PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, March 23, 2010

Islam Motivator dan Consultant Yang Terbaik


Salam mahabbah kepada semua pengunjung, saya doakan anda sihat dan dibanyakkan rezeki dari Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad saw. Zaman sains dan teknologi merupakan zaman cabaran bagi umat Islam sedunia. Islam di tuduh sebagai agama teroris, agama penganas, agama kuno, agama tidak relevan, agama pergaduhan dan sebagainya. Umat Islam sekarang semakin berpecah dan semakin jauh dari amalan Islam yang sebenar seperti tudung dijadikan adat, pakaian muslim dan muslimah dijadikan adat, timbulnya Islam liberar, Islam sekular, Islam Moden, Islam Material dan sebagainya. Semua ini adalah berpunca dari kejatuhan zaman keagungan Islam di Turki disebabkan dari umat Islam sendiri yang dikenali sebagai Kamal Attatuk. Umat Islam sekarang ini semakin parah dan semakin teruk dan mereka terikut-ikut dengan tamadun atau kebudayaan barat yang jelas tidak berpaksikan kepada syariat Islam.

Terbaru dan masih panas lagi berita ini didengari di dada-dada akhbar tempatan mengenai pembuangan anak, pembunuhan dan penderaan anak. Semua ini berlaku adalah disebabkan umat Islam tidak lagi berpandukan sumber Islam iaitu Al-Quran dan sunnah. Bagi pendapat saya, selagimana umat Islam tidak kembali kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan sunnah, maka selagi itulah umat Islam akan jauh tersedat dari kehidupan mereka yang tidak normal. Islam itu adalah agama yang sempurna dan agama yang diakui oleh Allah akan kebenarannya sepertimana Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam”.

Cara hendak mengubati penyakit-penyakit sosial ini mestilah melalui pendidikan Islam yang jelas mendidik rohani dan jasmani manusia menjadi insan yang sempurna dan kamil (baik). Janganlah dicadangkan berbagai cara menurut akal manusia yang terbukti terbatas dengan semua keadaan dapat menyelesaikan masalah umat ini. Banyak syarikat atau pakar-pakar motivasi merangka modul yang baru untuk memberikan kefahaman dan dorongan kepada umat manusia, setiap masa ada sahaja modul baru yang diperkenalkan, tetapi kesannya hanya sementara sahaja, kemudian peserta tersebut kembali balik kepada kehidupannya yang asal. Pusat serenti yang bertanggungjawab untuk memberikan kesedaran tanggungjawab sebagai manusia juga tidak berkesan, malah ada diantara banduan pusat tersebut berpuluh kali masuk di pusat tersebut, tetapi kesannya hanya sementara sahaja. Gejala rempit pernah diumumkan oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas kepada mat-mat rempit, tetapi ianya hanya berkesan seketika waktu sahaja. Semua teori yang dikemukakan hanya berkesan sementara sahaja. Cara apa lagi yang perlu kita buat untuk menangani masalah ini dengan berkesan.

Selagimana kita tidak jadikan Islam sebagai panduan dan pegangan hidup setiap umat Islam, maka selagi itulah segala cara, teknik, motivasi, kaunseling dan sebagainya tidak berkesan. Islam telah membuktikan keberkesanannya dalam merawat dan mencegah segala penyakit umat manusia. Allah telah menurunkan Nabi Muhammad untuk memberi rahmat kepada umat manusia untuk menjalankan kehidupan yang normal dari segi kehidupan manusia dan syariat Islam. Firman Allah yang bermaksud : “Tidak kami utuskan Nabi Muhammad melaikan untuk memberikan rahmat sekelian alam.” Semasa kegemilangan Islam dari zaman Nabi Muhammad hingga zaman kegemilangan Khulafa Uthmaniah umat Islam seluruh dunia terbela, umat yang terbaik dan umat contoh bagi sekelian umat di dunia. Semasa umat Islam hidup dengan mewah dan bahagia dengan menghayati Islam sebagai cara hidup mereka sehinggakan tiada seorang pun umat Islam yang miskin seperti sekarang ini. Setiap umat Islam yang ada di dunia ini dilindungi keselamatannya oleh khalifah yang memerintah ketika itu.

Kesimpulannya, selagimana umat Islam tidak berpegang dengan Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnatullah (sunnah), selagi itulah manusia hidup dalam kegelapan dan kesesatan. Syariat Islam adalah teknik motivasi dan consultant yang paling terbaik dari segala syarikat motivasi yang ada di dunia ini, Al-Quran adalah modul yang paling berkesan dan falsafah Allah paling baik untuk membentuk jiwa manusia. Sunnah Nabi Muhammad adalah LDK yang paling jitu dan paling menyeluruh sasarannya dari aspek rohani dan jasmani. Firman Allah yang bermaksud :

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kesesatan, melainkan manusia yang sentiasa beriman kepada Allah dan mengerjakan amalan soleh dan sentiasa berpesan-pesan kearah kebenaran dan sentiasa bersabar.” (Al-Asr : 1-3)

“Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.” (As-Saba :28)

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (As-Sham : 9-10)

4 comments :

  1. salam ustaz, saya terdengar kuliah dari seorang ustaz didalam radio, juga melalu pembacaan di majalah solusi. tidak menjadi kesalahan jika beurusan dengan org2 yahudi, sebab dizaman Rasulullah Sallahualaihi Wassalam pun baginda ada berurusan dengan puak2 ini, selagi mana kita tidak tahu kesahihan butir2 perniagaan yang dijalankan. Apa pendapat ustaz dengan mutakhir yg sedang heboh diperkatakan ditanah air tercinta ini. Terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  2. salam,

    terima kasih kepada shada rahman yang sudi komen artikel yang tidak seberapa ini, Betul memang Rasulullah pernah meminjam duit kepada salah sorang Yahudi. Memang dalam muamalah Islam tiada larangan berurusan dengan orang yahudi dan bukan Islam. Tapi kita umat Islam jangan ikut gelagat dan budaya Yahudi plak. Masalah zaman sekarang orang Islam ikut budaya yang dibawakan oleh barat, mengagungkan barat dan yahudi dan meninggalkan segala budaya yang dibawakan oleh Islam. Sebab itulah berlakunya keruntuhan akhlak dan berbagai-bagai musibah yang melanda.

    ReplyDelete
  3. ustaz....nak tanya

    "kalau orang belanja kita guna duit pinjaman..pastu orang tu tak bayar duit pinjaman tu..makanan yg kita makan tu kira haram ker halal?"

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Sebagai kawan kita kena menasihatinya supaya membayar hutangnya, orang yang tidak membayar hutang ini adalah dikategorikan sebagai orang yang zalim. Kalau mati rohnya tidak boleh dibawa ke langit sebab masih ada hutang.

    Kita yang makan halal dan tidak menjadi masalah, sebab itu atas kerelaannya. Tapi jangan pulak kita hasutnya jangan membayar hutang dan suruh dia belanja dari membayar hutang. Maka itu adalah dosa sebab mengajak kawan buat jahat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG