapa yang berpegang kepada mazhab lain dari syafie, tetapi biarlah ada hujahnya. bukan taqlik buta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jd...di sinilah peranan para alim ulama utk memberikan kefahaman dan penjelasan yang sewajarnya kpd mereka yg tidak memahami..

      Delete
  10. salam buat uztaz..
    apa yg saya belajar dr guru saya,sah air sembahyangnya bila bersentuhan dgn isteri tanpa nafsu dan disebaliknya guru juga mengatakan batal bagi yg keliru dgn masalah tersebut krn tidak memahami ataupun kurang ilmu.Maka saya dgn tanpa was2 mengikut kata2 guru berdasarkan hujah dan nas2 yg kami diterangkan.Saya juga bertanya pd guru2 lain dan jawapan yg diberi tetap sama.
    Bolehkah saya mengambil pendapat yg bersentuhan antara suami isteri sah ustaz!

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Keaiban terima kasih atas bertanya. Kalau itu hujah anta dan anta mempunyai asas hujah perkara tersebut, boleh je buat.

    Tapi bagi ana, kalau kita nak pakai dari mazhab lain, biarlah kita tahu betul-betul mazhab tersebut dan mendalami mazhab tersebut jangan sekadar ikut ikutan sahaja atau dalam kitab tua kata taqlif buta. Dalam masalah ini biarlah kita belajar betul2 tentang masalah khilaf ini atau belajar betul-betul asas-asas hukum 4 mazhab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kate uztad...imam kan ade 4 pili 1 malysia nie kat ikot imam safi e..kite bljar dan ikot imam safie.

      Delete
    2. Assalamoalaikom..jadi bagaimana dengan wanita yang bermazhab shafie tapi bernikah dgn bermazhab hanafi? siapa yang harus di ikut??

      Delete
  12. kalau kita nak pakai dari mazhab lain, biarlah kita tahu betul-betul mazhab tersebut dan mendalami mazhab tersebut jangan sekadar ikut ikutan sahaja atau dalam kitab tua kata taqlif buta. Dalam masalah ini biarlah kita belajar betul2 tentang masalah khilaf ini atau belajar betul-betul asas-asas hukum 4 mazhab.

    ana setuju sangat dengan ayat ustaz diatas...ustaz ana pun bertegas mengingatkan perkara yang sama..

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Ana bersetuju dengan anta, Dalam kitab lama memang ada takliq buta iaitu ikut tanpa dalil. Maaf ana nak tanya siapa mohd fadhiri?

    ReplyDelete
  14. asif jiddan..admin al-fatihah buat mohd fadhiri tu ialah ana, kaklong..ana merupakan kakak kepada arwah adik ana yang telah kembali ke rahmatullah..

    ana ingin berkongsi sedikit ttg apa ygn dihuraikan ustaz..

    apabila kita memilih suatu mazhab sebgai pegangan kita, belajarlah dan mendalami betul2 setiap aspek kehidupan dalam mazhab tersebut terutamanya bab ibadah..jgnlah kita mencampur aduk kan sesuka hati dengan mencampur antara mazhab2 tersebut dan terus mengamalkanya..

    diberi contoh:berkaitan apa yang dihuraikan oleh ustaz tentang persoalan wudhuk antara suami isteri? sesetengah orang sesuka hati mencampur adukkan yakni berpegang kepada mazhab selain syafie iaitu "mengatakan tidak batal wudhuk antara suami isteri.." tetapi soalnya mereka tidak mengikut cara -cara berwuduk mengikut mazhab tersebut yang sememangnya berbeza dengan mazhab imam syafie.Jika ingin berpegang pada mazhab selain syafie yang mengatakan "tidak batal wudhuk antara suami isteri, perlulah mengikut cara mengambil wudhuk dengan mazhab tersebut..yang berbeza cara mengambil wudhuk dengna mazhab syafie"

    ni yg salahnya, menerima pendapat mazhab selain syafie iaitu tidak batal wudhuk antara suami isteri, tetapi cara mengambil wudhuk mengikut mazhab syafie..itu yang salahnya...terus beramal dengan kebiasaanya mencampur adukkan yg kebiasaan nya mengambil yang mudah dari mazhab2 tersebut dan terus mengamalkannya..

    benar atas ustaz, brpegang pada 1 mazhab dan berusaha mendalaminya..

    ReplyDelete
  15. apa yg saya belajar dr guru saya,sah air sembahyangnya bila bersentuhan dgn isteri tanpa nafsu dan disebaliknya guru juga mengatakan batal bagi yg keliru dgn masalah tersebut krn tidak memahami ataupun kurang ilmu.Maka saya dgn tanpa was2 mengikut kata2 guru berdasarkan hujah dan nas2 yg kami diterangkan.Saya juga bertanya pd guru2 lain dan jawapan yg diberi tetap sama.
    Bolehkah saya mengambil pendapat yg bersentuhan antara suami isteri sah ustaz!


    asif ustaz nor amin..persoalan dari kaiban tu..ana nak tanya kaiban: sebelum anta/anti terus mengamalkannya yakni berpegang mengataka tidak batal wudhuk antara suami isteri, boleh ana tau bagaimana cara mengambil wuduk yang dibuat?adakah mengikut mazhab syafie yang spt biasa kita buat atau berwuduk mengikut mazhab lain..sebab sekiranya anta/anti dah berpgang pada mazhab mengatakan tidak batal wudhuk antara suami isteri, anta/anti perlu mengikut cara wudhuk mengikut mazhab itu juga....ia berbeza mengambil wudhuk mengikut mazhab syafie..ia mempunyai hubungkait..asif ana sekadar bertanya..

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Kak Long Setiap amalan mestilah mempunyai hujjah dan bukti (dalil naqli dan akhli) kalau setiap amalan ada hujah dan ada dalil, bagi saya tidak menjadi masalah. Yang penting jangan taqlik buta iaitu ikut orang tanpa dalil, ulamak bersalahan pendapat di situ ada kata taqli buta tak diterima ibadahnya, ada pendapat ulamak kata terima ibadahnya, kalau ada lebih cenderung tak terima ibadahnya, sebab buat ibadah tanpa sebab dan mengapa.

    Lagipun masalah ini tiada dalil yang qat'i dan masalah ini adalah dari ijtihad para ulamak, jadi terpulanglah kepada kita untuk ambil yang mana. Tapi kalau orang awam lebih baik ambil dan ikut mazhabnya sahaja iaitu mazhab syafie. Kerana di kuatiri kecelaruan berlaku nanti.

    ReplyDelete
  17. salam ustaz

    na'am.ana setuju..ada ilmu berdasarka hujah dan dalil dan beramal...bukan sesuka hati beramal ikut orng tanpa orang tanpa dalil (taqlik buta)..syukran ustaz

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum ustaz..batalkah wudu jika bersalam dengan isteri selepas menunaikan sembahyang fardhu?

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Batal wuduk kerana bersentuhan antara satu sama lain tanpa lapik.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum ustaz...

    Macamana kah cara mandi wajib lelaki yang betul? ada kah menggunakan hos sambil berniat membersihkan badan dikira sah sebanyak tiga kali dilakukan..terima kasih..

    ReplyDelete
  21. Salam,

    Soalan anda akan saya jawab dalam bentuk artikel akan datang, maaf jika lambat menyiapkan artikel mandi wajib keran banyak kerja office perlu disiapkan. Terima kasih atas pertanyaan, bagus soalan anda.

    ReplyDelete
  22. 1 - 日月神教-任我行 on May 3, 2010 4:55 PM said...
    2 - 炒米粉Ken on May 11, 2010 11:17 AM said...

    Salam,

    Dua komentar di atas saya tak pasti samada Ustaz dan yang lain-lain (terutama jika tiada Asian Language format) boleh nampak. Mohon dipadamkan.
    Saya tak faham sangat (sebab saya tak reti bahasa mandarin) tetapi No 1 - link ke website lucah (saya tak buka tapi nama link tersebut cukup memberitahu). 2 - link ke website pengkomen atau tidak saya tak pasti tetapi ke website peguam?? dan bukan di Malaysia - mungkin auto

    ReplyDelete
  23. saya syorkan ustaz guna word verification untuk mengelak auto comment dari web-web atau orang yang tidak bertanggungjawab. Saya perhatikan Ustaz tiada guna aplikasi tersebut yang dapat meminimakan kes seperti komen asal saya di atas.

    ReplyDelete
  24. Salam,

    saya dah buang tapi tak boleh buang kenapa tak tahulah, saya takut spam je.. bagaimana nak buat ye?

    ReplyDelete
  25. Salam,

    saya dah buang tapi tak boleh buang kenapa tak tahulah, saya takut spam je.. bagaimana nak buat ye? buangnya. terima kasih atas pemberitahuan ini.

    ReplyDelete
  26. Salam,

    Ustaz kata ikut cara Shafie, maksudnya mengikut metadologi Shafie kan?

    Jika begitu, dari apa yang saya baca, Imam Shafie (semoga Allah merahmatinya) ada mengatakan bahawa jika ada dalil-dalil yang lebih kuat daripada dalil2 yang dikemukakan olehnya, maka ikutlah yang lebih kuat itu.

    Saya nak tanya Ustaz ada tak anak murid Shafie yang ikut metadologinya tapi memberikan kesimpulan bahawa sentuh kulit suami isteri tak batal wuduk?

    ReplyDelete
  27. Salam,

    Iya setakat pengetahuan saya, Kalau ada dalil-dalil dari ulamak mazhab syafie teruskanlah yang penting anda ada hujah dan jangan ikut membabi buta sahaja.

    Kalau anda dalami metode mazhab lain dari A hingga Z tidak menjadi masalah ikutlah, yang penting anda ada ilmu. Tapi jika dalam keadaan dharurat itu tidak menjadi masalah sepertimana kes tawaf, zakat fitrah dan sebagainya.

    Masalah anak muridnya saya tak pasti berbeza pendapat dengannya, tapi kalau itu mempunyai dalil yang kuat tidak menjadi masalah. Tapi mereka mempunyai hujah yang kuat.

    Yang menjadi masalah msyarakat sekarang ini yang tiada ilmu dan ada sikit2 sahaja berijtihad mengikut kesesuaian hati dan nafsu mereka sehingga meringan2kan soal agama. Ini yang menjadi masalah. Maka dari itu akan berlakunya pertembungan dalam amalan orang2 awam sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan.

    ReplyDelete
  28. Jazakallah Khair ustaz!

    ReplyDelete
  29. sy masih kurang arif pasal mazhab..pd pendapat sy semua mazhab dtg sumber dr nabi muhammad, takde nabi hambali,takde nabi syafie, takder nabi maliki or ghazali..kenapa umat islam perlu ikut sumber pecahan negara utk ikut mazhab..kenapa kita perlu kecilkan sumber2 islam&rujukan..ulamak selalu kata sunnah wal jemaah tapi bila nak ikut sesuatau mazhab tu segala benda tak boleh...dunia sekarang dah semakin luas dan melaukaui sempadan negara...islam itu mudah tapi kt yg menyusahkan islam itu sendiri dgn pelbagai halangan..satu masalah bagi lelaki dah cukup besar godaan dia adalah wanita....itu lebih utama jika dia dpt menjaga diri.jika dia berjaya menhadapi halangan yg satu ni,berjayalah hidupnya.

    ReplyDelete
  30. Mazhab adalah bermaksud perjalanan yang lurus, timbulnya mazhab sebab timbulnya masalah2 baru dalam islam yang tiada dalil dalam Al-Quran dan hadis.. Wajib kita mengikut mazhab sebab kita semua adalah orang awam bukan mujtahid iaitu orang yang mendalami ilmu agama seperti imam2 terdahulu.. Al-Quranpun kita tak hafal hadis apatah lagi.. sebab itulah kita kena ikut mazhab kerana mereka merupakan jalan kepada kita menuju Al-Quran dan Hadis..

    ReplyDelete
  31. Bagaimanakah cara wuduk mazhab hanafi,terutamanya ketika hendak melakukan tawaf?

    ReplyDelete
  32. Salam

    Saya tidak tahu bagaimana cara wuduk mereka, tetapi perbuatan mereka sama sahaja dan tiada beza dengan mazhab lain. Kalau anda hendak tahu bacalah kitab 4 mazhab fiqh.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum ustaz.....

    1)adakah batal wuduk jika kta brsntuhan dngan isteri...
    tpi tnpa niat utk brsyahwat....
    hnya brsntuhan...

    2)dan adakah btal wuduk jika kta x sngaja brsntuhan dngan isteri....

    3)knapa suami isteri trbatal wuduk jka brsntuhan...
    sdangkan mreka sdah sah mnjadi suami n isteri....

    sya hnya brtnya....

    ReplyDelete
  34. 1. Batal wuduk jika bersentuhan suami isteri walaupun tanpa niat sekalipun.

    2. batal wuduk sentuh secara tidak sengaja.

    3. sebabnya suami isteri bukan mahram muabad, bila cerai maka ia tak jadi lagi mahram.. kemudian ulamak berhujah berpandukan kepada ayat lamastumunnisa iaitu surah maidah ayat 6.. batal wuduk sentuh wanita..

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum ya ustaz..

    1. apakah salah seorang mazhab syafie mengikut ajaran mazhab maliki dalam satu cabang perbezaan..misalnya membaca doa qunut dalam solat subuh..perlukah dilakukan sujud sahwi?

    2. saya yakin Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..Allah tahu siapa yang akan berada di syurga dan neraka..mengapakah kita harus menjalani perjalanan di dunia ini?

    3. adakah hukuman hudud itu perlu dilakukan ataupun lebih tepat lagi wajib dilaksanakan..seperi contoh berzina..perlukah diberikan hukuman rejam...apakah hukum jika hudud tidak dilaksanakan....

    maaf kerana soalan saya terkeluar dari tajuk....hnya ingin mendapatkan kepastian dari uztaz..harap-harap ustaz dapat berikan jawapan...
    terima kasih

    ReplyDelete
  36. assalammualaikum ustaz.... saya ingin bertanya jika bersentuhan dengan isteri itu batal wuduknya.bagaimana pula jika bersentuhan dengan ibu atau adik beradik perempuan?
    terima kasih

    ReplyDelete
  37. maaf ustaz,sapa kata kita kena ikut mazhab syafie.
    adakah imam2 tu sudah pecah2kan mazhab mereka ikut benua

    ReplyDelete
  38. 1)setelah wafat rasullah,adakah di wasiatkan melayu nusantara mesti ikut mazhab syafie?
    2)imam syafie mgajar dan belajar dengan berdepan dengan guru,tapi ustaz cara online.bagaimana?
    3)jual beli mazhab syafie ada akad,adakah ustaz bayar bil ada akad,bayar parking ada akad?
    4)adakah syafie kata melayu ikut aku,india ikut hanafi,iran ikut hambali?atau ustaz sorg je yg kata?
    5)ustaz ni bnar2 pakar dlam ilmu hadis atau apa?
    6)keadaan darurat boleh tukar mazhab?bagaimana nak tukar mazhab?niat?ucapan?salin apa2?
    7)adakah dalam khiduapn ustaz seharian benar2 mgikut mazhab syafie 100% tanpa satu pun tercampur mazhab lain?
    8)jika benar,adakah ustaz mnyenaraikan satu persatu perbezaan mazhab itu?

    -ustaz sila jelaskan

    ReplyDelete
  39. Salam

    Kalau kita ada ilmu belajar ilmu agama alim bahasa arab, alim kitab imam syafie, imam malik, imam hambali dan imam hanafi, alim ilmu usul fiqh, hafal al-quran, hafal hadis.. jadi bagi saya tak ada masalah sebab kita tahu semua perkara dan cara mengambil hukum dalam semua mazhab.

    Kalau tidak saya rasa kita masih tak layak, sebab itu adanya majlis fatwa adanya muzakarah, sebab dunia sekarang ini tiada lagi orang alim sehebat ulamak2 terdahulu. Kalau tak ada ilmu atau kurang ilmu main pakai sahaja semua mazhab tanpa ada hujah hanya baca sikit2 atau dengar ceramah sikit terus amalkan takut nanti jadi seolahnya kita meringankan soal2 agama.

    Lagipun dalam malaysia ini telah ditetapkan kita guna mazhab syafie.. kalau nak guna mazhab lainpun gunalah untuk diri sendiri, jangan sebarkan sebab dalam negara ini banyak orang jahil agama. takut nanti jadi persengketaan.

    Boleh nak amalkan semua mazhab kita kena bagi semua orang faham n kena ubah sistem pendidikan yang ada bukan sahaja mazhab syafie tapi kena masukkan semua mazhab..

    ReplyDelete
  40. terima kasih penerangan ustaz,saya yang jahil sgt dahagakn ilmu

    ReplyDelete
  41. Salam Uztaz.. Bukankan kita tak boleh bermazhab mazhab ni ustaz? memang kita banyak ikut mazhab Syafie.. tapi kita tak semestinya mengikut mazhab Syafie 100%... maknanya kalau kita nak ikut pendapat imam Maliki atau Hanafi dalam hal ni pun boleh dan tak salah.. tak begitu Ustaz?

    ReplyDelete
  42. Salan Ustaz.... betul ke ustaz yang kita di Malaysia ni "ditetapkan" supaya guna mazhab Syafie ustaz? saya tak rasa ni betul ustaz.. mungkin ustaz boleh rujuk Jakim atau mufti2 untuk kepastian? Ulasan ustaz pasal persengketaan tu mungkin betul.. tapi yang ustaz kata ditetapkan tu.. tu macam tak betul ustaz!

    ReplyDelete
  43. Salam ustaz..

    2 video di youtube oleh Dato Asri bekas mufti Perlis untuk rujukan Ustaz dan rakan rakan yang lain..

    1) http://www.youtube.com/watch?v=GuNIg44Meg4&feature=related

    2) http://www.youtube.com/watch?v=AlKxlg9x6f4&feature=related

    ReplyDelete
  44. Salam ustaz lagi hehe..

    "kalau kita nak pakai dari mazhab lain, biarlah kita tahu betul-betul mazhab tersebut dan mendalami mazhab tersebut jangan sekadar ikut ikutan sahaja atau dalam kitab tua kata taqlif buta. Dalam masalah ini biarlah kita belajar betul2 tentang masalah khilaf ini atau belajar betul-betul asas-asas hukum 4 mazhab."

    Saya tak setuju dengan pendapat ustaz ni.. sebab kalau macam ni lah syarat ustaz.. lagilah susah orang ramai nak beribadat.. sebabnya, bila nak berguru, kene cari guru 1 mazhab aje... sedangkab kat Malaysia banyak ustaz yang tak ikut mazhab syafie 100% (dan memang tak perlu pun ikut 100% macam ulasan Dato Asri tu).. tambah pula sekarang ni banyak rakyat Malaysia dah merantau ke luar negara.. lagi la susah nak belajar agama semua, pegi Iraq ke, kene belajar balik semua pasal agama sebab mazhab dia lain dari mazhab Syafie...

    Maaf jika saya terover.. cuma masalah 1 mazhab ni pernah buatkan kawan2 saya jadi bermusuhan.. sebabnya... kononnya kepercayaan mereka yang kita perlu ikut 1 mazhab sahaja tu betul.. sedangkan ia boleh menjadi bidaah kalau percaya perkara tu memang wajib diikuti (sedangkan hujah sebenarnya untuk 1 mazhab ni untuk mudahkan orang ramai.. kalau tak mudah tak perlu la 1 mazhab aje.. dan Quran dan Sunnah tak pernah pun kata ini satu kewajipan)...

    assalammualaikum :)

    ReplyDelete
  45. Assalamua'alaikum ustaz,
    Maaf saya tanya soalan. Bila sentuh kemaluan batal wuduk. Boleh terangkan secara diagram (yang tak explicit) sempadan atau batas kemaluan hadapan wanita yang kalau disentuh batal wuduk.

    ReplyDelete
  46. Jawapan pertama :

    Pergi belajar tak apa, bagus dan dituntut dalam ISlam.. Itu yang kita nak.. Jangan dengar cakap orang terus buat.. Ini boleh menyebabkan berlakunya keringanan dalam ibadah dan meringankan hukum2 Islam..

    Kan saya dah kata, pergi belajar, saya tak katakan kena buat 100 peratus mazhab syafiee, banyak benda yang kita ijtihad guna mazhab lain.. Cuma saya maksudkan ialah kepada orang awam yang jahil tentang agama, Islam itu mudah jangan dipermudahkan.

    Lagipun kalau anda tak setuju dengan saya, boleh tinggalkan dan boleh rujuk kepada sesiapa yang anda setuju, Islam itu luas ilmu dia, dan perbezaan pendapat dalam fiqh adalah perkara fitrah, kecualilah perkara2 yang melibatkan akidah atau hukum2 yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Hadis.

    Berlapang dada sahajalah banyak benda lain yang perlu dipertikaikan, iaitu tentang pergaulan bebas, akidah, murtad dan sebagainya. Ini masalah furuk sahaja..

    Anonymous :

    Kemaluan depan, Bagi perempuan kawasan kulit kemaluan iaitu dilerengnya dan di kawasan lubangnya. Lelaki iaitu zakarnya dan buahnya.

    Kemaluan belakang iaitu kawasan kulit lubang dan lubangnya.. papan punggung tak batal..

    ReplyDelete
  47. Alhamdulillah,mari kita berlapang dada bila berbicara niat yg baik Allah tunjukkan jalan walau sesusah manapun kita kena ikhlaskan hati nanti pasti nampak jaln yg terang, masalah batal wuduk ni nampak mudah tapi rumit bagi yg x berapa nampak tapi betul jika kita rasakan kita x berilmu carilah ilmu,berguru dgn guru kat mana2 surau,masjid confirm hilang masalah sebab itulah syarat utama utk berilmu,bila ada tok guru makna ada guide maka syaitan pun takut n jika kita berguru ramai2 lg cantik krn rahmat akan turun n malaikat turut mendoakan kita,maka apa jua persoalan yg wujud akan dpt diamalkan n dihayati drpd kita bermuzakarah online hanya ikutan2 tanpa pedoman itu yg jadi masalah,marilah kita berguru, wajib cari guru n pasti persoalan mazhab yg 4 ni pasti clear percayalah,carilah kwn2 mana2 guru asalkan ada,nanti lama2 pasti kita akan brjmpa dgn guru yg sesuai tapi kalu x cari memang x jumpa maka jalan or apa jua masalah confirm x selesai dgn guru2 online krn online x clear ia hanya sekadar bertanya saja bolehlah tapi bab hukum2 yg sah,wajib,sunat memang perlukan perincian khusus,moga kita sama2 berlapang dada mencari ilmu Allah

    ReplyDelete
  48. Salam

    Terima kasih atas perkongsian yang anta berikan, ana sangat menghargai, betul apa yang anta nasihatkan, supaya kita semua mencari ilmu, sebab ilmu Allah ini terlalu banyak dan tak habis kita menuntutnya.

    ReplyDelete
  49. kalu semua umat islam mcm ustaz nor amin sayani.maka makmurlah semua penduduk bumi ini.alhamdulillah...

    ReplyDelete
  50. salam..
    minta pandangan ustaz..
    suami sy mengikut mazhab hanafi dan sy mengikut mazhab syafie, sy faham apabila solat makmum mesti mengikut imam contohnya dalam solat subuh mazhab syafie ada bacaan qunut tapi bagi mazhab hanafi tidak dan si makmum harus menghormati imam dan solat itu sah.. namun dalam soal batal wuduk, sy agak keliru mengenainya disebabkan selesai solat dan bersalaman dengan suami haruskah sy mengulangi wuduk? atau sy perlu mengikut pandangan mazhab hanafi?

    ReplyDelete
  51. Salam... minta laluan.. untuk saya meluahkan sekadar pendapat..

    Kenapa kita dok pening² bincang pasal mazhab, sbb mazhab tue kan manusia so kite ikut Al-Quran dan Al-Sunnah sudah... klu kita dok kata kita ikut imam Syafie adakah kita baca Kitab al-Umm, erm... bagi saya Islam itu mudah dan jgn sampai kita yang menyulitkan Islam Itu... saudari KHAULAH tentang qunut yg saudari tanyakan itu saya ada sedikit penjelasan.. pernah saya dengar Qunut di dalam subuh itu Bida'ah.. Minta ustaz jelaskan jika saya tersilap... Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  52. salam... saya nak tanya ,, batalkah wuduk kita apabila bersentuh dengan adik lelaki?? saya harap ustaz dapat jawab... terima kasih ..

    ReplyDelete
  53. assalam.

    ustaz, salah ka kalau kita 'celup' berbagai mazhab?

    ReplyDelete
  54. Imam shafie kata "jgn takliq dengannya, jika ada dalil,hadith yg soheh,maka itulah mazhabku.. ."bg sy mazhab hanya pandangan shj, kita ditinggalkan quran dan hadis sbg pegangan,bukan mazhab..kalau dikatakan kita bermazhab shafie, sy rasa semua orang tak pernah beriktikad untuk bermazhab shafie, siapa yg menentukan 'kita' PERLU bermazhab shafie? Apa pandangan ustaz?

    ReplyDelete
  55. Salam

    Sepertimana yang kita faham, masalah ini adalah khilaf dan ada berbagai pendapat tentang ini..Khilaf ini bermaksud berbeza pendapat antara fuqaha..jadi buat apa kita nak pening kepala n berbahas perkara ini..kalau tak setuju dengan pandangan saya, jangan pakai, kalau setuju pakailah...

    Kalau orang tak reti n jahil, lebih baik di amalkan pendapat mazhab syafiee, sebab negara ini ramai ulamak yang mendalami mazhab syafie..banyak buku2 fiqh negara ini menjadikan mazhab syafiee sebagai rujukan.. Jabatan agama dan sebagainya banyak lagi dan saya rasa awakpun tahu.. setiap pandangan fuqaha itu ada dalilnya atau sandarannya..

    Jadi tak payahlah pening2 kepala nak berhujah..sebab benda tu memang ada kebenarannya n buktinya..

    Dari masalah ini, saya edit sedikit artikel saya, supaya tak jadi kontrovesi sangat..Saya buat ini semua untuk orang ramai yang tidak mengetahui dan menambah ilmu di dada..jadi sapa yang ada ilmu tak gaduhlah pening2 lagi..sebab masing2 ada rujukannya..Yang penting hormati pengangan orang lain..itu yang dituntut dalam Islam..

    ReplyDelete
  56. Knapa kita perlu hafaz quran, hadith, tinggi ilmu agama utk guna mazhab selain shafie?klu xde ilmu,dan kita guna mana2 mazhab yg kita suka, knapa dkatakan kita ni 'taqlik buta'? Maknanya semua org malaysia (selain ustaz, ulamak) ni taqlik buta kpd imam shafie ke? Sy rasa sbb kt xde ilmu la kita ikut mazhab, sbb semua persoalan dah terjawab, so sbgai msyrakat awam,xperlula kita kaji quran dan hadis bg semua persoalan, ikut buta je la..klu ustaz kata kita mringankan hukum allah dgn mmilih mana2 mazhab yg senang bg kita, maknanya scra xlgsung ustaz mengatakan imam2 mazhab tersebut pun meringankan hukum allah..? Maaf ustaz, bkn sy against ustaz, tapi hanya mcari jawapan kpd persoalan dlm benak sy ni..

    ReplyDelete
  57. Salam

    Awak salah faham, asas Islam adalah Al-Quran dan Hadis, setiap perkara yang dibahaskan mesti dikaitkan dengan Al-Quran dan Hadis..Sumber perundangan kita Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas..Saya tak ada tulis tak boleh ikut mazhab lain. Kalau nak ikut kena belajar dulu, sebab Asas nak dapat ilmu kena belajar..kena sentiasa tambah ilmu di dada..

    Saya tak kata orang lain selain saya dan ulamak taqlik buta..kalau belajar itu bukan taqlik buta..sampai bila kita nak beramal dengan ikut cakap orang lain..jadi kenalah cari ilmu, kalau ada ilmu terpulanglah nak ambik yang manapun..sebab ini masalah furuk dan khilaf sahaja..jangan sensitif dalam masalah khilaf..sepatutnya kita kena berlapang dada, kalau berbalah jadi berdosa sebab para sahabat dulu elakkan diri dari berkhilaf untuk mengelakkan perbalahan dan takut perpecahan..

    Kalau kita nak ikut Al-Quran nak kaji Hadis bagus, teruskan itu amalan yang baik, tapi persoalan disini, cukupkah ilmu kita untuk mengkaji semua benda tu, untuk mengkaji dia mempunyai disiplin ilmu yang tinggi..kita kena bandingkan kitab2 tafsir dan pendapat ulamak yang lain, barulah kita keluarkan kesimpulan..Sebab itulah saya kata kena ada ilmu..ilmu asas dalam amalan..Hadis nabi "Tuntutlah Ilmu kerana wajib baik setiap muslim. Kata lain "Berilmu dan beramal" kenapa tak letak beramal baru berilmu..itu perlu difikirkan..

    Mazhab maksudnya jalan untuk memandu kita ke jalan kebenaran, atau memadu kita kearah Al-Quran dan hadis..disebabkan kita kurangnya ilmu, jadi di sini bergunanya mazhab untuk membantu kita melaksanakan amalan Islam. Kalau tak jadi seperti sekarang, disebabkan doa qunut bercerai suami isteri, disebabkan kenduri arwah bergaduh sesama jiran, di sebabkan hal2 khilaf berlaku pergaduhan perbalahan dan sebagainya.

    Setiap mazhab mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mengeluarkan hukum dan pendapat..jadi setiap pendapat yang dikeluarkan berbeza di antara satu sama lain..boleh ke kita kata mereka salah dan sesat. sebab mengeluarkan pendapat atau ijtihad sendiri. Asas dia setiap ijtihad dikeluarkan oleh ulamak, kadang2 mereka tengok keadaan tempat, zaman, masa dan keadaan penduduk dan sebagainya.

    Masalah kita di Malaysia, kerajaan dan ulamak kita telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan mazhab Syafie dan semua perundangan dan hal2 yang berkaitan dengan syariat dirujuk dalam mazhab syafie kecuali ada perkara yang menghalang atau dharurat, maka mereka akan mengeluarkan fatwa yang tersendiri berdasarkan 4 sumber perundangan Islam.

    Apa jadi kalau kita biarkan orang awam ni buat sesuka hati dia nak ikut yang mana..mestilah berlakunya perbalahan dan pergaduhan seperti negara2 lain, sebab berlaku pergaduhan kerana jahilnya atau tidak ada ilmu..kalau ada ilmu tak jadi begini..sebab semua tahu ini masalah khilaf ada berbagai pendapat..

    ReplyDelete
  58. SLM USTAZ... nk tanye... ad yg mngtakn hadis ini hadis palsu....di akhrt klak semua mnsia brbut2 untuk mlht wjh ALLAH ...tp Allah akn dtg sndri pd wanita yg mmkai niqab'hrp ustaz dpt mmbri jwpn...tksih...slm....

    ReplyDelete
  59. Slm ustaz... mga dirahmati ALLAH...bnyk sye buka blog mngnai soal jwb agama...terasa amt sedih sye dmna mereka yg mngjukn soaln yg x msuk akl... nabi SAW prnh bersbda...aku tngglkn dua prkare alquran n sunnah..tp brpa rmi skrng.. hadis pon di selewengkn mngikut ape yg di khndaki oleh mreka yg x dpt mnrima apa yg tlh disruh n dilrang oleh islam...mereka bg hjah ikut suka2 hati je..TAPI... mereka semua lupa yang diatas sntise mmrhtikn grk gri mereka...ini lah akhir zmn..dmna rmi yg jahil brbicara soal agama.. walhal mrka x taw..kata 2 ulmk x nk di pki...akn dtg ftnh utuk para ulmk..yg haq jd btil.. dan sbliknya...itu yg saya dah nmpk...sya ad dngar ceramah ustz kazim...ikutlah kate ustaz YG BRPNDUKN ALQURAN N SUNNAH...WLAUPON DIA USTAZ TP KALO X IKUT RASULLULLAH SAW.. JGN KITER IKUT....tp syg.. krana ustaz yg sebeginilah yg x ikut ajrn nabi saw..maka mkin rmi manusia dluar sana mmprcayainya.. n keliru...sbb nama dia USTAZ.. org akn prcaya apa yg dia ckp!!!!!!!!!mdhn ALLAH mmbri hdyh pd org sbgini..maaf... sya x pndi bab agama.. tp sya hnya mmpu mluahkn dlm hti saya...slm....

    ReplyDelete
  60. 2 pusaka berharga:
    1-al-quran
    2- itrah(ahlul bait yg arif al-quran dan
    sabda nabi s.a.w)
    1-ali
    2-fatimah
    3-hassan
    4-hussin
    5-orang arif yg menurutinya.
    abu hanifah dan maliki sempat berguru dgn org arif yg menurutinya.bertaklid hendaklah dgn org yg masih hidup,bukan dgn org yg sdh mati.bertaklid hanya utk fekah bukan utk tauhid.tauhid kena mengaji dan kaji.carilah guru.......bersamalah kita mencari sunnaturasul melalui sunnatullah.al-quran itu dijaga melalui itrahnya.memecahkan satu rahsia utk mendpt satu rahsia.solatlah sebagaimana aku solat.......

    ReplyDelete
  61. assalamualaikm ustaz...nk tanya bukankah imam syafiee gurunya imam maliki??

    ReplyDelete
  62. assalamualaikum ustaz,,
    sy ada pertanyaan kalau boleh dapat la ustaz memberi penerangan...
    ~ adakah sah mengambil wuduk selepas membuang hadas besar???perlu mandi wajib dahulu atau tidak??
    ~cara-cara yang sah untuk menghilangkan hair colour mengikut islam...

    ***hrap ustaz dpat membantu saya...balas di facebook sy ya ustaz..
    *** faiza_iera10@yahoo.com @search putrie iera...

    wassalam....

    ReplyDelete
  63. http://muis.ismaweb.net/2010/06/pandangan-mazhab-lain-diamalkan-di-malaysia/

    ReplyDelete
  64. kalo mengunakan punggung tangan, batal gak ya??

    ReplyDelete
  65. Betul ustaz..kalau dcampur aduk mazhab,mesti tak menentu islam negara ni ustaz..gerenti jd kucar kacir

    ReplyDelete
  66. PENING KEPALA BILA PIKIR KAN PASAL MAZHAB NIE,SBB AKU X BERILMU, KEBISAAN NYE AKU SEBELUM BERSOLAT AKU AKAN BERSENTUHAN DGAN ISTERI AKU SELEPAS AKU AMBIL WUDUK,SEBAB ADA USTAZ KATA X BATAL JIKA BERSENTUHAN DGN ISTERI.JADI AKU TERUSKANLA SOLAT AKU,DLM BRAPAHARI NIE AKAK IPAR AKU ADA TEGUR AKU DIA KATA BERSENTUHAN SUAMI ISTRI AKAN TERBATAL WUDUK.SO KITA SYA JD COMFIUS MNA 1 YANG BENAR!!! KLO BTOL SALAH,MAKNANYE SOLAT SYA SBELUM NIE X SAH KE?

    ReplyDelete
  67. bukan tak sah, dia sah sebab waktu tu kita tak tahu dan kita taklik atau ikut ustaz tu yang kata...jangan pening, pi mengaji baru kita nampak hakikat sebenarnya..beginilah mazhab syafie dia lebih berhati2 dan lebih tertib dalam mengeluarkan hukum, so jalan terbaik kita ikut pandangan dia..kalau nak ikut pandangan lain pun tak mengapa asalkan kena pi mengaji dahulu...kita tak layak nak berijtihad sebab tidak ada ilmu, jadi biarlah yang berijtihad nie orang yang berilmu...

    ReplyDelete
  68. salam ustaz, saya ada persoalan berkaitan dengan halal dan haram wang yang saya terima.
    Soalan saya seperti berikut :
    Saya adalah seorang peguam. Seorang client (pelanggan ) telah melantik saya mengendalikan kes beliau dimahkamah. Beliau memang telah bersetuju untuk membayar fee @ yuran guaman kepada saya tetapi tidak ditentukan jumlahnya kerana ia bergantung kepada kerja-kerja yang akan dilakukan nanti.
    Dalam proses saya melakukan kerja-kerja tersebut saya telah menghantar bil kepada client saya untuk menuntut fee@yuran guaman tetapi client saya tidak bersetuju dengan jumlah yang saya tuntut tersebut.
    Disebabkan itu, saya telah memfailkan saman dimahkamah terhadap client saya untuk mmenuntut jumlah fee@yuran guaman tersebut.
    Semasa dalam proses mahkamah, client saya melalui peguam beliau telah memberi tawaran sejumlah wang sebagai penyelesaian luar mahkamah untuk membayar fee/yuran yang saya tuntut tersebut.
    Saya tidak bersetuju tetapi membuat 'counter offer" satu jumlah yang lebih tinggi.
    Mungkin diatas nasihat peguamnya, client saya tersebut telah BERSETUJU untuk membayar jumlah yang saya tuntut tersebut. oleh itu beliau telah membayar wang tersebut kepada saya dan kes selesai.
    Persoalan saya adalah:
    1. adakah wang tersebut adalah HALAL? ini kerana client tersebut mungkin bersetuju secara zahir. Tetapi di dalam hatinya mungkin tidak meredhai wang tersebut
    2. Adakah ia dikira sebagai memakan harta saudara muslim secara batil? ini kerana client tersebut mungkin terpaksa bersetuju untuk membayar kerana takut kepada Saman di Mahkamah

    ReplyDelete
  69. Assalamualaikum...maaf. Sekadar luah rasa yg tbuku. Islam sangat menitik beratkan bab ILMU..jadi belajarlah, cari ilmu, dalami ilmu..kalau nak tau pasal feqh,cari guru feqh..nk tai psl usull, cari guru isull. Kita xnak bertalik buta, ambik sket sana, ambik sket sini..caca marba. Sbb stiap mazhab berbeza2 tmasuk juga dalam plaksanaan hukum dalam sesuatu amalan. Bkn tak boleh nak bawak mazhab lain, ada 4 mazhab muktabar. Tp biarlah kita faham mazhab tsebut..dan mendalaminya. Kita ni 1 mazjab pn tak abih blaja lagi dah nak ambik yang lain..jadi tak tau mana satu ikutan kita. Sungguh lah Islam itu dari Allah Azza Wajalla dan kekasih-Nya Rasullullah Salallahualaihi wassalam. Tapi.mazjab ni adalah kaedah. Kaedah yang diguna oleh imam2 muktabar dalam membuahkan hukum. Di Malaysia majoriti bermazhab syafie, jadi mudahnya adalah kerana rujukan2 atau panduan bdasarkan mazhab syafie..tp xpula dhalang pd mereka yg bmazhab selain syafie..cuma susahlah kita nak cari rujukan. Jangan pandang negatif..dari sudut lain, anda akan nampak inilah keindahan Islam..kaedah membuahkan hukum..jadi jangan dpertikai atau perlekeh imam mazhab atau imam2 hadith kalau kita ni takda ilmu. Tuntutlah ilmu..ambik tau kriteria2 mereka dan mengapa mereka begitu berpengaruh.


    Wallahu a'lam.

    Maaf sekali lagi jika tersilap mohon perbetulkan.

    ReplyDelete
  70. assalamualaikum. saya ingin bertanya adakah roh orang yang meninggal akan melihat orang yang masih hidup di dunia ini?

    ReplyDelete
  71. Assalamualaikum, saya ingin sekali meluahkan apa yang terpendam dan tersirat tentang Wudhu' yang dibincangkan ni.. Sesungguhnya suami dan isteri ni halal, yang membuat orang tertanya tanya kenapa batal, dan ada orang kata tak batal, Cara kesuluruhan yang boleh saya summarise, banyak ustaz2 dan artikel yang saya dengar dan baca mengenai issue ni, ramai orang kata islam ni sangat mudah, tapi manusia sendiri yang suka merumitkan Islam sendiri. Pada saya, secara umum, suami dan isteri adalah halal, jika kita bersentuh tanpa shawat, tak batal wudhuk, kalau timbul shawat memang batal. Ini paling praktikal kan? Kenapa kita nak fening2 fikir pasal ni? memang kalau tak tahu kita belajar, namun bila kita dah banyak belajar dan masih ramai yang mengelirukan kita adalah lebih baik kita pilih mana yang kita rasa sesuai, yang penting kita cari keredhaan Allah.. dia maha mengetahui di atas segala sesuatu.. sah tak sah, terima tak terima, hanya dia yang tentukan, just keep improving ourselve in being a good muslim.... itu lebih baik dan afdal... tak usahlah nak meleretkan cerita.. May Allah bless us all..

    ReplyDelete
  72. assalamualaikum...saya xrasa masalah nie memeningkan kepala pon..hujah suami dan isteri adalah halal 2 betul..tetapi kita sebagai umat Islam perlu kenal siapakah imam As-Syafie nie kerana mazhab beliau adalah y paling ketat antara semua.beliau menghafaz Al-Quran seusia umur 7tahun.kita?7tahun baru nk blaja A B C,alif ba ta.beliau juga mengkhatam alquran sehari sekali.kita?.beliau menghafal kitab al-muwattha' karya imam Malik seusia 13tahun.kita?baru 1st time dengar nama kitab nie.Mufti Mekkah, Muslim bin Khalid Az-Zanji memberi imam Syafie keizinan memberi fatwa di Mekah kerana kemahiran ilmu feqahnya seusia 15tahun.kita?PMR pon bru nk amik.kata Imam Ghazali,"jika dikumpulkan semua ahli feqah dizaman ini belum tentu ilmu mereka sama seperti ilmu imam Syafie..LALU,HEBAT MANAKAH KITA UNTUK MEMPERSOALKAN KENAPA IMAM SYAFIE MENGATAKAN BATAL WUDUK ANTARA SUAMAI DAN ISTERI..kalau saudara/saudari xsuka mazhab syafie anda boleh keluar mazhab ini dan belajar mazhab mana y anda suka dari A-Z,janganlah mencedok sikit mazhab hanafi,cedok sedikit mazhab maliki,cedok dri mazhab hambali n syafie sikit mengikut keselesaan anda..

    ReplyDelete
  73. wahhh..hujah diatas ni terbaikkklaaa...baru saya sedar.selama ni saya belajar mengaji dgn 2buah negara..yg berbeza mahzabnya..so hukum hakam pun sy dah tercampur dlm khidupn sharian...

    susah jgk nk tahu mahzab apa setiap hukum2 tu ya...ermmm

    ReplyDelete
  74. adalah tidak patut pemerintah yg menentukan syurga dan neraka pada
    umat islam di negara jajahan takluknya.
    firman allah.
    jgn kamu bercerai berai dlm agama.mesti satu jemaah..pendapat harus sama.
    pegang pada al quran.
    ikut lah tafsiran org yg di ikhtiraf nabi saw seperti ibni abbas dan saidina ali.sesungguhnye mereka itu telah diredai oleh allah swt.
    mazhab adalah untuk kite senang ikut belajar hukum bukan mazhab itu wajib di ikut.yg patut adalah al quran

    ReplyDelete
  75. Assalamualaikum..seperti yg Tuan Ustaz kata, baik kita ikut mazhab al syafie dlm bab membatalkan wudhuk kerana pegangan kita di malayisa adalah al syafie.jika pegangan kita di malaysia adalah al syafie, ini bermakna kita kena ikut 100%. Tetapi siapa yg mensyaratkan yg kita kena ikut al syafie? Adakah Rasullullah telah mengatakan sedemikian? Atau khulafa al rasyidin? Atau ijtimak ulamak malaysia?
    Adakah saya Islam Syafie? Islam Maliki? Islam Hanbali dan sebagainya. Setahu sy Islam tu satu shj. Kenapa kita tidak mengikut Al Quran dan Sunnah2 Rasul (cara/perbuatan Rasul yg disampai kan melalui Hadis Sahih) shj? Kalau kita ikut al syafie, ql syafie mengatakan doa kenduri arwah tidak sampai pada 'target'. Doa anak yg soleh sampai.tetapi kenapa kita menolak al syafie dlm bab ini, tetapi kena 100% menerima pakai bab wuduk dari al syafie?
    Kenapa tidak kita ikut 'SUNNAH'(cara yg ditunjukkan oleh Rasul). Jika sesuatu perkara itu adalah baik, sudah tentunya para Sahabat lah yg pertama tama akan melakukannya..
    Jika jika berlaku perbezaan pendapat sebegini, eloklah kita kembali kepada SUNNAH. Cara kita ambil wuduk di Malaysia ini pun kebanyakannya tidak menepati piawaian SUNNAH (tidak seperti cara nabi).
    Kembalilah pada Al Quran dan berpegang teguh lah pada Sunnah.elakkan kesempitan fiqh.

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum..seperti yg Tuan Ustaz kata, baik kita ikut mazhab al syafie dlm bab membatalkan wudhuk kerana pegangan kita di malayisa adalah al syafie.jika pegangan kita di malaysia adalah al syafie, ini bermakna kita kena ikut 100%. Tetapi siapa yg mensyaratkan yg kita kena ikut al syafie? Adakah Rasullullah telah mengatakan sedemikian? Atau khulafa al rasyidin? Atau ijtimak ulamak malaysia?
    Adakah saya Islam Syafie? Islam Maliki? Islam Hanbali dan sebagainya. Setahu sy Islam tu satu shj. Kenapa kita tidak mengikut Al Quran dan Sunnah2 Rasul (cara/perbuatan Rasul yg disampai kan melalui Hadis Sahih) shj? Kalau kita ikut al syafie, ql syafie mengatakan doa kenduri arwah tidak sampai pada 'target'. Doa anak yg soleh sampai.tetapi kenapa kita menolak al syafie dlm bab ini, tetapi kena 100% menerima pakai bab wuduk dari al syafie?
    Kenapa tidak kita ikut 'SUNNAH'(cara yg ditunjukkan oleh Rasul). Jika sesuatu perkara itu adalah baik, sudah tentunya para Sahabat lah yg pertama tama akan melakukannya..
    Jika jika berlaku perbezaan pendapat sebegini, eloklah kita kembali kepada SUNNAH. Cara kita ambil wuduk di Malaysia ini pun kebanyakannya tidak menepati piawaian SUNNAH (tidak seperti cara nabi).
    Kembalilah pada Al Quran dan berpegang teguh lah pada Sunnah.elakkan kesempitan fiqh.

    ReplyDelete
  77. sa ada aoalan. boleh di masukkan lagikah pendapat syiah itu sedangkan ternyata ia menyeleweng dari islam?

    ReplyDelete
  78. Asalamulaikum,

    saya ingin bertanya.

    dlm surah (Maryam 19:20)
    Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"

    di sini juga diungkapkan perkata disentuh oleh seorang lelaki, tetapi dengan disentuh saja tidak mungkin mendapat anak.

    di dalam ayat yg deberi oleh Ustad
    kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi) mengunakan kan perkataan yg sama.

    di sini boleh jadi di sebabkan kita jimak, maka terbatal wuduk.


    dan Nabi S.A.W suruh kita selalu berada dlm keaadaan berwuduk, jika dgn isteri maka kita tidak lagi dlm keadaan berwuduk?
    boleh minta jelasan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG