PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, March 30, 2010

Hukum Bagi Pasangan Bertunang Keluar Berdua-duaan

Sekadar gambar hiasan sahaja


Soalan yang di kemukakan ialah :


Saya ni sudah bertunang..selalunya kalau saya jumpa dengan tunang saya.. kami hanya berdua. Seperti saya dinasihati oleh kawan saya untuk membawa sesiapa yang mahram dengan saya untuk menjauhi daripada fitnah dan maksiat. Cuma ustaz.. bila ada orang lain, kami segan nak cakap dan apabila hanya kami berdua saja pun, masing2 kurang bercakap kecuali ada perkara yang terlintas difikiran untuk dibincangkan. Selalu pun kalau jumpa, kami pergi makan dan window shopping. Jumpa memang dah jarang hanya sebulan sekali je. Kita orang takde lah nak pegang tangan apa hanya jalan beriringan je. Jadi soalan saya.."boleh ke kami berjumpa berdua-duaan..?sedangkan ada hukum menyatakan haram".

Jawapannya

Sebagai muqadimah bagi artikel ini, lebih eloklah saya memberikan maksud ikatan pertunangan sebagai pendedahan kepada semua pengunjung apa yang di maksudkan dengan pertunangan dalam Islam. Menurut Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain sebagai berikut :

“Peminangan adalah melahirkan keinginan untuk berkahwin atau permintaan dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya, sama ada dilakukan oleh lelaki itu secara langsung atau tidak langsung iaitu dengan perantaraan orang lain yang boleh dipercayai sesuai dengan ketentuan agama.”

Jelas di sini bahawa ikatan perkahwinan adalah tanda keinginan seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya dengan ikatan perkahwinan yang sebenar. Sebenarnya ikatan perkahwinan ini tiada istilah yang membolehkan mereka keluar berdua-duaan walaupun berjumpa seketika untuk menyampaikan sesuatu hasrat yang terpendam atau sebaliknya. Hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".

Dapat difahami bahawa Islam tidak membenarkan pasangan lelaki dan perempuan yang sudah bertunang atau belum bertunang berjumpa berdua-duaan walaupun dalam apa jua alasan. Sebab ini akan menimbulkan fitnah dan buruk sangka orang ramai terhadap pasangan tersebut. Bagi pendapat saya, jumpa walaupun membincangkan hal-hal penting pun juga tidak boleh dan haram, kerana dikuatiri perbuatan tersebut dapat menghampiri zina. Jika tidak menghampiri zina, maka ia akan berlaku fitnah di atas perempuan atau pasangan tersebut dengan mengatakan bahawa perempuan atau pasangan tersebut tidak mempunyai maruah. Adakah anda suka orang awam mengatakan anda tidak mempunyai maruah? Kalau tidak suka, maka jangan berjumpa berdua-duaan di tempat tersembunyi atau di tempat awam. Firman Allah yang bermaksud :

“Perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.” (An-Nisa :34)

Wanita yang soleh adalah wanita yang memelihara kehormatannay sebagai seorang wanita yang suci dan tidak pernah difitnah disebabkan perbuatannya atau keluar berdua-duaan dengan lelaki atau tunangnya. Janganlah mencari 1001 alasan untuk menghalalkan perbuatan yang memang jelas di dalam Islam adalah haram sepertimana keluar berdua-duaan kononnya untuk membincangkan sesuatu masalah, hanya pergi membeli belah dan sebagainya. Allah sangat membenci orang yang sentiasa mencari jalan untuk menghalalkan perkara yang haram. Jelas bahawa yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas dan tidak ada perkara yang perlu dipertikaikan lagi.

Menurut pandangan Dr.Yusof Al Qardawi dalam Fatawa Muasoroh (fiqh kontemporari) mengatakan bahawa :

“Selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah/kahwin mereka mengikut 'uruf-adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.”

Hukum asal yang dimaksudkan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam masalah ini ialah seperti berikut :

  1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya
    .
  2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

Kesimpulan dari fatwa yang dikeluarkan oleh tokoh ulamak moden iaitu syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi menyatakan haram sama sekali bagi pasangan lelaki dan perempuan yang belum bertunang atau sudah bertunang berdua-duaan tanpa teman dari orang yang mahram dengannya seperti ibu, ayah, kakak, abang atau sebagainya. Perlu bawa teman dari mahramnya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya maksiat atau fitnah orang terhadap pasangan tersebut. Bahaya fitnah ini, kerana disebabkan fitnah manusia boleh berbunuhan antara satu sama lain, disebabkan fitnah juga suami dan isteri boleh bercerai dan sebabkan fitnah juga pasangan bertunang tersebut akan binasa.

Jika ada apa-apa perkara yang ingin dibincangkan, bolehlah melalui talifon, YM, Facebook dan sebagainya, malah teknik ini dapat mengelakkan lagi dari melakukan maksiat dan sebagainya. Jadikan teknologi itu sebagai manfaat untuk orang yang dah bertunang untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Tapi ingat jangan sampai laqa (lalai) sehingga boleh menyumbang kearah maksiat. Gunakan kebijakkan akal yang Allah anugerahkan kepada manusia untuk bertinda berdasarkan pemikiran yang positif dan berlandaskan hukum Allah. Paling baik sekali, panggil tunang lelaki datang kerumah ketika mana ibu dan ayah ada di rumah dan berbincanglah di depan ibu dan bapa, hal ini lebih berkesan untuk menjauhkan lagi dari perbuatan menghampiri zina atau maksiat. Bila setiap perkara tidak membelakangi kedua ibu bapa, maka itu merupakan tanda redho ibu bapa dan apabila memperolehi redho ibu bapa, maka itu merupakan redho Allah.

22 comments :

  1. Assalamualaikum Ustaz,..
    sy bukan mencari alasan, sekadar bertanya..
    mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya). Sering pasangan selalunya berdating bawa budak kecik cthnya adik (belum baligh) , bolehkah dia menghalang dari menghampiri zina.

    ReplyDelete
  2. Salam adik kecik tak tau apa, diapun tak tau kak dia buat apa, dia hanya tau itu kawan kak. Adik kecik tak masuk dalam senarai boleh menghalang dari zina, sebab dia tak mukallaf lagi. Orang tak mukallaf tak boleh jadi saksi, tak ditetapkan hukum syariat lagi kepadanya.

    ReplyDelete
  3. Salam kembali Ustaz..
    Memang tepat dan benar atas hujah2.Tapi itulah yg menjadi kenyataan diluar sana.Kita lihat pergaulan bebas sudah menjadi lumrah,peranan mak ayah juga sudah menjadi mirip ke anak yg membenarkan pergaulan bebas ini.Dalam membesar anak2 skrg nie terlalu mencabar.Jika keterlaluan,nah lihatlah sikap mereka.Apa2 pun sebenarnya kita patut mempamerkan ISLAM sebagai kehidupan berkeluarga bermula dari awal lagi.
    Inilah bermulanya peringkat awal dalam jalan cerita membuang anak.Bermula dari keluar berdua2an dan akhirnya berzina dan melahirkan anak yg diatas kesalahannya.
    Teruskan usaha Ustaz dalam memberi penerangan pd kami diluar sana.

    ReplyDelete
  4. Assalam Ustaz
    Terima Kasih dengan artikel nya..InsyaAllah akan diusahakan Ustaz seperti yang disarankan.

    ReplyDelete
  5. salam ustaz..nak tanya lagi..

    orang yang mahram tu...yang boleh dijadikan saksi tu..dikalangan siapa yang boleh?kalau adik yang sudah berumur 15 tahun bleh tak? macam mana jikalau adik lelaki di bawah umur 15 - 10 tahun..

    Dari : Humaira

    ReplyDelete
  6. ustaz, untuk perenggan ke 3 slps 'Jawapannya' tu, mmg ust sengaja gune perkataan "ikatan perkahwinan" atau pertunangan??

    ReplyDelete
  7. Salam nak kata sengajapun boleh juga nak kata sebaliknyapun boleh juga, sebab anak tak perasan baru je perasan dengan perkataan ikatan pertunangan. anak rasa tak sesuai kot, ikatan ini hanya untuk ikatan perkahwinan atau bagaimana syeikh? maafla anak memang tak pandai nak menyusun ayat dan kadang2 tu terlepas pandang sebab biasalah siapkan artikel kalut2 kerana banyak keje lain.

    Kalau ada apa2 yang anta nak berikan pandangan ana terima dengan hati yang terbuka, teguran satu pembangunan dan tanpa teguran belum tentu kita tahu apa kesilapan kita, betul tak?

    ReplyDelete
  8. salams...

    Dipendekkan cerita..Alhamdulillah di atas kupasan meluas tentang tajuk..Semoga diberi perhatian oleh para ibu bapa yang memiliki putera + puteri...

    Elok jer ditukarkan jangkamasa PERTUNANGAN(dipendekkan)...Sebaik sahaja proses merisik,melamar,bertunang sekaligus bernikah..InsyaAllah segala perkara yang buruk boleh di atasi...boleh jer BERDATING sementara menunggu hari kenuri(mewar-warkan pernikahan) secara islamik..

    Mudah-mudahan generasi muda akan datang akan dihindari dari segala kemaksiatan...Timbul jer keinginan utk berkahwin,ibubapa seharusnya mengusahakan proses pernikahan kerana ia tanggunjawab ibubapa menikahkan anak bile dah tiba masanyer untuk mengelakkan gejala yang tidak diingini..

    ReplyDelete
  9. pendapat saya .. Pertunangan ni bagus .. cuma ada yang menyalahgunakan ikatan ni , kalau dulu pasangan yang bertunang pun kalau nak jumpa kena g ziarah kerumah keluarga .. sekarang dah lain .. tak salah kalau nak jumpa tapi ada batasnya dan batas2 pergaulan ni dari diri kita sendiri aa .. kalau kita nak ikut batas2 agama kita bleh ikut kalau tak nak ikut tu .. kita yang memilih .. hanya pendapat ..

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Ringgo memang tak salah nak jumpa tapi bawa teman mahram sekali sebagai berjaga-jaga dan elakkan dari berdua-duaan, sebab bila berdua ada benda yang ketiga akan teman iaitu syaitan.

    Kalau ikut batas yang ditetapkan agama itu lagi baik, kerana agama adalah penyelamat dari musibah yang berlaku di sebabkan tangan manusia itu sendiri. bagus pendapat anda ringgo, terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  11. salam,ustaz, saya keliru pada ayat mahram,(iaitu orang yang haram berkahwin dengannya),sama ada lelaki atau perempuan yang haram?.contohnya kalau perempuan membawa kawannya yang perempuan berjumpa dengan teman lelaki,di sini situasinya perempuan dan kawannya yang perempuan haram berkahwin.bleh x mereka berjumpa?

    ReplyDelete
  12. adakah kaum sejenis contohnya perempuan dan perempuan itu mahram walaupun perempuan itu tiada hubungan kekeluargaan dengan si perempuan sorang lagi?

    ReplyDelete
  13. salam..nk tny ustaz,bagaimana kalau dh bertunang tp masih lagi keluar dgn lelaki lain..dlm erti kata lain,ada skandal..apa hukumnya ustz?benda ni dilakukan oleh slh seorg ahli keluarga sy...betapa hati sy kesal melihatkn sikap dia...=(

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Haram jawapannya kerana ia merupakan dosa besar, kalau ada skandal lagilah dan hal ini perlu diberitahu kepada tunangnya, kerana ini tanggungjawab kita dan keluarga. Jangan nanti dah kawin baru beritahu, masalah besar nanti.

    Kecuali sipelaku dah bertaubat akan kesalahannya dan berjanji kepada Allah tidak akan melakukan dosa tersebut lagi.Kalau ini tidak perlulah diberi tahu, kerana ia sudah bertaubat.

    ReplyDelete
  15. salam ustaz..mohon untuk share artikel nie..

    ReplyDelete
  16. Salam

    Ambillah saya benarkan kalau boleh masukkan linknya sekali..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum ustaz..bagaimana seorang perempuan yg telah keluar berduan dgn seorang lelaki bukan mahramnya tanpa niat buruk dan berharap perbuatannya tidak berdosa atas alasan niat.apakah pasangan itu dikira berdosa sedangkan mereka sewaktu itu dlm keadaan jahil?mohon penjelasan ustaz

    ReplyDelete
  18. Salam

    Dalam keadaan sekarang tak boleh dikatakan jahil sebab dalam TV ada dalam apa jua keadaan ada orang bagi tau perbuatan tersebut adalah salah, sebab sekarang ini banyak informasi dan media yang disampaikan. Hal tersebut adalah dosa sebab perbuatan tersebut menghampiri zina,

    niat dia untuk buat benda yang tak baik itu tak dosa lagi kalau buat jadi dosa besarlah.

    ReplyDelete
  19. salam ustaz..

    saya berasa musykil.. adakah boleh untuk keluar bersama dengan kawan lelaki ditemani kawan perempuan.. makna nya kami bertiga..

    macam mana tu ustaz?

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum ustaz..saya ada pertanyaan,saya seorang pelajar ipta dan mempunyai teman wanita yg juga seorang pelajar ipta. sepanjang percintaan,kami sering menegur agar sembahyang dan membaca al-qurab,malah saya dan dia x pernah sekali pn saya berpegangan tgn...adakah hubungan kami haram? kerana ada antara rakan2 sy mengatakan 'couple' ini haram..

    ReplyDelete
  21. ustaz apa hukumnya orang nikah diluar negeri tanpa di saksikan oleh orang tuanya tetapi orang tuanya ngasih wali lewat media eloctronic ustaz ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah nikah itu. Pastikan ada wali, 2 saksi dan akad. Bawa sijil nikah, daftar di kedutaan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG