Memahami isu hamil dan dara adalah berbeza dengan memahami bahawasanya tanpa pendidikan seks akan menghasilkan remaja yang naïf tentang imej diri, menjaga keperawanan dan maruah hingga terjerumus ke lembah seks bebas. Islam datang dengan hukum-hakam untuk menyelesaikan pelbagai masalah manusia.
Antaranya ialah hukum hakam tentang solat, puasa, haid-nifas, pernikahan, kelahiran dan sebagainya. Dalam proses memahami hukum-hakam ini, umat Islam didedahkan dengan aspek biologi dan fisiologi manusia sehingga mereka mengetahui tentang kitaran haid dan kaitannya dengan hukum solat, hukum berpuasa, hukum berkaitan hubungan jenis, nikah dan lain-lain.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Marwan bin Ajda’ berkata, saya pernah bertanya kepada Aishah radiallahu anha.: “Apakah yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki terhadap isterinya apabila dia kedatangan haid?” Baginda Rasulullah Salallahu alahi wasallam menjawab: “Apa sahaja selain farajnya.” [HR Bukhari]
Pada masa yang sama, Islam mengajarkan kepada umatnya tentang kejadian manusia itu sendiri yang memiliki naluri melanjutkan keturunan (gharizatun nau’/procreation instinct) yang lahir darinya keinginan terhadap lawan jenis, kasihkan kerabat, mahukan anak dan lainnya. "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak". [Ali Imran (3):14].
Apa yang diajarkan oleh Islam bukanlah menafikan naluri ini tadi, sebaliknya menyarankan manusia untuk menikah ataupun menahan syahwat dengan berpuasa. “Barangsiapa berkahwin maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.” [HR Al Hakim dan Ath-Thahawi)].
“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya". [HR al-Bukhari, (no. 5066)].
Dari penjelasan di atas, kita memahami bahawasanya mempelajari hal-hal berkaitan dara, seks, kehamilan dan sebagainya bukanlah satu disiplin ilmu tersendiri yang terpisah dari cabang ilmu-ilmu lain kerana ia adalah subset kepada hukum-hakam tentang haid, nifas, pernikahan, perceraian, solat, puasa, dsb. Ilmu tentang seks semata-mata tanpa fikrah Islam mungkin memberi pendedahan kepada remaja bagaimana untuk mengelak kehamilan yang tidak dirancang dan mengelak jangkitan penyakit seks (STD), akan tetapi tiada jaminan remaja dapat mengelak dari terlibat dalam gejala zina yang membawa kepada kemurkaan Allah. “Dan janganlah kamu Menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk " [TMQ Al Isra' (17) : 32]. Wallahu alam bisshawab.
Kiriman Dari : Jebbat

INdah kirima jebat ni.sesungguhny terasa.huhu
ReplyDeletebagi saya...sekarang nih ramai yg ada ilmu agama tapi diorang terlalu ikut nafsu
ReplyDeleteyg jahil pun makin ramai juga sebab pendidikan negara lebih mementingkan keputusan A
setuju dgn hans..sistem pendidikan yg lebih mementingkan dan mengutamakan skor A dan mengenepikan pendidikan dan pembentukan akhlak antara menyebab kejahilan.
ReplyDeletesmua cukup dah .. cuma pelaksanaannya je kurang ..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKepada Ringgo, Uminas, Hans dan Anem terima kasih kerana sudi komen dan kongsikan pendapat dengan saya. Jahil masyarakat sekarang ini adalah jahil murakab iaitu tahu tapi buat2 pekak dan tidak tahu sebab itulah perkara mungkar berleluasa dalam negara ini.
masyarakat kita sekarang ni dah tak takut dosa dan pahala. mungkin sebab mereka sudah jarang mendengar apa itu dosa, apa itu pahala. yang banyak mereka dengar, seronok, seronok, seronok.
ReplyDeletekdg2 kesian mak bapak...bkn dorang xlarang ank..tp budak2 ni wat derkk..je.melawan.nak kata salah mak bapak gak ke?
ReplyDeletemse kecik2,bkn mak bpk x ajar didikan agama.mana baik mana buruk..camne tu?
Sekadar ingin melontarkan pandangan.Rata-ratanya apa yang berlaku sekarang bukanlah mereka jahil tentang halal dan haram tetapi lebih kepada tidak adanya penghayatan dalam ilmu yang dipelajari. Selain daripada itu adalah pengaruh persekitaran, media massa yang menyuburkan amalan tidak bermoral, tiada pengawasan oleh ibu-bapa dan dorongan hawa nafsu tanpa kawalan.
ReplyDeleteWasalam
Bila melihat kemungkaran, itu maknanya Allah hendak berikan pahala kpd kita, eloklah pergil beri nasihat secara baik2 dan gentleman....
ReplyDeleteBayangkan mungkin dengan nasihat kita, mereka di selamatkan dari berZINA....
Bila kebenaran jadi kalah dgn maksiat..krn tidak mencuba memberi nasihat kpd pasangan yg sedang beromen..tunggulah azab dari Allah.
Kita BOLEH.