PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, February 16, 2010

Hukum Memelihara Binatang Di Dalam Sangkar


Assalamualaikum kepada semua pengunjung Blog Ustaz Nor Amin. Alhamdulillah segala puji Bagi Allah yang menjadikan manusia dan ala mini. Selawat dan salam kepada Nabi junjungan Muhammad saw, mudah-mudahan kita tergolong dari orang yang mendapat syafaat dari Nabi Muhammad. Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini, sesungguhnya anda merupakan penyokong saya untuk meneruskan penyebaran usaha dakwah ini, kerana usaha dakwah ini merupakan tanggungjawab kita semua untuk menyampaikan dan memperingati perkara-perkara kebaikan kepada semua umat di dunia ini.

Tujuan saya menulis artikel ini adalah tidak lain dan tidak bukan bahawa datangnya ilham ini, adalah dari persoalan pengunjung mengenai hukum memelihara binatang di dalam sangkar. Terlebih dahulu saya datangkan pandangan Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini di dalam Fath al-Bari berkata:

“Hadith ini telah dijadikan dalil atas keharusan mengurung burung (memeliharanya di dalam sangkar), kerana Nabi saw tidak mengingkari perbuatan Abu Umair.”

Berdasarkan hadis di atas ini bahawa memelihara binatang di dalam sangkar adalah harus kerana memelihara binatang ini adalah sebagai perhiasa di rumah atau hobi seseorang. Islam adalah agama yang sukakan kecantikan, Allah juga sukakan perkara yang cantik. Allah jadikan binatang dan tumbuh-tumbuhan adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia, seperti menjadi rezeki kepada manusia, dijadikan perhiasan dan sebagainya. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?”(Al-Araf : 32)

“Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan”(Al-Nahl : 8)

Jelas di sini, bahawa Allah menjadikan sebahagian binatang untuk dimanfaatkan oleh manusia, seperti menjadikan sebagai tunggangan, sumber rezeki dan perhiasa kepada manusia. Tidak menjadi masalah kepada manusia mengambil binatang untuk dipelihara sebagai perhiasan dan hobi. Tetapi perlu diingatkan, jangan menzalimi binatang peliharaan dengan tidak memberi makan, menyiksa dan sebagainya. Menjadi dosa bagi manusia yang memelihara untuk melakukan kezaliman kepada binatang peliharaannya. Hal ini dapat dirujuk kepada pandangan Syaikh bin Baaz sebagai berikut:

“Tidak masalah dengan hal itu bila pemiliknya menyediakan keperluan burung-burungnya, seperti makanan dan air. Karena, berdasarkan hukum asal, diperbolehkan. Sementara itu tidak ada dalil yang menunjukkan penentangan terhadap kaidah ini, berdasarkan atas apa yang kami ketahui. Wallahu’alam.” (Fatawa Islamiyah 4/449).

Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, bahawa memelihara binatang di dalam sangkar adalah harus dan dibolehkan dan tidak ada nas yang melarang perbuatan ini. Tetapi menjadi dosa bagi sesiapa yang memelihara binatang untuk dizalimi, seperti tidak member makan dan minum, mencederakan dan sebagainya.


25 comments :

  1. mak saya ckp,klo bela burung kene sepasang.ksian kt burung.mak sy ckp ms sy kecik2 dlu r.ms tringin nk bela.tp ssetengah org Jawa pcaya,jgn tngkp burung kt hutan.nnt burung doakn mkanan xckup,ad beras xde garam.ad garam xde gula.

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah buat ustaz saya nak mintak penjelasan dari ustaz mengenai belaan burung dalam sangkar..Setahu saya sekirangya kita bela burung dalam sangkar yang kecil yang kita dapat lihat di mana2 rumah. Ada setengah orang cakap tidak baik kerana Allah jadikan sayap burung untuk terbang..Bagi yang bela burung dan meletakan dalam sangkar besar yang membolehkan burung terbang bagi saya lebih baik..boleh ustaz komen hehe..

    ReplyDelete
  3. Salam kepada rakuban dan kampungku2u, kerana sudi ziarah blog saya dan komen.

    Kepada rakuban itu kata orang jawa bukan Islam, rezeki Allah tang manapun ada, kalau kita rajin usaha maka dapatlah rezeki kita sebab hadis Nabi kata "Barang Siapa Berusaha Dia Akan Berjaya". Betul juga tu, masukkan sahaja sepasang dalam sangkar tu.

    Kepada Kampungku2u betul juga begitu lebih baik juga sediakan sangkar besar kepada burung tu, kerana atas sifat belas kasihan. Tetapi jangan samakan sifat burung seperti sifat manusia.

    ReplyDelete
  4. Salam kepada rakuban dan kampungku2u kerana ziarah blog saya dan komen artikel ini.

    Rakuban itu adalah pendapat orang jawa dan bukan pendapat Islam. Boleh juga dipasangkan atas sifat perihatin dan belas kasihan terhadap binatang. Tetapi tidaklah sampai hilangkan rezeki, kerana rezeki ini datang dari Allah bukan dari burung. Siapa yang banyak usaha maka dia akan dapat rezeki banyak sepertimana hadis Nabi yang bermaksud : "Barang siapa yang berusaha dia akan berjaya".

    Kampungku2u betul juga pandangan anda membesarkan sangkar burung. Itu adalah sifat belas kasihan terhadap binatang.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih diatas komen dari Ustaz.. Semoga hidup Ustaz di berkati oleh Allah s.w.t hendaknya..

    ReplyDelete
  6. tq ustaz... menjawab soalan saya... =)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah
    ingat tak boleh bela binatang dalam sangkar
    tapi burung tak boleh kan?

    ReplyDelete
  8. salam

    boleh nk bela burung,spt yg dinyatakan dlm artikel di atas

    ReplyDelete
  9. owh,boleh ekk...
    sebab dlu dengar tak boleh sebab burung nak kebebasan..
    tapi bukan tanya nak bela
    hanya skdar menambah ilmu
    terima kasih atas maklumat tu yer ustaz

    ReplyDelete
  10. salam..
    adakah membuat kenduri arwah (mendoa beramai-ramai)lebih baik drp doa seorang anak/isteri/suami pd simati.ini krn kenduri doa arwah hanya bermusim(berdasarkan keupayaan kewangan)tapi doa seseorang itu boleh dilakukan setiap masa walaupun dimana..mohon penerangan ustaz krn org melayu islam selalu mengagongkan dan semacam mewajibkan kenduri arwah sebagai tanda kasih pd simati hingga menjadikan acara tahunan pd sihidup,padahal menunjuk tanda kasih ada dimana-mana..salam hormat

    ReplyDelete
  11. Salam peroalan anda akan saya jawab dalam artikel saya tidak lama lagi, tujuannya adalah untuk memberikan penerangan kepada semua. Jawapan sementara, jangan mewajibkan perkara yang sunnat dan jangan sunatkan perkara yang wajib, sebab Allah murka dan dosa. Kenduri arwah tidak salah kerana dalam masa yang sama memberikan makan kepada orang Islam yang lain. masa yang sama juga mengadakan program agama di rumah.

    ReplyDelete
  12. salam ustaz...adik saya suka bela arnab.....

    ReplyDelete
  13. saya ucapkam Terima kasih krn ustaz sudi menjawab dlm artikel akan dtg..mudah-mudahan ia menjadi iktibar dan pendoman pd kita/melayu islam yg suka mengagongkan perkara sunnat (kenduri arwah/aqiqah+marhaban+cukur jambul) drp mengagongkan perkara yg wajib...

    ReplyDelete
  14. salam,
    saya nak minta uztaz tolong jawabkan soalan ini apakah hukum membela kata tropika/exotic?

    ReplyDelete
  15. salam,
    saya nak minta uztaz tolong jawabkan soalan ini apakah hukum membela katak tropika/exotic di dalam rumah?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum ustaz, bolehkan kawasan masjid didirikan kod netball bagi para remaja perempuan? Tidakkah ia mencemarkan pemandangan masjid kerana masjid itu rumah Allah dan tempat beribadat bagi umat islam.

    ReplyDelete
  17. Salam

    Nak bela tu tak salah, tapi jangan sampai menyeksa binatang, kalau menyeksa itu jadi dosa.. Nak bela ni kena tengok pada tujuan dia pulak, bela untuk apa,komersial ke? kalau untuk makan, memang jelas tu adalah haram.. Kalau untuk ubat, pun tetap haram sebab banyak lagi tumbuh2 binatang halal boleh jadikan ubat..

    Anonymous kedua :

    Tak salah buat kod netball, lagi bagus boleh tarik pemuda pemudi ke masjid, dalam masa yang sama boleh sampaikan mesej agama kepada depa.. Tambahkan lagi program masjid, ada permainan, tapi tutup aurat, sebelum main adakan tazkirah, masa main, pasangkan keset ceramah al-quran dan banyak lagi..ni salah satu metode dakwah juga.. Jangan sempitkan pemikiran kita.. Rumah Allah tu bukan tempat sembahyang je macam2 pun boleh.. Nabi dulu buat masjid pusat pentadbiran kerajaan Islam.

    ReplyDelete
  18. Salam, kalau bela boleh, macam mana urusan jual belinya, contoh ada orang bela iguana bolehkah dia jual atau belinya?

    ReplyDelete
  19. So kalau hamster nak letak kat mana?Sofa ke?Ke hiasan atas tv?Ataupun letak kat tandas sahaja?

    ReplyDelete
  20. assallammuallaikum Ustaz,

    apakah guinea pigs itu ada pertalian genetik dengan khinzir/ babi. apakah hukum membela nya, haram atau dibolehkan ?

    ReplyDelete
  21. bgus itu tad,s0'al nya q mlihra bnyk burung,mksh ats info nya.

    ReplyDelete
  22. Ustaz, kalau bela haiwan wajibkah berpasangan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG