PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, March 24, 2010

Adakah Haram Atau Harus Memegang Anjing Dan Babi


Salam kepada semua, Persoalan yang dikemukakan oleh seorang pengunjung mengenai hukum memegang anjin dan babi adakah haram atau harus? Jawapan dari persoalan tersebut ialah harus dan tidak menjadi masalah menyentuh anjing dan babi. Anjing dan babi adalah binatang yang dikategorikan sebagai najis mukhallazoh (berat), untung menghilangkan najis ini mestilah dibasuh dengan 1 kali dengan air tanah dan 6 kali dengan air mutlak.

Hujah dari jawapan tersebut ialah tiada dalil Al-Quran dan hadis yang mengharamkan menyentuh binatang tersebut. Hanya ada dalil yang mengharamkan kita memakan binatang anjing, babi dan keturunannya. Dalil yang mengharamkan memakan anjing dan babi ialah :

Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am : 145)

Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Baqarah : 173)

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

“Cara menyucikan bejana milik salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya mestilah mengunakan tanah”. (Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi)

Dari dalil di atas, menunjukkan bahawa diharamkan memakan anjin, babi dan keturunannya dan tiada dalil yang menyatakan haram menyentuh anjing dan babi. Harus bagi sesiapa yang menyentuh anjing dan babi. Apabila bersentuhan dengan binatang tersebut, perlulah menyamaknya dengan menggunakan 1 bejana (cebok) air tanah yang suci disapukan dan digosotkan ditempat yang terkena atau tersentuh binatang tersebut. Selepas membasuh dengan air tanah, hendaklah dibasuh dengan air mutlak (air yang suci lagi menyucikan) sebanyak 6 kali berturut-turut sehingga hilang bau, warna dan rasanya. Jika didapati masih ada bau, warna dan rasanya, maka ditambahkan lagi basuhan air mutlak tersebut sehingga hilang ketiga-tiga sifat najis tersebut.

Tidak usahlah menyentuh binatang tersebut tanpa tujuan dan hajat, kerana tiada faedah bagi orang yang melakukan pekerjaan sia-sia. Setiap umat Islam berlulah bersikap ihsan terhadap binatang, kerana Allah swt akan memuliakan orang yang ihasan kepada binatang. Ada kisah seorang sahabat Rasulullah yang singgah disebuah perigi untuk mengambil air minum, sahabat tersebut turun ke dalam perigi tersebut untuk minum, setelah sahabat tersebut minum dan hilang hausnya, maka beliau naik kembali dari perigi tersebut, beliau terlihat seekor anjing melihatnya dalam keadaan lidahnya terjelir keluar dari mulutnya, sahabat tersebut turun mengambil air dengan menggunakan kasutnya untuk diberikan minum kepada anjing yang kehausan sehingga anjing itu kenyang.

27 comments :

  1. salam kembali ustaz..
    Ana cadangankan ustaz menghuraikan status anak luar nikah disisi islam krn ana rasa yg yg memandang serong terhadap golongan ini.Adakah sesuai dgn gelaran ANAK HARAM padahal mereka lahir diatas ketelanjuran mak ayah mereka.Bagaimanakah jika mereka membesar dan menjadi imam,wali dan statusnya.Tolong ustaz huraikan status anak ini disisi ISLAM bukan disisi MASYARAKAT krn setengah masyarakat mereka sbgai ANAK HARAM sepatutmya ANAK LUAR NIKAH

    ReplyDelete
  2. salam kembali ustaz..
    Maaf krn comment diatas kurang lengkap.
    Disini ana nak cadangankan kpd ustaz utk menghuraikan status anak luar nikah disisi islam krn ana rasa setenggah masyarakat memandang serong terhadap golongan ini.Adakah gelaran ANAK HARAM sesuai pd mereka padahal mereka lahir diatas ketelanjuran dan kesilapan mak ayah mereka sepatutnya dgn gelaran anak luar nikah.
    Sudah pasti mereka akan membesar dan mendapat tahu akan kedudukkan mereka.Ana juga mempertikaikan gelarannya,bagaimana rujukan pd zaman RASULLAH terhadap mereka ini ustaz
    Bagaimanakah jika mereka membesar dan menjadi imam,wali dan statusnya.Tolong ustaz huraikan status anak ini disisi ISLAM bukan disisi MASYARAKAT

    Ana kaiban mohon pandangan.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Terima kasih atas cadangan anda keaiban, ana akan sediakan dalam bentuk satu artikel tentang status anak luar nikah ini, sebenarnya setiap manusia yang dilahirkan adalah fitrah suci, yang haram adalah hubungan zina mak ayahnya.

    ReplyDelete
  4. salam ustaz,
    Terima kasih atas entri tersebut!

    Memang ada yang tersalah anggap rasanya sehingga merasakan haram langsung untuk menyentuh.
    Itu mungkin tidak mengapa lagi, tapi bagi mereka yang mencaci dan mengeji orang yang menyentuh anjing kerana haram menyentuh atau menyentuh yang haram, saya rasa itu tidak patut.

    Tidak elok kita mencaci orang sesuka hati, apatah lagi kerana perkara yang tidak betul sebab musababnya.

    Apapun, ustaz juga menambah bahawa tidak usahlah kita menyentuh tanpa sebarang tujuan dan hajat.

    Itu juga saya setuju 100%
    Kalau dah boleh menimbulkan fitnah tu kita kena lah elakkan, ye tak?

    ReplyDelete
  5. Salam kepada taufiq betul itu jangan terus menuduh, apa2pun selidiki dahulu, bahaya orang yang menuduh ini, perincikan dahulu dari sudut agama dan pandangan orang agama.

    Cuma saya nak komen gambar perempuan yang memegang anjin dan babi ketika praktikal UPM tak silap saya. Sepatutnya dia kena mengelakkan perkara2 yang boleh menimbulkan tanggapan negatif dan gambar2nya jangan disebarkan sebab buruk padahnya apabila tersebar seperti sekarang. Sebagai umat Islam kita kena bijak dalam menilai sesuatu perkara, semua telah di ajarkan dalam Islam.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas entri ini..

    ReplyDelete
  7. Salam Ustaz,

    Saya ada dengar bahawa bila sentuh badan anjing dan babi dalam keadaan dua-dua kering (yakni orang yang menyentuh dan anjing/babi)tak perlu samak. perlu disamak hanya apabila salah satu dalam keadaan basah.. benarkah? terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Salam Ustaz...terimakasih kerana telah membuat entry berkenaan memegang anjing. Sebenarnya banyak kekeliruan yang berlaku apabila saya membaca komen-komen yang melibatkan seorang artis memegang anjing. Semoga kita sama-sama mendapat pengajaran dari apa yang telah ustaz paparkan. Terimakasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  9. werdah sebenarnya ini pendapat ulamak yang berbeza-beza. Tapi sebaiknya samaklah kalau tersentuh anjing yang kering, rasanya babi walaupun kering atau basah tetap kena samak.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ustaz.
    Tolong beri pendapat ustaz tentang laman web ini.
    Terima Kasih ustaz

    http://www.mykittun.com/2009/06/mki-stella.html

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Anonymous bagi pendapat saya, dia kena samak dan jenuh satu rumah nak kena sama kalau bintang tu masuk rumah, Solat tidak sah kalau kita berkeadaan najis atau tempat solat ada najis.

    Nak tanya apa faedah bela anjing? bagi saya tiada faedahnya, lagipun binatang tersebut adalah najis dan najis itu adalah jijik dan kotor. Bukan senang nak cuci najis anjing dan babi nih, kalau dia sanggup ok lah. Cuma bagi saya tak payahlah bela anjing, buat apa bela anjing, ini akan menimbulkan tanggapan negatif dari orang awam yang tidak tahu. Maka ini boleh menimbulkan masalah dan boleh berpecah disebabkan masalah pengang anjing.

    Orang kata anjing boleh jaga rumah dan pencuri susah nak masuk, Bagi saya fikir baik-baik kalau anda sanggup cuci setiap tempat yang dilaluinya dan terkena najisnya. maka itu tidak mengapalah. Takut disebabkan anjing tersebut, solat kita tidak diterima oleh Allah.

    ReplyDelete
  12. Saya berharap ustad dapat membantu menjelaskan tentang masaalah agama di Laman Sesawang http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=8662890&posted=1#post8662890, sya berasa malu untuk menjelaskanya...

    ReplyDelete
  13. Saya sangat setuju. Pegang babi & anjing tak haram. Yang haram ialah pegang perempuam atau lelaki yang bukan muhrim tapi pekara depan mata yg macam ni la ramai tak sedar.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum ustaz.....

    saya nak bertanya adakah salah atau haram sekiranya kita memberi makanan atau minuman pada binatang seperti anjing sedangkan binatang pun makhluk Allah. dan mengapa segelintir masyarakat islam memandang begitu hina sekiranya kita memberi makanan ... di harap ustaz dapat memberikan jawapannya...

    ReplyDelete
  15. bila najis maka tidak harus dgn sengaja kita sentuh..kerana talwis bin najasah adalah haram..

    ReplyDelete
  16. salam.sorry menyampuk even post dah lama.setahu sy,kalau anjing masuk dlm masjid pun tak wajib samak/sertu sbb dlm islam benda yg tak nampak kenapa nak runsingkan?sy oernah terbaca yg ada anjing masuk dlm masjid.kita taktau mana anjing tu duduk tak diwajibkan samak satu surau tu.dan kalau bela kat luar rumah,yg ada matahari,air,angin dan tanah *tanah sy tak pasti. tak perlu sucikan pun tempat tu.

    ReplyDelete
  17. pada pendapat saya..........kalau pompuan pakai tudung tapi nampak rupa bontot atau nampak bentuk buah dada nya....maka pompuan tu kene lah disamak. Kalau blom kawin...mak die kene samakkan die. Kalau dah kawin, suami die kene samak kan dia masak masak sampai tertonggeng. Pendapat saya saje lah yg jahil ni..................

    ReplyDelete
  18. Pegang anjing tak haram lah bro…..cuma lepas tu kene samak je.

    Tapi kalau pegang tetek atau bontot pompuan yg bukan muhrim tu mmg haram. And kalau pakai tudung tapi belah tetek nampak atau nampak bayangan puki sbb seluar ketat…mmg sah haram….lagi haram dari babi dan anjing.

    Pastu kalau blom kawin main pegang pegang sampai mengandung lagi haram jadah………

    Kalau tak pegang anjing lagi bagus….kalau pegang pun tak dosa, tapi kalau pegang anjing sambil minum arak dan nampak belah tetek atau tetek mmg haram lah…Bukan anjing yg haram tapi belah tetek atau tetek tu dengan arak tu bro…….

    itu saja pandangan jahil saya

    ReplyDelete
  19. http://mediatvon9.blogspot.com/2014/06/facebook-gadis-cantik-berhijab-dikecam.html

    ReplyDelete
  20. Anonymous said...
    Tapi, nak sentuh anjing kena la bersebab..kalau sentuh belai-belai dikira kita jadikan anjing tu sebagai binatang MANJAAN kita..rasullah dh bersabda, bahawa bela anjing perlu bersebab (jaga binatang ternakan, ladang dan jaga rumah) bukan suka2 nak pegang mcm tu shj.. Kita sentuh anjing dengan tangan yg basah /berpeluh perlu samak..memang betul sentuh anjing itu tidak haram dan tiada dalil, tapi dalil yg menegaskan jika sentuh anjing dgn tangan basah perlu samak..ustaz pasti ke yg pegang semalam tu tangan xberpeluh dan kering??? Kalau org yg sentuh tu xsamak macam mana??? Kempen mcm ni xpatut kita galakkan...nak sentuh bukan main sentuh sahaja..perlu ada guide...jgn rosakkn akidah org dgn salah faham mcm ni..perlu dijelaskan...kalau org xsamak ustAaz nak tngung ke dosa esok2????


    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Ustaz,
    izinkan saya bertanya..Jatuh hukum x/apakah hukumnya kalau kite SENGAJA/SUKA-SUKA pegang najis?

    ReplyDelete
  22. jelas gitu ko sha punya hujah mudah faham gitu....

    ReplyDelete
  23. Tuan Guru Nik Aziz cakap yg saja2 sentuh anjing tu org xde otak. Dlm kepalanya ada ulat. Logik jg. Cuba bayangkan kita jumpa longgokan najis yg bau busuk. Kita pun saja2 sentuh sbb nk feel bau tahi. Bukan ke tu kerja orang gila babi

    ReplyDelete
  24. Yg saja2 dan main2 pegang anjing tu kerja orang bodoh. Nk hargai makhluk Allah kononya. Atas dasar sains? Yg ramai telanjang dpn public tu sama jg alasannya. Tu semua idea yahudi. Cuba kau suruh dia gi sentuh babi tunggal. Xpun sentuh dan main2 nga ular, sentuh biawak air, sentuh katak2 puru.. xde sentuh pula. Mmg si penganjur tu bodoh jahil

    ReplyDelete
  25. Assalam..izinkan saya share artikel ini..

    ReplyDelete
  26. Assalam Ustaz...bagaimana pula jika keluarga kami piara anjing untuk keselamatan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG