Salam bahagia dan salam mesra dari saya untuk anda semua yang mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini. Saya doakan anda semua berada dalam keadaan sehat dan dibanyakkan rezeki dari Allah. Post atau artikel kali ini adalah untuk menceritakan orang yang solat tetapi main nombor ekor (judi). Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Al-Ankabut : 45).
Zaman sekarang ini, ramai orang yang tidak solat dan ramai juga orang Islam yang solat tetapi tidak khusyuk kepada Allah. Sebab itulah solat bagi orang yang tidak khusyuk tidak dapat menyelamatkannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Masih ramai orang Islam yang solat lima waktu, tetapi mereka juga menikam nombor ekor, main judi, arak, tenung nasib, zina dan sebagainya. Manusia di zaman moden ini hanya melakukan solat untuk melepaskan kewajipan sahaja dan tidak menghiraukan perintah solat yang sebenarnya iaitu solat dengan khusyuk.
Solat dari segi bahasa adalah doa dan sari segi istilah atau syaraknya ialah perbuatan yang dimulakan dengan katbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat yang tertentu. Dalam solat diibaratkan seolahnya hendak berjumpa dengan Allah dengan rasa lemah diri, rasa hina dan takut akan segala perbuatan dosa yang telah dilakukan. Mengerjakan solat perlu khusyuk dan tawaduk kepada Allah, kerana solat bagi orang yang tidak khusyuk tidak akan diterima dan diibaratkan seperti kain buruk yang tiada gunanya lagi. Sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu adalah orang yang menindas dan melakukan kezaliman kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada meyempurnakan solatnya (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).” (Al-Ma’un : 1-7).
Rumusan dari ayat di atas ini, bahawa celakalah bagi orang yang solat tidak khusyuk dan lalai dalam solat mereka. Tempat bagi orang yang lalai mengerjakan solat adalah neraka wil iaitu satu lembah dalam neraka yang Allah sediakan untuk orang-orang yang lalai dalam solatnya.
Dari segala cerita di atas tidak hairanlah kalau orang yang kuat sembahyang kuat mengaji dan pakai jubah atau serban besar melakukan dosa besar, kerana itu semua bukan menjadi ukuran bagi orang Islam. Ukurannya adalah orang yang ikhlas melaksanakan ibadah kepada Allah. Sebab itu dalam Islam ada tiga konsep asas dalam Islam iaitu Akidah (ilmu yang membincangkan keesaan Allah), Fiqh (ilmu yang membincangkan hal-hal yang berkaitan ibadah) dan Ihsan (ilmu ikhlas, tasawuf dan akhlak kita kepada Allah, manusia dan alam).
Haram bagi sesiapa yang bermain judi dan perkara ini sangat ditegah dalam Islam melalui firman Allah yang bermaksud :
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung," (Al-Maidah: 90).
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah : Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir.” (Al-Baqarah : 219)
Nasihat kepada diri saya dan semua pengunjung, marilah bermuhasabah diri untuk mencari kebenaran Islam. Adakah solat yang telah dilaksanakan sepertimana yang dituntut oleh Allah? atau mengerjakan solat hanya untuk melepaskan yang wajib sahaja? Cubalah perbetulkan solat dengan segala ilmu yang dimiliki. Berdoalah kepada Allah supaya segala amalan yang dilakukan dapat diterima oleh Allah. Selagimana masih melakukan dosa dan maksiat, maka selagi itulah solat belum sempurna dan diterima Allah. Ingatlah di dunia sahaja untuk melakukan ibadah dan mencari restu ilahi, kerana di akhirat nanti tiada peluang lagi untuk mencari kebaikan dan pahala Allah lagi.

Insyallah~ Jom g masjid =)
ReplyDeleteInsyaAllah...terima kasih ustaz.
ReplyDeleteUstaz, kalau saya nak share pengisian ni di blog saya, boleh tak ustaz? Saya nak suruh kawan2 saya baca. Boleh?
Setuju ngan USTAZ
ReplyDeletebetul tu ustaz
ReplyDeletesolat kena khusyuk tapi saya susah juga nak khusyuk
Salam untuk ustaz ,
ReplyDeleteApabila muslim bersolat , namun masih lagi terjebak dalam maksiat dan dosa , maka sudah tentu
ada yang tidak kena dengan perlakuan ibadah itu oleh muslim tersebut. Mana mungkin keterangan dari ayat Allah SWT sebagaimana surah ankabut di atas bersalahan dengan perintah wajib mengerjakan solat.
Dalam lain pengertian , bila solat dikerjakan tapi masih melakukan dosa ,terutamanya dosa-dosa besar , besar kemungkinan solat yang dikerjakan tertolak dan tidak diterima oleh Allah SWT, bilamana ada riwayat mengatakan solat sedemikian dilemparkan balik oleh Allah kepada yang mengerjakannya kerana ada kecacatan disegi Allah SWT, namun tidak dirasakan begitu oleh muslim kerana kejahilan sendiri. Islam sebagaimana yang didakwahkan oleh junjungan besar kita Rasulullah SAW, tidak memungkinkan muslim sejati dalam suatu masa, mengerjakan perintah Allah untuk beramal shalih ,juga melakukan perkara yang dilarang ,maksiat dan dosa menambah kedzaliman pada diri sendiri.
Wallahu'alam.
Salam terima kasih kepada semua,kerana memberikan komen yang bermanfaat untuk saya dan semua.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletesaya setuju dgn ustaz.. dan terima kasih dgn artikel ustaz ini.. sy mungkin tergolong dlm golongan org yg bersolat hanya utk melepaskan yg wajib shj.. sesungguhnya sy manusia yg kerugian..
sesungguhnya solat itu tak bermakna selagi kta membuat maksiat..trma ksh ye ustaz mengingatkn saya
ReplyDeleteustaz, saya mohon izinkan saya ambil serba sedikit isi-isi artikel ni untuk muatkan dalam penulisan saya. dan saya muatkan url nya dalam bahagian rujukan.
ReplyDeleteSalam saya benarkan ambillah, kalau boleh masukkan rujukannya sekali.
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteMUNGKIN SY terlambt komen n3 yg ini..heheh,tapi nak komen jgk lah...pasal adik ipar(lelaki) dia memang tak pernah tinggal solat 5waktu...tapi satu jer..dia suka menceritakkan keburukkan orng lain...camne dgn ibadah nye tu yer ustaz?
sekian,
w salam
Firman Allah :
ReplyDeleteSesungguhnya solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar
Jadi solatnya mungkin belum khusyuk lagi, mungkin juga solatnya tidak sempurna. maka dari itu solat itu tidak dapat melindungi kita dari melakukan kejahatan. Tetapi solatnya sah selagimana solatnya cukup semua perbuatan dan bacaannya.
salam...bagaimana nak jadikan solat kita lebih khuyuk????trime kasih..
ReplyDeleteKena menghayati setiap apa yang kita baca dalam solat, kena bersih pakaian tempat solat dan hati..
ReplyDeletesalam...bagi saya mereka yang masih mengamalkan maksiat walahal mereka solat lima waktu..itu mereka yang masih tidak tahu maksud solat itu sendiri,bacaan dalam solat dan rukun-rukun sekali..mereka cuma rase bahwa mereka sudah menjalankan tanggungjawab mereka sahaja...tapi secara fizikal sahaja..ianya tidak masuk ke dalam jiwa mereka...sekian
ReplyDeletesalam ustaz..
ReplyDeletesy sering melakukan dosa..
apakah Tuhan menerima taubat saya?
salam ustaz
ReplyDeleteperasaan yg bagaimanakah yg dikatakan ikhlas??
adakah jika kita khusyuk dlm solat sdh dkatakn ikhlas mengerjakannya
ustaz boleh tak klau kite pjm mata ketika solat utk menjadikan solat kita kusyuk.
ReplyDeletesbb ada kwn sy mengatakn bhw jika kita pjm mate ktk slt mksudnye kita ikut cara org kafir sbb org kafir akn pjm mate ktk menghajtkn sesuatu/solat.
MAAF JIKA SOALAN SY INI AGK BERBELIT
salam ustaz
ReplyDeletebetul ke kalau kita solat utk mndptkn pahala dan takut akn azab allah
ustaz boleh tak klau kita melakukan amalan yg baik hnyalah utk mendapatkan ganjaran drpd allah/menambhkan pahala kita
ReplyDeleteas salam ustaz,adakah sah solat saya sekiranya selepas lafaz niat,mengangkat takbiratulihram kemudiannya brulah saya membaca niat di dalam hati?ada yg mengatakan membaca niat di dalam hati hndaklah dilakukan serentak semasa mengangkat takbiratulihram.saya sudah mencuba tp ssh rsanya mengerjakan 2 pekerjaan dlm 1 msa..mohon penjelasan ustaz krn risau solat saya tidak diterima olehNya..
ReplyDelete