PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, March 22, 2010

Muslimah, Berilah Peluang Kepada Syarak Mengatur Dirimu!


‘Kesaksamaan Hak, Kesaksamaan Peluang Kemajuan Untuk Semua’. Begitulah tema yang dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2010 yang dirai seluruh dunia pada 8 Mac 2010. Alunan kesaksamaan gender yang sering dikumandangkan golongan feminis kini berbunyi lagi. Seiring dengan itu jugalah umat Islam khususnya Muslimah tanpa berfikir jauh terus menerima dan merangkul erat pemikiran merbahaya ini.

Gema kesaksamaan paluan pejuang feminis ini telah mendorong sebahagian muslimah untuk menuntut persamaan hak dan kedudukan dalam semua aspek tanpa melihat adakah ianya berpaksikan hukum Allah atau sebaliknya. Nilai yang menjadi ukuran saksama atau tidak semata-mata dilihat oleh pemikiran yang dipandu oleh akal dan emosi. Kenyataannya wanita tidak saksama dengan lelaki sebatas diukur dengan kurangnya bilangan wanita yang menduduki kerusi di Parlimen; menjadi pengarah di syarikat-syarikat saham dan korporat, menjawat jawatan dalam kabinet sebagai menteri atau timbalan menteri dan sebagainya. Ini antara aspek yang dinilai dalam menentukan saksama atau tidaknya lelaki dan wanita.

Kesaksamaan atau tidak dalam aspek apa sekalipun perlulah dinilai dari perspektif syarak. Berbaliklah kepada ukuran syarak. Apabila syarak memperincikan hak dan peranan lelaki dan wanita, maka laksanakanlah ia dengan redha dan ikhlas kerana Allah.

"Dan tidak patut bagi laki-laki dan perempuan yang Muslim dan tidak (pula) bagi laki-laki dan perempuan yang mu’min, apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan suatu ketetapan aka nada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsaiapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berbuat kesesatan yang nyata". [TMQ Al-Ahzab :36]

"Sesungguhnya perempuan adalah saudara laki-laki " [HR Bukhari]

Kedudukan saudara yang diberikan antara lelaki dan perempuan menunjukkan bahawa sekalipun dalam beberapa hal peranannya berbeza, namun di antara keduanya terjalin hubungan kerjasama dan tolong-menolong.

Wahai para muslimah, tidak ada pilihan hidup yang lebih baik selain kembali kepada Islam. Sudah terbukti Islamlah yang mampu mensejahterakan kehidupan kaum wanita dan bukan perjuangan kesaksamaan hak secara membuta tuli. Bukankah hanya Allah yang mampu memahami segala kekurangan dan kelebihan makhluk yang diciptakannya? Sudah saatnya kalian memberi dan membuka peluang ke atas diri kalian untuk diatur ketentuan syarak dalam seluruh aspek hidup secara kaffah(menyeluruh) sebagaimana yang diperintahkan Maha Pencipta di dalam kitabullah : " Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam agama Islam secara keseluruhan(kaffah) dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.” [TMQ Al Baqarah (2) : 208] Wallahua’alam.

Kiriman dari Jebbat

1 comment :

  1. na'am ustaz..allah dah tetapkan peranan dan tanggungjawab kaum adam dan hawa mengikut syarat dan garis2 yang telah ditetapkan..tapi begitulah, sekiranya pemikiran hari ini yg terlalu moden sehinggakan terlalu taksub memperjuangkan sesuatu yg sia-sia..lelaki adalah pemimpin kaum wanita..jikalaulah pemimpin sebuah negara ditadbir oleh wanita, bnyaklah kepincangan yg berlaku.kembalilah pada ketentuan syarak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG