PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, February 19, 2010

Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki & Perempuan


Salam kepada semua semoga semua dalam keadaan gembira dan bahagia disamping beribadah dan bersama keluarga bahagia. Ada soalan yang diajukan oleh pengunjung blog ini meminta saya mengulas sedikit mengenai hukum memakai inai (henna). Saya harap kepada sesiapa yang berilmu dapat berkungsi dengan saya mengenai masalah ini.

Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana baghagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Iamam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid.


Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan "bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak."

Kesimpulan dari perbahasan di atas, bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).

51 comments :

  1. salam ustaz,

    Nak post kat shoutbox tak masuk pulak.
    Jadi maaf ya ,guna ruangan komen ini utk sampai pesanan.

    Hari ni nak tau hadiah apa?. Klik hadiah utk lihat hadiah kpd Top 10 readers. Jgn lupa sign in difollower utk rekod setiap kali kehadiran ustaz.

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz,
    Saya pernah mendengar ceramah dari Ustaz Abu Hassan Din didalam rancangan Tanyalah Ustaz disiarkan di TV9, mengatakan haram bagi mana2 perempuan yang melukiskan gambar2 pada tubuh badannya termasuk menggunakan inai henna ini melakarkan inai tersebut ditangan mereka. Dengan ini saya pun dah tak berani lagi untuk memakai inai lebih dari yg sepatutnya. Takut pulak Menjadikan perhiasan yg melampau. Harap ustaz boleh tolong komen...
    Wallhua'alam.

    ReplyDelete
  3. Salam kepada shida rahman memang betul apa yang dikatakan oleh dato Abu hassan din, sebab memakai inai jika diukirkan seolahnya nampak macam tatu. Jadi haramlah.. Pakai kalau nak cantik nak menunjuk maka haramlah apa2 bergantung kepada niat. Kalau niat tak baik jadi haramlah.

    ReplyDelete
  4. thanks ustaz untuk maklumat nih

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas artikel ini Ustaz. Maknanya kalau majlis perkahwinan pun tidak boleh jugak la Ustaz ya.

    ReplyDelete
  6. Maaf. Maksud saya memakai inai di majlis perkahwinan.

    ReplyDelete
  7. Salam Syafrizal, memang tak bolehlah kalau di ikutkan pandangan ulamak di artikel ini. Haram bagi lelaki memakai inai. Kita berpegang kepada mazhab syafie.

    ReplyDelete
  8. Astaghfirullah.. nampaknya ramai orang Melayu Islam melakukannya semata-mata kerana adat. Insya Allah di masa perkahwinan saya nanti saya memang tidak akan buat bersanding, inai-inai dan yang bertentangan dengan syariat Islam.

    ReplyDelete
  9. salam Ustaz. Saya ingin berkahwin dengan wanita pilihan orang tua saya. dia seorang wanita yang taat dan beragama, soalannya, saya berminat untuk melihat isteri saya mewarnakan rambutnya, TETAPI hanya saya sebagai suami yang boleh melihat rambut isteri saya. Jadi adakah salah atau betul tindakan saya?.... '

    kalau betul apakah jenis pewarna yang halal selain inai?

    ReplyDelete
  10. salam ustaz, saya seorang pemuda yang masih belajar, tapi saya sudah mempunyai uban di kepala yang agak banyak.. hal ini menyebabkan saya agak rendah diri.. ustaz di tempat saya pernah memberitahu bhw dblhkan utk memakai inai jika merasa rendah diri.. apa pandangan ustaz pula..

    ReplyDelete
  11. Salam Anonymous, hal ini saya tak pasti kalau rendah diri boleh pakai inai. Bagi sayalah sumber perundangan Islam adalah Al-Quran, Hadis, Ijmak dan qiyas. Jadi bergantunglah kita kepada empat2 sumber tersebut.

    Masalah yang dibincangkan ini ialah masalah khilafiah para ulamak. Jika ada hujah yang kukuh bersandarkan 4 sumber tersebut, bolehlah laksanakan.

    ReplyDelete
  12. ustaz mengukir inai seperti tatu diharamkan..adakah sama kalu memakai inai macam seperti zaman sekarang kawen dengan mengukir ukiran bunga di tangan..seperti macam tangan orang india memakai inai..adakah itu dikira haram juga??

    ReplyDelete
  13. Setahu saya, yang dibolehkan pakai inai ini biasa tanpa ukiran dan tidak dibentukkan sepertimana tatu atau berbagai-bagai bentuk. Bagi saya kalau pakai inai orang kawin ni banyak bentuknya dan perkara itu sepertimana tatu, kalau dia nampak seperti tatu maka tidak boleh, jangan menghalalkan cara untuk kepentingan peribadi biar Islam yang menghalal dan mengharamkan cara.

    ReplyDelete
  14. salam
    ustaza ana nk tanya adakah inai yang dijual di pasaran sekarang halal untuk dipakai?n adakah ia menyerupai seperti mewarnakan kuku?

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Inai dipasaran saya tak pasti, kalau dia boleh menghalang dari air sembahyang atau air mandi hadas sampai ke kulit, maka itu perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan air sembahyang tak sah dan mandi hadas tak sah. Ini beza dengan pewarna kuku yang dipakai oleh setengah orang. kalau pewarna kuku maka haram.

    ReplyDelete
  16. salam ustaz,
    saya nak tanya.adakah haram memakai inai bercorakkan ukiran bunga?

    ReplyDelete
  17. Salam

    Inai yang dicorakkan adalah haram, kerana ia menyerupai tatu, kalau nak pakai boleh tapi elakkan dari membuat corak..

    ReplyDelete
  18. salam ustaz..
    macam mana dengan mas kahwin..
    adakah boleh mas kahwin dalam bentuk bank draft atau cek

    ReplyDelete
  19. Salam

    Ikut persetujuan pihak perempuan atau pengantin perempuan tersebut, kalau dia kata nak bank draff atau cek, maka tak perlulah bawa cash.. Lagipun ini mengikut maslahah, kalau takut dirompak atau dicuri hilang dan sebagainya, maka lebih selamat dibawa cek atau bank draff..

    ReplyDelete
  20. salam ustaz ...
    sy nk tye hukum pakai inai bg wanita y blom khawin dan selepas khawin sama ke x???
    law lelaki pakai inai pe hukummnya??

    ReplyDelete
  21. saya kecewa kerana masih ramai lelaki yg memakai inai ketika kawin (letak 3 jari)...ramai yg tidak tahu kerana hanya ikut adat semata2. lebih parah bila lelaki pakai rantai perkahwinan.

    kaum perempuan pula memakai inai dengan mencorakkannya pada tangan & buat bulat di tapak tangan. dah jadi seperti perempuan hindu yg berkahwin dengan mencorakkan tangannya dengan inai. cukup la sekadar letak di jari, tak perlu nak ukir pada tangan bagi nampak cantik.

    wallahualam...

    ReplyDelete
  22. salam....bagaimana hukum jika lelaki/perempuan inaikan rambut....
    adakah benar org yg inaikan rambut tidak sah solatnya....
    untuk makluman,saya menjaga ibu sy yg tua dan lumpuh
    saya pernah inaikn rambut ibu kerana saya sering rasa sebak,sedih,susah hati bila melihat ibu yg dalam keadaan tua,uzur dan rambutnya putih....saya cuma mahu ibu saya kelihatan lebih baik n ceria dari sebelum ini....
    adakah perbuatan ini salah n berdosa

    ReplyDelete
  23. Anonymous pertama :

    Hukumnya harus.. boleh dipakai.. Pasai uban, sebenarny ada dalil yang menegah menghitamkannya sebab uban itu adalah salah satu cara untuk seseorang itu ingatkan mati.

    ReplyDelete
  24. Salam ustaz..maaf, saya akan berkahwin pada 6 mei 2011 dan ingin bertanyakan mengenai hukum inai pada kaum lelaki..hasil pencarian saya di mendapati keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 menyatakan ianya dibenarkan pada sebilangan jari bagi pengantin lelaki.

    link keputusan tersebut adalah seperti berikut:
    http://muamalat.islam.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

    jadi saya ingin mendapatkan pendapat ustaz mengenai fatwa ini.

    terima kasih

    ReplyDelete
  25. Maksudnya nak membezakan antara lelaki dan perempuan, sebab perempuan itu memakai semua jari.. kalau pakai semua jadi tidak diharuskan maksudnya haramlah..

    ReplyDelete
  26. Terima kasih atas japan tersebut. cuma nak ahu lebih lanjut, maksudnya ustaz, jika pakai sebilangan jari bagi pengantin lelaki, tidak haramlah, seperti yg difatwakan tersebut?

    ReplyDelete
  27. salam ustaz, saya nak tanya.. apekah hukumnye, melukis inai di bahu..semata2 untuk suami? adekah tetap haram?

    ReplyDelete
  28. slm ustaz..sy nk tnye..sy pnah memakai inai..dan ada kwn sy yg menegur..dia kata perempuan xleh pakai inai sebab ianya akan membuatkan kaum lelaki tertarik kpd kita..adakah btol haram pemakaian inai bg wanita yg belum kahwin?

    ReplyDelete
  29. Farez Wahab :

    Pakai sebilangan jari tidak menyerupai perempuan.. Islam mengharamkan lelaki menyerupai wanita disegi pakaian, penampilan kecualilah orang lelaki lembut dan banyak lagi.

    Anonymous pertama :

    Melukis atau menulis seolahnya seperti tatu dan hukumnya adalah haram..

    Anonymous kedua :

    Tak haram dia harus, tapi jangan pakai berlebihan sehingga boleh menarik minat lelaki terhadapnya.

    ReplyDelete
  30. salam ustaz, dlm link e-fatwa ade menyebut "Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang."
    pendapat ustaz?

    ReplyDelete
  31. salam ustaz, klau kte kawin tak memakai inai tak pape ke??? mksud saya , memakai inai ni wajib ke atas wanita yg akan berkawin...

    ReplyDelete
  32. salam ustaz, klau kte kawin tak memakai inai tak pape ke??? mksud saya , memakai inai ni wajib ke atas wanita yg akan berkawin...

    ReplyDelete
  33. Anonymous pertama :

    Dalam masalah hukum furuk atau cabangnya ada banyak fatwa yang telah dikeluarkan oleh para ulamak, sebagai mukmin kita ambik fatwa yang telah disepakati oleh ulamak..

    Anonymous kedua :

    Cuba tengok rukun kawin ada tak pakai inai jadi rukun, kalau tak ada maksudnya tak pakai pun perkahwinan sah, inai ini adalah adat kita orang melayu kalau kawin mesti pakai inai.

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum ustaz...sy nak tnya satu soalan...

    apa hukumnya kalau perempuan pakai inai kat rambut utk tujuan perubatan jugak? mohon diberi penjelasan...terima kasih

    ReplyDelete
  35. Assalammualaikum ustaz,udin nk ucpkan trime kasih atas sume penerangan...tntang pemakaian inai bg kaum lelaki..sy ni remaja lelaki bru ptama kali pkai inai dgn niat sje sje..cume x tau hukumnye dn sy hnye pkai 3 jari sbelah kanan shj...oleh tu ni kali pertama dan kali terakhir sy memakai...inai...

    ReplyDelete
  36. Assalammualaikum ustaz,saya se orang lelaki berusia 47 tahun, apakah hukumnya saya memakai inai(hitam) dirambut untuk menutup sedikit uban yang kelihatan.mohon diberi penjelasan...terima kasih

    ReplyDelete
  37. ustaz bila suami kelaur berpoya2 dan pulang ke rumah dlm keadaan mabuk, boleh ke kalau siisteri tidak mebenarkan si suami di kamarnya dan kadang kala tertinggi suara terhadap suaminya. apakah patut si isteri lakukan dia sungguh binggung..harap ustaz dpt memberi penjelasan.

    ReplyDelete
  38. Uztaz power seh ade blog.One of a kind.Kencang seh.Uztaz super gerek seh

    ReplyDelete
  39. kesimpulannya pada pandangan sy..hukum memakai inai tidak dibolehkan bg lelaki untuk menikah ...syukran atas penjelasan ustaz

    ReplyDelete
  40. Assalam Ustz, sya nak tya pendpt ustz mengenai pemkaian inai ni dlm 2 pandg bebza

    1-Dari segi agama da yg harus & haram.
    2-Dari segi adat turun temurun

    klu sya pki inai slh dr cc agma wlupn hya digna d jari dan bulatn d tapak tgn tetapi klu sya x pki org sekeliling branggpn ln sbb x ikt adt..sya png fkrkn yg mn 1..agama pn nak ikt p adat pn nk ikt gak..wlupn agma lbh kpda dr p adat pn lbh krg sma gak..jd mcmn?

    ReplyDelete
  41. salam.. ustaz sy ade satu soalan, blh tak gadis blom bkahwin pakai inai dikuku sahaja? sy dr kecil lg mmkai inai dikuku.. sy rasa kuku sy nmpk segar.. terkejut sy bila ade org kata x blh pakai pd ank dara,tkut timbul fitnah.. betul ke ustaz?

    ReplyDelete
  42. SALAM.. Ustaz sy ingin bertanya berberapa soalan mengenai mas kahwin :

    1. jika di kelantan wang hantaran sama
    dengan nilai mas kahwin.. adakah duit
    pinjaman bank boleh di buat mas kahwin??

    2. duit maskawin tu digunakan untuk bayaran spt
    Katering, brg cenderahati tetamu, dan lain2
    untuk persiapan kenduri?

    3. Adakah duit mas kahwin boleh disimpan?
    dalam tempoh brapa lama ye?

    sy harap ustaz dpt membantu dalam menyelesaikan masalah sy.. didahulukan dengan ucapan terima kasih.. sekian

    ReplyDelete
  43. asmkm ustaz,saya keliru ni.minta bntuan ustaz.lukis inai d tangan bg prempuan ditegah tp ustaz don plk kta boleh sbb ditangan bkn bhg aurat.isteri ustaz don sndri lukis inai d tngan masa hr kahwin.

    ReplyDelete
  44. Salam ustaz. saya pernah memakai inai ketika kahwin. dan saya seorang lelaki. tetapi tujuan saya adalah untuk menceriakan lagi majlis perkahwinan saya. Apa hukumnya ustaz?

    ReplyDelete
  45. Salam,ustaz. saya nak tanye, klu perempuan tue x kawen lg, de pakai inai.tp,warnakan kat kuku jer. boleh ke? x de niat pon nak buat mcm pewarna kuku. btw,inai kat pasaran tue, sah dibawa solat kan? syukran

    ReplyDelete
  46. Assalam ustaz..smasa prkahwinan ustaz don dgn isterinya, isterinya melukiskn inai di atas pergelangan tgnnya..ustaz don jwb inai yg dilukis bkn di tmpat aurat dan hanya melukiskn dgn bentuk bunga2 tidak haram...apa komen ustaz?

    ReplyDelete
  47. Assalammualaikum
    saya mau tanya diperbolehkan tidak siih untuk wanita yang belum menikah menghias tangannya dengan inai, syukron

    ReplyDelete
  48. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
    Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

    Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

    ReplyDelete
  49. Jadi wanita boleh la ukirkan buga dan daun..mngunakan inai..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG