
Salam bahagia dan salam seislam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menulis artikel yang berkaitan buat duit dengan iklan perklik atau iklan nuffnang, google adsense, advertlets dan banyak lagi. Tujuan saya menulis artikel ini adalah disebabkan seorang dari pengunjung blog ini bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik ini.
Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik).
Terlebih dahulu saya berikan maksud iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau perbahasan saya dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan.
Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.
Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam? Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.
Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.
Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :
“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :
" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "
Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut."
Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.

Salam Ziarah Ustaz,
ReplyDeleteSaya ingin berkongsi info berguna ini bersama pengunjung blog saya.
Terimakasih.
Salam kujie saya tak kisah ambillah artikel saya yang boleh di manfaatkan, saya suka sebab anda menyokong saya menyampaikan seruan Islam kepada semua umat Islam..
ReplyDeletesalam ziarah ust..
ReplyDeleteterima kasih atas penjelasan ust tentang iklan perklik ni.
saya mula2 pun agak ragu2 jgk samada ia harus atau sebaliknya.
skrng jawapan yg saya dok cari2 selama ni dh dapat..
terima kasih ust assalamualaikum..
salam ustaz.. Saya pun tengah blur-blur tentang iklan dalam blog ni.. Baguslah ustaz dah bagi penerangannya dari segi penggunaan dan hukum. Pada ustaz syarikat iklan mana yang lebih mudah, mudah nak daftar, agreement, banyak pilihan iklan, cepat dan mudah pula pembayarannya.. Maaflah tanya2 ustaz pula, saya tak ada siapa nak refer dan tunjuk ajar.. Terima kasih, assalamualaikum.
ReplyDeleteSalam ustaz,
ReplyDeleteTerima kasih atas artikel. Menambahkan ilmu untuk kami dan insya-allah akan bantu sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain.
Maaf jika terkeluar tajuk tapi dewasa ini ramai bloggers suka menulis tajuk sensasi bagi menarik pengunjung ke blog. Apakah hukumnya menulis tajuk posting berunsur 18SX walaupun isi kandungan posting tak 100% 18SX?
Syukran.
Salam ziarah.. Terima kasih ziarah blog saya dan menemukan saya dengan blog yang bermanfaat serta banyak ilmu yang blh dikongsi.. Teruskan perjuangan..
ReplyDeleteBarakallah..
Salam kepada Al-Farafishah, terima kasih kerana komen blog saya dan bertanya..Hahaha tidak mengapa terkeluar sikit untuk bertanya, bak pepatah melayu "buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan". betul tak?
ReplyDeleteSaya rasa semuanya ok dan yang paling mudah ialah nuffnang dan advertlets, kerana dia mudah dan ada format dalam bahasa melayu untuk mudah difahami.
Salam anonymous, bagus persoalan anda saya akan buat dalam bentuk artikel sebagai rujukan kita semua, sebenarnya tak bagus dan bagi ana haram sebab mencampur adukkan benda yang haram.. Ini sebagai jawapan permulaan.
ReplyDeleteTerima kasih ustaz atas pandangan awal isu campur-aduk halal+haram. Akan menunggu huraian lanjut dari posting ustaz buat panduan saya dan rakan-rakan.
ReplyDeleteFraud click tetap kan berlaku. tapi pihak iklan dan penyedia program seperti NN, dapatwang dan lain-lain mempunyai sistem yang akan kesan fraud click tersebut. di situ kita tidak perlu risau jika berlakunya fraud click di blog kita. ~sekadar pandangan~
ReplyDeleteSaya sokong dengan penyataan Ustaz , hari itu pernah sekali di sebuah laman komuniti ada seorang itu buat penyataan minta agar klik "myspacemoney " dia dan mengatakan siapa klik akan dapat pahala kerana bantu membantu.
ReplyDeleteSaya menegurnya apa yang saya dapat ialah dia menyatakan saya sebagai orang yang menggangu rezeki orang lain
salam ziarah ustaz,
ReplyDeleteterima kasih atas penjelasan dan ulasan ust tentang iklan perklik ni. saya juga agak ragu2 dengan iklan sebegini.. baguslah ustaz sudah bagi penerangan dari segi penggunaan dan hukumnya.. boleh dikongsi bersama sahabat2 lain..
salam..
ReplyDeleteterima kasih sebab memberi info yang berguna..semoga ustaz beroleh barakah didunia da akhirat
assalamualaikum..
ReplyDeleteustaz, sy ingin bertanya.. bukankah menjual sesuatu yang bukan dimiliki dan tidak akan dimiliki itu haram ustaz? jadi, menjual iklan adalah seperti menjual menjual burung di langit.. betulkan pandangan ana ustaz kerana ana tgh mendalami ilmu islam, ya ustaz..
Salam Afieq, Mengiklankan dan mengambil upah iklan mengikut kali2 orang klik. Iklan mana boleh jual. Banner iklan itukan bukti dan barangnya.
ReplyDeleteKita mengambil iklan dan meletakkan iklan, bukan kita menjual iklan. kita ambil upah dalam iklan mengikut syarat yang telah dipersetujui. Mengambil upah dibolehkan dalam Islam. Ada sahabat Nabi disuruh membeli kambing dengan harga setengah dinar, dan dia menjualkan kepada nabi satu dinar, setengah dinar adalah untungnya.
terima kasih ustaz untuk pembetulan kesilapan ana
ReplyDeleteterima kasih ustaz utk info ini, sekarang tiada lagi keraguan...
ReplyDeleteterima ksih.
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDeletethanx ustaz..saya nak share pasal entri ni di blog saya nanti..insyaAllah
ReplyDeleteterima kasih ustaz atas penjelasan ustaz berikan. Memang tidak dinafikan hukum halal haram dalam pengiklanan internet.
ReplyDeleteSalam ustaz, minta izin ustaz utk copy bahan2 post ni sebagai rujukan di post saya.amat membantu kerana sebelum ni saya banyak terfikir jugak tentang kehalalan pendapatan seperti ini.terima kasih ustaz
ReplyDeletesalam ustaz
ReplyDeletemacam mana kalau kita tak klik iklan orang lain sebab kesian, tapi bloggers yang lain klik iklan kita
tapi kita tak tau dia klik sama ada kesian atau memang betul-betul nak klik?
salam ustaz
ReplyDeletenak tanye lagi,
macam mana kalau blogwalking?
kita increase kan traffic kita melalui blogwalking. adakah itu pun mengubah hukum?
Salam,
ReplyDeleteZaradreat, kalau kawan kita klik tanpa di suruh oleh kita atau tanpa dipaksa tidak mengapa itu adalah atas kerelaan dia, tapi jangan jadikan ini sebagai budaya, kalau dia klik kita juga kena klik dia punya juga, ini yang haram, kita juga nak klik iklan dia mestilah atas dasar kerelaan kita dan tiada suruhan dan paksaan oleh kawan kita.
Salam,
ReplyDeleteboleh cita sikit gambaran blogwalking dan increasekan traffic kita tu macam mana boleh terangkan sedikit? saya bukan tau sangat pasal internet ini
salam ustaz
ReplyDeletemaaf tak begitu jelas.
kalau macam kita pergi blog orang lain, melawat-lawat blog orang lain untuk menaikkan jumlah pengunjung kita tuh boleh ke ustaz?
sebab kalau banyak pengunjung kan iklan kita akan selalu keluar.
macam nuffnang tak tido la. lebih kurang gitu
tak pe kan?
konpius pulak..
Salam Ustaz,
ReplyDeleteterima kasih atas perjelasan panjang lebar ini. Dengan perjelasan ini,saya sudah ada guide macamana utk mengelakkan bisnes ini dari terjerumus ke arah haram.
Terima kasih sekali lagi ustaz.
Salam zaradgreat,
ReplyDeletetidak mengapa selagimana kita tidak melanggar perjanjian dengan syarikat iklan iaitu menyuruh orang klik iklan kita, mengunjung tidak menjadi masalah, tetapi jangan kunjung blog orang dan tinggalkan pesan suruh klik iklan kita atau tulis klik untuk membantu saya itu yang tak boleh.
salam ustaz
ReplyDeletenak tanya lagi
kalau kita dah cash outkan duit kita,
tapi kita tak tau lagi klik-klik nih boleh tukar hukum, halal ke kita menggunakan duit tuh?
Salam,
ReplyDeleteklik2 atas kerelaan tidak mengapa, jangan di suruh dan dipaksakan atau ingin memohon bantuan dan seumpamanya.
Pokoknya jangan melanggar syarat perjanjian itu sahaja, kalau suruh orang haramlah sebab dah melanggar kontrak perjanjian.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam ustaz, saya amik artikel ni letak kt blog saya ye
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteAmbillah saya benarkan dan permintaan setiap artikel yang dicopy masukkan rujukan atau link asalnya sekali sebagai format ilmiah.
salam ustaz..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian yang menarik ini..mintak izin share di blog..
bagus artikal ni. tima kasih ya ustaz
ReplyDeletesalam ustaz.
ReplyDeletesy ada soalan dan mgkn juga minta pendangan ustaz.
-bagaimana jika iklan itu menunjukkan gambar wanita tidak bertudung dan berpakaian todak sopan.
-kita tahu nuffnang ada menawarkan iklan arak, walaupun kita boleh memilih untuk tidak mengiklankan iklan arak itu (filter), adakah wang yg kita peroleh itu berkat krn ada unsur syubhah di situ.
-sy merujuk disini http://www.zaharuddin.net/content/view/926/95/
Salam,
ReplyDeleteSebenarnya ada banyak pendapat dalam masalah ini, di antara pendapat mereka adalah seperti :
1. Wanita yang bukan Islam buka aurat tidak mengapa kerana mereka tiada aurat. Ini bermaksud wanita yang berpakaian tidak keterlaluan seperti memakai bikini, memakai pakaian yang seksi dan seumpamanya. Kalau wanita Islam jelas haram, kerana membuka aurat adalah haram.
2. Ada yang mengatakan haram wanita Islam atau Tak Islam membuka aurat dalam iklan tersebut.
3. Masalah duit yang yang bercampur ini juga ada pendapat, ada yang kata haram terus, ada yang kata bergantung kepada jumlahnya dan ini mengikut pendapat mazhab syafie yang mengatakan kalau jumlah duit dari sumber haram sedikit dan duit dari sumber iklan yang halal lebih banyak dari duit sumber haram, maka ia adalah halal. Tetapi ini semua adalah syubhah. Perkara subhah lebih baik ditinggalkan. Ini juga terpulang kepada anda untuk memilihnya yang penting ada hujah.
Terima kasih di atas pandangan ya ustaz..
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletesaya minta izin menyalin artikel ustaz ini dlm blog saya....
thanks...
terima kasih kerana berkongsi. :)
ReplyDeleteSalam..Syukran ya Ustaz. Bgus info ini...
ReplyDeleteJadi..ustaz x bleh buat ayat yg 'meminta klik untuk dapat duit' la kan..tapi camana kalau kita guna nama nuffnang supaya orang faham..? cth 'U nang me I nang U?'...?
Salam,
ReplyDeleteTak boleh sebab dalam perjanjian dengan syarikat, kita tak boleh buat iklan atau kata2 seperti itu sebab itu telah melanggar perjanjian dengan syarikat iklan.
salam,
ReplyDeleteterima kasih ustaz :)
Assalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteuntuk pengetahuan ustaz, google adsense akan mempamerkan iklan pada laman web kita berdasarkan jenis topik website kita.
contohnya jika kita buat website tentang kereta, maka google akan pamerkan iklan kereta dan kita yakin bahawa iklan kereta akan keluar di blog kita dan sudah tentu ia halal kerana bukan iklan haram..
jadi persoalan disini, kadang-kadang google "ter" pamer iklan yang haram seperti sex,wine,dll... ia disebabkan ada pengunjung yang search perkataan yang berkaitan arak , sex... jadi jika pengunjung klik iklan trsebut dan , apakah hukum keseluruhan duit kita? padahal kita tidak tahu bahawa ada iklan tersebut muncul ketika kita sedang tidur...
Salam,
ReplyDeleteIni merupakan perkara yang shubhah, kalau kita dah tahu begitu, lebih baik jangan dimasukkan iklan tersebut. sebab dikuatiri duit yang dapat adalah haram.
ustaz, bukan kita(pengiklan) yang memasukkan iklan tersebut tetapi google sendiri... Sebab google adsense ,kita tidak boleh pilih iklan ikut sesuka hati..
ReplyDeleteGoogle akan "generate" iklannya sendiri secara automatic , dan iklan yang muncul di website kita adalah berkaitan dengan topik website kita... jadi sepeti saya kata , kalau website tentang kereta, maka keluarlah iklan kereta... tapi yang ter "keluar" secara auto iklan2 yang haram..maka bagaimana? sedangkan kita tidak reda iklan tersebut... kita tidak ada hak untuk mengawal keluarnya iklan2 di website kita..google yg uruskan... makasih ustaz
Salam,
ReplyDeleteMacam saya katakan di atas, ini perkara syubhah dan lebih baik tinggalkan, kalau anda tak mau tinggalkan itu terpulanglah..Bagi saya beriklan dengan syarikat perklik ini adalah harus selagimana ia tidak melibatkan iklan yang haram..
Betul kata anda sebab dia diluar kawalan kita, memang ada pendapat kata yang meminta iklan yang baik-baik tak haram duitnya, kalau google atau syarikat iklan masukkan juga benda yang haram itu dialah yang tanggung. kita tak terlibat dengan dosanya, sebab itu bukan keinginan kita. Tapi ini merupakan perkara yang syubhah dan ia lebih baik ditinggalkan sebab ragu-ragu akan statusnya. Apa-apapun terpulang kat anda untuk memikirnya.
Salam Ust.
ReplyDeleteIzinkan saya mencurah sedikit pengetahuan yang saya miliki. Saya tertarik untuk berkongsi tentang kata-kata; "Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? "
Jika kita bicarakan tentang pendapatan bernegara dalam kerajaan ada pada hari ini. Hal ini telah berlaku. Sebagai contohnya, sumber pendapatan terbesar negara Kapitalis adalah dari cukai atau berasaskan cukai. Padahal, memungut cukai adalah sesuatu yang teramat jelas haramnya. Islam telah menerangkan keharaman cukai dengan tegas di mana Rasulullah SAW bersabda,
“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga.” [HR Ahmad, Abu Dawud dan Al-Hakim].
Sabda baginda yang lain,
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].
Baginda juga bersabda,
“Sekiranya kamu menjumpai pemungut ’usyur (cukai yang dipungut di sempadan antara negara Islam dan negara kufur), maka bunuhlah dia” [Musnad, Imam Ahmad bin Hambal].
Justeru, haram bagi negara memungut cukai dari rakyat untuk pendapatan negara.
Begitu juga, keharaman memberi lesen judi. Malah, keuntungan hasil biznes judi itu dijadikan pendapatan negara; Genting Highland dan sebagainya.
Seorang Muslim tidak dikira berdosa jika bekerja dengan sebuah kerajaan kufur dan menerima gaji dari kerajaan kufur (selama mana jenis pekerjaannya sah di sisi syarak) meskipun sumber pendapatan negara/negeri yang berkenaan adalah dari sumber yang haram seperti judi, arak, cukai, pelacuran dan seumpamanya. Walaupun hakikatnya penguasa kafir tersebut adalah berdosa besar di sisi Allah kerana kekufuran atau kesyirikannya kepada Allah dan sumber haram yang diambilnya serta kerana hukum kufur yang diterapkannya, namun seseorang ‘penerima hadiah/derma’ ataupun ‘penerima gaji’ dari kerajaan kufur tidaklah dikira haram atau berdosa.
Kita hendaklah membezakan di antara hukum orang yang memberi dan hukum orang yang menerima. Kita juga hendaklah membezakan ‘pihak’ yang memberi itu sendiri dari segi sama ada ia adalah penguasa/kerajaan atau syarikat atau individu. Berbeza dengan penguasa, syarikat atau individu tidak mempunyai hak tasarruf ke atas harta ghulul atau harta haram lainnya. Maka haram bagi syarikat atau individu terbabit untuk mengambil atau memberi harta ghulul dan haram pula bagi seseorang untuk menerima harta ghulul dari syarikat atau individu tersebut. Inilah kedudukan syara’ terhadap harta ghulul yang mana kita lihat masalahnya amat sukar untuk diatasi atau diselesaikan sekarang kerana institusi negara itu sendiri sudah amat korup dan bercelaru. Kerana itulah kita memerlukan sebuah negara Khilafah yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang akan menghilangkan segala keburukan ini dan akan meletakkan hukum Allah di tempat letaknya.
Wallahulam
Salam Ust.
ReplyDeleteIzinkan saya mencurah sedikit pengetahuan yang saya miliki. Saya tertarik untuk berkongsi tentang kata-kata; "Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? "
Jika kita bicarakan tentang pendapatan bernegara dalam kerajaan ada pada hari ini. Hal ini telah berlaku. Sebagai contohnya, sumber pendapatan terbesar negara Kapitalis adalah dari cukai atau berasaskan cukai. Padahal, memungut cukai adalah sesuatu yang teramat jelas haramnya. Islam telah menerangkan keharaman cukai dengan tegas di mana Rasulullah SAW bersabda,
“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga.” [HR Ahmad, Abu Dawud dan Al-Hakim].
Sabda baginda yang lain,
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].
Baginda juga bersabda,
“Sekiranya kamu menjumpai pemungut ’usyur (cukai yang dipungut di sempadan antara negara Islam dan negara kufur), maka bunuhlah dia” [Musnad, Imam Ahmad bin Hambal].
Justeru, haram bagi negara memungut cukai dari rakyat untuk pendapatan negara.
Begitu juga, keharaman memberi lesen judi. Malah, keuntungan hasil biznes judi itu dijadikan pendapatan negara; Genting Highland dan sebagainya.
Seorang Muslim tidak dikira berdosa jika bekerja dengan sebuah kerajaan kufur dan menerima gaji dari kerajaan kufur (selama mana jenis pekerjaannya sah di sisi syarak) meskipun sumber pendapatan negara/negeri yang berkenaan adalah dari sumber yang haram seperti judi, arak, cukai, pelacuran dan seumpamanya. Walaupun hakikatnya penguasa kafir tersebut adalah berdosa besar di sisi Allah kerana kekufuran atau kesyirikannya kepada Allah dan sumber haram yang diambilnya serta kerana hukum kufur yang diterapkannya, namun seseorang ‘penerima hadiah/derma’ ataupun ‘penerima gaji’ dari kerajaan kufur tidaklah dikira haram atau berdosa.
Kita hendaklah membezakan di antara hukum orang yang memberi dan hukum orang yang menerima. Kita juga hendaklah membezakan ‘pihak’ yang memberi itu sendiri dari segi sama ada ia adalah penguasa/kerajaan atau syarikat atau individu. Berbeza dengan penguasa, syarikat atau individu tidak mempunyai hak tasarruf ke atas harta ghulul atau harta haram lainnya. Maka haram bagi syarikat atau individu terbabit untuk mengambil atau memberi harta ghulul dan haram pula bagi seseorang untuk menerima harta ghulul dari syarikat atau individu tersebut. Inilah kedudukan syara’ terhadap harta ghulul yang mana kita lihat masalahnya amat sukar untuk diatasi atau diselesaikan sekarang kerana institusi negara itu sendiri sudah amat korup dan bercelaru. Kerana itulah kita memerlukan sebuah negara Khilafah yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang akan menghilangkan segala keburukan ini dan akan meletakkan hukum Allah di tempat letaknya.
Wallahulam
Salam,
ReplyDeleteAna setuju dengan pandangan anta, mengikut fakta sejarah negara Islam yang diasaskan oleh rasulullah dan dibawa oleh khalifah Islam dulu memungut cukai dari non muslim dan Islam dikenakan zakat. Bagaimana pula dengan masalah ini? Maaf atas soalan ini bukan nak berhujah tetapi untuk berkongsi ilmu.
W'salam wbt..
ReplyDeleteTerima kasih diatas soalan yang diberikan ustaz. Muga soalan itu dan jawapan yang ana beri ini memberikan ketukan minda umat untuk terus berfikir, insyaAllah...
Mengenai soalan ustaz tadi. Semasa pemerintahan Islam di era Rasulullah SAW & Khalifah. Orang kafir tidak dikenakan cukai. Tetapi adalah Jizyah. Jizyah dipungut dari Ahlul Zhimmah lelaki, baligh dan mampu; Abu Ubaid radhiAllahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Khalifah Umar al-Khattab pernah mengirim surat kepada Amir al-Ajnad bahawa jizyah tidak diwajibkan ke atas perempuan, anak-anak dan mereka yang belum baligh. Bagi yang tidak mampu kerana cacat atau tua, Baitul Mal akan membantu pembayaran jizyah mereka. Pada saat pembayaran jizyah, Negara wajib melakukannya secara baik dan tidak boleh disertai penyiksaan atau kekerasan.
Ustaz boleh baca yang lebih detail di dalam blog ana. Hurai mengenai kafir zimmi..
http://panglimakungfu.blogspot.com/2010/10/003-hukum-mengenai-ahlul-zhimmah.html
Kafir Zimmi adalah orang yang tunduk akan undang2 Islam yang berada dibawah naungan Daulah..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteHehehe jizyah itu kalau diterjemahkan jadi cukai..
W'salam...
ReplyDeleteAna tahu mksd ust itu :). Saja nak khabarkan kepada yg lain kepada mereka yg tidak tahu.. Supaya mereka tahu, Islam pun sudah ada sistem2nye sendiri..
terima kasih ustaz & panglima kungfu kerana berkongsi ilmu..
ReplyDeleteterima ksih atas info ni...
ReplyDeletedapat tambahkan pengetahuan saya
syukran ustaz..
ReplyDeleteustaz,myb diluar topik ini..mcmmane kalo kite masukkn gmbr2 kita utk menarik blogger2 lain.sb ade bloger ni suke bc blog2 yg byk gmbr2 cntik..boleh ustaz jelaskn hukum nye..
terima kasih di ats info yg berguna ini... bru paham :)
ReplyDeleteinilah jawapan yg di nanti2kan oleh saya,walaupon saya masih muda lagi dalam arena blogspot dan nuffnang ini...
ReplyDeletejazakallah kpd ustaz! saya nk tanya,salah x klo kita copy paste info yg menarik dari blog atau website dan di letak kan di blog kita tanpa kebenaran penulis sebenar?
harap ustaz dpt jelaskan.. sekian~
Assalamualaikum ustaz... inilah sebenarnye yg saya nak tahu...
ReplyDeletesaya nak tanya... ape pula hukum menggunakan Auto BlogWALKING... kirenye kite menggunakan thirdparty software untuk blogwalking tanpa mengunjungi sesebuah blog...tetapi bile blogger meninggalkan jejak atau komen di blog kita... kita membalasnya balik... tak apa kah?rasenye sama je kite kasi dia trafik jugak walaupun pada mulanya kite guna auto blogwalking... sepatutnya blogwalking ni patut dilakukan secara manual ...
trima kasih...
Salam
ReplyDeleteYang penting tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat iklan, kalau blogwalking melanggar syarat pengiklan, maka ia menjadi rezeki yang tidak halal.. Kalau blogwalking itu sekadar meningkatkan trafik n tidak melanggar syarat tidak mengapa n dibolehkan..
salam singgah blog ustaz.. bagus entry ni....perkongsian bersama
ReplyDeletesalam, ustaz..saya mohon share di blog saya ye..ustaz
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteBoleh ambillah saya harap anda masukkan link rujukannya sekali.
salam ustaz, mhon brtanya,. apakah hkum duit yg diperoleh dari program payperclick?
ReplyDeletesbg contoh spt DonkeyMails.com
Ustaz o ustaz, cuba ustaz letak hukum tu kasi jelas sikit kat entri. HUkum Syubhah ke hukum harus?
ReplyDelete1. Hukumnya syubhah mengikut zaharuddin. Nape tak nukil kat sini pendapat tu?
2. Kalau dah syubhah, kenapa ustaz tak terangkan kat entri yang syubhah sepatutnya dielakkan? Ustaz sendiri pun sebenarnya tak pasti akan hukum sebenar. Ustaz patut rujuk yg lebih pakar dalam hal2 melibatkan duit haram ni. Baru letak hukum harus kat atas. Ustaz pun tak singgung mengenai contents iklan terbabit dan penglibatan sykt iklan tu dgn sponsor2 yg tidak halal. Artikel ni mmg tak jelas dan penuh kesamaran serta tanda tanya.
Ramai yang berdalilkan pada artikel ustaz ni mengharuskan nuffnang. Ish2. Ustaz..ustaz..jgnlah tak syadid dalam soal duit halal haram ni.
salam ustaz, sy pohon keizinan untuk copy artikel ustaz untuk dikongsi bersama dalam blog sya. saya akan masukkan sekali link asal blog ustaz. terima kasih.
ReplyDeleteterima kasih diatas info yang bermanfaat ni :)
ReplyDeleteinformasi yang baik. Terjawab juga salah satu persoalan dalam benak saya ni. Harap boleh saya kongsikan diblog-blog saya.
ReplyDeleteErr..advertlets perklik ke?..bukan page view?...hmmm
ReplyDeleteustaz. sy nk tnya hukum melabur dlm www.speedlineforall.com. tolong la ustaz jelaskn halal ke haram. ad kawan sy ckp haram sebab dia dh fixkn keuntungan 3% sehari. tp sy tidak puas hati tanpa mendengar sendiri.
ReplyDeleteanda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx - http://www.clixadx.com
ReplyDeleteMenurut kata Ustaz Nor Amin,
ReplyDeletependapatan dari iklan seperti
Google Adsense, Nuffnang dan
sejenis dengannya akan jatuh
hukum haram sekiranya ia
memaparkan iklan berbentuk
shubhat seperti arak, judi, porno
dan seumpamanya.
ustaz,sy nk tanye..mcmane pulak dengan fenomena wazzub?kite tahu,google dpt income dari iklan..jika wazzub beri kita duit tiap bulan dri iklan yg bcmpur2 atau sumber yg kite tak tahu.haram tak duit tu?
assalamualaikum semua,tumpang lalu....
ReplyDeletenk tanye sikit..apakah hukum menyertai jutawanklik.com???
adakah ia halal di sisi undang2 islam..dan apakah menyebabkan ia haram???...terima kasih