PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, February 5, 2010

Kekejaman Israel Meningkatkan Keimanan & Keberanian Rakyat Palestin


















Wahai kaum muslimin mari kita mengkaji di atas kekejaman yang berlaku kepada umat Islam Palestin yang sentiasa berada dalam keadaan tertindas oleh Yahudi laknatullah yang sentiasa tidak jemu-jemu melakukan keganasan terhadap mereka. Hari demi hari Yahudi Israel membunuh, membuli, merampas, memusnahkan harta benda umat Islam Palestin dengan tidak mempunyai perasaan takut akan kebangkitan umat Islam. Adakah anda bertanya kepada diri anda apakah punca Israel sentiasa melakukan kekejaman kepada umat Islam Palestin? Kita sebagai saudara sesama Islam perlu menyedari dan peka terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam Palestin, kerana umat Islam itu adalah Ikhwah atau bersaudara.

Pada masa Rasulullah berhijrah dari kota Mekah bersama umat Islam Muhajirin ke kota Madinah disambut dengan penuh meriah oleh umat Islam Ansar dengan menawarkan berbagai ganjaran kepada kaum Muhajirin, mereka tidak mempunyai rasa pentingkan diri sendiri, dengan tidak membiarkan sahabat mereka terabai dengan memberikan perlindungan, makan dan minum, modal berniaga, tanah dan sebaginya. Jalinan persaudaraan inilah tentera Islam seramai 314 orang yang terbentuk dari kaum Ansar dan Muhajirin pada perang Badar dapat mengalahkan 1000 tentera Musyrikin Mekah.

Dari kisah Rasulullah ini dapat kita ambil pengajaran bahwa berlakunya penindasan kepada umat Islam Palestin ini adalah disebabkan umat Islam tidak lagi bersatu dan menghayati ajaran Islam yang sebenarnya dengan mematuhi apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Umat Islam sekarang ini sibut mencari kekayaan, pangkat, harta dan sebagainya untuk membuncitkan perut-perut mereka sendiri dengan tidak memerhatikan saudara sesama Islam yang lain ditindas, tidak makan dan tidak selamat. Banyak pengaruh-pengaruh barat yang masuk di dalam pemikiran umat Islam masa kini seperti melakukan pergaulan bebas, meminum arak, tidak menutup aurat dan sebagainya, malah mereka mengatakan bahwa apa yang terdapat di dalam Al-Quran tidak lagi sesuai diamalkan pada zaman yang serba moden dengan berbagai teknologi canggih.

Ini berlaku sendiri kepada sebahagian umat Islam Palestin, walaupun mereka dianiaya dan ditindas oleh Israel, mereka tidak juga sedar dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Mereka juga takut kalau mengamalkan ajaran Islam yang sebenar akan menyebabkan kuasa asing tidak akan memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka untuk membebaskan Negara mereka dari cengkaman Israel. Mereka lupa akan kuasa Allah yang lebih dari kuasa asing atau kuasa setiap makhluk yang ada di dunai ini. Di sini penulis sangat kesal kepada pemimpin-pemimpin Palestin yang tidak sedar bahwa kembali kepada Agama Islam adalah jalan penyelesaian yang paling baik, malah mereka (pemimpin Palestin) asyik mengeluarkan selogan nasionalisme(kebangsaan) yang dikenali sebagai gerakkan Fatah untuk membebaskan Negara mereka dari Israel, mereka lupa pertolongan yang paling besar adalah pertolongan dari Allah. Sedarlah wahai pemimpin-peminpin Palestin kembalilah kamu kepada ajaran Islam yang sebenarnya, sepertimana yang selalu dilaungkan oleh pejuang-pejuang Islam Hamas dan penyokongnya yang berpegang kuat kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Hamas merupakan musuh yang ketat bagi Israel kerana Hamas tidak mahu tunduk kepada Israel. Sejak akhir-akhir ini umat Islam Palestin kembali kepada kehidupan Islam dan berkeyakinan bahawa Islam yang sebenar dapat memerdekakan mereka dari cengkaman Israel. Walaupun mereka di bunuh, diseksa, ditangkap dan sebagainya, mereka tetap memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka. Mereka sentiasa memberikan sokongan padu kepada pergerakan Hamas untuk memerangi Israel sehingga negara Israel lenyap di muka bumi ini.

Mafhum Allah yang bermaksud :-

Ertinya : “Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya”.
(Surah Al-Ma’idah : 48)

Dari mafhum Allah di atas ini, maka kita dapat ketahui bahwa Al-Quran dan As-Sunnah adalah merupakan sumber yang terbaik untuk umat Islam pegang. Bukan berpegang atau berlindung dengan barat yang sah mereka adalah penentang Islam. Dalam mafhum ini juga mengatakan bahwa jangan sesekali kita mengikut apa yang dilakukan oleh mereka (hawa nafsu), kerana itu adalah jauh dari kebenaran Islam. Carilah keredhoan Allah seperti melakukan setiap apa yang disuruh oleh Allah iaitu Amal Makruf Nahi Mungkar (buat baik dan tinggal kemungkaran), ini baru dikatakan umat Islam yang berjaya. Jika umat Islam Palastin benar-benar menghayati kepada Al-Quran dan As-Sunnah maka sudah lama mereka menerima pertolongan dan kejayaan dari Allah untuk membemaskan Negara mereka dari Israel dan sekaligus melenyapkan Negara Israel yang haram itu.

Saya sebagai umat Islam berbangga dengan keberanian Hamas yang berani menentang Israel atau Yahudi dengan senjata kuno yang dimiliki oleh mereka. Mereka berjanji akan mengadaikan nyawa, harta, keluarga dan segalanya untuk menegakkan kalimah Allah di bumi Palestin dan mereka yakin bahawa negara haram Yahudi itu akan dimusnahkan dengan bantuan Allah kepada mereka dan pejuang Islam yang lain. Sesungguhnya jiwa mereka memang benar-benar yakin akan pertolongan Allah, jika Allah tidak mengizinkan maka Yahudi tidak dapat memusnahkan mereka (Hamas). Mereka juga yakin perjuangan mereka adalah perjuangan yang hakiki dan perjuangan yang dituntut dalam Islam dan mereka mencari kematian yang diidamkan oleh pejuangan Islam iaitu mati syahid. Saya doakan semoga mereka ini akan diberikan kemenangan kepada pejuangan mereka, diberikan kekuatan untuk berjuangan menegakkan kalimah Allah di Palestin, walaupun mereka tidak dibantu oleh masyarakat dunia. Sebagai Islam, mari mendoakan kepada Allah semoga mereka memperolehi kemenangan di hari kelak nanti, Takbir, Takbir, Takbir.....

3 comments :

  1. Pada sy ini semua akibat umat islam dunia ketiadaan seorang kalifah.kita spt anak ayam kematian ibu.semenjak kejatuhan empayar turki utmaniyah,satu persatu negara umah islam diratah oleh negara kafir.sy setuju kembali kpd islam adalah jawapannya.ttp sejarah juga menunjukkan islam gemilang kerana adanya seorang khalifah.beliau yg akan memutuskan sesuatu perkara mengikut prinsip syura.sbb itu umat islam sekarang bercelaru,pendpt ulama mana yg perlu diikuti kerana kita dipisahkan oleh sempadan negara,bangsa,ideologi dll.

    ReplyDelete
  2. Salam terima kasih kepada Pacifist yang sudi berikan komen mengenai masalah ini, ana bersetuju dengan anta, sebab perkara ini memang dah terbukti ketika mana Islam gemilang dahulu dan dipimpin oleh seorang khalifah, tiada seorang umat Islam yang berani disentuh oleh orang kafir. Jika mereka menyentuh dan menghina Islam, maka khalifah akan mengirimkan sepasukan tentera untuk memusnahkan kafir yang menyentuh umat Islam tersebut. Semasa di zaman kegemilangan khalifah dahulu umat Islam senang dan kurang yang susah malah tiada langsung umat Islam yang susah, kerana nasib mereka di bela oleh khalifah.

    Jadilah sejarah sebagai panduan kepada kita, dan kembalilah kepada Islam kerana sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam dilindungi dibawah naungan khalifah

    ReplyDelete
  3. kembalinya kita ke syariat islamlah untuk mengakhiri semua ini....
    peradaban islam for forever.....
    our future....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG