PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, February 17, 2010

Cara Wuduk Bagi Orang Sakit (Cedera/Berbalut)


Salam kepada semua, saya doakan anda sentiasa sihat dan kuat untuk melaksanakan amanah Allah dalam mengerjakan urusan dunia dan akhirat. Sebagai tanda penghargaan dan tanggungjawab saya tuliskan artikel ini yang berkaitan dengan cara mengambil wuduk bagi anggota yang mengalami kecederaan atau balutan di tempat luka atau patah. Terlebih dahulu saya datangkan firman Allah yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. " (Al-Maidah : 6)

Dari firman Allah di atas ini dapat disimpulkan bahawa wuduk merupakan perkara yang wajib dilakukan untuk mengharuskan solat dan perbuatan-perbuatan ibadah yang lain. Tetapi apabila ketiadaan air bagi kawasan tersebut atau air yang ada hanya cukup untuk minum sahaja, maka perlulah seseorang itu bertayammum untuk mengharuskannya solat. Islam adalah agama yang sempurna dan Islam itu adalah agama yang mudah, tetapi jangan kita memudah-mudahkan agama.

Islam mempunyai kaedah bagi orang yang mengalami kecederaan disebabkan kemalangan atau musibah-musibah yang lain. Dikuatiri apabila terkena air akan mendatangkan kecederaan yang lebih teruk, lukanya lambat sembuh dan seumpamanya. Maka cara bagi orang yang sakit seperti yang dinyatakan di atas adalah seperti pesakit wajib membasuh atau mengambil wuduk bagi anggota yang tidak cedera mengikut tertibnya (mengikut susunan wuduk). Apabila sampai ke anggota wuduk yang cedera atau berbalut hendaklah ia menyapuka air di atas balutannya sebagai syarat membasuh. Kemudian pesakit tersebut hendaklah bertayammum pada keseluruhan mukanya dan tangannya dari hujung jari ke sikunya mengikut cara tayammum. Kalau anggota cederanya di kaki atau selain dari anggota tayammum, maka ia tetap juga tayammum di muka dan tangannya sahaja. Dengan cara ini pesakit boleh melakukan solat seperti biasa.

Sebenarnya ada pendapat lain yang menyatakan bahawa anggota wuduk yang cedera hanya disapukan dengan air sahaja dan tidak perlu bertayammum. Tetapi pendapat yang lebih baik adalah seperti yang dinyatakan di atas dengan melakukan wuduk bagi anggota yang tidak cedera, manakala bagi anggota yang cedera atau berbalut hendaklah disapukan air sahaja dan ditayammumkan sekali untuk mengharuskan solat.

41 comments :

  1. salams

    Artikel yang amat bagus sekali..Mungkin ramai di luar sana masih samar-samar mengenainya..(Pesakit sendiri maupun kaum kerabatnya..)Mudah-mudahan ILMU yang telah ustaz sampaikan ini akan sampai kepada mereka yang masih samar-samar mengenainya..

    Cadangan ummi:>Apakata banner/papan iklan memaparkan AMBIL WUDUK bagi orang sakit ini dipaparkan/highlightkan kat hospital kerajaan/swasta dll tempat awam yang masih tiada INFOs mengenainya..Semoga akan memberi kesedaran kepada semua muslim +muslimah bahawa walaupun dalam keadaan sakit kita wajib bersolat kecuali ketika maut telah menjemput kita...

    ReplyDelete
  2. trimakasih pak ustadz atas artikel'y,
    kadang aku bingung klu agy sakit cara berwudhu'y gmn..

    ReplyDelete
  3. owh,alhamdulillah
    bertambah ilu pengetahuan

    ReplyDelete
  4. time ksih ustaz ats pengisian ni.. mintak izin nk ltk lam blog sy nk berkongsi ngan kwn2

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum..ustaz sy de 1 soalan..sekiranya pihak hospital tidak dapat menyediakan tanah atas sebab2 tertentu, sebagai contoh: hospital di tengah bandar untk pesakit bertayammum, de ke cara lain bg pesakit tersebut ustaz.

    ReplyDelete
  6. Salam kalau memang dah tak de tanah atau debu, cukup dengan air sembahyang sahaja di sapukan sahaja di tempat balut atau luka tersebut, ini sahaja sudah memadai. Kalau ada tanah lebih baik wuduk dan tayammum tempat balut tersebut.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ustaz,

    Kiranya kita bertayamum pd bahagian yg berbalut, bolehkah wudhuk kita bertahan selama 2 waktu (maghrib dan isyak)selagi tidak terbatal atau seperti syarat tayammum- Sudah masuk waktu shj bermakna untuk setiap fardu diharuskan bertayammum.

    Sekian, wassalam.

    ReplyDelete
  8. Salam semua,

    Sekarang nie ada di jual debu tayammum untuk memudahkan kita semua.

    sekian, wassalam.

    ReplyDelete
  9. Salam setiap wuduk dan tayammum yang di ambil oleh orang sakit yang berbalut anggota wuduknya, sekali sahaja setiap waktu, setelah selesai solatnya maka terbatal wuduk dan tayammumnya dengan sendiri. solat lain pula mesti mengambil wuduk dan tayammum lain.

    ReplyDelete
  10. salam, bagaimana pula dgn cara mandi wajib untuk org yang anggotanya berbalut..??perlukah bertayammum..

    ReplyDelete
  11. Salam,

    mandi hadas seperti biasa, tempat berbalut atau luka dilap sahaja kalau ia tidak memudharatkan. Kemudian tayammum selepas mandi. Maka hadas besar anda terangkat.

    ReplyDelete
  12. asalamualaikum ustaz,

    saya confiusla, adakah bagi tangan yang berbalut, hanya lapkan sahaja tempat berbalut atau buka balutan itu . sekiranya kita untuk mengambil wuduk.

    ReplyDelete
  13. salam ustaz... nak tanye....tangan saya sakit dan berbalut tak boleh kena air. jadi saya ambil wudhu sperti biasa. apabila samapai kat tempat berbalut tadi saya sapu air dan bertayammum. macam mana cara tayammun tu. saya tayammum dari muka sampai tangan atau tangan yang berbalut sahaja saya tayammum.

    ReplyDelete
  14. Salam,

    bagi tangan yang berbalut tidak melebihi had kecedraannya yang mendatangkan mudharat, kena sapukan air dan tayammum.. contohnya ambil air wuduk sehingga tangan tayammum muka dan tangan, kemudian sambung kembali ke sapukan air ke kepala dan seterusnya. tak perlu buka.. kalau balutan itu lebih dari had kecedraan anda maka wajib di gantikan solat apabila sembuh. contohnya cedera bahagian siku tetapi balutan semua tangan anda maka wajib diqadha solat.

    Cara tayammum adalah muka dan tangan sahaja, bukan sapukan debu di tempat balut sahaja, itu bukan tayammum.

    ReplyDelete
  15. SALAM...
    "ustaz nor amin on March 30, 2010 2:40 PM said... Salam kalau memang dah tak de tanah atau debu, cukup dengan air sembahyang sahaja di sapukan sahaja di tempat balut atau luka tersebut, ini sahaja sudah memadai. Kalau ada tanah lebih baik wuduk dan tayammum tempat balut tersebut."
    ==========================================
    Apa maksud tayammum tempat balut tersebut. Jika yg berbalut di bahagian kaki , adakah kita perlu ratakan debu pada balutan kaki itu.? bagaimana cara melakukannya.. mohon penjelasan ustaz.. t.kasih ( Drp: IbnuJamil )

    ReplyDelete
  16. Salam

    hehehhe begini maksud saya, kalau tempat berbalut itu tangan, maka sapulah atas balutan tu..kalau bebalut itu kaki, maka tayammum muka dan tangan..penerangan saya di atas berdasarkan soalan dan ringkas sahaja.

    ReplyDelete
  17. mintak izin nk share...........

    ReplyDelete
  18. saya ingin bertanya, bagaimana pula jika luka yang berbalut itu kaki dan tangan ?

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum Uztaz,

    Setahu saya tayammum di muka dan tangan sahaja, sekarang kaki saya dibalut kedua-duanya. Kedua-dua kaki saya tidak boleh disentuh air. Anggota saya yang laen boleh bergerak seperti biasa. Jadi saya hendak tayammum kaki saya, bagaimana caranya?

    ReplyDelete
  20. Salam

    Maksud artikel saya tu kalau berbalut di tangan sapukan sahaja di muka dan tangan, kalau berbalut di kaki tetap sapukan muka dan tangan.., kalau begini kena edit sikit artikel ni takut orang salah faham pulak.

    ReplyDelete
  21. Memadai ke saja kalau tayammum untuk yang cedera, sebab kalau wudhu dan tayammum rasanya perbuatan tersebut lebih menyukarkan. Saya baru alami kemalangan yang menyukarkan pergerakan jika saya kena buat 2 perbuatan wudhu dan tayammum rasanya saya berlaku zalim pada diri sendiri sebab bila sihat saya buat satu perbuatan bila sakit saya buat 2 perbuatan yang menyukarkan. Sebab saya bimbang jika takde kelonggaran ada yang ambil mudah langsung tak buat sebab kalau sakit sepatutnya ada kelonggaran seperti mereka yang musafir jamak taqdim.

    ReplyDelete
  22. sebenarnya nak sembahyang kena ambil wuduk itu syaratnya, kalau ditimpa musibah seperti cedera itu adalah sebahagian anggota wuduk sahaja. Zalimlah kita kepada Allah kalau kita tak mampu nak buat satu benda yang melambangkan kita taat kepada Allah, tetapi kita nak sembuh sakit.. Susah sedikit kerana agama tak apa sebab pahala dan ganjarannya cukup besar. Saidina umar perut terburai masih minta air untuk wuduk dan solat.

    Ini masalah syarak dan benda ini tak boleh ikut lojik semata-mata dia perlu diperhalusi mengikut Al-Quran dan Sunnah. Kalau orang itu ambil mudah sahaja, maka dia zalim kepada dirinya sebab dia telah menyebabkan dirinya dosa dan akan diazabkan api neraka Allah nanti.

    Ini ketentuan Allah kita sebagai hamba ikut sahaja sebab itu haknya. kita tak boleh pertikai takut rosak akidah pulak.

    ReplyDelete
  23. Terima kasih ustaz, tapi masih musykil boleh ke kita ambil pandangan Imam Abu Hanifah dan Imam Malik seperti blog ini http://kekoh.blogspot.com/2010/04/bersuci-cara-bersuci-orang-luka-dan.html
    iaitu tak perlu gabung boleh pilih salah satu dengan air atau tayammum tak perlu gabung, sedang kita amal Shafie.

    Saya bimbang sebab banyak rujuk blog lain bukan ikut logik. Tapi sekarang saya dah henti tayammum sebab luka dan bengkak dah semakin pulih cuma 1 minggu pertama semasa luka parah, perlu ke saya ganti solat yang hanya bertayammum je?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum ustaz , bagaimana jika saya luka dibahagian tanan kanan akibat terjatuh dari motor .lukanya dari jari hingga ke siku , tapi doktor tidak balutnyaa, luka ini terbuka sahaja . jika terkena air amat pedih .
    jadi jika saya ingin melakukan solat , adakah saya perlu juga membasuh tangan kanan saya ini ? atau hanya perlu membasuh anggota lain yang tidak cedera ? mohon penjelasan .

    ReplyDelete
  25. Anonymous pertama :

    Kalau nak ikut pendapat mazhab lain boleh, tapi dengan syarat kita kena dalami kaedah yang diambil oleh mazhab tersebut dari A hingga Z.. Kalau kita tak tahu dan jahil agama, maka lebih elok kita guna mazhab syafiee sebab negara kita ni telah gezet mazhab syafiee sebagai rujukan dan amalan. Kalau kita main ambil je, takut nanti jadi fitnah dan mempermudah soal agama.

    The Other :

    Kalau luka itu memudharatkan, maka tak perlu lah dibasuh dan perlu diganti dengan tayammum..

    ReplyDelete
  26. Ustaz, tayammum tu dilakukan slps kita basuh tangan yg brbalut atau setelah selesai berwuduk seluruh anggota? thanks.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum,

    saya kurg jelas cara-cara berwuduk ini. kaki saya berbalut dengan bandage dan doktor menasihatkan supaya jgn dibuka bandage ini sehingga 3 hari.

    soalan saya, bagaimana hendak mengambil wuduk? yang saya faham, uztaz menerangkan bahawa saya perlu mengambil wuduk dengan air dari kepala, tangan, dahi. kemudian untuk kaki saya, saya perlu bertayamum? saya harap uztaz boleh memperjelaskan kepada saya.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum ustaz..
    Benarkah sekiranya seseorang itu tak dapat mandi atas sebab kesihatan beliau hanya perlu mengambil wudhu dan membasahi ubun ubun sebanyak tiga kali bersertakan niat mandi wajib?saya harap ustaz dapat memjelaskannya..

    ReplyDelete
  29. assalam..saya nak tanya ni,saya alami kemalangan dan kaki kiri tercedera,urat lutut putus..kaki saya di simen sepenuhnya.pergerakkan saya terbatas.soalanya ialah cara ambik wuduk,perlukah saya menghadap kiblat sedangkan saya sukar nk bergerakj.berjalan pun pakai tongkat..bpleh ke saya ambil air sembahyang dalam kuantiti sebaldi air dan guna tuala yg basah turus saou ke anggota wuduk,boleh ke?sebab nk pergi ke tandas jauh jaraknya..mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  30. Salam ustaz,

    Saya baru menjalani pembedahan di siku. Ketika pembedahan saya dalam keadaan haid..soalan :bagaimana untuk saya mandi hadas(mandi wajib), mengambil wuduk dan menunaikan solat..

    Mohon tunjuk ajar dari ustaz..sekian

    ReplyDelete
  31. Asalamualaikum ustaz,tangan dan kaki saya cedera teruk dan tidak boleh kena air.saya tercedera di bahagian siku dan kaki di antara ibu jari sehingga ke buku lali.apakah yang harus saya lakukan?di harap ustaz dapat membantu.terim kasih

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Assalamu'alakum Ustaz,kalau orang tercedera dan berbalut tangan nya dan dia juga berhadas besar,bagaimana menghilangkan hadas tersebut meskipun tangannya berbalut? mohon pemberitahuannya,terima kasih

    ReplyDelete
  34. salam ustaz. saya baru lepas op thyroid. maka kawasan leher saya masih berplaster tidak boleh dikenai air dalam tempoh pemulihan. bagaimana saya nak mandi wajib selepas haid tanpa menjejaskan kawasan itu ? tq.

    ReplyDelete
  35. TIDAK PERNAH ADA RIWAYAT YANG RASULULLAH ATAU SAHABAT YANG MENCAMPURKAN WUDUK DENGAN TAYAMMUM.

    KALAU SUDAH BERTAYAMMUM, MAKA TIDAK LAGI PERLU KEPADA WUDUK.

    PERTANYAAN SAYA :

    ORANG SIHAT HANYA PERLU BERWUDUK, MANAKALA ORANG SAKIT PERLU BERWUDUK DAN BERTAYAMMUM......BENARKAN MACAM TU ? ISLAM ITU MUDAH BUKAN MENYUSAHKAN APATAH LAGI KEPADA ORANG SAKIT. IMAM SYAFIE PUN TAK PERNAH AJAR MACAM TU.

    KALAU SUDAH BERTAYAMMUM TIDAK PERLU LAGI KEPADA WUDUK.

    ReplyDelete
  36. TIDAK PERNAH ADA RIWAYAT YANG MENGATAKAN TAYAMMUM HANYA SAH UNTUK SATU SOLAT FARDU SAHAJA.

    PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM SAMA SAHAJA DENGAN PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK. SELAGI TAYAMMUM BELUM TERBATAL SESEORANG BOLEH SOLAT FARDU, CONTOHNYA ASAR, MAGHRIB DAN ISYAK DENGAN SEKALI TAYAMMUM SAHAJA SELAGI TAYAMMUM BELUM TERBATAL.

    MENGATAKAN TAYAMMUM TERBATAL APABILA SELESAI MENUNAIKAN SOLAT FARDU HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA.....PENDAPAT YANG TIDAK DISOKONG OLEH MANA-MANA DALIL.

    ReplyDelete
  37. TIDAK PERNAH ADA RIWAYAT YANG MENGATAKAN TAYAMMUM HANYA SAH UNTUK SATU SOLAT FARDU SAHAJA.

    PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM SAMA SAHAJA DENGAN PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK. SELAGI TAYAMMUM BELUM TERBATAL SESEORANG BOLEH SOLAT FARDU, CONTOHNYA ASAR, MAGHRIB DAN ISYAK DENGAN SEKALI TAYAMMUM SAHAJA SELAGI TAYAMMUM BELUM TERBATAL.

    MENGATAKAN TAYAMMUM TERBATAL APABILA SELESAI MENUNAIKAN SOLAT FARDU HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA.....PENDAPAT YANG TIDAK DISOKONG OLEH MANA-MANA DALIL.

    ReplyDelete
  38. TIDAK PERNAH ADA RIWAYAT YANG RASULULLAH ATAU SAHABAT YANG MENCAMPURKAN WUDUK DENGAN TAYAMMUM.

    KALAU SUDAH BERTAYAMMUM, MAKA TIDAK LAGI PERLU KEPADA WUDUK.

    PERTANYAAN SAYA :

    ORANG SIHAT HANYA PERLU BERWUDUK, MANAKALA ORANG SAKIT PERLU BERWUDUK DAN BERTAYAMMUM......BENARKAN MACAM TU ? ISLAM ITU MUDAH BUKAN MENYUSAHKAN APATAH LAGI KEPADA ORANG SAKIT. IMAM SYAFIE PUN TAK PERNAH AJAR MACAM TU.

    KALAU SUDAH BERTAYAMMUM TIDAK PERLU LAGI KEPADA WUDUK.

    ReplyDelete
  39. kalau takde debu juga..??

    ReplyDelete
  40. Assalamau;alaikum ustaz, terima kasih di atas semua panduan yg telah ustaz kongsikan, semoga mendapat ganjaran pahala yg besar dari Allah swt. Saya da beberapa soalan dan kemsuhkilan yg sudah lama belum terjawab:

    1) Bagaimana kalau anggota tayammum berbalut samada besar atau kecil. Adakan sah tayamum apabila debu tidak kena pada sebahagian kecil atau besar anggota tayammum utk menggantikan wudhu' anggota yg tidak boleh kena air.

    2) Solat orang sakit:

    Saya tercari2 jawapan kepada kemushkilan ini:

    a) Pesakit yg langsung tidak langsung boleh berwudhu atau diwudhukan disebabkan sakit yang amat sangat jika bergerak. Apakah cukup dgn solat isyarat dan menghormati waktu dan kemudain diqada' kan?
    b) Pesakit yang bersambung dengan tali beg kencing - adakah sah solatnya dan tidak perlu qada?
    c) Pesakit yang amat keberatan utnuk diwudhukan dan bertayamum menutur kaedah yg ustaz terangkan di atas alasan tidak bersih pakaiaannya dan tidak berupaya utk menurut kaedah2 biasa disebabkan terlalu uzur, boleh kah dia solat menghormati waktu sahaja dan mengqada kemudian.

    Sekian, mohon pencerahan dari ustaz.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG