PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, February 18, 2010

Pandangan Pemblog Tentang Kenduri Arwah

Sekadar gambar hiasan sahaja


Salam perjuangan dan salam bahagia saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Hasil dari sokongan anda kepada saya dalam rangka untuk menyampaikan hal-hal yang berkaitan keagamaan dapat diteruskan sehingga sekarang ini dan saya mengharapkan juga anda semua dapat memberikan sokongan yang padu dalam perkara kebaikan ini. Sekadar sedikit ilmu yang saya miliki dapat berkongsi dengan anda semua, dan ini juga dapat mewujudkan suasana bertukar-tukar pandangan atas perkara-perkara kebaikan yang terdapat di dalam blog ini.

Post atau artikel ini saya khususkan kepada kenduri arwah yang telah lama dilaksanakan di dalam masyarakat Malaysia khususnya ketika mana berlakunya kematian atau pada malam-malam yang telah ditetapkan oleh masyarakat iaitu malam pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, ketujuh, sebulan sekali, setahun sekali dan sebagainya. Hal ini tidak menjadi masalah dan hal ini adalah dapat berbagai pandangan ulamak, ada yang mengatakan haram, ada yang mengatakan makruh, ada juga yang mengatakan harus dan tiada yang mengatakan wajib. Di sini saya datangkan beberapa pandangan ulamak yang berkaitan dengan kenduri arwah ini :

  1. Ada sebahagian ulamak yang mengatakan melaksanakan kenduri arwah ini adalah haram. Kerana ia menyusahkan tuan rumah yang berada dalam kesedihan untuk menyediakan makanan atau jamuan kepada tetamu.

  2. Menurut Imam Ahmad Ibnu Majah menyatakan bahawa kenduri arwah ini adalah makruh kerana hari pertama kematian itu adalah hari perhimpunan keluarga untuk ratapan atau hari berkabung untuk simati.

  3. Harus menurut pandangan Imam Ahmad bin Mani’ meriwayatkan di dalam musnadnya dari Al-Ahnaf bin Qais katanya : “Ketika Sayyidina Umar ditikam , dia menyuruh Suhaib mengimamkan sembahyang tiga hari dan dia menyuruh supaya disediakan makanan kepada orang ramai (iaitu selepas kematiannya)Kata Ibnu Hajar Al-Asqallani: Sanadnya Hasan.

Dari ketiga-tiga pandangan di atas, dapat dikatakan bahawa ini merupakan masalah khilafiah (bersalahan pendapat) dalam masalah kenduri arwah. Perkara ini juga tidak mendapati dalil yang menyatakan haram atau wajib secara jelas (dalil qat’i). Bergantunglah kepada kita semua untuk berijtihat dengan menggunakan pandangan yang mana. Jika kita cenderung berpandangan haram, maka jangan dilakukan kerana dosa sebab kita berpegang kepada pandangan yang menyatakan kenduri arwah itu adalah haram. Dalam hal ini juga sebagai umat Islam yang dianugerahkan akhlak dan akal fikiran yang waras, haruslah bersikap lapang dada dan tidak meyalahi orang lain yang berlainan pendapat dengan kita.

Akhir sekali pesanan dari saya, jangan sesekali mewajibkan kenduri arwah ini, kerana dikuatiri menjadi haram sebab tiada dalil yang mewajibkannya. Jika tidak mampu cukup dengan doa selamat sahaja oleh keluarga, anggaplah kenduri itu sebagai sedekah untuk berbuat baik kepada sesama Islam.

15 comments :

  1. wahhh ulasannya lengkap sekali ini sobat...
    salam kenal..
    and keeep post:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    saya setuju dengan pandangan Ustaz,cukup sederhana.Niati untuk sedekah,bukan kewajipan yang membeban.

    ReplyDelete
  3. salam terima kasih kepada muhammad fahruddin kerana sudi komen dan berikan pandangan

    ReplyDelete
  4. Tuan,

    Gua setuju dengan ulasan dan pandangan yang tuan berikan diatas...

    ReplyDelete
  5. salam ustaz
    saya agak setuju dgn pandangan ustaz,tp kdg2 tanggapan masyarakat berlainan bila tidak mengadakan kenduri arwah,mereka berkata2 padahal mereka tidak sedar mereka kurang arif ia byk berlaku pada org2 tua.
    Kdg2 mereka tidak memikirkan masalah keluarga tersebut.
    Masalah ini kita boleh atasi jika kita berpandukan sunnah2 nabi yg ditinggalkan krn ISLAM itu sendiri tidak menyusahkan penganut2nya.Bagaimana di zaman Rasullah mengenai kenduri arwah ini!Adakah diadakan atau sebaliknya.Mintakomen ustaz,krn apa yg saya tahu tiada kenduru arwah diadakan.Waallahualam
    Mcm juga yg sinbuk didendangkan dlm dada akhbar skrng mengenai sambutan Maulud.Diperbesarkan mengenai perarakan.Apa komen ustaz!
    Sekadar ingin bertukar pendapat dan lebih memahami.

    ReplyDelete
  6. bagi saya kalau mampu nak buat baru buat

    ReplyDelete
  7. Kenduri Arwah tiada pada zaman rasulullah, dan Rasul tidak melakukannya, tetapi yang menjadi tanggungjawab untuk menyediakan makanan atau jamuan adalah jirannya. hal ini juga tidak ada hukum yang mengwajibkannya dan ini masalah khilaf.

    ReplyDelete
  8. Tiada halangan kalau Tuan rumah nak menyediakan jamuan dan tidak menjadi susah baginya. Kalau dipaksa dan disuruh kena buat, maka itu yang menjadi masalah. Bagi makan orang Islam bagus dan dapat pahala.

    ReplyDelete
  9. bagus ader sesi penerangan secara terbuka pada semua rakyat...
    Islam menggalakkan umatnya agar berdebat untuk mendapatkan penjelasan yg lebih baik..
    wallahhualam...

    ReplyDelete
  10. salam.ini menunjukan bahawa org melayu/islam dimalaysia suka buat perkara yg nampak baik utk simati tapi dari segi sejarah islam pula ia tidak ujud d zaman Nabi SAW.natijahnya tak kiralah kita ada kemampuan segi kewangan atau tidak kenduri arwah nampaknya diadakan krn sudah menjadi satu adat/amalan melayu.ada fahaman mengatakan perkara yg baik elok diteruskan tapi walaupun baik semanapun jika ia bukan ajaran/amalan nabi SAW kita maka ia bukan sunnahnya.maka dgn itu tidak ragu2 disebutkan kenduri arwah terjurus kearah biadaah...Wallahhualam.

    ReplyDelete
  11. Salam sumber perundangan Islam ada empat sumber iaitu Al-Quran, Sunah, Ijmak dan Qiyas. Imam syafie telah menetapkan bidah kepada 2 perkara iaitu hasanah dan dholalah. Ini merupakan masalah furuk dan bukan masalah pokoknya dan bukan masalah aqidah. Bersalahan pendapat adalah hidayah atau fitrah dan islam juga mengajar umatnya untuk berfikir. Terpulang kepada kita untuk guna hal-hal yang mana. Janji mesti ada pegangan dengan 4 sumber islam itu. Hal ini sepatutnya tidak perlu dibesar-besarkan. Yang lebih penting adalah umat Islam yang berada dalam dosa perlu di dakwah dan ditarik balik ke jalan yang benar seperti maksiat, tidak solat dan sebagainya

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum wrt. wbt.

    Tujuan dalam membuat setiap amalan adalah untuk mendapat keredhaan Allah, pahala dan ganjaran dariNya, mendekatkan diri kepadaNya dll. Untuk beramal juga perlukan ilmu, sama ada ia wajib, harus, sunat, makruh, haram dsb. Kalau tuan rumah hendak membuat kenduri, janganlah gunakan duit si mati kerana ia adalah hak waris kecuali dengan keizinan waris yang lain. Ada baiknya jika waris si mati dimakllumkan amalan paling baik untuk menyampaikan pahala kepada si mati. Sama ada mengadakan kenduri memberi makan orang kampung yang sudah kekenyangan atau memberi makan kepada fakir miskin.

    ReplyDelete
  13. Salam betul pandangan anta hasan, apa-apa2pun kena ada ilmu, sebab al-ilmu nur (ilmu itu cahaya) menyuluh segala kegelapan.

    ReplyDelete
  14. apa katalah kalau kita buat je kenduri 2 kat masjid...tentu yang pergi mesti solat dulu kat masjidkan...ni ana lihat ramai yang xsolat pun pergi jgk majlis kenduri arwah 2...buat kat masjid lagi baik dapat pahala ajak org pergi masjid & pahala bagi makan..
    apa katalah kita mulakan demensi baru dalam umat Islam di Malaysia khususnya...jom sama2 buat kenduri arwah kat MASJID...
    apa pandangan Ustaz?

    ReplyDelete
  15. Salam ana setuju dengan pandangan anta musa muhammad, tuan rumah dapat dua kebajikan antaranya :

    1. Ajak orang ke masjid dan buat solat berjamaah, besar pahalanya tu, buat majlis tahlil, yassin banyak kebaikan tuan rumah dapat.

    2. Buat kenduri dan bagi makan orang Islam dapat lagi pahala dia, selain menghimpunkan orang Islam, dapat merapatkan silaturahim.

    Kalau boleh tambah lagi sedikit tazkirah yang disampaikan oleh khalifah tahlil atau imam, lagi baik sebab dapat ingat mengingati antara kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG