PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, February 6, 2010

Pandangan Ustaz Terhadap Tarian Shuffle (Rep)



Memalukan umat Islam melibatkan diri dengan aktiviti 'Shuffle'. Sepatutnya anak bangsa melayu Islam kita adalah merupakan bakal pemimpin negara kita pada masa akan datang, tetapi hakikatnya mereka leka dan berseronok dengan tarian yang dibawa oleh barat untuk memesongkan dan melekakan umat Islam. Kononnya sesiapa yang pandai dan berkebolehan menari shuffle ini hebat, menyihatkan badan, menutup aurat dan ramai awek sukakan kehebatannya. Tetapi mereka lupa akan kemurkaan Allah dengan segala perbuatan mereka yang menunjuk-nunjuk dan leka kepada suruhan Allah.

Siapa yang menjadi celaka membawa budaya tarian ini ke negara ini, kerana darinya ramai pemuda kita yang makin teruk dan makin lupakan kepada Allah, jika kita lihat dalam video mereka tidak ada langsung aktiviti-aktiviti yang membawa kepada manfaat, tetapi aktiviti yang membawa kepada maksiat dan hanya ada gelak ketawa, lagu yang memesongkan, sorakkan dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Di mana peranan ibu bapa mendidik anak-anak mereka, sehingga sanggup membiarkan mereka jadi begini. Ibu bapa hanya sibuk mencari duit semata-mata, tetapi tidak pandai mendidik anak sehingga menyebabkan berlaku berbagai-bagai masalah sosial. Saya malu dengan apa yang dilakukan oleh budak-budak muda kita yang membuang masa di pentas-pentas dan di jalanan-jalanan menghabiskan masa begitu sahaja. Sepatutnya mereka ini perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan masa depan mereka.

Tarian atau aktiviti shuffle ini memang haram, kerana lebih banyak keburukan dari kebaikan. Siapa yang bawa tunggulah nanti dalam kubur dan akhirah, Allah akan azab pengasas tarian syaitan ini dengan azab yang amat pedih dan dahsyat.

Sesiapa yang ada komen dan tak setuju dengan pendapat saya ini bolehlah tinggalkan komen anda di sini.

42 comments :

  1. setuju dengan pendapat ustaz.. itu sahaja pendapat saya.. inilah cabaran sebagai umat terakhir nabi Muhammad S.A.W

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ust..saya setuju sgt2 dgn pdapat ust nih..
    sampaikan anak2 saya yang berumur 5,6 tahunpun sudah pandai menari sikit2 tarian ini.bila ditanya belajar mana?jawabnya masa kat malaysia dulu, di rumah pengasuhnya dia selalu lihat abg2 yg besar2 menari sebegini,siap diajar pada anak saya..huish risau juga..kecik2 sudah terpengaruh..besar nnt ..na'uzubillah..
    alhamdulillah berada di jordan skrg, kurang sedikit pengaruh sebegitu..

    mg kita terus diberi petunjuk dan hidayah ke jalanNya yang lurus,amin!

    ReplyDelete
  3. Salam terima kasih kepada ummu faqeh dan Zikr The Jalanan Sepi Perantau, beginilah hidup di zaman yang canggih dan umat manusia tidak mahu berkiblatkan kepada Islam, tetapi sekarang ini mereka berkiblatkan barat, kerana mereka menganggap baratlah yang terbaik untuk membangunkan ekonomi dan memberikan kebebasan dan sebagainya. Perkara ini saya tengok semakin menjadi-jadi sampai budak-budak umur 5 atau 6 tahun dah pandai menari camni..

    Sebagai ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak-anak, jangan lupa berdoa kepada Allah semoga Allah memelihara anak kita supaya ia berada dalam jalan yang lurus.

    ReplyDelete
  4. saya juga sangat setuju dngn ustaz..bagi saya pula,kita tngk secara umun shaja..sejauh mana penglibatan golongan ini lebih mendekatkan diri kpd Allah..saya contohkan begini,mungkin kita boleh tngk dr segi aspek kehidupan sosialnya bagaimana,solatnya,hubungan bebasnya antara lelaki dan perempuannya,auratnya,dan juga masa yang dihabiskan untuk melakukan aktiviti ini..maka kita nilai2 la sndri ye...

    ReplyDelete
  5. salam ustaz...
    saya mmg setuju dengan pendapat ustaz..
    shuffle nie boleh pengaruh anak-anak kita ke jalan yang salah, contohnya ke kelab2 malam, biasanya kelab2 malam ada buat pertandingan shuffle nie.. jadi jagalah anak kita sebaik yang boleh.. anak merupakan amanah allah kepada kita, salah ajaran kita jugak kena jawab nanti. tul tak ustaz... so kalau buleh kita elakkan anak kita daripada t'pengaruh ngan budaya camtu... caranya... Lu Pikir Lah sendiri... maaf ustaz gurau je... guna cara masing2...

    ReplyDelete
  6. BolehLah.. kan Suffle budaya Barat atau Budaya Yahudi.. Setidaknya kita sebagai muslim tidak boleh ikut2...

    ReplyDelete
  7. Salam terima kasih kepada syahbandar, imazhan dan akhatam kerana sudi komen artikel saya ini, sebenarnya dalam hal ini kita tengok negatif dengan positifnya, kalau banyak negatifnya maka ianya jatuh haram. Golongan ini saya tengok tak de pulak positifnya, kecuali sihat badanlah, tetapi sihat badan boleh kita lakukan dengan cara lain yang lebih sihat lagi.

    ReplyDelete
  8. Aslm..ustaz..pos tntng 'shuffle' ni ad dr rjukan ape2 ke...ustaz...klau ada....kongsikn kpd saya..

    sekian, asslm

    ReplyDelete
  9. shuffle gua x pernah cuba...x pandai pun,tapi gua tarak nampak salahnya bila tgk kawan melakukannya..bukannya buka aurat atau apa pun,just pergerakan kaki and badan...kalau poco poco tu saya setuju la haram..

    makyong ye la,haram,aurat terdedah,tarian warisan tu,tp shuffle??di mana haramnya..adakah hanya kerna ia budaya luar..ia hanya jadi haram pabila shuffle dilakukan sambil buka aurat atau melibatkan 2 jantina berbeza bersentuhan..

    http://www.sabahdaily.com/2009/04/shuffle-islamik-wadah-baru-pikat-anak-muda/

    ReplyDelete
  10. Salam sebenarnya pandangan shuffle ini adalah dari saya berdasarkan hujah2 tertentu. Tetapi anda boleh rujuk di sini dan diskusi bersama ahli forum kat sini http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=80&thread_id=7203&rowstart=0

    Fiqkefahamanku anda boleh rujuk juga di mana2 ustaz dan bukan semua berpandangan sama. Ana berpandangan disegi kesannya antara baik dan buruk, Budaya, tujuannya, Latar belakang muzik yang digunakan dan banyak lagi. Hal ini juga ana dah cerita dalam artikel ana di atas ini.

    ReplyDelete
  11. Salam kepada Keraspedal. Islam tidak menghalang hiburan tetapi biarlah berlandaskan undang-undang Islam. Menurut Setengah Ulamak

    1. Jenis Handasat al-Sawt (muzik/Seni Suara)yang dilarang oleh syarak ialah:

    i. Gubahan instrumental dan vokal berirama bebas.
    ii. Lagu bertindih serius seperti bernada keras dan seni kata yang tidak tentu hala.
    iii. Muzik-muzik bukan islam seperti idea dan amalan agama mereka.
    iv. Muzik hiburan yang memikat pancaindera, melalaikan, membangkitkan perasaan ingin melakukan perkara yang dilarang.

    Dari pandangan ini, bagi ana atas segala analisis ana baik dan buruknya, ana berjawapan haram.. Tetapi menurut apa yang dinyatakan oleh Laman Sabah Daily itu, perlu di ubah (edit) caranya dan mematuhi ajaran Islam, seperti muzik latar belakangnya tidak keterlaluan dan muzik-muzik yang diharuskan dalam Islam. Tidak melalaikan dan tidak menunjuk-nunjuk kepada khalayak ramai. cuba ubahnya supaya tidak keras tariannya dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  12. Ustaz,
    boleh tak ustaz kaji sebelom cakap. . .
    ustaz tau ke sper pengasas shuffle??
    ustaz tau ke aper shuffler2 ni buat??
    shuffler nih:
    BENCI REMPIT
    BENCI PUNK
    BENCI BLACK METAL
    BENCI DADAH

    mmg sesetengah shuffler hisap rokok,tapi itu kemahuan diorang,bkan nyer peraturan utk shuffle. . .
    Saudara saya doktor,tapi dia hisap rokok,normal..

    Pergaulan bebas??
    saper ckap??
    saya shuffler,saya tau la. .
    saya ANTI Seks Bebas. . .

    ReplyDelete
  13. Ustaz,
    boleh tak ustaz kaji sebelom cakap. . .
    ustaz tau ke sper pengasas shuffle??
    ustaz tau ke aper shuffler2 ni buat??
    shuffler nih:
    BENCI REMPIT
    BENCI PUNK
    BENCI BLACK METAL
    BENCI DADAH

    mmg sesetengah shuffler hisap rokok,tapi itu kemahuan diorang,bkan nyer peraturan utk shuffle. . .
    Saudara saya doktor,tapi dia hisap rokok,normal..

    Pergaulan bebas??
    saper ckap??
    saya shuffler,saya tau la. .
    saya ANTI Seks Bebas. . .

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Awak tengok video kat atas itu cuba senaraikan apa yang haram? jadi itulah jawapan saya.

    ReplyDelete
  15. jika ustaz kata haram ustaz perlu menyediakan alternatif tarian utk anak2 remaja kita.. apa kata kalau kita buat shuffle menggunakan lagu nasyid rancak mcm intifada rabbani ka pastu tdk cmpur llaki dan perempuan..klu boleh kita jangan benci kepada mereka yang terlibat tetapi kita benci perbuatan mereka dan cuba reformat tarian shuffle tersebut mengikut corak islam.. apa pandngan ust??

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Hahahaha Ustaz Hafiz Hakimy Albertamy soalan seperti menguji, tapi tak apa ana husnozon, bagus soalan ini, ana setuju dengan pendapat anta, kalau boleh ubah dia seperti anta sarankan dan tidak leka atau laqa, maka ana sarankan dan pendekatan ini perlu ditambah lagi dengan adanya tazkirah, dan diedit sedikit tentang shuffle yang keterlaluan dan biar shuffle mengikut syariat Islam.. Ana tak ajak membenci orang yang shuffle, tetapi ana benci kepada perbuatan mereka. ISlam perlu tegas dalam setiap pendirian. Kalau mereka ikut syariat Islam, maka disitu perlu disokong.

    ReplyDelete
  17. 2 la die bdk2 melayu skg..ble ditegah untuk kebaikan,dorg blagak konon open minded sgt..dah terang2 ustaz ni ckp xmendtgkan faedah,dan haram,maka haramlah..knape nk puja sgt bande2 cmni?dr terkinja2,bek g solat,klw xpn,tlg la mak pak hang bwt kerja rumah.lg bgus. jgn nk bangge sgt konon open minded.nk ikot sgt org barat yg open minded tuh.
    sorry ustaz klw sy terkasar bhse tp menyirap tol la tgk org2 yg defend sgt hal2 cmni..haissyhhh

    ReplyDelete
  18. salam. ustaz. kalau ana juz menari suka2 n sorg2 dlm bilik lak cmna ye ustaz?? tp ana guna tarian shuffle,,,sbb ana segan nk jogging kt luar... apa pndapat ustaz?

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Itu terpulanglah kalau sorang-sorang lain lah. Asal semua perkara adalah halal kecuali ada dalil yang mengharamkannya. Masalah shuffle ini kalau boleh elak dari lalai, menunjuk2, pergaulan bebas dan sebagainya, maka ia menjadi harus.. Ikut kepada keadaan.

    ReplyDelete
  20. salam....saya sebagai shuffler membangkang hujah ustaz kerane adakah ustaz dah mengkaji sebetul-betulnyer

    1)pengasasnyer??
    2)music dan iramanyer??
    3)shuffle haram atau makruh??
    4)bagaimanakah kehidupan sebenar sorank shuffler??
    5)ustaz pernah mengenali sorank shuffler dgn mendalam??

    ustaz dah kaji semunyer kew??

    jwpn:

    1)mmg shuffle dtg dari barat...tapi kami hanye ambil tarian nyer shj sbg hobi!!!! bukan pegangan,hnye shuffler dri barat shj yg berpegang pade "shuffle till die"....ustz dah kaji kew????

    2)buat pengetahuan semue....ader 2 kumpulan dlm black metal
    a-group yg ambil music mereke sbg pegangan hidup
    b-group yg ambil music just as music,
    bukan sbg ikutan,hal ini samelah dgn shuffle kerane shuffle mengikut haluan group 'b' dan bukan terdiri drpd group a

    3)ustaz jwb sndri....allah suke makhluknyer yg menjage kesihatan,sbnrnyer shuffle boleh menyihatkan badan tapi ader hadnyer!!!! kami x menari 24jam!!!!

    yg selebeh nyer ustaz kajilah!!

    ni adalah pegangan kukuh bagi shuffler....tiap events yg hendak dibuat psti ader tulisan ni tertere kat banner doranx:

    no drug
    no alcohol
    no free seks
    no fighting

    so kaji dulu sblum membuat sesuatu kenyataan....kerane allah sgt membenci orank yg suke membuat fitnah dan menimbulkan pergaduhan atau menjadi batu api

    ReplyDelete
  21. Salam

    Saya buat kenyataan berdasarkan apa yang saya amati, ada cara lain yang banyak lagi boleh sihatkan badan, lagipun saya kata haram berdasarkan muziknya yang mempunyai rentak rep, atau keterlaluan, pergaulan antara lelaki dan perempuan.. tidak menutup aurat.. dan banyak lagi..

    Kalau orang yang shuffler boleh menutup aurat wanita boleh bertudung, boleh asingkan antara lelaki dan perempuan, boleh tukar latar muziknya kearah muzik yang tidak ada unsur2 cinta dunia, boleh berhenti ketika azan dan solat berjemaah tak apa teruskan ana sokong dan ia menjadi harus.

    Ia menjadi haram disebabkan beberapa faktor yang saya nyatakan di atas, dia boleh jadi harus disebabkan mematuhi syarak.. Bukan saya kata haram terus sampai bila2..

    Awak kena faham.. kena pi mengaji dahulu bab hiburan ikut Islam dan muzik yang mematuhi syarak bagaimana..

    ReplyDelete
  22. saya setuju dgn pendapat ustaz..
    pada saya tarian shuffle tu walaupun bagi sesetengah ank muda remaja ianya menyeronokkan dan menghiburkan tetapi ia lebih kepada perbuatan lagha yang perlu dijauhi oleh generasi umat Islam..yang ingin mengatur langkah menuju kejayaan di dunia dan di akhirat..
    tak nampaklah pulak ianya suatu senaman yang dpt menyihaatkan badan..
    gayanye macam terkinja2 aje..cume keluar peluh jugaklah...tapi sebenarnya keadaan ini menggambarkan kegilaan remaja yang terpengaruh dengan budaya barat..so tinggalkanlah perkara2 lagha ini..sedarilah remaja Islam bahawa Yahudi telah berjaya menyucuk jarum2nya ke sanubari umat Islam tanpa kita sedari..jadilah syabab/muda remaja Islam yang bijak dan handal dalam menegakkan syariat Islam di muka bumi ini, jgnlah menjadi pendokong kepada perkara2 lagha ini..wallaahu 'alam..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum...Saya pernah mendengar,majoritinya mengatakan shuffle itu membantu Dajjal keluar..sebab ia terbukti melalui hadis....'setia geseran yg dilakukan boleh membantu dajjal..'tapi saya belum menjumpa hadis itu....jika sesiapa tahu hadis itu...bolelah balas komen ini....

    ReplyDelete
  24. Buktikan dahulu dengan dalil, takut ini adalah fitnah n hujah tanpa bukti atau dalil tak boleh guna pakai.. Saya alu-alukan anda datangkan hadis tersebut..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum..Ustaz...rakan saya dah dapat hadith tue...tpi dia dah lupa di mana web tue...tp hadith tue dia dapat...ini lah hadithnya.Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiap membuat amalan ... yang keluar itu kerana bangkitnya keghairahan anda disebabkan geseran-geseran maka tercatat satu titik hitam di hatinya"

    ReplyDelete
  26. nk tny shuffle tu bnr hrm2 ker....ustz tahu mane....kalu kami shuffle tapi kami perntingkn agama jgk lh ustz..blh kerz??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi kafir laknat...baik hang kembali kepada Islam...berhenti shuffle!...boodh....

      Delete
  27. Assalamualaikum, ustaz...

    Saya bukanlah seorang shuffler mahupun seorang yang ANTI shuffler. Namun, saya lihat ustaz seakan emosi dalam penulisan mengenai shuffle ini. Apakah sememangnya para ulama' telah bersetuju menyatakan bahawa shuffle itu haram? Apakah hukum 'haram' itu datangnya dari ustaz sendiri? Apakah anda yang bersetuju dengan ustaz dengan terus menghukum tarian shuffle ini haram benar-benar pasti hukum itu datang dari Allah S.W.T.?

    Baiklah, ustaz katakan shuffle itu HARAM hanya kerana ia dilihat daripada pandangan mata kasar 'mempunyai lebih keburukan daripada kebaikan.' Justeru, jika diambil isu 'internet' sebagai contoh. Adakah internet sentiasa medatangkan kebaikan dan tidak pernah mendatangkan keburukan. Bagaimana isu pornografi, jenayah siber dan sebagainya. Jadi, saya dapati internet mendatangkan keburukan. Jadi adakah internet itu haram?????? Selain itu, menonton wayang juga haram? Bermain muzik kontemporari juga haram? Jadi, kehidupan kita ini sebenarnya diselubungi perkara yang haram?

    Ringkasnya, cara kita melakukan sesuatu perkara itulah yang menentukan sama ada perkara itu baik atau buruk. Dalam hal shuffle ini, yang kononnya menyebabkan jatuhnya hukum haram seperti yang dikatakan ustaz hanyalah kerana muzik, leka, aurat, bebas lelaki dan perempuan. Jadi, jika semua perkara ini dielakkan, bagaimana pula nak dipersoalkan hukumnya?

    Apabila ada orang bertanya, apakah hukum shuffle? jawapannya HARAM, atau HALAL ASALKAN MEMATUHI HUKUM SYARAK?

    Saya minta, sebagai ustaz, tolong jangan terlalu keras dalam soal hukum-hakam ini kerana semuanya datang daripada Allah S.W.T. Takut, ustaz pula yang dipersalahkan nanti. Hanya Allah yang berhak dalam soal tersebut dan sebagai manusia, kita bukan sahaja patut memberi pendapat, kita juga perlu sertakan pendapat itu dengan nasihat yang berhemah. Jika berdakwah, gunakan teknik seperti Rasulullah S.A.W. iaitu dengan berhemah dan bukannya terus menghukum:

    "....pengasas tarian ini akan diazab dengan pedih dan dahsyat."
    "Siapa yang menjadi 'CELAKA' membawa budaya tarian ini ke negara ini........"

    Pernahkan Rasulullah S.A.W. menegur umatnya yang leka sebegini?? Baikilah cara penulisan ustaz!

    Tambahan pula artikel yang dikatakan 'mengharamkan shuffle' ini langsung tidak disertakan nas daripada Al-Quran mahupun pendapat daripada ulama'. Yang saya lihat, hanyalah satu pendapat yang diselubungi api kemarahan dan kurangnya rasional.

    Baiklah disini, saya sertakan laman blog dengan penulisan mengenai tajuk ini yang lebih baik yang disertakan dengan kajian yang lebih mendalam beserta pendapat golongan professional, sahabat dan sebaginya:

    http://raziffuad.blogspot.com/2010/12/untuk-para-shufflers.html

    Di dalam Fiqh Awlawiyyat oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi misalnya, beliau menekankan supaya tidak terlalu memberatkan orang awam dengan hukum-hakam yang masih boleh diperbahaskan dan mempunyai perbezaan pandangan.

    ReplyDelete
  28. Salam

    Saya tak emosi, awak tau mana kata saya emosi, awak nampak ke? awak pun tak boleh menghukum orang emosi dalam berhujah dengan kata2 pendapat saya di atas... Emosi dan tak emosi itu Allah sahaja yang tahu..

    Dah beberapa kali saya katakan di sini, dan ini masalah pendapat dan tiada hukum yang qat'i, terpulanglah kepada saya untuk megatakan haram berdasarkan apa yang saya lihat, dan mengatakan halal berdasarkan ianya patuh kepada syariah..

    Kalau benda ini halal dan jelas dalam Al-Quran dan Hadis dan saya kata haram itu lainlah dan betul tu dan patut anda berhujah seperti ini..

    Yang penting berlapang dada dalam hal seperti ini bukan mencari salah sesaipa dan saya tak kata orang yang berpendapat halal itu salah dan emosi dan ada kepentingan. Ulamak pun ada bersalahan pendapat ada yang kata haram ada yang kata harus dan ada yang kata halal.

    Kan setiap yang bersalahan itu fitrah dan ini adalah salah satu cabang dari ilmu Islam.. Awak baca dalam komen saya di bawah artikel itu dan saya tak kata haram terus kalau dia boleh ubah dan buang benda-benda yang haram dan syubhah.

    Jangan emosi sangat dalam berhujah dan cuba berlapang dada...Inilah yang dikatakan masalah fiqh setiasa ada berbagai pendapat..

    ReplyDelete
  29. Salam Ustaz..
    Saya pelik kenapa semua komen yang diberikan begitu emosi, rata-rata dari golongan yang meminati tarian ini, seolah olah 'taksub' pada tarian ini. Pada saya, tidak ada isu yang timbul dalam penulisan ustaz. Kepada peminat tarian ini, Jangan lah terlalu taksub mempertahankan soal ini. Kan lebih baik 'spot cek' amalan wajib diri sendiri.. dah buat ke belum? kalau sudah, Alhamdulillah.. Apa kata ditambah pula dengan amalan yang sunat d lakukan.. Igt ke tidak? tak gitu ustaz? hai budak2 zaman sekarang ni.. mcm2..

    ReplyDelete
  30. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=164059016979213&set=a.147309948654120.48203.100001253471886
    minta ustaz selesaikan :)

    ReplyDelete
  31. x salah kn klau shuffle hanyalah sekadar seronok2 ? tapi kalau dh x rti men sukan ape2 pon x kn x boley shuffle .. mmng lah bnyk lgi aktiviti laen selain aktiviti fizikal boley mnyihatkn badan .. tpi .. brmain FB atau selainnya juga boley trjebak dgn unsur yg kurang baik .. sprti seks dn mcm2 lgi .. tpi .. kalau menari shuffle tanpa lagu .. salah ker ? pada pandangan sye .. shuffle x smdtinya di tmpt yg semua org boley tngok mcm tepi jln ats pentas .. kalau shuffle dlm rumah pon boley .. maaflah ustaz jikalau trkasar bhsa .. atau menyinggung perasaan ustaz .. sya cuma bgi pndpt shja .. salam
    :)

    ReplyDelete
  32. Salam

    Shuffle tu tak salah, yang salah tu orang yang melakukannya.. Kalau tutup aurat, tidak riak, tidak bercampur antara lelaki dan perempuan, rentak muzik yang patuh syarak, tidak menjadi masalah.

    Setiap perkara atau cara mesti mengikuti Islam, bukan Islam kena ikut setiap cara dan perkara yang ada..

    ReplyDelete
  33. sy setuju sgt3 pndapat ustaz..sy pnh tgok adk kwn sy pkai tdung lbuh shuffle dpn fmly..tp fmly bukn d kalngn adk brdk sje..sepupu lelaki pun ada..bg sy t'lalu memalukn kaum wanita..

    ReplyDelete
  34. UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

    Ertinya:
    Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".



    H.R. Muslim

    Keterangan
    Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

    Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
    Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

    ReplyDelete
  35. LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

    Ertinya:
    Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

    Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

    Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

    Zakat dijadikan hutang.

    Suami memperturutkan kehendak isteri.

    Anak derhaka terhadap ibunya,

    Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

    Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

    Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

    Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

    Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

    Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

    Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

    Para artis-artis disanjung-sanjung.

    Muzik banyak dimainkan.

    Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

    Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

    ReplyDelete
  36. MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

    Ertinya:
    Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".



    H.R Termizi

    Keterangan

    Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang­orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan­alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

    Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

    ReplyDelete
  37. siapa yang shuffle adalah kafir laknat haram jadah....ok...imam saya sokong kamu!..inshallah!...allah hu akbhar!..allah hu akhbar!

    ReplyDelete
  38. Shuffler adalah kafir laknat!....allah hu Akbhar!..Allah hu Akbhar!

    ReplyDelete
  39. siapa yang shuffle adalah Yahudi haram jadah!

    ReplyDelete
  40. bangsa yang shuffle adalah bangsa barua yahudi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG