PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, February 27, 2010

Bagaimana Cara Menegur Seorang Kawan Yang Melakukan Mungkar


Salam kepada semua pengunjung blog ini, sesungguhnya tanpa sokongan anda dan redho Allah, blog ini belum tentu hidup sehingga sekarang ini. Segala persoalan yang telah dikemukakan dalam ruangan tanyalah ustaz atau mana-mana ruang yang disediakan, saya akan jawab terus di tempat pertanyaan atau saya akan memilih soalan-soalan yang penting untuk djawab dalam bentuk artikel. Saya harap anda semua dapat bersabar untuk menunggu jawapan saya. Maklumlah apabila bekerja dan ada rumah tangga, maka ada tanggungjawab yang perlu diutamakan, kerana ini merupakan amanah Allah kepada saya. Blog ini merupakan aktiviti sampingan dengan tujuan untuk membantu dan memberikan penerangan atau apa-apa artikel yang berkaitan dakwah Islam. Ini secara tidak langsung saya dapat menyampaikan dakwah Islam kepada semua dan sekaligus dapat melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim.

Persoalan yang telah dikemukakan oleh seorang pengunjung (nama dirahsiakan) seperti berikut : “Bagaimana Hendak Menegur Seorang Kawan Yang Tidak Suka Bertudung?”

Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Oleh Muslim).

Hadis di atas ini, menunjukkan cara seseorang mengubah kemungkaran yang berlaku di sekelilingnya. Bagi yang berkemampuan atau mempunyai kuasa, maka ubahlah kemungkaran yang berlaku dengan kuasanya atau tangannya (perbuatannya). Bagi yang tidak berkemampuan maka ubahlah dengan lidahnya (teguran). Dakwah dengan menggunakan teguran selalunya bermasalah, ada yang tegur dengan cara menengking, menghina dan mencaci orang, ada orang yang menegur dengan cara baik, tetapi dibalasnya dengan cara yang tidak baik dan banyak lagi. Firman Allah yang bermaksud :

“Serulah kepada agama Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara sebaik-baiknya, sesungguhnya Tuhammu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Al-Nahl : 127).

Dakwah bil lisan mestilah digunakan dengan bahasa-bahasa hikmah, baik, sopan dan bahasa yang bijaksana untuk menarik perhatian atau minat seseorang kepada Islam. Ini adalah ajaran dari Allah untuk pendakwah-pendakwah menyampaikan seruan Islam. Rasulullah menyampaikan dakwah kepada penduduk-penduduk Makah dengan cara percakapan yang baik, sopan santun, tidak pernah menipu dan sebagainya, Rasulullah juga dikenali dengan akhlak yang baik sehingga dakwah Nabi dapat diterima oleh sesetengah masyarakat Mekah ketika itu.

Pendapat saya cara untuk menegur orang yang melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat ialah :

  1. Gunakan kebijaksanaan yang ada untuk menegur pelaku bahawa perbuatannya itu salah dan melanggar peraturan Islam. Boleh gunakan TV atau Radio untuk memasang CD atau kased ceramah yang berkaitan dengan pemakaian tudung atau tutup aurat apabila dia datang ke rumah. Dalam cara tidak langsung, pelaku tersebut dengar dan dia akan rasa sendiri akan perbuatannya itu. Cara ini tanpa perlu ditegur, dan tidak memerlukan modal percakapan dan hanya bermodalkan bil elektrik dan modal CD atau kased ceramah sahaja.

  2. Gunakan perkataan-perkataan hikmah dan tidak sesekali menggunakan perkataan yang menguris hati pelaku,, seperti bawa dia berbincang baik-baik di tempat yang tiada orang, kerana bila melakukan teguran dihadapan orang ramai, maka secara tidak langsung kita telah menjatuhkan air mukanya dihadapan orang.

  3. Gunakan perkataan-perkataan sindiran yang tidak menyinggungnya atau tidak mengaibkannya, seperti contoh saya berikan cucu Nabi Muhammad saw iaitu Hasan dan Hussin menegur seorang tua yang mengambil air sembahyang secara cincai dan sekadar melepaskan kewajipan berwuduk sahaja dengan cara : “Assalamualaikum pakcik, maaf ganggu, boleh pakcik lihat kami mengambil air sembahyang, jika salah pak cik tegur kami” (Teks ini digambarkan dari saya sahaja untuk menyedapkan lagi cerita ).

  4. Tegur dengan menggunakan orang tengah yang dekat dengannya, supaya segala teguran yang disampaikan melalui orang tengah dapat diterimanya dengan baik dan hati yang terbuka.

  5. Tegur dengan menggunakan surat, SMS atau sebagainya. Teks mestilah didahulukan dengan perkataan maaf,perkataan-perkataan yang lembut dan menyatakan apa tujuan kita menulis surat atau SMS ini, supaya tidak berlakunya salah faham antara pelaku dan kita.

Ini sahaja yang dapat disenaraikan sebagai cara untuk melaksanakan dakwah kepada masyarakat terutamanya keluarga, sahabat, atau jiran-jiran berdekatan. Sebenarnya banyak lagi cara dakwah ini, tetapi itu semua bergantung kepada kebijaksanaan kita. Bagi sesiapa yang ada cadangan lagi, bolehlah kemukakan cadangan dan pendapat anda di ruangan komen di bawah ini, saya menghargai anda yang memberikan cadangan. Marilah sama-sama menyumbang sedikit buah fikiran kearah kebaikan, kerana pahalanya sangat besar.

Sesiapa yang tidak mampu untuk menegur kemungkaran dengan menggunakan perbuatan atau lidah, maka gunakanlah dengan hati, sesungguhnya orang yang tidak redho atas kejahatan tersebut dengan cara menegur dengan hati, maka itulah yang dinamakan selemah-lemah iman. Untuk melaksanakan dakwah, kita tidak perlu rasa takut kepada manusia, hanya perlu rasa takut kepada Allah sahaja, kerana ini adalah amanah Allah kepada kita untuk menyampaikan apa yang termampu dan apa yang diketahui kepada masyarakat. Hadis Nabi yang bermaksud : “Sampaikanlah dengan apa-apa yang diterima dari kami walaupun sepotong ayat” (Riwayat Bukhari dan Tarmizi). Sesungguhnya orang yang menyampaikan kebaikan (dakwah) adalah orang yang terlepas dari tanggungjawabnya. Biarlah dimarahi oleh pelakunya, tetapi kita tidak dimarahi oleh Allah. Hidup di dunia mencari cinta ilahi dan redho ilahi, bukan mencari cinta manusia dan redho manusia, barang siapa yang dapat redho ilahi dan cinta ilahi, nescaya dia akan cinta manusia dan akan selamat di dunia dan di akhirat.

35 comments :

  1. tegur-menegur adalah salah satu cara mengeratkan ikatan ukhwah diantara umat islam, dan cara teguran knelah betul dan dilakukan secara sopan dan tertib agar teguran tersebut dpt diterima dgn rela hati.. artikel yang sangat menarik ya ustaz. izinkan ana menggunakan artikel anta pd artikel ana seterusnya, inshaAllah..

    ReplyDelete
  2. salam afieq saya izinkan anta ambik untuk dimanfaatkan untuk semua, terima kasih atas komen yang berguna anta, ana hargai anta

    ReplyDelete
  3. Assalamu Ala man Ittaba'a' al-Huda. Salam Ziarah,

    masalah wanita tidak bertudung, al-Hamdulillah, Saya menegur dengan menundukkan muka kebawah atau memalingkan muka ketempat lain.

    al-Hamdulillah, sebahagiannya berhasil, masya Allah mujarrab sunggguh,

    Tanpa berkata apa-apa, Sebahagian mereka esoknya bertudung, dan sebahagian lagi ada yang memeluk ugama Islam terus, ajaib kan!

    Mudah-mudahan bermanfaat. :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas petunjuk yang diberikan muhammad, saya hargai ini satu perkongsian yang bermakna untuk saya. Dakwah ini banyak caranya dan boleh disesuaikan dengan zaman

    ReplyDelete
  5. salam....saya ada 1 masalah...permasalah berkaitan sahabat2 jugak...

    sy agak sedih dan terkilan bila semakin lama semakin ramai sahabat rapat saya menjadi gay....

    mahu tegur takot hilang sahabat...
    tak tegor rase bersalah pulak....

    ReplyDelete
  6. Ini masalah yang paling besar, Berbagai-bagai penyakit jiwa yang dihadapi oleh umat Islam sekarang.. Boleh gunakan teknik yang diberikan diatas. Atau teknik-teknik lain yang sesuai seperti lakukan perbincangan secara terbuka antara anda dan kawan-kawan anda. tetapi kalau tidak berkemampuan cukuplah sekadar berdoa kepada Allah dan kembalikan mereka kepangkal jalan. Susah nak ubah manusia atau nak melembutkan hati manusia. Kita sekadar menyampaikan dan yang memberikan hidayah hanyalah Allah.

    ReplyDelete
  7. kwn baik sy seorang yg tdak memakai tdung, tp bile ke sekolah memang die memakai tdg...ahli kluarga die y perempuan jga tdak memakai tdg.. di wktu harijadinye sy hadiahkan dia satu tdung putih, biasa shj, tidak mahal... sy hnye pernah lhat die memakai tdung wktu sekolah, dan satu lagi bile dia dtg mengambil kputusan SPM...wktu bagi hadiah hari jadi tu sy titipkan pesanan: kau nmpak cantik bile pakai tdung...dan alhamdulillah lame2 kemudia dia mghubungi sy dan myampaikan berita hijrah die....wktu tu sy sgt tak sgka dan terharu...ktnye sy org pertama yg die khabarkan...alhamdulillah...nk berdakwah bkan susah tp hikmah tu yang menjadi masalah...

    ReplyDelete
  8. salam,

    Bubub saya berbangga dengan kamu kerana menggunakan metode dakwah dengan berkesan, sebenarnya dakwah ini banyak cara dan tekniknya yang dapat menarik orang kepada Islam tanpa marah, kasar, kekerasan dan sebagainya

    ReplyDelete
  9. slm ustaz....ermm...saya pernah menegur dgn lembt kpd kwn skolah agama sy yg keluar ke bandar tanpa memakai tudung...masyallah..tp apa yg diperkatakan pd saya..."sekarang ni, orang tak pakai tudung..lag baik dr yang pakai...." saya terdiam dan tak taw apa nak dckp...mohon bantuan ustaz....

    ReplyDelete
  10. Salam Syifa Penawar,

    Sebenarnya dia tu kena istiqfar dan mengucap balik, sebab dia telah persendakan syariat atau hukum Allah.

    Cakap kat dia, orang lapar jangan makan, niat je kata telah makan, dia pasti jawab mesti kena makan tak boleh niat je. anda terus pangkah hujahnya dengan cara setiap perkara yang ditetapkan ada tujuannya atau maqasidnya. jadi mesti kena buat, kalau tak buat pasti dosa.

    Atau anda tanya dia orang bertudung dengan pakai pakaian yang menjolok mata, pakai pakaian ketat dan sebagainya. boleh menyumbang zina tak? kalau dia kata boleh pangkah lagi dengan cara itu tandanya tudung dapat menjaga orang dari berzina. Orang yang bertudung berzina sebab pakai tudung ikut artis, ikut adat, ikut fesion dan sebagainya. Cuba jadikan tudung itu sebagai tuntutan syariat Islam, pasti semuanya akan selamat.

    Tudung atau menutup aurat ini dapat beza manusia dengan binatang, binatang tak payah tutup aurat sebab dia tak ada akal, manusia kena tutup sebab Tuhan muliakan manusia.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ustaz,
    menjadi tanggungjawab seorang muslim melaksanakan tuntutan amar makruf nahi munkar ini..
    seperti yang ustaz terangkan,kaedah mencegah perkara mungkar iaitu dgn tangan,lidah dan selemah2 hati..
    sebagai pelajar di universiti,kita dapat lihat trend bercopule di kampus2..
    tapi,saya xberani untuk menegur pasangan couple berkenaan lebih2 lagi bagi org yg saya xkenal..
    macam mana yg saya harus lakukan ustaz??
    saya rasa bersalah sgt sebab xmenegur psangan couple berkenaan

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ustaz,
    saya hendak bertanya pada ustaz cara menegur ibu.saya bukan lah seseorang yang pandai untuk mengatur ayat yang manis dan lembut,apa yang tidak betul saya akan terus cakap.sekarang ibu saya,suka keluar dengan lelaki lain.bapa saya ditinggalkan dirumah.bila pikir2,saya sangat marah.dengan cara macam mana saya harus tegur ibu saya?sejauh mana saya harus menghormati ibu bapa saya jika mereka terus melakukan maksiat?sejujurnya saya makin tidak menghormati mereka.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Harta yang lebih baik adalah ibadah, isteri solehah dan anak yang soleh. Harta inilah yang menjamin kebahgiaan seseorang di dunia dan di akhirat.

    Harta dunia seperti wang banyak, tanah dan sebagainya tidak menjamin malah itu adalah ujian Allah kepada kita untuk menjadi orang yang pemurah, kalau kedekut seperti haji baqhil, maka alamatnya kita tidak akan bahagia di dunia dan akhirat. Berapa banyak orang gila kerana harta dunia, berapa banyak orang bunuh diri kerana harta dunia dan berapa banyak orang bunuh orang kerana harta dunia. Fikirkanlah.....

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..akan dicuba terima kasih ustaz..
    Cuma ada cadangan ustaz darin saya..boleh x saya beri hadiah buku bacaan berunsurkan keagamaan dan bertemakan 'Taubat atau Dosa dan Pahala ataupun Kematian? adakah sesuai atau melampau??

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Sesuai sangat, bagus tindakan tersebut, sebab tak memerlukan percakapan..

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Salam ustaz..

    Topik yg menarik untuk dikongsi bersama..

    ReplyDelete
  19. salam tuan..lin ustaz azhar dah tukar..ustazazhar.net..

    ReplyDelete
  20. Salam

    Terima kasih atas perkongsian anda, saya sebelum ni tak boleh buka web ustaz azhar, rupaya dia dah tukar URL

    ReplyDelete
  21. menegur dgn berhikmah akan hasilkan kesan yang mendalam..

    ReplyDelete
  22. salam ustaz
    sy nak tnya mcm mane nk tgur 1 kwn yg mls solat

    klau nk tegur risau plak sy sbb sy pon kdg2 ade jugak rase malas 2

    lagipon ade org ckp kalau nk tegur org 2,diri kita ni kene perbaiki dulu

    ReplyDelete
  23. Salam

    Saya memohon maaf sebab tak dapat jawab semua soalan atas sebab tertentu... saya harap anda semua faham..

    ReplyDelete
  24. salam ustaz, terima kasih atas penulisan yg telah membantu sy ini.
    terlebih dahulu sy ingin memohon maaf. mungkin ustaz trsalah taip, sy check dlm alquran surah an-nahl ayat 127, maksudnya yg lain,
    maksud yang ustaz berikn itu adlh mksd bg ayat 125, maafkan sy ustaz.

    ReplyDelete
  25. Assalamu'alaikum...
    ustadz, saya mgkin manusia yang msih kurang paham ttg hijab, khusus laki2 dan perempuan, saya kalo ada tman perempuan ato laki2 yg sms pasti akan saya balas...nah pas kalo udah laki2 yg sms, itu teman saya slalu negor, kamu jgn kyk gitu, jgn berlebihan dalam berinteraksi...
    saat di bilang kayak gitu, saya mrasa sakit hti aja ustadz, karena d depan orang lain di sebutnya, se olah2 saya ini kayak murahan banget, pada hal saya cm sms an biasa, saya tau itu benar apa yg disampaikannya, tapi saya tidak bisa pungkiri rasa sakit hati itu....
    gimana menghilangkannya ustadz....

    ReplyDelete
  26. sebelumnya maaf usyadz, topik yg saya tanyakan di luar koridor, yg saya tangkap hanya judul umum, etika menegur...tp sekiranya bs dijawab, mhon y ustadz,,

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum ustaz..sy ada seorang kawan..dia kerap meninggalkan solat..sy tidak tegur..adakah sy dikira berdosa?

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum , boleh ke nak copy untuk dikongsi dalam blog saya ? terima kasih ...

    ReplyDelete
  29. boleh ambiklah saya benarkan, permintaan masukkan link asalnya sekali ok...

    ReplyDelete
  30. cadangan lain - Buatkan/aturkan keadaan tempat , masa and orang supaya orang berkenaan kurang terdedah pada unsur yang menjurus kepada kemungkaran. eg. Nak tengok kosert so and so, Beri alasan yang boleh buat dia tak minat nak pergi. point saya selalu guna ialah Kalau malaikai maut datang pada masa tengah seronok berkonsert, macam mana? tak sempat mengucap sebab tak sedar diri, dah lupa pada Allah pada masa itu. Matinya senang masuk neraka. Tak hairan Sekarang ini ramai orang muda mati bukan sesuatu yang tak biasa berlaku. Awas Angin ribut taupan boleh datang dengan tiba tiba. Inshaallah Point begini boleh kurangkan minat nya untuk pergi dengan kawan. Beri contoh contoh azab / musibah yang real yang pernah berlaku pada orang berkenaan atau orang rang yang yang dikenali sebab perbuatannya yang tidak baik. Ingatkan sengsara yang jatuh selepas itu. suruh bertaubat dan jagan ulangi perbuatan tersebut. Kena selalu ingatkan dengan orang orang dikasihi secara selamba sebab bila nak kena dia akan ingat nasihat kita dan tak buat. kalau buat kesilapan ajarkan dia supaya beristigfar dan bertaubat dan jauhkan perbuatan tersebut. Kita kena selalu berdoa dlam setiap solat supaya Allah jauhkan perbuatan mungkar atau selamatkan kita, ahli keluarga adan sahabat dari nafsu yang melampau batas dan bisikan syaitan.
    Kalau tak nak cakap banyak selalu sarankan atau ajak orang itu datang solat di masjid dan dengar kuliah. Buat special program di masjid untuk anak anak muda , ajar dia musahabahkan diri eg.
    sekian comment saya.

    ReplyDelete
  31. assalamualailum ustaz..sy nk btya pndapt ustaz.ibu sya ni crang kat ayah sya.jdi..ibu mmaksa sya brsubaht..dlm msa yg sma ayh sya mrayu pda sya untk bghtu pkara sbnr ttg ibu saya..sya bingung..mna stu sya hrs ikut.bleh kah klau sya mnbuat kata dua kpda ibu sya..utk mmilih llaki itu ataupun kluarga..minta pndagan ustaz..ibu sya dah lbih 10 thun bncinta dgn laki itu..sya rsa dya mcm x sgp nk tglkn laki itu

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum WBT..

    Ustaz,sebelum ni saya bukan la seorang yang baik tapi sekarang ni saya telah sedar akan perbuatan saya dan saya jugak ingin kan kawan-kawan saya pun turut sedar..bagaimana kah cara untuk memberi kesedaran kepada mereka..sedang kan bila saya tegur saja,mesti ada yang menjawab..mereka susah sangat nak dengar kata-kata dari saya..

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum..mohon share ye ustaz..terima kasih..
    ustaz? kalau kita x tegur orang tu dia boleh tarik kita masuk neraka ke?
    tapi kalau kita tak tegur,kita cegah dengan hati,dia boleh tarik kita masuk neraka x?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG