PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, February 25, 2010

Beriman Kepada Logo Halal & Sedikit Tips Mencari Makanan Halal

Makanan Ada Khinzir Dan Ada Logo Halal


Logo Halal Bukan JAKIM

Logo Halal JAKIM

Logo Halal Yang Terdapat Di Pasaran Malaysia


Salam dan selamat berbahagia kepada semua, semoga kita semua dinaungi Allah dan dikurniakan hidayah dan taufik dari Allah. Selawat dan salam atas Nabi Junjungan Muhammad saw. Sebenarnya artikel yang bertajuk beriman kepada logo halal ini sudah lama dirancang oleh saya untuk dituliskan dan dikongsikan kepada semua.

Zaman moden umat Islam tidak lagi menguasai ekonomi, pertahanan, pemerintahan, pendidikan dan sebagainya seperti zaman kemajuan Islam terdahulu pada zaman Rasulullah hingga Khalifah Bani Othmaniyah. Zaman sekarang ini umat Islam sering terlibat dengan perkara-perkara syubhah dan umat Islam sekarang juga ditindas, dikuasai, dipesongkan dan sebagainya lagi. Perkara yang paling ketara ialah makanan halal di pasaran sekarang ini menjadi igauan ngeri oleh seluruh umat Islam, kerana takut setiap makanan yang dibeli itu ada unsure-unsur yang diharamkan Islam, seperti lemak bami, daging babi dan sebagainya. Yakinkah kita dengan logo halal yang digunakan sebagai bukti barang tersebut halal? Sebenarnya umat Islam sekarang ini ditipu dan diperbodohkan oleh orang-orang kafir atau orang-orang yang tidak bertanggungjawab dalam meletakkan logo halal. Sebenarnya jika kita kaji dan teliti berbagai logo halal di pasarang sekarang ini. Orang kata bila ada logo halal maka barang tersebut itu halal, betulkah !!!!!


Sebenarnya logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM ada standarnya yang tersendiri dan ada ciri-ciri keselamatannya bukan seperti logo-logo halal yang lain (sila lihat gambar di atas) yang dibuat untuk membutakan mata umat Islam yang kononnya barang tersebut adalah halal. Saya nak ajak anda semua berfikir dan jangan hanya beriman kepada logo halal tanpa diketahui dan orang seperti ini dinamakan sebagai jahil murakab (buat-buat tak tahu), tetapi hakikatnya tahu produk tersebut datangnya dari orang bukan Islam.

Di pasaran, berbagai-bagai logo halal yang ada, pertanyaannya, mana satu logo halal dari JAKIM? kadang-kadang makanan yang ada di rumah kita juga bukan dari logo halal JAKIM, ini yang menjadi persoalan adakah JAKIM ini ada banyak logo halal atau ada badan lain yang dipertanggungjawabkan untuk mengelola produk-produk makanan halal. Ada produk yang memang sah di pelastiknya bahan-bahan yang dicampurkan adalah dari lemak babi, tetapi ada logo halal di sebelahnya. Ini yang perlu ditegaskan oleh semua pengguna muslim. Nak tahu logo halal JAKIM dan bukan JAKIM lihat gambar di atas.

Sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menyampaikan dakwah Islam kepada semua, sebagai pembeli kita perlu bijak memilih barang-barang makanan dan keperluan kita. Sekarang ini ada banyak syarikat-syarikat makanan Islam yang tumbuh seperti cendawan antaranya HPA, Halagel, Kohilal, Tok Guru dan Bernas, Faizah, Jasmin dan banyak lagi. Kenapa kita nak berpandukan kepada logo halal semata-mata, sedangkan produk tersebut terbukti dari syarikat bukan Islam. Saya tanya anda semua, Adakah Produk Islam atau produk bukan Islam lebih terjamin kualitinya? Jawapan saya mestilah produk Islam lebih diyakini dan lebih kualiti kesuciannya. Sebab syarikat produk tersebut adalah orang Islam dan dia tahu kesucian atau kebersihan menurut Islam berbanding dengan syarikat bukan Islam.

Tindakan saya dalam membeli belah, saya mesti mencari produk-produk Islam terlebih dahulu, kerana itu lebih yakin dan tidak zon ataupun syak kerana produk Islam. Jika didapati produk yang dicari benar-benar tiada barulah, berimankan kepada logo JAKIM sahaja, kerana standar yang diletakkan oleh JAKIM kepada syarikat-syarikat makanan adalah cukup ketat dan mengikut syariat Islam. Saya harap anda juga mempunyai ketegasan dalam memilih makanan keperluan anda tanpa was-was dan ragu-ragu. Ada orang kata, produk Islam tidak sedap berbanding dengan produk bukan Islam. Terlintas dibenak fikiran saya, “sedapla sebab campur dengan lemak babi” maaf la ini fikiran jahat saya. Bagi saya sedap atau tak sedap perkara kedua, sebab yang lebih penting adalah kesuciannya.

Makanan yang tidak suci, sedikit sebanyak mempengaruhi hati dan fikiran kita, kerana bila perut diisi dengan makanan yang bercampur dengan sumber yang tidak halal, maka hati kita menjadi susah dan keras untuk melaksanakan ibadah dan peraturan Allah. Sebab itu, kadang-kadang susah sahaja nak solat, nak mengaji Al-Quran dan apa-apa lagi.

Nasihat saya, bagi sesiapa yang ragu-ragu dengan produk yang digunakan, maka semaklah di bahagian halal haram JAKIM, persatuan pengguna Islam Malaysia, Dunia Halal dan badan-badan yang berkaitan. Ini penting, kerana makanan akan membentuk jiwa kita semua. Jika makanan yang masuk itu tidak bersih maka hati kita juga tidak bersih dan kotor. Jika makanan itu bersih maka jiwa kita akan positif dan bersih dan mudah melaksanakan ibadah kepada Allah.

Bawah ini ada tips bagaimana nak memilih produk halal di pasaran. Tips ini saya ceduk dari sahabat saya yang pergi mendengar ceramah HPA. Ceramah ini disampaikan oleh Pengasas HPA Tuan Haji Ismail banyak memberi tips bagaimana nak detect produk itu halal atau haram.

  1. Untuk mengenal pasti produk kacang tumbuk yang mana halal dan yang mana haram, Tuan Haji berkata cuba kita pegang kacang tumbuk tu. Jika ia pecah maka ia adalah halal. Jika tidak pecah apabila kita pegang maknanya ia menggunakan lemak haiwan untuk mengeraskannya. Haiwan apa? Fikir - fikirkanlah.

  2. Ada sesetengah pihak menyalahgunakan perkataan atau terma HerbaTradisional. Untuk mengenal pasti produk - produk yang menipu ini di atas nama Herba Tradisional, Tuan Haji Ismail mengatakan kapsul -kapsul yang digunakan selalunya berwarna-warni. Ini adalah kerana ada bahan - bahan di dalam kapsul yang menipu dan dicampurkan dengan bahan kimia dan ia berserbuk berwarna putih.

14 comments :

  1. Kacang tumbuk yang pecah adalah halal? Owh, selama ni saya selalu berkira-kira nak makan atau tak sebab kebanyakkan memang buatan haram. Terima kasih untuk info sangat berguna ni. Bagaimana pula dengan minuman 3 in 1 Power Root tu pula ye? Sebab dorang tak gunakan logo Halal Jakim.

    ReplyDelete
  2. Salam kalau tak de logo halal JAKIM tak boleh la, jangan tertipu dengan logo halal. Pastikan logo kepunyaan JAKIM, sebab logo halal ini boleh di buat oleh syarikat tersebut, bukan payah cuma tulis halal je.

    ReplyDelete
  3. power root tu tak halal ker..huhu

    saya kalau disarawak.kena pening dulu pilih kedai makanan..sbb byk sgt logo kelentong.
    nice sharing ustaz.

    ReplyDelete
  4. Salam Power Root saya tak pasti ada ke tak de logo halal JAKIM, kalau ada ok la, kalau tak de mamang tak halal lah. Bagi saya banyak lagi kopi power yang dikeluarkan oleh orang Islam, buat apa lagi guna yang orang bukan Islam punya, sebab dah ada yang Islam dan gunalah tanpa was-was.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum...
    Uztaz,macam mana pula dgn produk makanan yg ada logo halal JAKIM, tapi kandungannya meragukan, contohnya yg ada tulis E471. Kerana sejak dulu sudah tersebar kod2 yg mempunyai kandungan 'itu' didalamnya. Sedangkan saya perhatikan byk produk makanan kita yg ada kod2 E seperti itu.
    Jazakallah.

    ReplyDelete
  6. Salam...Ustaz, sy ingin bertnye soalan yg sama mcm anayilz di atas. Bleh ustaz terangkn lebih lanjut? Tme kasih.

    ReplyDelete
  7. sekadar cadangan, kalau ada juga bahan yang meragukan, maka anda boleh merujuk kepada JAKIM melalui laman webnya. Kadang2 ada juga orang yang memalsukan logo tersebut dan ada syarikat yang tamat tempoh logo, tetapi masih memaparkan logo tersebut. Sebagai pengguna yang bijak, anda boleh rujuk terus kepada JAKIM dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

    ReplyDelete
  8. sekadar ingin berkongsi... gunalah brg hpa. tiada keraguan. muktamad halal..

    ReplyDelete
  9. Salam Ustaz

    1. bagaiman dengan makanan yang diimport, dimana setahu saya adalah diluar kuasa JAKIM untuk mengeluarkan logo halal.
    2. Bagaimana sekiranya kita berada di luar negara, dalam mencari yang Halal tetapi, tiada logo Halal JAKIM untuk kita untuk kita semak.

    Harap Ustaz dapat menerangkan lebih lanjut.
    jazakAllah

    ReplyDelete
  10. Kalau student muslim yg dok oversea mcm di jepun dan korea camne ye? Lagi susah nak dapat makanan halal.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Masalah makanan di negara luar seperti cina, jepun dan tempat2 lain memang susah nak dapat makanan halal. Saya dalam hal ini berpandangan bahawa perkara yang haram tetap haram dan jelas dan perkara yang halal jelas.

    Masalah makanan luar negara ini memang susah nak dapat yang halal, tetapi kita sebagai muslim yang ada penghayatan agama perlu ada sikap jihat sikit untuk memperolehi makan yang yakin bersih dan halal iaitu masak sendiri. Kalau kata daging, ayam tak disembelih seperti kaedah Islam, makanlah makanan lain yang komfom halal atau sayuran yang halal.

    Tak logik kalau kita kata susah nak dapat makanan halal, kecuali orang yang berada dalam hutan dan memang tiada makanan yang halal dan dhorurat, maka islam mengharuskan ia memakan makanan yang ada yang haram itu sekadar lapit perut sahaja.

    Masalahnya anda semua bukan termasuk dalam kategori dharurat lagi, sebab makanan halal masih banyak seperti saya sebutkan di atas tadi.

    ReplyDelete
  12. Terus terang saya katakan, saya duduk di Kuching ini memang susah hendak mencari kedai makan Islam kalau tidak di Batu 7 atau Satok. Tempat lain kebanyakannya kedai makan cina yang memang terang-terang ada dihidangkan makanan 'itu'.

    Satu lagi, di sini banyak produk buatan sendiri jadi kena benar-benar sahkan ia memang buatan orang Islam.

    ReplyDelete
  13. egg doufu wai food industri...
    adakah halal..minta maaf ye..tumpang tanya.,.

    ReplyDelete
  14. sy akui banyak produk islam yg dikeluarkan oleh umat islam. sebg contoh HPA, tapi apa yg ingin sy katakan ialah kualiti produk yg tidak dijaga. sy mohon pihak yg berkenaan jaga kualiti. selain itu, stok x de. mcm mana kami nak beli kalu stok x ada?..cuba fikirkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG