Salam bahagia kepada semua, terima kasih atas persoalan yang dikemukakan dari salah seorang pengunjung blog ini. Soalannya ialah “Berdasarkan keadaan sekarang ini terdapat banyak masjid dan surau d merata tempat,bolehkah Ustaz huraikan tentang solat jamak @ qasar yg mana pada dasar permerhatian saya sesetengah orang engan mengerjakan solat jamak @ qasar semasa bermusafir . Apakah niat, syarat dan cara mengerjakannya?”
Jawapannya
Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :
Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.
Pembahagian Solat Jamak
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.
Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.
Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar
Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.
Syarat Jamak Taqdim
- Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
- Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
- Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
- Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
- Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
- Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
- Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat Qasar
- Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
- Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
- Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
- Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
- Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
- Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
- Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Niat Solat Jamak dan Qasar
Jamak Taqdim dan Qasar
Zuhur-Asar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.
Maghrib-Isyak
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.
Jamak Takhir dan Qasar
Asar-Zuhur
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.
Isyak-Maghrib
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar
Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
- Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
- Berdiri lurus mengadap kiblat.
- Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
- Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
- Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
- Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
- Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
- Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.


As Salam,terima kasih Ustaz atas atikal yang baik itu semoga ianya berguna kapada kita.Mudah mudahan dengan atikal itu juga tiada alasan bagi kita sebagai muslimin untuk tidak mengerjakan ibadah khususnya sembahyang walau di mana kita berada, insyaAllah.
ReplyDeleteterima kasih ustaz...
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustaz.
ReplyDeleteTerima kasih atas huraian berkenaan.
Cuma nak kepastian, dari mana datangnya perkataan 2 marhalah ya Ustaz. Dalam hadis hanya ada 3 farsakh. Mohon ustaz jernihkan persoalan ini.
Maaf kerana kurang ilmu.
Wassslam.
Salam,
ReplyDeleteArtikel yang banyak membantu. Seharusnya tiada alasan untuk tidak mengerjakan ibadah lagi..
Marhalah itu adalah dari pendapat para ulamak yang menganggarkan 2 marhalah itu seolahnya 90 KM atau 60 batu.
ReplyDeleteSebenarnya masalah ukuran itu tidak perlu dipertikaikan kerana macammana ukurannya sukatannya tetap sama.
salam ustaz..
ReplyDeletesatu pertanyaan..
macam mana sekiranya seseorg itu niat dan solat jama' takdim dan sebelum masuk waktu solat kedua dia sudah sampai ke destinasi
Salam,
ReplyDeleteJawapannya ialah kalau anda niat solat taqdim dan sampai ke destinasi tempat mustautin pada waktu pertama solat, maka ia mesti melakukan solat tamam atau sempurna dan tidak boleh buat jamak.
Kalau niat solat taqdim dan melaksanakannya dan sampai ke distinasi pada waktu solat atau belum masuk waktu solat kedua, maka solat tersebut tidak perlu buat lagi, kerana solat tersebut telah terangkat.
Salam Ustaz
ReplyDeleteKawan saya beriya mengatakan solat jamak skrg ni dah x boleh dilakukan sebab katanya surau @ masjid bersepah.Lain zaman nabi SAW dulu katanya.Saya x menjawab sb saya kurang arif,tapi pada pandangan saya Allah maha mengetahui perihal makhlukNya.Kalau hanya dibolehkan pada zaman nabi,mesti ada larangannya pada hukum tersebut didalam Al-Quran atau hadith.
Minta pandangan Ustaz,tk.
salam,
ReplyDeleteJawapannya mudah sahaja, Solat tak semestinya di masjid dan surau, solat boleh di mana-mana sahaja, janji tempat solat adalah tempat yang bersih suci. Boleh solat di tepi jalan, padang, laut, dalam kapal, dalam kapal terbang atau tempat2 lain. Solat jamak qasar adalah merupakan keringanan yang Allah berikan kepada umat Islam atau dinamakan raksah. bukan solat jamak qasar ini diwahyukan kerana kurangnya masjid dan surau. Tujuan solat jamak dan qasar adalah untuk memberikan kemudahan dan kesenangan orang yang musafir dalam perjalanannya. Mungkin orang musafir tersangkut dalam jem, susah nak berhenti, waktu perjalanan menjadi panjang dan sebagainya. Maka Allah turunkan solat jamak qasar bagi musafir yang berjalan lebih 90 KM.
salam..ustaz..sy konfius masa niat..
ReplyDeletekalu kite niat shaja ak solat fardhu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak taqdim tunai kerana Allah Taala..bleh x ble nak solat jamak taqdim
Salam,
ReplyDeleteDalam niat mesti ada tiga perkara iaitu qasar, ta'rad, ta'yin. Contoh sebut "sahaja aku solat ini qasar, Fardhu iailah ta'rad, zohor ialah ta'yin, ini sudah mecukupi.
Masalah niat jamak qasar ini sepertimana anda sebutkan itu sudah mencukupi dan sah solat anda sebab anda telah menyebut ketiga2 perkara tersebut.
salam,
ReplyDelete1)adakah dibolehkan solat jamak qasar apabila telah tiba di tempat bermastautin.
2)Adakah dibolehkan melakukan solat jamak qasar selama tempoh 3 hari apabila sudah tiba di tempat bermastautin
Mana ustaz jawapan soalan di atas?
DeleteMana ustaz jawapan soalan di atas?
Deletesalam,
ReplyDelete1. Adakah dibolehkan solat jamak dan qasar utk
tujuan melancong atau makan angin?
2. Adakah kita perlu melafazkan jamak takhir
atau taqdim di dalam niat solat. kerana ada
beberapa artikel yg saya baca perlu menyebut
takhir atau taqdimnya.
Salam
ReplyDelete1. Boleh solat jamak qasar atas tujuan yang baik iaitu melancong, ziarah, atau sebagainya.
2. Lafaz niat ini sunat, kalau nak baca penuh pun tak apa, tak mau baca pun tak apa, solat tetap sah, yang penting n wajib niat dia..
salam..
ReplyDeletesaya nak bertanya, kalau sy mengikuti rombongan sekolah yg jaraknya lebih 90km dan dalam jadual program ada disediakan waktu solat zohor dan asar,bolehkah sekiranya sy ingin melakukan solat jamak takdim pada waktu zohor kerana masa yang disediakan untuk solat asar adalah singkat
Salam
ReplyDeleteBoleh sebab solat jamak qasar ini adalah satu hadiah yang Allah berikan kepada hambanya musafir.. menunaikan solat jamak qasar adalah harus.
salam ustaz..untuk jamak taqdim kita perlu solat yang di waktu tersebut dahulu(zohor dan maghrib) barulah jamak dengan solat seterusnya kan??tapi kalau jamak takhir pula mcm mana??mesti solat asar / isyak dulu atau tak kisah kalau solat zohor / maghrib dulu??
ReplyDeletebgaimana cara solat jamak taqkir sebenar? sy keliru.. apa niatnya pd wktu zohor? dan apa pula niatnya pd waktu asar?
ReplyDeleteAnonymous pertama :
ReplyDeleteSolat jamak takhir boleh yang mana dulu pun tak apa, sah solat jamak tersebut.. nak buat zohor dulu boleh atau asar dulupun boleh.
Anonymous kedua :
Niat solat jamak takhir ada saya berikan di dalam artikel di atas, ikut turutan di atas.
salam ustaz..mcm mana kalu seseorang itu niat solat sempurna pada solat magribnya kemudian selesai solat beliau tunaikan solat isya dgn niat jamak dan qasar?adakah solatnya sah?kemudian adakah solat jamak dan qasar itu sah jika tidak menyebut 'tunai' dalam niat solatnya?harap ustaz dpt membantu..
ReplyDeleteSalam sah solat tu kalau tak sebut tunai cukup sebut sahaja aku solat fardhu mangrib secara jamaak atau sahaja aku solat maghrib secara jamak kepada isyak boleh tak menjadi masalah....
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz..mcm mana kalau seseorang itu niat solat sempurna pada solat magribnya kemudian selesai solat magrib beliau kemudian tunaikan solat isya dgn niat jamak takdim dan qasar?adakah solatnya sah?
ReplyDeleteaSsalamualaikum ustaz, boleh tak ustaz terang kan lebih detail mengenai solat jamak takhir tu ustaz..maksud saya tertib mengerjakan nya..
ReplyDeleteJamak ni himpun, dua waktu kepada satu waktu, kalau boleh niat jamak, kalau niat tamam atau sempurna, kena buat sempurna lah, jangan buat jamak pulak..
ReplyDeleteAdieq :
Sila lihat di sini
http://www.ustaznoramin.com/2010/03/niat-syarat-cara-solat-jamak-qasar.html
assalammualaikum ustaz, sy ingin bertanya apa yang ustaz maksudkan dengan syarat jamak "Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua"
ReplyDeleteapa yang dimaksudkan dengan berkekalan musafir?
harap ustaz boleh jelaskan.
Salam ustaz,
ReplyDelete1) Boleh ustaz terangkan mengenai solat tamam dan cara melakukannya
2) Solat tamam boleh kah dilakukan oleh pesakit kronik?
Saya pengidap barah payudara tahap 4, masih dlm rawatan kimo. kesiahtan saya selalu uzur. jika saya terpaksa makan ubat morfin utk melawan rasa sakit barah, tenaga saya amat uzur/lemah dan tertidur dgn waktu yg lama.
Sahabat yg melawat saya, syorkan kpd saya melakukan solat jamak tamam. Saya hanya di ajar secara lisan. saya tidak pernah belajar mengenai soalt taman ini semasa saya menghadiri kelas usrah dulu. Saya juga berusaha utk membeli buku mengenai solat tamam di semua kedai buku agam di klang, shah alam dan kuala lumpur tetapi masih tidak dapat sehingga kini.
Harap ustaz dapat membantu saya....
email saya : mishagvt@gnail.com
Wassalam....
Misha.
ustaz, kalu kami pergi pertandingan dekat satu tempat ni..hari jumaat,sabtu,ahad,isnin..isnin 2 bleh jamak dan qasar lagi tak..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteBoleh jamak 1 hari perjalanan pergi, 3 hari menetap di sana dan sehari perjalanan pulang dengan syarat melebihi 90 KM
Ustaz..
ReplyDeleteTima kaseh kerna kongsi ilmu..sngt la menghargai..
** nak follow ustaz tp npe xbuleh ishish..
Assalamualaikom Ustaz,
ReplyDeleteJika bermaustautin lebih daripada 3 hari, semasa perjalanan pulang (lebih 90Km) adakah boleh di jamak dan qasar solat.
T.kasih.
Salam
ReplyDeleteMaaf saya tidak dapat menjawab soalan anda atas sebab2 tertentu, saya ada tugas yang lebih penting untuk disiapkan segera.. maaf atas kesulitan yang berlaku...
Assalamualaikum..
ReplyDeleteboleh tak ustaz perincikan tentang "Niat jamak pada waktu solat yang pertama"? apakah maksudnya? adakah ia bermaksud-jika seseorng mula solat niat solat zohor biasa, selepas itu sebelum rukuk@sebelum tamat solat dia berniat untuk menjamakkan solatnya dengan solat asar, adakah sah solat jamaknya? adakah boleh diguna pakai untuk solat qasar dan jamak? terima kasih atas perhatian ustaz..
Salam....
ReplyDeleteapa khabar ustaz?
saya nk tanya apa beza (jamak), (qasar) dan
(jamak qasar)?
salam..
ReplyDeletesaya nak tanya ustaz tentang jamak & qasar..contohnya saya selalu outstation yg melebihih 2 marhala..kebiasaannya dalam 5 hingga 6 hari..bolehkah saya jamak & qasar semasa sepanjang outstation? contohnye saya keje kat KL dan Outstation kat langkawi..pada hari pertama dalam perjalanan saya tau blh jamak tp bila smp kat destinasi dan duduk sana selama 5 hari sbb urusan keje..adakah saya masih boleh jamak & qasar?
Harap ustaz dapat membantu saya....
email saya : pianhar@gmail.com
Wassalam....
assalamulaikum,ustaz.
ReplyDeletesaya nak tnya ..saya sedang belajar di kl.untuk balik ke kampung,saya menaiki bas pada jam 4 petang.saya mungkin sampai pada waktu maghrib.saya tidak pulang ke rumah ibubapa saya tapi kerumah atuk saya.rumah atuk saya di gerik.masalahnya ustaz,macammana saya nak solat asar pada hari itu.kalau dari kl saya jamakkan asar tu boleh ke?
TQ Ustaz....
ReplyDeletePenerangan yg mudah difahami.
Insyaallah jika ada org x jelas mengenai hal solat jamak & qasar, mereka boleh rujuk ke blog ni.
Wassalam ;)
Salam ustaz..saya ada nk tnya berkaitan dengan niat..
ReplyDeletepermulaan niat itu kita sebut SENGAJA atau SAHAJA? Saya keliru kerana amalan saya selama ini ialah SAHAJA..mohon babtuan dr ustaz..Terima Kasih..
Assalamualaikum Ustaz, saya baru menjalani pembedahan buang cyst dan perbetulkan kedudukan rahim. Soalan saya adakah perlu saya mandi wajib. Ini kerana ada darah keluar melalui faraj dan saya tidak boleh mandi wajib kerana tempat luka telah disembur dgn ubat tahan air. Darah hanya keluar sedikit selepas pembedahan dan sehingga ke hati ini darah telah tiada. Bagaimana saya ingin mengerjakan sembahyang. Wasalam.
ReplyDeletesalam uztas...boleh ke niat dlm bhse mlyu klau x ingt bhse arb???
ReplyDeletesolat jamak taqdim perlu niat jamak dlm solat yg pertama, so dlm solat yg ke 2, maksudnya memadai kita niat qasar shj lah ustaz..minta pandangan kerana dlm penerangan ustaz diatas dlm solat ke 2 sekali lg diniatkan jamak..mohon ulasan ustaz
ReplyDeleteSalam ustaz. 2 marhalah itu satu kali perjalanan atau termasuk pergi balik. Maksud saya dari A ke B jaraknya 50 km. Oleh itu jarak pergi baliknya ialah 100km kan.Jadi bolehkah jamak/qasar sembahyang di situ atau jarak dari A ke B mesti sekurang-kurangnya 90 km dan ini bermakna pergi balik dari A ke B dan ke A semula 180 km barulah boleh jamak/qasar sembahyang itu. tq
ReplyDeleteterima kasih ustaz! :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustaz. Saya dlm keadaan musafir. Apabila tiba waktu Maghrib, saya bersolat Maghrib secara berjemaah. Slps itu saya perlu solat jamak taqdim qasar Isya' kpd Maghrib atau solat qasar Isya' shj pd waktu Isya'?
ReplyDeletetq ustaz bleh saya tambah knowledge :)
ReplyDeleteterima kasih ustaz......
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletesaya outstation selama 2minggu.setiap hari saya bergerak dari 1 destinasi ke lokasi yang lain yg jaraknya 3-4jam perjalanan menaiki kereta ( lbh 100km).adakah saya blh melakukan solat jamak qasar sepanjang tempoh tersebut?
salam ustaz...
ReplyDeletedalam jama takhir...
solat manaperlu dikerja kan dulu
soat magrib dulu atau isyak dulu..
mohon dperjelaskan...
terima kasih dgn artikel di atas ustaz,,,,,,,
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletesekiranya seseorang itu pulang ke kampung selama 3 hari, jarak kg melebihi 100km..bolehkah kita melakukan solat jamak semasa di kampung?
terima kasih ustaz..
Alhamdullillah... ustaz, terima kasih dgn ilmu yg bermanfaat.... dpt lah menambahkan ilmu dan mempraktikannya, InsyaAllah...
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz...boleh ke berniat dalam bahasa melayu solat jamak ini..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum ustaz,
ReplyDeleteSeseorang beristeri dua.
Bolehkah dia jamak solatnya dirumah isteri keduanya?, sedangkan dia tidak bermastautin di situ. Dia datang ka rumah isteri keduanya dalam masa satu minggu dua kali. Sesekali datang dia duduk disitu sehari atau dua hari. Jauh diantara rumah isteri 1 (mastautin) dengan isteri ke 2 (tidak mastautin) lebih dua marhalah. Dia berkahwin dengan isteri kedua telah lebih 3 tahun.
Atau, adakah dia tidak boleh lagi jamakkan solatnya, kerana dia telah lama berkahwin? dan, kerana itu juga rumah isterinya?.
assalamualaikum....
ReplyDeletekalau nak sembahyang jamak takhir dalam waktu isyak, kita kena tunaikan solat maghrib dulu atau solat isyak?
terima kasih
assalamualaikum
ReplyDeletesetahu saya jamak & qasar hanya utk musafir tp ada sesetengah pendapat mengatakan boleh jamak solat marghrib ke waktu isyak hanya kerana kita ada majlis ( dinner ) pada waktu maghrib.
salam ustaz, saya kurang faham kenapa ada dua niat dalam satu solat. contohnya: Zuhur-Asar
ReplyDeleteأصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.
adakah kita perlu membaca kedua-dua niat tersebut, maksud saya, selepas selesai solat pertama, kita berdiri dan baca niat kedua pula.
Assalamu'alaikum ustaz,
ReplyDeleteSaya ada seorang saudara, dia masih solat jamak walaupun dah bermukim lebih dari 4 hari. Saya tak tegur, takut ada pendapat atau mazhab lain. Saya harap ustaz dapat jelaskan samada ada pendapat yang membenarkan jamak walau bermukim lebih dari tiga hari.
terimakasih
as salam...
ReplyDeleteterima kasih ustaz, ianya sungguh membantu
mohon untuk berkongsi bersama rakan di fb's
Assalamualaikum ,
ReplyDeleteBoleh kah tunaikan solat jamak di rumah sendiri yakni sebelum mulakan perjalanan?
alhamdulillah...terima kasih atas perkongsian ini.saya jarang2 bermusafir jadi agak kurang pengalaman dan pengetahuan ttg solat jamak dan qasar ni.tapi sekarang dah lebih konfiden utk melakukannya.terima kasih.
ReplyDeletee-as'salam Ustaz. pertanyan orang sakit sukar bangun jika tiada pembantu. subuh ok. masalah zohor dan asar sahaja sukar tiada pembantu. maghrib dan isya ok. soalannya bagaimana nak beruduk untuk solat zohor dan asar? ada caranya untuk atasi masalah ini. orang sakit warga emas
ReplyDeleteAssalamualaikum ash habah... Sya nak tanya.. Msih brlaku ka solat jamak d malaysia.. Sdangkn d malaysia d setiap tpat ada mushalah.. D petronas ada d sdiakn musholah.. Terimaksih...
ReplyDeleteAssalamualaikum ash habah... Sya nak tanya.. Msih brlaku ka solat jamak d malaysia.. Sdangkn d malaysia d setiap tpat ada mushalah.. D petronas ada d sdiakn musholah.. Terimaksih...
ReplyDeleteAssalamualaikum ash habah... Sya nak tanya.. Msih brlaku ka solat jamak d malaysia.. Sdangkn d malaysia d setiap tpat ada mushalah.. D petronas ada d sdiakn musholah.. Terimaksih...
ReplyDeletesalam...solat jamak bkn dilakukan kerana tiada tempat untuk bersolat.solat jamak boleh dianggap sebagai sedekah Allah kepada manusia yg bermusafir.ini ikut kpd pemahaman saya.maaf kalau salah.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteKatakan besok saya akan bertolak ke Kota Tinggi,Johor dari Kuala Pilah N9...Pada jam 4.00 petang, bolehkah saya melakukan jamak takhir zhor dan asar sebelum perjalanan?
syukran ustaz...moga Allah merahmati Ustaz diats ilmu yang ustaz kongsikan ^_^
ReplyDeleteAssalammualaikum,
ReplyDeleteUstaz saya nak bertanya, saya confius cara2 untuk mengerjakan solat qasar..mak saya beritahu buat solat zohor 2rakaat,salam lepas tue bgn solat 2rakkat lagi untuk asar..Abg saya beritahu pulak kena dahulukan waktu solat sebenar iaitu Zohor 4rakaat baru kemudian buat qasar 2rakaat asar..minta tolong kejap ustaz.Terima kasih.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteNak tanya sikit pak uztaz kenapa gambar dlm blok ni Ahmad nedijat Pm Iran bukan kan dia Aliran Syiah.???
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSyukran ya ustaz..
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz..
ReplyDeletesy nk tanye sikit sal solat jamak ni...
ok.. klu seseorg tu contohnye dari kuantan ke kuala lumpur untuk berkursus selama 2 hari dan dia bermusafir semasa dlm perjalanan dan boleh menjamakkan solat kan... itu yang sy tahu lah... dan bila keesokan hari pd hari berkursus tu setelah dia selesai berkursus dan pulang ke hotel lebih kurang dalam pukul 6 ptg dan berehat.. so sy nk tanye boleh kah dia jamak solat maghrib dan isyak dalam keadaan itu?
harap dpt jwpn bls dr ustaz.. terima kasih.
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on August 1, 2011 10:52 AM said...
ReplyDeleteUstaz ni tak dapat nak respond kepada soalan sejak 1 ogos 2011. Sebab sebab tidak di beri penjelasan dengan jelas.
mohon share ustaz
ReplyDeleteUs..komen dah cantek tapi pic kat atas 2 buat spoill la..x payah nak tnjk sgt la si syiah nie solat siap ngan batu letak kat sejadah 2 apa cer??
ReplyDeleteooo....maaf saya memang tak perasan batu tu..tapi bagus bagi tau, saya hargai.. itu kelemahan saya tu sebab tak perati gambar tu betul2 nampak orang solat kira ok, rupanya kena syiah..bagus2 tegur..
ReplyDeletesalam ustaz.. nk tanya soalan yg rasanya jarang2 org tanya...
ReplyDeletekalau kita nk solat jamak, cthnya jamak taqdim utk waktu z0hor-asar, masa solat zohor tu kite ikut org yg solat zohor penuh secara berjemaah.. lepas habis solat zohor berjemaah tu sambung pulak solat asar 2 rakaat.. bolehkah begitu? mohon penjelasan ye.. time kasih.. :)
salam ustaz...nk tyr kit ni...solat jamak takdim zohor(4rakaat) & asar(4rakaat) ataupun zohor(2rakaat) & asar(2rakaat)...terima kasih....:-)
ReplyDeleteKalau zohor 4 rakaat dan asar 4 rakaat itu solat jamaak (mencampurkan solat dua waktu)
ReplyDeleteKalau zohor 2 rakaat dan asar2 rakaat itu qasar (memendekkan waktu) dan jamaak sekali...
Boleh jugak buat camtu sempurna ikut imam 4 rakaat kemudian solat asar 2 rakaat...
salam ustaz...
ReplyDeletesy sgt keliru jika kita hendak memulakan perjalanan (musafir) adakah kita perlu berniat utk solat jamak qasar di awal prjlnan? kalau kita tidak niat di awal perjalanan, maka kita tak boleh melaksanakan solat jamak qasar dn harus solat mcm biasa. kemudian kalau dh niat jamak takdim tak boleh nk jamak takhir..betul ke?
Solat jamak dan qasar adalah hadiah istimewa dari Allah kepada hambanya...knp kita xnk terima hadiah dr Allah ni....mcm sombong plk kita nnt...
ReplyDeleteSALAM USTAZZ... SAYA NAK TANYA,,SAH KE SOLAT KITA KALAU KITA SOLAT JAMAK@QASAR HANYA DENGAN NIAT DALAM BAHASA MELAYU???? KALAU KITA XINGAT MACAM MANA NAK NIAT DALAM BAHASA ARAB,,, SAH KE USTAZ???. SAYA RAGU2,,
ReplyDeletesalam. ustaz, sy musykil skit ngan situasi yang membolehkan jamak ni. mmglah syarat nye kene lebih 2 marhalah. tp what if, tiket bas saya pukul 9 pm. time magrib dah masuk, pastu saya niat nak jamak magrib n isyak skali. tp sy still dalam mukim tempat sy tinggal ni, bleh tak? sy duduk kat desasiswa USM, pastu sy g kat masjid al malik (dlm USM gak) utk smbahyang magrib dan isyak (jamak) bleh tak ustaz? Sepatutnya xboleh,kan? Sebab still dalam mukim and kalo saya nk solat magrib and isyak sy kena kuar dr hostel sy tu seblum masuk waktu magrib, kan, ustaz?
ReplyDeleteTak boleh jamak dalam qariah, kena keluar sebelum magrib kalau dah magrib kena solat magrib sempurna dan keluar berjalan dan apabila masuk waktu insyak boleh qasar dua rakaat je dan boleh juga solat isyak sempurna.
ReplyDeleteTerima kasih untuk ilmu yang dicurahkan. Mohon C&P ya untuk perkongsian semua
ReplyDeletesalam ustaz,
ReplyDeletejamak maghrhb-isyak xblh diqasarkan?maghrib xblh jd 2 rakaat sama dgn isyak?adakah ini bermakna dlm solat maghrib,perlu ada tahiyat awal spt biasa?mohon tnjuk ajar..terima kasih ustaz.
Assalamualaikum ustaz.
ReplyDeletekalau saya menunaikan solat jamak taqdim dan qasar (maghrib isyak)di rumah sebelum saya bertolak ke destinasi yang ingin saya tuju boleh ke ?
Terima kasih ustaz sbb sudi menjawab soalan sy :)
hamba Allah:
ReplyDeleteKpd yg bertanya sila scroll up dulu kerana mungkin apa yg hendak ditya telah diajukan oleh org lain..Semoga Allah membalas kebaikan atas segala ilmu yg ustaz curahkan ini, insyaAllah
Assalam ustaz,
ReplyDeletesaya nak tanya berkenaan solat jamak.
setiap bulan saya akan blk ke kg saya di Kedah. saya kerja dkt KL. saya blk ke Kedah menaiki bas. bas saya pukul 5.30ptg. Saya bertolak dr ofis ke bas station pukul 4.30ptg
saya blk ke Kedah dari Ofis saya di KL juga, tp saya dh niat musafir dr umah saya di Pantai Dalam.
soalan saya bolehkah saya jamak takdim solat asar dan zohor di ofis saya.
dan satu lagi ustaz, saya ada niat untuk bertukar kerja saya ke Kedah, tp belum dapat tukar lg.
Soalan saya, bolehkah saya jamak solat isya' dan maghrib di rumah saya di KG.
saya harap sgt ustaz dpt jwb soalan saya nie...
terima kasih ustaz
Assalamualaikum ustat,
ReplyDeletesaya nak tanya jika bermusafir termasuk hari jumaat dan sekiranya kita lakukan sembahyang jumaat dan maka solat asar tidak jamak tetapi ia boleh dilakukan solat qasar sahaja. Yeke ustaz
Assalam. Saya mastautin di kajang dn musafir ke jb satu malam. Esoknya saya alik ke kajang ttp sggah sbntr di nilai pd waktu mghrib. Adakah saya masih boleh jamak?
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz..sy ad kekeliruan disini..sy ad terbaca tntg hukum meninggalkan solat sekiranya tersekat dlm kesesakan jalan raya..ad pndapat yg menyatakan bhwa kita perlu melakukan solat menghormati waktu dan mengqada'kan nya setelah smpai ke destinasi..ad 1 pndapat lg pula mnyatakan bhwa kit boleh berniat musafir (supaya boleh jamak)dari rumah andai kita takut terlepas wktu solat trsbut..apa yg saya kurang faham,bukankah kita perlu niat utk melakukan jamak selepas keluar dari kawasan mukim tmpt tinggal kita???boleh ustaz terangkan tntg 'niat bermusafir dari rumah' itu? trima ksh ustaz =)
ReplyDeletesumber: http://www.rileksantai.com/2012/04/info-hukum-meninggalkan-solat-ketika.html
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12010.0
Assalamualaikum ustaz kalau kite berniat Jamak Takhir, tetapi tlh sampai ke tempat perhentian awal pada waktunya, perlukah kita tunggu hingga masuk azan??? sbb kite dah niat jamak takhir.
ReplyDeleteatau
boleh x kite terus sembahyang jamak taqdim, untuk meneruskan perjalanan semula?....
salam ustaz, saya nak tanya hukum bagi pemandu bas express.contohnya bus bergerak dari jb jam 12tghari hingga kl jam 6ptg.dia bekerja setiap hari hingga sabtu.. apa hukum solatnya setiap hari?adakah dibenarkan solat jamak setiap hari?
ReplyDeleteSalam, nak bertanya. boleh kah kita berniat untuk solat dalam bahasa melayu? kekadang niat untuk solat jamak & qasar agak panjang & takut tersilap niat. terima kasih
ReplyDeletesaya berbesar hati nak tolong jawabkan berdasarkan ape yg saya tahu..jika ada salah tolong betulkan ye ustaz.
ReplyDeletemuhammad azim:
selagi die pemandu tersebut tidak menetap di sstu tempat lebih drpd 3 hari,walaupun pulang ke rumah,die ttp dikira musafir. selagi die bekerja sebagai pemandu bas selagi itu dibenarkan.jika 10 tahun,ye 10 tahun lah. jgn lepas ni ade yg pasang cita2 nak jadi pemandu bas pula..he2
saya harap ustaz boleh bg point secara ringkas tentang SYARAT yg melayakkan ssorang itu menjamakkan solat (situasi musafir/perjalanan). sbb saya tengok banyak persoalan "boleh ke tidak buat jamak??"
ReplyDeleteSalam. Mohon ustaz jelaskan kesesuaian solat antara jamak dan jamak qasar. Yang jelas skrg jamak qasar. Bagaimana syarat dibolehkan solat jamak. Situasi bagaimana? Kalau ada kecemasan?Pembedahan?Tugas askar?Doktor? Boleh jamakan solat?tq
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustaz,bagaimana kah niat dan cara-cara melaksanakan solat jamak tamam,bolehkah ustaz uraikan dengan ringkas tetapi senang difahami,wassalam
ReplyDeletetq ustaz atas ilmu yang dicurah pada kami. syukur kepada ALLAH SWT..
ReplyDeleteassalam ustaz
ReplyDeleteapakah hukum solat jamak qasar jika sy ingin pergi melihat konsert yg jarak lebih drp 100km
salam shabat sekalian,saya hendak bertanya, boleh kew kalau kita pergi bercuti selama tiga hari,dan selama tiga hari itu,bolehkah saya melakukan solat jamak
ReplyDeleteassalamualaikum.ingin saya bertanya.kita mngrjakan solat jamak taqdim.niat pada 2 rakaat yg pertama ialah sbg contoh'sahaja aq solat fardhu zohor 2 rakaat dipendekkan dan dihimpunkn kepada asar tunai kerana Allah ta'ala'..slesai 2 rakaat dan memberi salam.kita akan bangun semula untuk rakaat yang 2 yg terakhir..soalan saya..adakah sama niat 2 rakaat yg pertama dengan dua rakaat yg terakhir??
ReplyDeleteSalam, saya solat jamak zohor dan asar dlm perjalanan pulang dr musafir...apabila tiba di rumah,waktu asar belum masuk lagi, sahkah solat saya tadi.
ReplyDelete# jika saya ke destinasi A dengan tempoh waktu yg diketahui iaitu 6 hari termasuk hari pergi dan
ReplyDeletebalik, maka saya hanya blh jama’ pada hr bertolak shj, dan sembahyang biasa pada hari2
berikutnya…
tetapi jika dalam tempoh 6 hari itu, pada hari yg ke tiga saya membuat perjalanan yang melebihi
2 marhalah dan kembali ke tempat A pada hari yg sama, adakah sy blh melakukan jama’ dan
qasar sepanjang perjalanan sy pada hari ke tiga itu bolehkan sy melakukan jama’ dan qasar
selama 6 hari berdasarkan keadaan in…
(soalan hanya di copy)
salam ustaz..kiranya sekali jamak antara zohor dan asar lafaz niatnya sekali sahaja?
ReplyDeletesyukran
Salam ustaz..solat jumaat dah 2 rakaat..boleh tak lepas solat jumaat tue jama utk asar terus? Niat dah jadi lain kan ustaz...? Boleh ustaz tlg jelaskan utk hari jumaat tue..
ReplyDeleteterima kasih ustaz..
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz...
ReplyDeletesy ingin bertanya, sy bekerja sebagai jurukur tanah. kebiasaan kawasan kerja melebihi 2 marhalah dan dibolehkan untuk solat jamak & qasar. selalunya pakaian dan badan akan kotor disbbkan sy masuk ke parit,semak samun,bertanah,dan kaw. hutan. waktu kerja biasa melewati ehingga solat asar dan kawasan kerja tidak sesuai untuk melakukan solat. kebiasaanya bila sy pulang ke rumah dan membersihkan diri, terus solat zuhur(jika sempat) @ Jamak Takhir(jika sudah masuk waktu asar). persoalannya, sy ada baca syarat untuk solat jamak qasar adalah selagi kita masih musafir, sedangkan sy dapat melakukan solat apabila sudah pulang ke rumah.
Salam ustaz, adakah solat jama masih boleh dilakukan kalau kita baru sampai di tempat yg kita bakal bermaustatin selama beberapa tahun. Cthnya, sy melanjutkan pelajaran ke luar negara, pada 3 hari pertama sy sampai di sana, adakah sy masih boleh menunaikn jama'?
ReplyDeletekenapa perlu 90 kilometres,manakah dalil yang menyatakan hal tersebut,?50 kilometres kan dibolehkan juga...
ReplyDeleteSoal agama tidak boleh buat sesuka hati, kena bersandarkan kepada nas Al-Quran dan hadis, kalau tak ada dalil Al-quran dan hadis sandarkan kepada hujah ulamak yang muktabar, sebab depa yang layak membuat ijtihad..sebab tu dalam hukum Islam ada empat, pertama Al-quran, kedua hadis, ketiga ijmak dan empat qiyas..
ReplyDeleteSalam ustaz,
ReplyDeleteBagaimana caranye untuk melakukan solat jamak sekiranye saya tertinggal solat asar,maghrib dan tiba di destinasi s aya pada waktu isya'?Seharusnya saya mlakukan jama' takhir magrib-isya' dan bagaimana dgn solat asar? Minta nasihat dari ustaz,terima kasih.
Harap ustaz dapt membalas kemusykilan saya di Email saya: nieynie93@gmail.com
Assalamualaikum Ustaz...
ReplyDeleteMaaf, saya tak baca q&a di atas kerana terlalu banyak (sekarang waktu bekerja).
Soalan pertama :
Saya nak tahu, kalau dalam solat fardhu sempurna, kita baca satu surah Al-Quran untuk 2rakaat pertama (contoh solat Zohor), kalau kita jamak nie maknanya sama jugak boleh baca surah Al-Quran dalam 2rakaat pertama (contoh 2rakaat untuk Zohor), bagaimana dengan 2rakaat terakhir (asar dalam zohor tersebut)..? Atau keempat-empat rakaat ini boleh dibacakan surah Al-Quran selepas Al-Fatihah..?
Soalan kedua :
Setelah solat 2rakaat pertama dan salam, maka nak sambung 2rakaat terakhir tue just sambung bangun dan takbir Allahuakhbar tak perlu niat lagi kan..?
Terima kasih Ustaz, wassalam...
Assalammualaikum wr.wb....
ReplyDeleteustad sya mau tanya...klo shalat jamak takdim qassardan jamak takhir qashar itu dilakukan karena kesibukan atau bnyak ketjaan yg tak dpat ditunfa itu diperbolehkan/ tidak....
terimakasih ustad wasalam......
assalamualaikum ustaz..
ReplyDeletesaya bekerja di offshore terengganu,time keja saya 2minggu cuti dan 2minggu kerja..saya menetap di pulau pinang dan jarak perjalanan sy melebihi 2 marhala..soalan sy mana satu tempatkah yg mbolehkn sy jamak&qasar sesudah smp ke destinasi?di tempat kerja(mencari rezki)@ di tempat sy bermaustautin(p.pinang)??
terima ksih ustaz...
Assalamualaikum ustaz...sy irwan..sy nk bertanya berkenaan jamak & qasar..utk makluman sy bekerja sebagai pemandu..tugasan sy selalu outstation melebihi 90 km hari2.sy nk tanya jika sy telah balik ke rumah selepas memandu ke kl.adakah sy masih boleh melakukan jamak&qasar lagi?terima kasih.
ReplyDeleteasalamualaikum ustz..solat jamak dan qasar perlu dilakukan diluar mukim dan sblm msuk waktu solat..tetapi bolehkah kita mengerjakan solat jamak dan qasar ini setelahh kita keluar dr mukim sblm wktu solat dan kita terpaksa melalui mukim kita smula utk ke destinasi.
ReplyDelete