PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, February 10, 2010

Kenangan Bersama Kawan Ku





Salam dan selamat sejahtera kepada semua kawan dan pengunjung blog yang tidak seberapa ini. Dikesempatan ini saya hendak berkongsi dengan kawan-kawan bahwa kenangan merupa perkara yang indah jika kita kenangnya kembali, walaupun kenangan itu yang pahit sekalipun, tapi itu merupakan pengalaman buat kita semua untuk mengharungi hari kemudiaan.


Dulu sewaktu saya bersekolah di Pondok Pokok Sena Kepala Batas Pulau Pinang ramai kawan di sana, saya pernah menganggotai kumpulan Nasyid Barul Munir bersama kawan saya termasuk Hafidz Hakimy yang johan rancangan Cari Menantu tahun 2008 (tahun lepas). Bila kenang semua kawan rasa seronok dan rindu pulak dekat kawan-kawan semua, tapi apakan daya masa sekarang tidak mengizinkan sebab kerja jauh sangat dari kampung halaman.


Persahabatan merupakan jalingan persaudaraan sesama Islam dalam mengiratkan hubungan silaturrahim. Persahabatan juga dapat membantu kita dalam kesusahan dan kesulitan, contohnya jika kita pergi ke sesuatu tempat yang tidak mempunyai saudara-mara, maka kawan kita tempat kita meminta pertolongan dan sebagainya.


Pesan saya, jalinglah persahabat dengan sebaik yang mungkin dan jadikan ia sebagai sunnah Rasulullah saw bersahabat dengan sahabat-sahabat Baginda dalam meninggikan syariat Islam di mata dunia.

1 comment :

  1. salam ust..
    mnta tolong jelaskan ttg wang graduty..adakah ianya perlu d faraidhkan seperti wang kwsp..apa perbezaan wang tersebut..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG