PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, March 27, 2010

Hukum Pinjam PTPTN Dan Belanja Kawan Dengan Duit PTPTN


Salam kepada semua pengunjung blog ini, persoalan yang telah dikemukakan dari pengunjung blog ini ialah berkenaan duit pinjaman ptptn...contoh..dia belanja kita makan pakai duit ptptn...dan selepas itu dia tak bayar duit PTPTN... jadi kita yang makan makanan hasil duit PTPTN yang dia tidak bayar itu macam mana?halal ke tidak? kita berdosa juga atau dia sahaja yang berdosa?

Jawapannya

Sebelum itu saya memohon maaf atas segala kelemahan yang ada di dalam artikel ini, kerana masalah ini diluar bidang saya dan bidang kepakaran saya ialah Dakwah Dan Kaunseling Islam. Tetapi tidak mengapa saya cuba berikan penjelasan sekadar kemampuan saya dengan sedikit ilmu yang pernah dipelajari dahulu. Duit PTPTN adalah dari skim yang tidak sah menurut syariat Islam, kerana ia mengandungi riba (qharar). Contohnya peminjam meminjam wang dari PTPTN sebanyak RM 10.000.00 untuk belajar di IPTA atau IPTS dalam Negara. Selepas pelajar tersebut tamat pengajiannya, dia perlu bayar pinjaman tersebut pada kadar yang ditetapkan oleh pihak PTPTN dan dijumlahkan semua bayaran tersebut hampir RM 20.000.00. Jadi lebihan RM 10.000.00 dari pinjaman itu adalah riba. Pendapat saya bahawa PTPTN masih tidak mematuhi cara muamalah Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah : 275)

Perkara ini juga ditegaskan oleh Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria, yang menyebutkan kadar lebihan yang dibayar oleh peminjam PTPTN dianggap riba sekiranya bukan kos perkhidmatan.

Alamak ustaz kalau tidak pinjam PTPTN macam mana hendak bayar yuran, bagaimana hendak sambung belajar, keluarga di kampung tidak mampu untuk membiayai pelajaran saya? Sepengetahuan saya, jika kita cari dan selidiki sebenarnya ada lagi institusi yang menghulurkan bantuan pelajaran sepertimana PTPTN yang jelas dalam skim mereka tidak mempunyai riba sepertimana PTPTN. Contoh saya berikan di sini ialah seperti Majlis Amanah Rakyat, Pejabat Zakat, Yayasan Pendidikan Negeri, Bank Islam dan sebagainya. Saya sendiri semasa menyambung ijazah sarjana muda dahulu tidak 10 senpun menggunakan PTPTN atau mana-mana badan yang mengandungi riba. Semua bantuan kewangan saya adalah dari sumber-sumber yang dinyatakan di atas ini.

Bagaimana pula orang yang belanja kawan makan atau sebagainya dengan menggunakan menggunakan duit pinjaman PTPTN? Jawapannya ialah haram jika kita tahu duit itu dari sumber rezeki yang tidak halal iaitu dari hasil riba. Tetapi dimaafkan bagi sesiapa yang memakan riba atau sumber yang haram tanpa diketahuinya. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan makanlah dari rezeki Yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu Yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman.” (Al-Maidah : 88)

Jika kawan kamu belanja atau sedekahkan duit atau seumpama dengannya bukan dari sumber yang haram, maka itu dibolehkan, kerana sedekah itu adalah perkara yang mulia sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik”. (Al-Imran : 134)

Orang yang belanja kawan dengan menggunakan duitnya sendiri selain dari duit PTPTN, tetapi hutang PTPTN tidak dijelaskannya dengan sengaja? Masalah bayar hutang ataupun tidak, itu adalah dari dirinya dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Hutang perlu dijelaskan bagi yang berkemampuan apabila sampai waktu bayarannya. Orang yang tidak membayar hutang adalah orang yang menzalimi dirinya dan diri orang lain, dia juga akan ditimpa dengan malapetaka yang sangat buruk di dunia dan di akhirat. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya).” (Riwayat Ibnu Majah)

Bagaimana Pula bagi orang yang sudah mengambil skim PTPTN dan sudah tentu orang tersebut berada dalam riba? Jawapannya ialah jika mampu untuk dijelas seluruhnya dengan cash money, maka lebih baik dilangsaikan sahaja hutang PTPTN itu dengan segera supaya kita tidak terlibat dengan riba dan riba yang telah dikenakan casnya tidak terlalu banyak. Manakala bagi orang yang tidak mampu untuk menjelaskan hutang PTPTN sekaligus, maka bayarlah seperti biasa. Masalah ini juga boleh dikategorikan sebagai terdesak dan dalam keadaan darurat sangat dia tiada sumber lain yang dapat memberikan pembiayaan selain dari PTPTN, maka di situ diperbolehkan untuk kita meminjam sekadar untuk menjelaskan yuran dan apa-apa kos pembelajaran sahaja. Hutang perlu dibayar sebab itu adalah hak orang yang memberi hutang, bukan hak orang yang berutang. Ulamak berpendapat bahawa orang yang tidak menjelaskan hutang adalah orang yang zalim terhadap orang yang memberikan hutang. Orang yang tidak membayar hutang juga adalah dosa dan selagi mana ia tidak membayar hutang tersebut, maka selagi itulah dia membinasakan dirinya, kerana roh orang yang berutang tidak diterima Allah. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. (Riwayat Baihaqi)

13 comments :

  1. maksudnya, mmg ptptn mmg tak bleh ke?

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Nur kalau ikut perbahasan di atas memang tak boleh la, sebab dia ada unsur riba dalam skimnya

    ReplyDelete
  3. Salam ustaz..

    Sy ada mndengar yg caj tmbahan yg dikenakn PTPTN ialah 1% yg baru diturunkn dr 3%.. Ia dikatakn sg servis caj.. Mngkin utk byr pekerja, utilities dsb. Adakah servis caj pn xdibenarkn dlm Islam?

    ReplyDelete
  4. Salam Slave Of Almighty

    Sepertimana yang dijelaskan di atas oleh pendapat Mufti Perak iaitu Datuk Harussani Zakaria, yang menyebutkan kadar lebihan yang dibayar oleh peminjam PTPTN dianggap riba sekiranya bukan kos perkhidmatan.

    PTPTN menjadi riba selagimana cas-cas yang dikenakan tidak dianggap sebagaimana kos perkhidmatan atau servis. Cas perkhidmatan ini dibolehkan sebagai upah kerja.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ustaz.

    Macam mana kalau skrg saya sedang pinjam duit PTPTN utk membiayai yuran pengajian di IPT sehingga tamat pengajian, adakah boleh dikatakan saya menuntut ilmu dari sumber wang yg haram? T_T

    Jazakallah.

    ReplyDelete
  6. Salam

    Anayilz perkara yang lepas di sebabkan tidak tahu, tidak mengapalah, lepas ni janganlah guna kalau sambung belajar kalau boleh elakkan pinjam PTPN, Kalau tidak ada cara lain tidak mengapalah. Sebab ini dikira dharurat, kerana tiada skim pinjaman lain yang tidak ada riba.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ustaz..

    saya ingin tahu jika kita simpan duit di dalam bank, macam yg ustaz tahu bank memberi faedah pada wang yg kita simpan..adakah dianggap riba??
    bagaimana kalau dgn amanah saham berhad (ASB)
    yg memberi pelaburan yg tinggi??

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Bank yang mempunyai perbankkan Islam, kalau kita simpan dalam skim islam itu adalah harus, sebab kita tidak terlibat dengan riba..

    Masalah ASB menurut pandangan saya adalah haram. Ini saya punya pandangan, kalau anda ada pandangan lain dari saya yang bersandarkan kepada ulamak masa kini. Itu tidak mengapa, dalam hal ini saya berlapang dada kalau ada orang berpendapat harus. Masalah ASB juga saya telah buat satu artikel yang berkaitan dan anda boleh baca di link bawah ini :

    http://www.ustaznoramin.com/2010/03/pandangan-ustaz-tentang-pelaburan-asb.html

    ReplyDelete
  9. SALAM
    ustaz saya adalah seorang pegawai kerajaan,di mana saya sudah 1 tahun tak dapat pergi kerja dan ada ambik cuti tanpa gaji dan mc.saya ada membuat pinjaman dgn bank konvensional dan melabur dalam pertukaran mata wang yang dikatakan buat secara islam di mana keuntungan yang diberikan adalah tidak tetap yang dikatakan
    saya buat pinjaman memandangkan keadaan saya tera,mat sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi.di sini bagaimana hukumnya?
    1.dengan pinjaman dgn bank konvensional
    2.duit pinjaman melabur dgn syarkat dalam pertukaran mata wang yng dibagitahu dibuat secara
    islamic dan tiada swap
    3,apkah tindakan perlu sy buat

    ReplyDelete
  10. salam
    ustaz adakah melabur dalam pertukaran mata wang adalah haram/walaupun syarikat bg tahu trade itu dibuat secara islam dan tiada swap.syarikat bgtahu pulangan akan dibayar setiapi minggu@bulan mengikut kadar keuntungan trade.mcm mn itu ustaz?

    ReplyDelete
  11. Salam

    Pinjaman anda di bank konvensional itu secara islam atau tidak, kalau Islam ia adalah harus, kalau bukan Islam ia adalah haram..

    Masalah pelaburan, saya jugak kurang arif tentang ini, tapi setahu saya dalam pelaburan ini mestilah bercirikan Islam iaitu, syarat penyertaan mestilah jelas, cas yang dikenakan mestilah jelas dan tiada yang berselindung, tiada janji akan dapat keuntungan pada setiap bulan, mestilah tiada paksaan, mestilah terhindar dari unsur2 riba, mestilah jauh dari pelaburan yang haram..

    Dalam pelaburan mesti kena ada syaratnya iaitu, pelabur, syarikat pelaburan, akad, barang (duit). Kalau dalam pelaburan selalunya akan dipantau oleh suruhanjaya secuariti syariah n ia ada sijil halal dari jakim, ini saya tak pasti..

    Kalau tiada benda yang saya nyatakan di atas ini, maka ia mungkin bukan dari pelaburan Islam, maka menyertainya adalah haram..

    ReplyDelete
  12. salam ustaz,

    ada seorang kawan saya yang nekad tidak mahu membayar ptptn. alasannya ialah kerajaan sekarang banyak berlaku zalim dan telah banyak mengambil duit dan hak rakyat. jadi, dia tidak mahu membayar ptptn sebagai tanda protes kepada kerajaan dan sebagai mengambil semula haknya.

    betulkah 'ijtihad'nya itu dan apa komen ustaz.

    selain itu ada juga kawan saya yang tidak mahu lagi membayar ptptn kerana menunggu kerajaan pas memerintah. katanya pas berjanji akan menghapuskan hutang ptptn yg tertunggak.

    andaikata hutang ptptn yg tertunggak benar2 dihapuskan pada masa akan datang, bagaimana pula kpd mereka yg telah membayar habis hutang ptptn, adakah ada ganjaran pahala kepada mereka ini. dan adakah mereka yg tidak mahu membayar tunggakan itu dikira 'terlepas' kerana hutang ptptn tersebut telah dihalalkan.

    harap ustaz dpt tolong jelaskan. terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Salam Ustaz,

    saya berhutang dgn ptptn dan akhirnya institusi pelajaran saya telah muflis dan tutup.
    sijil yang saya perolehi tidak mendapat pengiktirafan dan tidak lagi boleh digunakan.
    Disebabkan ini, saya telah pun lari dari bidang tersebut,dan TIDAK PERNAH menggunakan sijil berkenaan untuk mendapatkan kerja. Tetapi sekarang hutang ptptn saya bertambah sehingga mencecah puluhan ribu.
    Adakah ruh saya akan tergantung jika saya tidak menyelesaikan hutang tersebut sbeelum mati?

    Mohon Pencerahan.terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG