PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, March 16, 2010

Kesan Lebih Buruk Jika Dibiarkan Penjualan Gajet Seks Di Pasaran Malaysia


Salam kepada semua pengunjung blog ini, dunia sekarang ini banyak pancarobanya kepada semua umat manusia. Baru-baru ini saya terbaca sebuah akhbar tempatan mengenai gajet seks yang dijual di pasaran Malaysia secara terbuka. Mulanya saya tidak tahu lagi maksud gajet seks itu, bila dibaca artikel surat khabar tersebut, baru faham apa maksud gajet seks. Maksud gajet seks adalah peralatan-peralatan seks yang digunakan untuk mencari kepuasan seks ataupun alat yang boleh meningkatkan nafsu seks seseorang.

Menurut hemat saya, pihak berwajib perlu lebih tegas dalam masalah penjualan barang-barang gajet seks ini, kerana ia akan membawa masyarakat Negara ini kearah zina secara tidak langsung sepertimana berlakunya di Negara-negara Eropah. Malah hal ini lebih berbahaya kepada muda-mudi yang tidak mengenal larangan dan halangan Islam terhadap perkara ini, yang mereka tahu ialah memenuhi tuntutan nafsu mereka. Saya kuatir, penjualan gajet seks, boleh meningkatkan lagi masalah keruntuhan akhlak muda-mudi sekarang ini, sepertimana masalah yang dihadapi, ialah penyalah gunaan dadah, seks bebas, buang anak, rempit, melepak, gangster dan sebagainya. Sepatutnya masalah ini diambil serius oleh pihak-pihak tertentu untuk membendung masalah ini. Jangan dibiarkan ianya merebak, nanti buruk padahnya kepada masyarakat Islam Negara ini. Daripada melakukan seks bebas sehingga mengandung, mereka juga melakukan kesalahan buang anak untuk menutup malu dan menyembunyikan kesalahan mereka. Kes cabul atau rogol berlaku dalam masyarakat Malaysia sekarang ini sehingga kanak-kanak bawah 10 tahun sanggup dirogol oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Setelah rogol kanak-kanak tersebut mereka bunuh dengan kejam sekali sepertimana berlaku kepada adik Nurin Jazlin yang dibunuh dengan kejam sekali.

Mungkin setengah pihak menganggap perlu adanya gajet seks untuk membendung masalah seks bebas, kerana seseorang yang mempunyai gajet seks boleh melaksanakan keinginan seksnya dengan sendirinya tanpa mencari pasangannya. Bagi saya, ini bukan cara untuk membendung masalah seks bebas, malah, cara ini akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat Negara ini. Jelas terbukti masalah seks bebas ini tidak dapat dibendung dengan cara-cara yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh ilmu. Semakin hari semakin kedengaran di akhbar dan saluran TV tentang masalah pengguguran, buang anak, bunuh anak dan sebagainya. Semakin hari semakin parah dan susah untuk diubatinya lagi.

Kesimpulan saya, hanya pendidikan Islam dan penghayatan Islam sahajalah yang dapat membendung masalah ini dengan lebih berkesan. Alasan saya, pendidikan Islam adalah didikan yang diturunkan dari Allah dan Dia sahaja yang tahu tips atau kaedah untuk membendung masalah umat ini. Pada zaman rasulullah terbukti berkesan segala teknik yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw melalui Malaikat Jibril sangat berkesan dan berupaya merubah dunia ini dari kegelapan jahiliah kepada sinar nur iman dan Islam. Belum terbukti lagi ilmu lain dari pendidikan Islam dan penghayatan Islam dapat menangani masalah keruntuhan akhlak manusia sekarang ini. Pendidikan Barat tidak berkesan kerana mereka hanya memandang dari satu sudut sahaja untuk membendung masalah ini dengan cara, menyedia gajet seks, rumah asuhan perempuan yang mengandung anak luar nikah, rumah anak luar nikah, kondom di jual berleluasa, sekolah dicampur, pendidikan seks diajar di sekolah-sekolah atau IPT dan banyak lagi cadangan mereka, tetapi semuanya tidak berkesan dan masalah ini semakin parah dan teruk lagi.

Akhir sekali, pihak yang berwajib perlu mengambil berat masalah penjualan gajet seks ini, kerana ia membahayakan lagi generasi muda kita, kemungkinan mereka akan lebih mengetahui dan lebih berkeinginan seks disebabkan oleh gajet seks ini. Lumrah sikap manusia sentiasa inginkan yang baru dan sentiasa mencari pengalaman baru dalam diri mereka. Jika tidak dibekali dengan iman dan Islam, maka rosaklah mereka dengan melakukan berbagai maksiat tanpa mengetahui dosa dan pahala. Jadikanlah Islam itu sebagai ikutan bagi semua masyarakat Islam di Malaysia yang tercinta ini, kerana Islamlah agama yang mampu merungkai kekusutan masalah sosial. Sebagai ibu bapa perlulah sentiasa memantau anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam lembah maksiat dan dosa besar ini, peranan ibu bapa sangat penting dalam pendidikan anak-anak. Hal ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti kepada semua ibu bapa. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman jauhkan diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka Allah”.

7 comments :

  1. assalamualaikum ustaz.alif nak tanya..
    macam mana nak contact pemilik banner2 iklan tu supaya mereka pun tampal iklan kat page alif.
    kalau boleh balas di page alif yer..ruangan comment atau kategory a gift for follower.ustaz pun boleh dapatkan gift dari alif jugak dari sana.
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam ustaz...
    masalah seks bebas dan pembuangan bayi sudah semakin menjadi2 skrg nie. bnyk faktor menyumbang gejala tersebut dan salah satunya seperti mana yg ustaz tulis dlm n3 nie, gadget seks. mungkin cara nak mendapatkannya mudah terutamanya di internet. pendapat saya, pihak multimedia dan komunikasi perlu lebih bekerja keras utk membendungnya. penjualan secara terbuka juga perlu dipantau. semoga artikel ustaz ni dapat membuka mata pihak2 yang berwajib dlm menangani masalah keruntuhan akhlak masyarakat kita... insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. ustaz,apa boleh buat..pihak berkuasa tidak memandang serius seperti golongan ulama memandangnya..alangkah eloknya jika semua ulama samada ulama dalam politik,mufti2 ataupun penceramah bebas bersatu lantang bersuara untuk perkara2 sebegini..bila ada kesepakatan maka suara islam itu akan lebih kuat..

    ReplyDelete
  4. itula..tgok dalam surat khabar ari tu terkejut giler

    ReplyDelete
  5. salam

    alamak!! macam-macam diorang ni..

    ReplyDelete
  6. salam ust.. memang di malaysia negara kita ni macam2 ade .. salah satu kepada penyumbang keruntuhan akhlak remaja sekarang .. itu yang kita dah baca di media .. yg diluar sana melambak macam2 ade , tak tau gajet ke tak gajet apa lagi .. tambah di bandar2 besar .. macam2 ade..

    ReplyDelete
  7. salam.. apa nak jadi dgn dunia skrg? pihak2 berwajib pun kdg2 pandang sebelah mata je. bila timbul isu mcm ni barulah ambil tindakan.masing2 fikir keuntungan dunia semata-mata

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG