PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, February 15, 2010

Pandangan Ustaz Menganai Tajuk Artikel Atau Banner Blog Berunsurkan Maksiat (lucah)


Salam kepada semua, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada kita semua untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad saw. Pagi yang mulia ini saya di tanya oleh seseorang tentang bagaimana pandangan saya mengenai pemblog-pemblog yang menggunakan tajuk artikel berunsurkan lucah, maksiat dan sebagainya. Rasa bertanggungjawab saya cuba menulis artikel ini untuk tatapan semua pengunjung dan sebagai melepaskan tanggungjawab saya kepada Allah.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa Islam itu adalah indah dan cantik, kenapa pula perlu mencampurkan perkara kebaikan dan keburukan. Sepertimana menamakan tajuk-tajuk artikel berunsurkan zina dan maksiat. Ingatlah walaupun isi kandungannya tidak berunsurkan maksiat ataupun zina dan hanya bertujuan untuk menarik minat pengunjung ke blog atau laman web dengan tajuk seperti ini. Pengunjung berminat mengunjung blog atau laman web yang mempunyai tajuk berunsurkan maksiat itu dengan harapan untuk melihat maksiatnya bukan untuk melihat artikelnya. Sedar tidak bahawa pemblog itu telah menipu pengunjung dan juga menyumbangkan unsure maksiat. Ada dua dosa yang telah dilakukannya dengan niat kononnya untuk menarik pengunjung lebih ramai ke blognya. Contoh saya berikan di sini, artikel yang dihasilkan adalah berkaitan dengan ubat-ubat hubungan kelamin atau petua hubungan kelamin. Tetapi kita hiasi dengan gambar ranjang antara lelaki dan perempuan melakukan hubungan persetubuhan. Ada pula sesetengah pemblog menamakan tajuk artikelnya seperti Kegairahan malam pertama atau memecahkan dara malam pertama atau sebagainya.

Pengunjung yang melihat tajuk artikel atau banner iklan yang dipasang dimana-mana blog seolah-olahnya blog tersebut mempunyai gambar-gambar atau cerita-cerita lucah, tetapi bukan kerana tajuk atau banner blog tersebut adalah gimit atau pelaris untuk menarik pengunjung lebih ramai ke blog atau laman web tersebut. Jelas dalam Islam bahawa perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu juga jelas. Jangan dicampuri keduanya ini, kerana benda yang halal tetapi dicampurkan dengan benda yang haram akan menjadikannya haram.

Kesimpulannya masih banyak lagi cara dan teknik untuk menarik pengunjung ke blog anda. Lakukanlah dengan perkara yang dihalalkan oleh Islam, kerana Islam menegaskan jangan hampiri zina apatah lagi melakukan zina. Tajuk artikel atau banner yang lucah adalah sebahagian cara untuk menghampiri zina, mungkin bukan niat pemblog tetapi bagaimana pula dengan pengunjung blog tersebut. Dalam masa yang sama sedar tidak sedar telah membangunkan sahwat pengunjung dengan tajuk dan banner yang berunsurkan lucah. Nasihat saya elakkan perkara ini, kerana dosa bagi orang yang menghampiri zina sangat besar dan berat. Carilah cara yang dihalalkan Islam, kerana rezeki yang diperolehi adalah halal dan akan membentuk darah daging yang baik kepada diri kita, anak-anak dan isteri kita.

8 comments :

  1. Salam..

    Penerangan yg ringkas namun penuh bererti..

    Hati ini memang terdetik, apakah mereka yg melakukan provokasi dgn tajuk2 hangat & berunsur lucah merasa seronok apabila mampu menarik minat pengujung yg ramai dtg ke blog mereka?

    Tepuk dada tanya iman...selera org macam2 tapi berpada-padalah sebab kita juga yg akn ditanya diakhirat nanti...

    ReplyDelete
  2. Salam terima kasih kepada selembutbayupemikirbumi kerana sudi komen artikel saya, betul tu tepuk dada tanya iman jangan tanya hati nanti binasa

    ReplyDelete
  3. Salam kepada pemilik Blog Surau Al-Amin Shah Alam, sebenarnya cam kamarsutera tidaklah sebab dia berkaitan dengan ilmu hubungan kelamin dan nama dia juga tidak menjijikkan atau contoh lagi permata yang hilang juga tidak mengelikan dan tidak keterlaluan. Yang di maksudkan saya seperti Pancutkan Isteri. Pecah dara malam pertama dan banyak lagi, kerana tajuk-tajuk ini dapat mendatangkan tanggapan yang negatif pengunjung atau pembaca.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustaz,
    satu teguran yg baik terutamanya pd pengiklan2 yg ghairah membuat keuntungan dgn manipulasi nafsu jantan.

    ReplyDelete
  5. betul ustaz. ada juga yg guna kan seo tajuk2 lucah ni utk iklan lain seperti adsense

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ustaz atas penulisan ini. Alhamdulillah kini apa yang terbuku di hati saya telah terjawab dan saya sedaya upaya akan cuba mengelakkan dari menulis tajuk-tajuk yang melalaikan dan berunsur 18SX.

    Terima kasih sekali lagi kerana respons terhadap pertanyaan saya ini. Artikel ustaz akan saya jadikan panduan.

    ReplyDelete
  7. terima kasih kepada anonymous anda semua merupakan kekuatan bagi saya untuk meneruskan usaha saya ini dalam rangka menambahkan ilmu dalam jiwa saya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG