PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, February 24, 2010

Batas Pergaulan Antara Sepupu Lelaki & Sepupu Perempuan


Salam kepada semua yang menziarahi blog saya, bersyukur kepada Allah yang menjadikan ala mini, menjadikan rezeki dan berbagai nikmat kepada manusia. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Jawapan bagi persoalan yang telah dikemukakan oleh pengunjung blog ini iaitu batas pergaulan antara sepupu atau anak-anak bapa dan ibu saudara.

Sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin. Firman Allah yang bermaksud :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " (Al-Nur : 31)

Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.

Pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud :

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)

Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram dan auratnya sepertimana perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki mahram yang lain. Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya, maka hal ini perlu dijaga batas-batas pergaulan antara sepupu-sepupu. Siksaannya amat berat bagi orang yang melanggar larangan Allah dan Rasulnya.

22 comments :

  1. Thank you So Much Ustaz... Shukran Alaik... Jazakumullahu Khairan Kathira

    Smile with Siwak
    Smart With Jilbab...

    Ustaz memang best la

    ReplyDelete
  2. Syukran Jazila ya Ai-od, maal salamah wa ilalliqa

    ReplyDelete
  3. salam ustaz,
    apa pandangan ustaz mengenai suami isteri yg bersentuhan ketika berwudhu!sah ke wuhdu nya atau sebaliknya!

    bagaimana aurat ketika bersalaman antara sanak saudara dr mertua hingga ke sepupu!!

    utk lebih memahami akan kekurangan ilmu - kaiban

    ReplyDelete
  4. Aslmkm ustaz.apakah sah atau batal wudhu saya jika bersentuhan dengan sepupu perempuan yang masih belum baligh?soalan kedua saya,saya berkeinginan mengerjakan umrah,tetapi belum berkemampuan lagi.bolehkah jika saya meminta orang membiayai nya?dan apakah hukumnya?

    ReplyDelete
  5. Salam kepada penulis keaiban saya akan masukkan artikel berkaitan terbatalnya wuduk antara lelaki dan perempuan antara suami isteri.

    1. jawapan sementara keaiban. menurut syafie adalah terbatal berdasarkan dalil al-quran al-maidah ayat 6. Keterangan lanjut besok dalam artikel saya insyaallah. Maaf terlambat kerana tadi tidak sempat nak buat artikel dan balas komen, kerana Pejabat saya ada gotong royong perdana tentang amalan 5s.

    2. Muhammad. sepupu adalah perempuan bukan muhrim dan boleh berkahwin. Jadi batal wuduk mereka yang bersentuhan.Manakala bagi yang belum baliq, tidak terbatal bagi yang bersentuhan tanpa syahwat, kalau bersyahwat maka terbatal wuduknya.

    Pergi umrah, nasihat saya kalau belum melaksanakan haji lebih baik kumpulkan duit untuk pergi haji dari umrah kalau tidak berkemampuan. Tetapi kalau berkemampuan tidak mengapa. Boleh minta sumbangan untuk melaksanakan kerja kebajikan dan pahala juga mereka dapat, kerana harta itu adalah hak Allah. Mereka yang memberi dapat pahala dan yang pergi umrahpun dapat pahala. satu pekerjaan dapat kebaikan kepada semua yang membantu. Untuk memperolehi keberkatan sumber duit mestilah dari sumber yang halal.

    ReplyDelete
  6. Assalam ustaz...
    setahu saya muhrim ni maksud die org yg dlm ihram haji/umrah.....
    mahram barulah org yg haram kahwin/sentuh...
    ustaz azhar pon pernah ckp mcm tuh....

    tolong jelaskan sket ustaz...

    keliru..

    ReplyDelete
  7. Betul apa yang dipertanyakan anda, mengikut tata bahasa arab memang betul bahawa muhrim adalah pakaian ihram dan orang yang mengerjakan haji dan umrah.

    Mahram baru bermaksud orang yang haram di nikahi

    tetapi cakap orang melayu mengatakan muhrim dan ada yang mengatakan mahram. Perkataan yang sebenarnya adalah mahram.

    Mengenai komen saya tentang muhrim itu adalah tersilap ejaan sebenarnya mahram, biasalah jawab soalan dalam keadaan kalut dan masa sikit sahaja.

    ReplyDelete
  8. Mintok maaf ustaz...
    ....bukan niat saya nok cari saloh ustaz...cuma takut org lain bace..die pon amik paham saloh atas makna..walaupon semmgnye penjelasan betol...
    .....kalu saye kabor maner org nok caye.....kalu dari ustaz sendiri..kire okla tuh...

    ape2 pon..mintok maaf ustaz..time kasih bayok...
    saye pon kekadang silap sokmo eja...saye menyokong sepenuhnye web ustaz ni..
    Allahuakbar

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Rd saya tak kisah atas teguran anda atas kesilapan ana, saidina Ali penah berkata walaupun orang biasa tegurnya dengan satu patah sahaja dia di ibaratkan sebagai guru saidina Ali, ni apatah kita, saya suka anda menegur saya atas kebaikan.

    Tujuan saya adakan blog saya ini adalah untuk menimba sedikit ilmu dan perkongsian dengan anda semua. kalau salah tegur kalau ada pendapat kita kongsikan bersama, itukan lebih baik, ibarat kita sedang berusrah secara online.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    Ustaz saya ingin mengetahui tentang mahram dan apakah yang perlu kita tahu tentang mahram..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikom Ustaz
    Bolehkah kita kawin dengan anak kepada adik atok kita?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Ustaz
    Mengikut fahaman saya, abang saudara (bapa saya dan bapanya adik beradik)boleh menjadi wali kepada saya. Bukankah ini bermaksud abang saudara saya itu juga mahram kepada saya? Terima kasih.

    Zah

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ustaz

    Hukum bsntuhan lelaki & perempuan bkn mahram haram kan ??
    ape hukaman nya??
    Apakah pandangan islam jika bersalam antara lelaki & permpuan bkn mahram dgn tujuan nk perturunkan ilmu???

    ReplyDelete
  14. Saya suka kepada sepupu perempuan saya ini,tetapi saya hanya mendiamkan diri sahaja, umur saya 20,manakala sepupu saya 21,saudara-mara seperti mak cik saya, mak dak dan emak saya sendiri sering mengusik saya dengan sepupu saya bahawa saya dan dia suka sama suka, sebernaya dalam hati saya ini sudah lama saya pendamkan perkara ini,saya sukakan dia.,soalan saya apa yg harus saya lakukan untuk meluahkan isi hati saya ini,saya bukanya pandai mengayat perempuan sangat..saya ingin berkhawin dgn dia.?..

    ReplyDelete
  15. salam.ustaz.nak tanye..ape hukum org bt knduri kawin gne daging korban?adakah ia dbenarkan @ dilarang?

    ReplyDelete
  16. salam..ust nk tnya,sepupu lelaki tingal kt rumah saya dlm tmpoh sebulan...jd sy sntiasa brtudung xkira dlm umah atau d'dapur..adakah boleh sy tidak memakai tudung...apa hukum dan batas2 aurat antara perempuan dgn sepupu lelaki jika dia tingal dlm umah kita untuk beberapa tempoh..???

    ReplyDelete
  17. salam ustaz..
    nak tanya...
    jika balik ke kpg atuk..
    sepupu saya juga ada di situ mereka selalu pg balik kpg..kdg2 mereka selalu dtg mengejut tanpa saya sempat memakai tudung..
    tentulah mrk dah tgk aurat saya
    adakah ia salah jika saya tidak memakai tudung pada masa itu
    sy anggap mcm dah terlambat mereka dah tgk aurat saya...
    adakah perlu sy cpt2 menutup rambut sy dgn kain tuala atau biar shj?
    sbb dah terlambat..guna tudung pun mereka dah tgk aurat sy..dah tau rmbt sy panjang mana...
    harap ustaz dpt bantu

    ReplyDelete
  18. salam ustaz...
    apa beza sepupu dengan saudara??
    saya keliru sikit...

    ReplyDelete
  19. Salam ustaz.. Sy ada anak angkat berumur setahun sembilan bulan.. Sy tidak menyusukanye.. Anak angkat saya tu adalah anak sepupu sy.. Bagaimanakah aurat sy dgn dia kelak? Adakah dia muhrim sy?

    ReplyDelete
  20. salam ustaz saya nk tanya apa hukum klu kita berkahwin dengan sepupu belah datuk..contohnye ali punya datuk ada adik nama adik datuk si ali ni abu...lepas tu si ali ni jatuh hati kat cucu si abu ini yang bernama siti...persoalan nye boleh ke si ali kahwin dengan siti...

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum ustaz ... saya nak tahu bagaimana kalau ibu kita sendiri menyuruh kita bersalam dengan suami kakak saudara sedangkan kita tahu batas antara kita dengan suami kakak saudara itu. tapi demi tidak mahu mengecilkan hati atau menjatuhkan air muka ibu kita di depan orang, kita bersalam juga dengan suami kakak saudara. bagaimana ya ? mohon penerangan dari ustaz ... -noor

    ReplyDelete
  22. salam,.ustaz, sy kurang fhm ttg batas antara sepupu ni..mcm mana pulak batas antara anak saudara lelaki sebelah bapa? Adakah mahram ataupun bukan? Tlg bantu sy ustaz..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG