PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, February 8, 2010

Takut Hantu Atau Takut Allah


Salam kepada semua pengunjung blog Ustaz Nor Amin. Tergerak hati untuk buat satu artikel berkaitan dengan cerita-cerita tahyul kurafat dalam TV. Sekarang ini filem dan drama dalam TV Malaysia ini cukup laris dengan filem-filem hantu. Kadang-kadang saya tengok rasa malu pulak dekat diri sendiri, bukan Islam dan orang luar, sebab industri filem Malaysia hanya mampu menyediakan filem-filem hantu sahaja. Jika dipandang positifnya betul juga memang ada makhluk halus dan ubat yang paling mustajab adalah ayat Al-Quran. Tapi yang tak bestnya cara filem menggambarkan terlalu over dan tak boleh masuk akal. Contohnya filem jongkak, ketika mana M Rajoli mengubati pesakit yang dirasuk oleh nenek jongkak sampai terpancar kalimah Allah dan terbelah bumi sehingga ditenggelamkan hantu itu di dalam bumi ini. Saya nak Tanya betul ke dilapangan jadi camtu?

Apa salahnya jika filem-filem dalam Malaysia merakamkan filem yang berkaitan nasihat dan pedoman yang baik kepada masyarakat bukan membawa cerita yang berkaitan tahyul dan cerita kurafat seperti filem hantu. Sebenarnya dalam Al-Quran tidak ada pula ayat yang menyebutkan hantu ini ada di dunia, Cuma disebutkan jin dan manusia. Dalam hadis pula ada dinamakan syaitan, iblis dan jin. Tidak ada pula menyebutkan hantu. Saya tegaskan di sini, sebenarnya tidak ada hantu dalam dunia ini, kemungkinan yang menjelma itu adalah roh manusia yang tidak diterima oleh langit kerana mereka banyak hutang dan amalan tidak baik dan sebagainya. Sebenarnya yang dinamakan hantu itu adalah roh yang tidak diterima, jin, iblis dan syaitan yang menjelema sebagai makhluk yang paling huduh dan menakutkan sehingga ramai manusia mengatakan hantu menurut pendapat saya.

Sejak dari kecil lagi anak-anak diracuni dengan adanya hantu, jadi budak tersebut sehingga besar takut dengan hantu, kerana ibu bapanya sering menakutkannya dengan hantu. Ada pula yang mengkategorikan hantu itu seperti hantu pocong, puntianak, jelangkong, juuon dan sebagainya. Apa kata, sejak anak itu kecil lagi diasuh dengan takut kepada Allah, saya rasa sampai besar budak tersebut akan takut kepada Allah. Contohnya “mamat jangan ambil barang orang, nanti tuhan murka dan diazab dengan azab api neraka”.

Allah anugerahkan sifat takut kepada manusia supaya manusia sentiasa takut kepada Allah dengan cara tidak melakukan perkara-perkara dosa atau perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Tetapi malangnya manusia sekarang ini terbalik, tidak takut kepada Allah dan mereka hanya takut kepada hantu dan kuasa-kuasa ghaib selain dari Allah. Contohnya “jangan lalu dekat pokok besar ini sebab ada penunggu, nanti penunggu itu isap darah awak”, Cuba kita fikir, kalau seseorang itu hanya takutkan Allah, maka dia berkeyakinan bahawa makhluk halus itupun milik Allah dan tidak perlu takut kepadanya. Jika dibekali dengan keimanan yang kuat dan keyakinan yang teguh kepada Allah, maka hantu (makhluk halus) juga akan takut kepada anda disebabkan anda mempunyai kekuatan rohani yang kuat. Hantu dan Jin takut kepada orang yang kuat ibadah dan kuat keyakinannya kepada Allah.

Allah sering menguji manusia dengan berbagai keadaan, seperti manusia takutkan hantu, takutkan miskin, takut penyakit dan macam-macam takut lagi. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” (Al-Baqarah 2: 155)

Nasihat saya, janganlah takut selain dari Allah, kerana Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa, Jin, Iblis, Manusia dan alam ini adalah milik Allah. Jika takut selain dari Allah, seolahnya ada kuasa lain yang lebih kuat dari Allah dan hal ini boleh menyebabkan syirik kepada Allah. Malah ada pula yang minta pertolongan selain dari Allah, seperti minta kepada jin melalui bomoh atau dukung untuk memiliki sesuatu, maka perbuatan ini juga dinamakan syirik kepada Allah. Bertaubatlah kepada Allah dengan beristiqfar dan taubatlah dengan taubat nasuha. Boleh menonton filem hantu, tetapi janganlah takut kepada hantu pulak. Hantu tidak akan bunuh manusia sepertimana yang digambarkan dalam filem-filem tersebut, itu semua adalah karut, kurafat dan tahyul belaka untuk melariskan filemnya.

19 comments :

  1. Waálaikumussalam ustaz...:D

    Ya betul tu, Allah maha berkuasa dan mentadbir sekalian alam.. Allah juga maha adil & maha menentukan segala² nya untuk setiap hamba d muka bumi.

    Terima kasey ustaz atas perkongsian artikal ini.

    ReplyDelete
  2. Salam terima kasih kepada Amyna kerana sudi komen artikel saya yang tidak seberapa ini, Sebenarnya kembalilah ke jalan Allah, manusia akan selamat dari azabnya, takutlah kepada Allah akan siksaannya. Itulah yang sebenar2 takut

    ReplyDelete
  3. syukran ya ustaz.. hantu tuh cuma makhluk... jadi dia takda kuasa... mintak kita dijauhkan dari benda-benda khurafat...

    ReplyDelete
  4. benar ustadz, klo saya sih emang ada sih itu jin, tapi g layak kita terlalu takut menghadapinya seperti kita takutnya pada Alloh saja.

    ReplyDelete
  5. Ya amt malang apabila makhluk Allah ( trmasuk hantu) lebih ditakuti dri Allah

    ReplyDelete
  6. Salam terima kasih kepada Zikr, Oen dan shameel, benar jika takut lain kepada Allah bererti kita menganggap ada kuasa lain lebih kuat dari Allah dan ini mensyirikkan Allah, Orang syirik adalah orang yang munafik

    ReplyDelete
  7. salam ustaz.

    benda2 macam ni lah merosakkan akidah islamiah muslim skrg

    ReplyDelete
  8. ** Benarkah Hantu..? Bolehkah Ruh Kembali..?

    Pontianak / Langsuir = Hantu perempuan yang kematian semasa melahirkan anak

    Pochong = Jelmaan si mati yang hidup semula sepertimana ia dikebumikan

    Toyol = Mayat kanak-kanak yang dipuja kembali hidup semula sebagai khadam

    Jemput ziarah:-

    http://qhazanah.wordpress.com/2010/01/28/benarkah-hantu-dan-bolehkah-roh-kembali/

    Salin semula dan kongsikan dengan kenalan anda **

    ReplyDelete
  9. nasihatlah hal agama,janganlah nak menasihat pasal filem pula kalau tak ada ilmu filem.nanti tergelak org yg reti tentangnya.saya tulis dengan iklas,saya minta maaf kalau terkasar.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Terima kasih atas nasihat anda, Saya tulis pasai filem sebab terlalu merapu dan tahyul dan berlebih-lebih mengambarkan filem tersebut, kadang2 saya lihat pelakon dia sampai cabar kuasa Allah. Saya tak ingatlah siri keberapa, tapi filem itu malam jumaat TV3..

    Saya takut disebabkan belakon artis tersebut rosak akidah..Saya nasihatpun atas dasar agama, bukan saya nasihat atas dasar tekniknya...Terpulang kepada anda semua nak terima ataupun tidak.

    ReplyDelete
  11. Salam ustaz,saya nak tanya adakah kita pon berdosa syirik juga jika kita suka melihat filem2 hantu..

    ReplyDelete
  12. Lihat filem tak dosa, kalau kita percaya dosalah, dosa dia lain pulak iaitu dosa kita melihat aurat pelakon tersebut n buang masa lihat filem tak berfaedah tu.. Kalau boleh elakkan dari menonton filem takyul camtu.

    ReplyDelete
  13. adakah dosa jugak jika pelakon melakonkan watak tok bomoh guna2 jampi mantera tu,adakah dia berdosa,semalam saya tgk filem hantu kak limah balik rumah,filem komedi seram tentang anti-tahyul

    ReplyDelete
  14. assalamu'alaikum ustaz.
    sye nak tanye.
    biase nye sihir tuh mgunakan jin kan ustaz?
    ade tak orang yang meninggal angkara sihir jin tuh ustaz?

    ReplyDelete
  15. Jawapan kepada Anonymous pertama :

    Melakonlan perkara yang tahyul adalah dosa..

    Jawapan kepada Anonymous kedua :

    Ada orang yang mati disebabkan sihir, tetapi yang mematikan hanyalah Allah sahaja dan sihir sebagai sebab sahaja.

    ReplyDelete
  16. apakah hukum melihat filem2 hantu @ tahyul seperti puaka niyang rapik,pontianak dan lain2..adakah penonton juga boleh syirik jali jika menontonnye.

    ReplyDelete
  17. Salam

    Berdosa la lihat filem macam tu, sebab dia menokok tambah tentang perubatan Islam, keluar cahaya kalimah Allah, keluar gelung api la, kalau kita percaya kepada gambar itu, boleh berlaku syirik juga..

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum ustaz
    sy nk tanya boleh tak klau kita berdamping dgn jin islam/bunian??
    sbb...sy ade jupe s0rang ustaz nie,die ckp ade bunian yg nk berdamping(ade name,rupe cantik) dgn sy sbb hati sy ni lembut,baik ,bersabar,jujur..
    mule2 sy mmg x caye ,um..ustaz 2 ckp bunian tu x pernah msk dlm bdn sy ,die cume perhatikan sy je
    lpastu.. katenye klau nk berdamping dgn die kene penuhi syarat yg dia pinta, macm solat jgn tigl
    buat sunnah rasul dan mcm2 lagi
    jadi sy risau klau nk buat smua tu smate mate nk berdamping dgn dia, yg boleh mmbawekan kpd syirik besar
    masalahnye sy x tahu nk terima ke tak,bunian itu sbgi kawan/pendamping
    sbb ustaz tu ckp bunian tu boleh tolong sy buat bende baik,hlg buat bnde jht,berubat org..(ustaz tu pon ade bunian yg berdmping dgn die)
    lagipon skarg ni sy ade sake keturunan,

    um..ayh sy ckp smase dia tgh fikirkan tntg puteri bunian yg nk berdmping dgn saye tu
    tibe2 bunian tu muncul kat dpn ayah sy
    ayh sy ckp cntik muke hitam mnis ,asyik senyum..je,baju wrne merah..
    (ustaz tu cakap putri bunian tu x kan tunjukkn dirinye kt dpn sy,sbb usia sy yg msh mnth ni
    tkut terkejut.)
    sblum ni.. sy ade gak angan2 nk ade smua tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG