PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, February 21, 2010

Wahabi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog yang dhaif ini, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana Beliau telah anugerahkan nikmat kesihatan dan kekuatan kepada kita semua. Selawat dan salam kepada Nabi junjungan mulia Muhammad saw. Persoalan yang ditujukan oleh seorang pengunjung blog ini mengenai akidah wahabi dan ahli sunnah.

Islam adalah agama yang memberikan keselamatan, keamanan dan kesempurnaan kepada umatnya dan umat yang lain. Islam juga merupakan agama yang mempunyai budi pekerti yang sangat baik dari agama lain. Islam juga agama bersaudara dan agama yang menjamin keselamatan kepada semua umat Islam. Sejarah telah membuktikan ketika zaman kegemilangan Islam, semua umat Islam bernaung dibawah Nabi Muhammad saw. Kemudian setelah Baginda wafat, umat Islam dijaga dengan sempurna oleh khalifah umat Islam sehingga musuh-musuh Islam tidak berani untuk mengusik umat Islam, kerana dikuatiri diperangi oleh khalifah Islam ketika itu.

Berlakunya perpecahan umat Islam yang pertama ketika mana pemerintahan Khalifah Ali Bin Abi Talib, kerana semasa pemerintahan beliau berlakunya peperangan saudara antara Ali dan Muawiyah dan peperangan Ali dan Aisyah. Ramai umat Islam mati dimedan peperangan saudara itu. Daripada inilah berlakunya perpecahan umat Islam antara Muawiyah dan Syiah, Khawarij dan banyak lagi.

Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah terdiri daripada mazhab Tauhid iaitu Asya’irah dan Al-Maturidiah dan dari mazhab fiqh terdiri dari 4 mazhab yang terkenal iaitu, Imam Syafie, Imam Hambali, Imam Maliki, Imam Hanafi. Hujah-hujah mereka ini berlandaskan Al-Quran, Hadis dan Akal (Dalil Naqli dan Dalil Akli).

Nama Wahhabi atau Wahhabiyyah adalah berasal dari nama Abd Wahhab yaitu bapak kepada pengasasnya yang bernama Syaikh Muhammad bin Abd Wahhab Najdi. Mereka ini adalah golongan yang tidak bersetuju dengan huraian nama dan sifat-sifat Allah yang telah dibahaskan dalam kitab-kitab Ahli Sunnah. Mereka hanya berpegang dengan hujah ulamak-ulamak yang terdahulu yang mengatakan bahawa dalil percayanya Allah ialah dari Surah Al-Ikhlas dan ayat-ayat Tauhid yang lain. Mereka juga tidak bersetuju dengan ulamak-ulamak Al-Sunnah menganai bid’ah yang telah dihuraikan oleh Imam Syafie dan ulamak-ulamak yang lain. Banyak lagi masalah-masalah agama yang tidak sehaluan antara Wahabi dan Al-Sunnah. Maaf di sini saya cerita secara ringkas sahaja sebagai pengetahuan umum sahaja dan untuk mengelakkan salah faham dari sesetengah pihak yang membaca.

Pandangan saya, sebenarnya kedua-dua golongan ini adalah betul dan tidak salah, kerana masalah yang dipertikaikan adalah masalah khilafiah (bersalahan pendapat ulamak) mengenai perkara-perkara furuk(bukan masalah pokok agama). Contohnya kenduri arwah, baca yassin malam jumaat, tahlil, Imam membaca doa dan banyak lagi. Masalah ini telah lama diselesaikan oleh ulamak-ulamak terdahulu seperti Imam syafie telah membahagikan bid’ah kepada dua iaitu bid’ah dholalah (perkara baru yang tidak baik) dan bid’ah hasanah (perkara baru yang baik). Bagi saya jika tidak mahu melaksanakan perkara bid’ah seperti yang didakwa Wahabi haram, maka jangan buat bagi orang yang mendakwanya haram dan jangan menyalahkan orang lain yang melaksanakan. Sebab perkara yang dilaksanakan adalah bersandarkan kepada hujah-hujah ulamak yang muktabar.

Sepatutnya banyak lagi masalah-masalah besar yang perlu diselesaikan seperti keruntuhan akhlak muda-mudi Islam sekarang, sumbang mahram, dadah, seks bebas dan sebagainya. Tinggalkan segala perbezaan khilafiah antara Wahabi dan Al-Sunnah dan mari bersama-sama mencari teknik atau cara untuk menyelesaikan masalah-masalah penyakit umat ini. Imam Syafie ketika pergi solat subuh di masjid pengikut Imam Hanafi tidak membaca khunut. Beliau apabila lalu kawasan kubur Imam Malik turun dari kudanya sebagai tanda penghormatan. Kenapa semua tidak boleh jadikan kisah Imam Syafie sebagai tauladan untuk menghormati pandangan orang yang berbeza dengan kita. Bersalahan pendapat adalah fitrah dan hidayah Allah.

28 comments :

  1. saya setuju dengan ustaz.
    saya tak kenal banyak ttg wahabi, setakat yg saya baca, wahabi tak melakukakan beberapa amalan seperti yg ustaz sebut di atas.
    tetapi kenapakah ada org yg tak sependapat memandang sedemikian buruk ttg wahabi seakan ia suatu bentuk kesesatan? atau pun yg sebenarnya, org yg menentang wahabi seakan ia suatu kesesatan tu, sebenarnya adalah org2 kita yg sekarang ramai tepenagruh denagn sentimen benci membenci (yg lazimnya dipanaskankan oleh api politik?)
    harap ustaz dapat tlg jelaskan.

    ReplyDelete
  2. Salam Inilah kerja-kerja musuh Islam untuk memecahkan Islam dari dibawah satu naungan khalifah dan sehingga dikecil-kecilkan dan dipecahkan dengan teknik psikologi dan fahaman. Ini semua kerja jahat musuh Islam, sebab mereka banyak gagal dalam peperangan ketika dahulu, kemudian mereka mencari cara yang baru dengan meracuni kefahaman dan adu domba antara Islam.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Saya bersetuju dengan pendapat ustaz y g mengambil jalan tengah.
    Walaupun begitu, saya kurang bersetuju dengan sesetengah perkara yg lain.

    [1] Bukankah Wahabi kuat mempertahankan fahaman Tauhid 3 serangkai. Bukankah ini adalah batil. Bahkan semasa sy menghadiri ceramah di Kanada ini, beliau menyatakan bahawa gol. Asyaariah dan Matrudiyah tidak bertauhid Uluhiyyah. Ini bermakna beliau menyatakan golongan ASWJ adalah disbeliever! Ini kerana mengikut Tauhid ini, org kafir sekalipun bertauhid Rububiyyah bukan?

    [2] Bagaimana pula dengan fahaman tajsim yg dibawa oleh mereka? Adakah hal boleh dimaafkan/diterima?

    [3] Bagaimana pula dengan fahaman mereka ALLAH berada di Arasy? Bukankah ALLAH ada tanpa tempat (Hal ini telah dipersetujui oleh keempat2 mazhab, bahkan Imam Hassan Al-Banna dlm kitabnya Al-Aqaid tak silap saya, telah sepakat ulama khalaf dan salaf, ALLAH ada tanpa tempat)?

    Ustaz, mohon pencerahan. =)

    ReplyDelete
  4. salam ustaz..saya ada sedikit keliru tentang sesuatu perkara berkait dengan fahaman dalam beragama..saya harap ustaz sudi kiranya meluahkan pendapt ustaz.

    saya ada mendengar khutbah oleh seorang ulama di youtube yang mana dikatakan rasulullah tiadalah bezanya dengan orang biasa yang lain sebelum baginda dilantik oleh Allah menjadi rasulullah.Malah dikatakan sewaktu kelahiran baginda tiada apa pun,baginda dikatakan seperti budak kampung biasa sahaja SEBELUM dilantik menjadi rasulullah.Dan selepas dilantik menjadi rasulullah barulah baginda mempunyai hubung kait dengan manusia.

    apa pendapat ustaz tentang hujjah ini..harap ustaz sudi menerangkannya.

    ReplyDelete
  5. Salam kepada yang bertanya iaitu affan ruslan. Memang banyak perkara yang wahabi bercanggah dengan ahli sunnah. percanggahan yang telah ana dan enta nyatakan di atas. Ana juga tidak bersetuju dengan wahabi ini sebab habis semua orang dia kata sesat dan banyak perkara yang bercanggah.

    Untuk mengelakkan orang awam lebih keliru dalam masalah khilaf ini. Maka ana ambil jalan tengah, tetapi bukan bermaksud ana setuju dengan wahabi, tetapi nak jaga tak mau bagi orang awam keliru dengan masalah ini.

    Ana sebenarnya tengah mencari dan meneliti lagi mengenai tauhid tiga iaitu rububiyah, uluhiyyah dan asma wa sifat? anta ada rujukan boleh bagi kat ana. Dalam hal ini ana tiada komen sebab ini masalah akidah dan ini kena rujuk ke majlis fatwa dan mufti atau orang yang lebih alim.

    Masalah ayat mutasyabihat atau ayat2 yang perlu ditakwil. Hal inipun ana tak setuju, sebab kalau tak ditakwil boleh merosakkan fahaman orang awam dan mereka mengatakan Allah bertangan, Allah duduk di atas langin dan sebagainya. Hal ini mestilah berpegang kepada apa yang telah di bahaskan oleh ulamak2 terdahulu seperti ilmu tauhid, ulumul quran.

    ReplyDelete
  6. Salam kepada syah bandar terima kasih atas persoalan anda.

    Rasul adalah dari kalangan manusia. SIfat harus baginya adalah menjalankan kehidupan seperti manusia. Tetapi Rasul ini dipilih dari kalangan orang yang bijak dan keturunan yang baik. Rasul ada keistimewaannya iaitu dilahirkan tidak seperti manusia lain. Allah datangkan petanda kenabian kepada baginda sebelum dilantik menjadi rasul.

    Kesimpulan saya, mungkin ustaz itu bermaksud sepertimana yang telah saya nyatakan di atas iaitu dari kalangan manusia.

    Boleh saya tahu nama apa ustaz itu? tengok youtube kena jaga sebab islam libral

    ReplyDelete
  7. ini linknya

    http://www.youtube.com/watch?v=FHOEnKig9TE


    mungkin saya silap atau mungkin juga saya tersalah dalam mentafsir maksud tersirat disebalik huraian terebut..saya harap ustaz sudi mendengarnya dan menerangkan kembali apa maksud disebalik huraiannya itu.terima kasih ustaz:)

    ReplyDelete
  8. saya merujuk pada keterangan pada minit ke 7.05 hingga 7.16..mungkin ada maksud tersirat,cuma saya shja yang tidak memahaminya

    ReplyDelete
  9. dan mintak ustaz jelaskan yang ini jg..maaf sshkan ustaz

    http://www.youtube.com/watch?v=SLcPltL2NDc&feature=player_embedded

    ReplyDelete
  10. Salam syahbandar, susah nak dihuraikan percakapan tok guruni, sebab banyak bahasa dia yang tak boleh difahamkan makna hakiki, sebab tok guru guna balaqah. Balaqah ini adalah satu ilmu bahasa arab dalam menghuraikan bit-bit syair dan bahasa-bahasa sastera atau bahasa yang bukan makna hakiki.

    Mengikut apa yang saya faham dari tok guru berkhutbah ini adalah menyatakan bahawa, Nabi pada asalnya manusia biasa sama seperti manusia lain. Tetapi apabila diberi wahyu maka di lantik sebagai nabi untuk menerangi kegelapan dan menjadi penghulu bagi manusia. Jadi tok guru kata setelah jadi nabi atau rasul untuk manusia, kerana setelah dilantik menjadi rasul dan menerima wahyu maka dia berkewajipan menyampaikan wahyu atau menyampaikan seruan Islam sehingga sekarang ini.

    Masalah kedua mengenai huraian tok guru dalam youtube kedua ini. sebenarnya ada pendapat ulamak membolehkan kita menggunakan bahasa contoh atau qiyasan untuk menarik kefahaman dalam mengajar. Maaflah saya tak ingat pendapat siapa. Tapi ianya datang dari tok guru pondok saya. Kalau nak tau lebih lanjut kena bagi tok guru hurai sendiri. Ana tak berani nak hurai hujah tok guru takut tersilap.

    ReplyDelete
  11. terima kasih ustaz..jauh di sudut hati saya ada juga rasa seperti yang ustaz ckp tu..mungkin ada maksud yang tersirat..dan saya juga sdh mula memahami maksud sbnrnye..maksudnya mungkin rasulullah cuma masyarakat biasa sahaja sehinggalah baginda dilantik menjadi rasulullah dan barulah baginda mempunyai hubung kait dengan manusia secara lansung yakni menyebarkan dakwah islam.ya saya fikir itulah yang diterangkan..bukannya nak cakap rasulullah x de kelebihan dari segi peribadinya dan juga kejadian aneh yang pernah berlaku kpd dirinya..dan bukan pula nak cakap sifat rasulullah hanya seperti sifat orng kampung biasa sahaja..cuma nak cakap rasulullah hanya orang biasa yakni masih bukan rasul..ya saya sependapat dengan ustaz dan saya fikir ustaz lebih memahami akannya.saya suka huraian ustaz dan pemahaman ustaz...

    bila sy mntk pendapat seorng ustazh tentang pendapat ulama tersebut,beliau ckp rasulullah x sama dengan manusia biasa..bermula dari kelahirannya lagi dah ada tanda2.selain sifat maksumnya dan juga pelbagai kejadian aneh sejak dari baginda kecil lagi..bukannya salah huraian ustazah tersebut.amatlah tepat.malah saya juga menyakininya..cuma mungkin ustazah tersebut kurang faham maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh ulama tersebut dan saya lebih cenderung untuk menyatakan ustaz lebih memahami maksud tersirat huraian ulama tersebut..mungkin jika dilihat dari segi umum shja mmg tidak benar la,namun jika dilihat isi tersiratnya ada maksud lain..

    seperti jg ilmu tasauf sheh abdul qadir al jailani..katanya untuk mendapat keredhaan Allah dan masuk syurga kena bunuh diri terlebih dahulu..namun jika ditafsir secara zahir maka salah lah dari segi hukum fiqahnya..tapi sbnrnye maksud yang tersirat yang ingin disampaikan beliau adalah membunuh sifat riak di dalam diri,membunuh sifat takabbur di dalam diri dan seumpama dengannya terlebih dahulu maka barulah boleh mendapat keredhaan dan syurga Allah selepas menyempurnakan yang lain juga..sungguh dalam maksudnya..huraian oleh orng tasauf shja mampu merungkaikannya

    ReplyDelete
  12. maaf ustaz bnyk bertanya..saya fikir saya mula berminat dengan pendapat2 ustaz.hehe...nak tanya satu lagi soalan.itu pun klu ustaz tak keberatan..

    ramai menganggap cara menzahirkan rasa kasih dan cinta kepada rasulullah adalah melalui sambutan maulidur rasul..ramai-ramai berarak..lelaki dan perempuan tidak lah berkecuali..memegang sepanduk kearah memuji junjungan rasulullah dan berselawat sambil berarak.di kesudahan perarakkan adalah pula ceramah2 mengingatkan kembali kepada rasulullah..di television pula pelbagai lah pula cerita2 dan iklan kearah untuk menzahirkan rasa cinta umat Islam kepada baginda..Dan beberapa minggu kemudian segala-galanya beransur pudar dan kembali seperti sedia kala..jadi apakah pendapat ustaz tentang budaya sambutan maulidur rasul??

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...best jgk posting kali ini...bg ana lah...wahabi ni di kalangan ahlul sunnah jgk mcm kita sebagaimana fatwa Dr Yusof Qardhawi..pas2 syeikh ana Dr Muhamad Aqil al-Mandily pun mcm 2 jgk di dalam buku dia " al-Fikry Al-Islamiy al-Hadith "...tp xde pula yang ana baca yang fahaman mereka ni bercanggah dgn mazhab 4 pada suduh feqh..satu lagi,mmg cara dakwah mereka xsesuai dgn keadaan tempat kita je..
    pas2 kalau Bab bid`ah ni kadang2 kita lihat seolah2 hanya Wahabi yang memunculkan tentang perkara ini,tanpa kita melihat terlebih mendalam siapakah yang melafazkan ucapan bid`ah di dalam agama kan?
    pendapat ana la...
    Dakwah yang nabi s.a.w bawa ni nak membawa manusia daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya islam. sesuai dgn firma Allah dalam surah al-Baqarah ayat257.

    ReplyDelete
  14. Salam kepada musa muhammad, betul kata anta tu, ana harap anta dapat berkongsi dengan ana, mengenai wahabi ini, anapun tak tau banyak tentang wahabi ini. Anta boleh cerita dekat ana tentang ayahnya menentang anaknya iaitu abd wahab menengtang anaknya muhammad tentang ajaran yang dibawa anaknya.

    Ana dok mencari cerita ini, sebab ana nak mengkaji dan mengetahui sejarahnya untuk mudah menyampaikan dakwah.

    ReplyDelete
  15. salam ustaz. bagaimana pula dengan pemahaman beberapa pihak yang mengatakan bahawa Allah itu bertempat? mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Kalau hujah yang bertentangan dengan ulamak-ulamak yang muktabar, maka lebih baik kita kaji dan tolak..

    Masalah Allah bertempat iaitu merujuk kepada ayat yang menceritakan bahawa Allah bersemayam di atas kursi (aras). Mengikut jumhur para ulamak ayat ini perlu ditakwilkan sebab ayat ini akan menyebabkan orang tersalah faham. Sepertimana yang dibahaskan oleh ulamak tauhid bahawa Allah tidak boleh sama dengan makhluk atau yang bahru. Kalau Allah sama dengan makhluk maka Allah lemahlah. Sebab itu kita tak boleh kata Allah duduk atas kursi. Kalau merujuk kepada tafsir ulamak mengatakan maksud ayat tersebut ialah Allah itu berkuasa dan bertahta mentadbir alam ini.

    Sebab itulah nak mentafsir Al-Quran perlu orang yang benar2 mendalami ilmu bahasa arab dari semua aspek sebab Al-Quran ini bahasanya terlalu indah dan perlu dikaji..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbt Ustaz, ana rasa ana x setuju ttg keringkasan yg ustaz buat didalam menceritakan sejarah wujudnya apa yg disebut 'wahabi' itu. Terlalu ringkas bahkan tiada pun sejarah bagaimana wujudnya apa yg dikatakan wahabiyah. Dan mazhab ahli sunnah wal jamaah juga bukan hanya terdiri daripada 4 mazhab tersebut. ana pasti ustaz pun tahu mengenainya.

    bahkan ana juga x setuju dgn tulisan ustaz yg mana menggambarkan jika kita kata tahlil bid'ah, itulah wahabi. tak boleh bacaan yasin, itulah wahabi. ini akan mengundang lagi byk salah faham org awam kpd wahabi ustaz.

    mohon ustaz ceritakan sejarah bagaimana rentetan perjalanan Islam selepas khalifah Ali hinggalah ke zaman gelap iaitu zaman taasub mazhab dan seterusnya hingga ke hari ini. Harap ustaz boleh ceritakan. ana rasa dari situ baru org nampak bagaimana sejarah wujudnya 'wahabi' itu.

    maaf ustaz jika terkasar bahasa. org kata, soaljawab dan kritikan ilmiah ni berguna insyaAllah =)

    ReplyDelete
  18. waalaikumsalam

    Terima kasih kepada danial razali atas segala pandangan anda, betul kata2 anda sepatutnya kena hurai dari mana datangnya wahabi dan ahli sunah..ana cuma tulis secara ringkas dan kalau nak panjang dari mana asalnya atau sejarahnya kena cari bukunya dan kena tulis balik sejarah wahabi dan ahli sunah di artikel yang akan datang la. Lagi pun ana tak mau panjangkan masalah ni, sebab dia masalah yang kecil sahaja bukan melibatkan perkara pokok perbahasan Islam.

    Ana tidak ada masalah biasalah kritikan dan soal jawab setiap manusia ada pro n kontra..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum ya ustaz....seperti mana ustaz ada mengatakan sebentar tadi bahawa fahaman Wahhabi itu tidak salah ttapi cuma berlaku khilafiah shj dlm memahami mksd ayat @ hadith....mumkin ustaz pernah dengar hadith yg ada mengatakan bahawa drpd 73 fahaman yg trdapat dlm dunia ini hanya 1 fahaman sahaja yg boleh benar2 sohih dan boleh beramal denganny iaitu fahaman Ahli Sunnah Wal Jama`ah...sdgkn 72 fhaman yg slebihny trmasuklah wahhabi itu sering menimbulkan keraguan dan memesongkan akidah umat Islam sejagat.....malah menyesatkan lagi!! Apa pendapat ustaz???

    ReplyDelete
  20. Dan 1 lagi penambahan ustaz...masalah penyebaran fahaman wahhabi sememangnya masalah yg serius.....kerana ini melibatkan masalah akidah pemuda-pemudi kita.....wallahua`lam....:-)

    ReplyDelete
  21. Salam

    Sebenarnya kalau kita tanya orang wahabi depapun kata depa ahli sunnah wal jamaah..Lagipun bagi ana cara mereka mengatakan orang tak betul sesat tu yang salah atas perkara2 khilaf, sepatutnya lepa kena berlapang dada sebab orang lain pun ada hujah.

    Kalau orang tu tak mengaji bagi habis, kaedah istimbat hukum, memang dia akan jadi cam tulah kata orang itu sesat orang ini tak betul dan apa-apa sahaja.

    Kita sebagai orang yang tahu, jangan kita kata mereka wahabi walaupun nampak ada persamaan dengan wahabi, jangan cepat tuding jari, kita cuba berdialong dengan depa, kalau dia tak mau itu terpulanglah. Kita pun kena berlapang dada, janji jangan melanggar Al-Quran dan sunnah sudah.. Kalau benda khilaf tu berlapang dada jelah..

    ReplyDelete
  22. assalam..
    ustaz,saya ada sdikit pertnyaan ttg smbutan maal hijrah...siapakah yg asaskan maal hijrah??dan knapa tarikh 1 muharram yg diplih mnjdi permulaan tahun??sbab jka diamati..ramai yg brkata maal hijrah diadakan utk mperingati hijrah rasulullah s.a.w ke madinah..tp hijrah baginda adalah pada 12 rabiulawal bukan??so knapa bkan 12 rabiulawal yg mnjdi trikh permulaan hijrah???

    ReplyDelete
  23. salam ustaz, mungkin terlambat reply tapi ngape ustaz semacam tak berani nak memutusakn mengikut ilmu yang uustaz ada tentang wahabi, daripada pengalaman berkawan dengan orang wahabi mereka meyesatakan semua orang yang tidak mengikut ajaran merekadan menghukum neraka, mereka menyesatkan semua ulama asyaariah, dan saya juga terbaca seprti saudara affan ruslan diatas tu tentang akidah wahabi, tajsim etc, mengapa ustaz tidak menulis satu artikel detail tengan siapa anak wahab tu dan bagaimana ajaran wahabi ni tersebar dan terdirinya kingdom saud, saya mencari daripada tenet terdapat bermacam2 pandangan, harap ustaz dapat membantu dalam pencarian ini...kalau sesat katakan sesat tapi janganlah sebagaimana mudahnya wahabbi menyesatkan orang, hendaklah dengan nas dan fakta yang kita percayai, mohon pencerahan...** dah banyak porak peranda bawakan puak2 anak wahab ni ustaz

    ReplyDelete
  24. Salam

    Kan lebih baik di sini, kita guna kaedah dakwah dengan cara yang hikmah seperti di ajar oleh nabi..memang depa kata kita sesat ulamak itu ini sesat..Lagipun kalau ana tulis di sini tentang wahabi sesat, ramai orang2 mereka akan masuk dan komen n berdebat dengan ana, ana nak elakkan dari berdebat n mencari siapa yang menang..jadi ana guna pendekatan ini dengan cara yang baik, tapi sedikit sebanyak ada juga menegur mereka..mereka boleh baca dengan hati yang terbuka dan boleh terima..kalau ana kata mereka sesat walaupun dengan hujah dalil sekalipun, mereka tetap mengatakan mereka betul dan guna dalil...

    ReplyDelete
  25. http://www.youtube.com/watch?v=VhCRTqcEeCY

    ReplyDelete
  26. http://www.youtube.com/watch?v=z86lM58u-TE

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Ustaz..

    mohon pencerahan drpd ustaz..

    Jazzakallahu khair..

    ReplyDelete
  28. Salam,

    Allah, melalui lidah rasulNya telah memperingatkan bahwa pengikut-pengikut rasul yang berpecah belah dalam agama lantas membuat golongan dalam beragama maka mereka itulah SESAT sehingga hari kiamat... lihat Quran Surah Al Mu'minuun ayat 52-54.

    Lalu bagaimana kedudukan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Wahabi, Syiah dll.... mereka ini bangga dengan golongan masing-masing seperti mana yg Allah peringatkan dlm ayat tersebut..... bukankah baginda nabi tidak bergolongan dalam agama, apasal pula umat islam kini bergolongan ?

    Apa komen ustat ?

    Syuk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG