PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, April 19, 2010

Elak Dari Makan Di Kedai Kotor & Ragu-ragu


Salam bahagia kepada semua, semoga anda semua dalam keadaan sihat dan ceria selalu, mulakan langkah anda dengan rasa syukur kepada Allah untuk meneruskan perjuangan anda sebagai hamba Allah. Artikel kali ini saya nak berkongsi dan bercerita sedikit tentang makanan di kedai atau restoran yang kotor. Kadang-kadang kedai makan dihadapan saja Nampak cantik dan bersih, tetapi di belakangnya atau di dapur masaknya kotor dengan kuali tidak basuh, lantai hitam berair, pekerja berpakaian kotor dan sebagainya. Pernah berlaku dalam hidup saya dengan kawan-kawan semasa makan di kedai nasi kandar pinang, masakkan memang sedap maklumlah nasi kandar. Dengan kuasa Allah kami terlihat di dapurnya ada seorang perempuan india yang bertanda merah di dahinya. Ada peristiwa lain saya alami di kedai nasi kandar pinang juga, iaitu lori ayam cina masuk hantarkan ayam mati di kedai nasi kandar tersebut dan banyak lagi peristiwa yang mual untuk diceritakan. Terbaru dari berita Radio IKIM FM mengenai sebuah kedai mamak di Johor mengambil pekerja bukan Islam dari India dengan meletakkan logo halal tiruan di depan kedainya. Tetapi penipuan itu akhirnya pecah temerlang disebabkan pihak berkuasa minta Sijil Halal JAKIM dan mamak tersebut tidak dapat mengeluarkan Sijil Halal Tersebut.

Dari cerita di atas ini, memang takut dan serik untuk makan diluar tambah-tambah kedai mamak nasi kandar. Sebab tahap kebersihannya sangat kotor dan tidak terjaga. Mamak buat roti canai, mee goreng basuh tidak tangannya semasa menyediakan makanan. Untuk mengelakkan masalah ini semua, boleh dengan cara kita sebagai pelanggan mesti memastikan kedai mamak atau kedai makan tersebut bersih terutama di dapurnya. Kerana ini penting untuk menjamin makanan tersebut bersih. Untuk kita mengetahui peribadi tuan kedai tersebut pembersih ataupun tidak, lihatlah pakaiannya atau dapurnya, dua perkara ini cukup untuk menggambarkan peribadi tuan kedai tersebut. Cara saya menilai kedai makan dari sudut kebersihan kedai, pakaian, bertudung, Tidak memasang lagu-lagu laqa (lalai), tidak memakai benda-benda yang diharamkan oleh Islam seperti orang lelaki memakai gelang atau rantai dan sebagainya. Kenapa saya perhatikan semua ini? Sebab semua ini akan mempengaruhi makanan yang masuk ke dalam badan dan menjadi darah daging kita. Orang yang soleh sangat menitik beratkan soal pemakanan kerana mereka beranggapan makanan yang tidak bersih dan kotor akan menjadi racun dalam diri mereka dan susah untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Di antara perkara yang mereka beratkan ialah sayur perlu disamak disamak, pinggan atau gelas yang digunakan oleh orang kafir tidak akan digunakan, mereka tidak masuk kedai-kedai yang tidak bersih, tidak masuk kedai yang tidak menutup aurat dan seumpamanya.

Makanan yang disediakan oleh kedai, kebanyakkan makanan tidak dibasuh dengan baik dan sempurna. Pernah saya makan nasi campur di sebuah kedai di Johor, dalam sayurnya ada ulat daun, dalam ikan bilisnya ada ulat, ikan busuk dan banyak lagi. Untuk mengelakkan semua ini berlaku, maka kita semua perlulah mencari kedai yang bersih, tuan kedainya tidak meninggalkan solat dan menutup auratnya dengan sempurna. Jangan melanggan kedai tersebut sekadar murah harganya, sedap masakannya, tetapi langganlah kedai makan berdasarkan kebersihannya dan ketaqwaannya kepada Allah. Barulah diri kita terhindar daripada perkara-perkara yang syubhah atau ragu-ragu.

Sebelum ini pernah saya buat satu artikel berkaitan dengan masalah cop halal yang ada di pasaran sekarang ini. Sebagai seorang muslim haruslah peka dengan persekitarannya yang berlaku. Setiap pembelian mestilah berdasarkan kepada barangan muslim dan cop halal dari JAKIM, kerana dua benda inilah yang menjamin kesucian barangan tersebut.

9 comments :

  1. masa tgk rancangan Aduan rakyat ttg restaurant ni naik loya tekak saya...dekorasi kt dpn bkn main cantik ttp kt belakang hnaya Allah je yg tahu....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. saya terpanggil untuk mberi komen kali ini. Saya amat bsetuju dgn semua ulasan ustaz mengenai bab pemakanan ni.

    Apa yang saya sgt kecewa ialah,ramai peniaga wanita Islam (sekalipun yg memasak di rmh sndiri), melakukan aktiviti ini dlm keadaan tidak memakai tutup kepala @ tudung. Bkn shj dikhuatiri 'rambut sesat' akan terbang, tp paling utama, kita mesti faham bhw memasak adalah dlm kategori khidmat iaitu IBADAH (cth brekhidmat masak utk suami,kluarga @ pelanggan).
    Apatah lagi jika memasak dgn tiada sbrg niat, doa,zikir @ tasbih.

    Paling saya takuti, jika orang2 yang berniaga makanan di luar sana adalah org yg tidak bersolat. Kesan maknawinya akan sampai kpd org yang memakan makanan trsebut.

    Ini bknlah brmkna sy tak pernah lagsung beli makanan dr luar (sy trpksa beli jika ada kcemasan shj..dgn syarat mencari kedai yg kita confirm orgnya bgaimna. slbihnya, TAWAKKAL..), Utk wktu2 biasa sy cuba biasakan masak makanan sndiri. Di samping itu kita dpt menjaga kbrsihan, adab2 @ sunnah ketika memasak. Contohilah para nabi & sahabat2 yg amat menitikberatkan nilai agama dlm hidup mereka.

    Agama kita akan brtambah sempurna sekiranya kita dpt menjaga hal2 spt ini. Walaupun nmpk kecil,remeh & biasa2 shj, tp ia memberi impak yg bsr dlm diri kita. Paling utama untuk IMAN & AMALAN kita.

    Wallahu alam, (maaf ustaz,terpanjang). Jazakallah khir.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    terima kasih kepada Nza dan Aliaazuan yang sudi komen bermanfaat di artikel yang tidak seberapa saya ini. saya bersetuhu dengan anda Aliaazuan dengan pendapat anda tentang makanan.

    Saya juga lebih suka makan di rumah walaupun berlaukkan telur goreng semata-mata, sebab ini lebih menjamin kebersihannya dan kita berpuas hati dengan apa yang dimasak.

    ReplyDelete
  4. Kalau nak ikutkan terlalu banyak makanan diluar sana yang meragukan dan ada yang mengandungi bahan haram. Tetapi masih ramai lagi membelinya. Bila kita promosi produk-produk halal seperti HPA. Kita pula dicemuh. Ini menunjukkan hati umat Islam sudah gelap akibat tidak menjaga kehalalan pemakanannya.

    ReplyDelete
  5. Salam Ustaz Amin.,
    Saya terus terang bersyukur dapat membaca maklumat yang sangat berkesan bagiku ini, kebetulan saya gemar makan di restoran ni. Apa yang berlaku dan diceritakan ni ada saya jumpa juga di daerah saya. Pernah masa makan tu anak lelaki saya nampak rambut panjang, wife saya nampak bulu kerinting. Ya Allah...mual, saya x pernah pijak lagi restoran tu..Rupanya saya dapat ilmu bila rajin ke blog kawan-kawan. Alhamdulullah.

    ReplyDelete
  6. COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1270.

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Harga belian semula yang hebat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikm,
    kalau anda d beri pilihn untk mkn lunch, kedai mkn mane kah, kalian akn pilih??
    a) kdai mkn org islam, namun pekerjanyr TIDAK menjauhi perkara yg ALLAH larng, dan ada pekerjanyr yg brzina... NAUZUBILLAH....tp, kedai ini sgt brsih dr segi krja buat diaorg.
    b)kdai mkn org islam jugak, namun agak kotor la dr segi krja buat diaorg. sbb ada kadng2 customer complain yg mknan diaorg ada lipas n laen2.
    c)kedai mkn non muslim (india), namun, kedai ini sgt brsih dr segi krja buat diaorg.

    ReplyDelete
  8. masyaallah...mudah2han kedai saya terhindar dr segala masalah ini...

    ReplyDelete
  9. Saya pernah makan di kedai mamak restoran zainudin maju di kerling sebelah kedai runcit cina. Tukang masaknya bukan Islam. Kedainya kotor serta banyak makanan yang di sajikan adalah makanan dipasankan yang lama-lama. Selagi tak basi.mereka panaskan makanan tersebut. JIka tak percaya,boleh pergi ke tandas belakang pada bahagian belakang restoren tersebut. Bekas air untuk isi gula guna bekas plastik sabun. Saya tak pernah jumpa kedai seteruk itu. Mohon pihak berkuasa periksa. Berjaga-jaga jika makan di kedai mamak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG