
Soalan yang dikemukakan ialah :
Apabila seorang lelaki menjadi suami, dosa-dosa isteri, anak-anak perempuan belum kahwin, dan anak lelaki yang belum baligh.. si suami yang menanggung..betul ke uztaz? Adakah dosa-dosa perempuan sebelum dia berkahwin, suami dia yang tanggung selepas bernikah..? Setiap sentuhan diantara si suami dan si isteri mendapat pahala dan gugur nya dosa-dosa kecil apabila suami dan isteri berpegangan tangan?
Jawapan :
Suami merupakan ketua rumahtangga, dan suami bertanggungjawab untuk memberikan segala nafkah kepada isterinya. Di antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.
Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)
Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Jangan jadi suami yang dayus, kerana suami dayus adalah suami yang menghalalkan atau tidak berani menegur isterinya melakukan dosa. Suami dayus tidak layak masuk syurga, kerana beliau tidak mencegah isteri dan anak-anaknya melakukan kemungkaran, segala amalan suami tersebut ditolak oleh Allah dan dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan ia adalah suami yang tidak menunaikan amanah dan tanggungjawabnya. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka”.
Anak-anak yang belum baliqh, tidak ditetapkan lagi dosa dan pahalanya, kerana mereka tidak dikira orang yang mukallaf lagi, segala kejahatan dan dosa ditanggung oleh ayahnya sendiri, kerana ayahnya merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Apabila anak tersebut telah baliqh, maka segala dosa akan ditanggung oleh mereka sendiri, kerana segala peraturan syariat telah ditetapkan atas diri mereka di sebabkan telah baliqh.
Benar bagi suami isteri yang berpegangan tangan atau bersalaman antara satu sama lain, maka dosa kecil mereka akan keluar melalui celah-celah jari mereka. Islam mengajar umatnya yang telah berkahwin saling bersalaman dan berpegangan tangan kerana segala dosa-dosa kecil suami isteri hilang disebabkan perbuatan tersebut.






































7 comments:
salam kembali ustaz.
Bagaimana pula jika menegur isteri supaya menutup aurat.Memakai tudung.Tapi si isteri masih belum bersedia.
Adakah perlu bagi si suami memaksa atau menunggu si isteri dengan rela hati menutup aurat.Dalam menanti perubahan pada isteri dan anak2 manakah yg penting samada lahir dr hati atau memaksa?
Dan bagaimana pula bila shabat2 memperli dan memperkecilkan tanggungjawab si suami tersebut krn tidak berjaya mendidik isteri tersebut?
Mohon pandangan ustaz.
Salam hormat kepada Ustaz.
Suami kena tegas bertempat, niatkan dan doakan kebaikan untuk isteri. Suami tidak boleh doakan keburukan untuk isteri dan anak2. Suami harus berani menegakkan kebenaran di depan isteri. Suami yang malu dan takut tengking atau leteran isteri adalah dayus dan akan hilang maruahnya sebagi suami yg bertanggungjawab.
Isteri harus ingat syurga di telapak kaki suami, jaminan syurga kpda isteri yg taat pada suami yag beriman. Insyaallah.
Salam..
sepertimana yg tertulis di artikel:
"Suami yang memberikan didikan agama dan teguran...........isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga."
Jadi, jika sudah ditegur tp masih tak pakai tudung..takpe, doa & tawakkal pd Allah swt. tp kalau sayalah, baik paksa aje pakai tudung. hehe!
assalammualaikum ustaz...
boleh tak ustaz berkongsi dengan kami cara bertaubat yang betul dan yang diterima oleh Allah S.W.T...
Salam,
Insyaallah saya akan buat satu topik berkenaan taubat, tapi saya memerlukan sedikit masa untuk buat post ini, sebab saya kena selesaikan dahulu kerja yang wajib iaitu tanggungjawab sebagai penjawat awam..
Salam Ustaz,
Sekiranya isteri sering ditengking dan diherdik oleh suami dengan kata-kata yang kesat, bagaimana pula? Seorang hamba allah (isteri) telah dimarahi oleh suaminya atas sebab remeh seperti lambat mengemas rumah, atau balik lewat dari kerja, dan hal tersebut bukan disengajakan, tetapi suami berkata ' aku haramkan engkau bau syurga" adakah isteri benar tidak akan dapat mencium bau syurga?
mohon pandangan ustaz. TQ
Salam Ustaz,
Sekiranya, bagaimana sekiranya suami melebihkan ibunya sendiri dan menidakkan keperluan isteri/ abaikan tanggungjawab sebagai suami?
Post a Comment