PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, April 28, 2010

Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah


Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?

Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi :
Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku
Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
"

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.

56 comments :

  1. salam uztaz info ini sgt berguna.. boleh ke sy minta izin untuk di paparkan di blog saya dengan tujuan untuk menyampaikan kepada pembaca blog saya? terima kasih

    ReplyDelete
  2. ini sama jugak kes yang letak dalam frame dan didirikan atas meja?

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Terima kasih kepada aeda dan joegrimjow yang sudi meninggalkan komen di artikel saya ini. Ambillah aeda saya benarkan untuk disampaikan kepada semua orang. Kadang2 orang lain tidak tahu akan masalah ini, maka kita yang bertanggungjawab untuk memberitahu.

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak ustaz atas perkongsian ilmunya

    ReplyDelete
  5. salam Ustaz masih tidak menjawab soalan joegrimjow di atas. Kalau letak gambar dalam frame seperti gambar dengan suami, anak2, dan ahli keluarga yg lain di atas meja atau tempat2 lain di dalam rumah, ada kah dibolehkan?
    Tidak berapa jelas penjelasan Ustaz di atas, sama ada boleh atau tidak.

    ReplyDelete
  6. bagaimana pula dengan baju yang bergambar2? Nice info ustaz...

    ReplyDelete
  7. Salam, masa kini bukan sahaja gambar di letak dalam rumah, malah dilukis pada pakaian...

    anak patung jadi kegemaran, bagaimana?

    patung beruang tak haram ke? dalam kereta banyak tu.

    apa pula komen ustaz terhadap gambar katun.

    tugu boleh ke kita bina luar rumah?

    tentu ada alasan yang kuat kenapa semua ini dilarang. apa kata cerdik pandai agama, para mufti dan ustaz?

    kalau ikut pandangan mohd isa dawood, jin bertenggek atas mana2 ukiran dan patung2 walaupun dikepala pensil. apa komen ustaz?

    harap dapat pencerahan

    ReplyDelete
  8. terima ksih uztaz moga ilmu yang ustaz sampaikan ini menambahkan lg pengetahuan sy tentang hukum hakam dlm islam.. teruskan perjuangan...

    ReplyDelete
  9. salam ustaz, sy juga nk minta izin utk letakkn artikel ni dlm blog sy supaya dpt d jadikan panduan utk semua. terima kasih jugak atas pnjelasan ustaz.

    ReplyDelete
  10. salam meletakkan fream atas meja juga sama hukumnya dengan menggantungkan gambar, hukumnya harus kalau gambar2 keluarga, kambar kenangan kita atau keluarga, tapi gambar tersebut bukan gambar yang mendedahkan aurat, gambar artis, gambar pemain bola atau gambar2 pemujaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukumnya harus jika letak gmbar kluarga..utk tujuan knangan.. tp foto yg dtonjolkn bkn ke gmbar kluarga..bdk2 tu.. jd haramnya gmbar hdup slain dr family ke.. gmbar fmily jd tkpe la..?????

      Delete
  11. anak patung jadi kegemaran, bagaimana?

    patung beruang tak haram ke? dalam kereta banyak tu.

    apa pula komen ustaz terhadap gambar katun.

    tugu boleh ke kita bina luar rumah?

    tentu ada alasan yang kuat kenapa semua ini dilarang. apa kata cerdik pandai agama, para mufti dan ustaz?

    kalau ikut pandangan mohd isa dawood, jin bertenggek atas mana2 ukiran dan patung2 walaupun dikepala pensil. apa komen ustaz?

    Jawapannya

    Apa tujuan kita bubuh patung di dalam kereta dan rumah atau di kawasan rumah, kalau tiada tujuannya adalah haram dan ada tujuan juga haram, sebab ini merupakan boneka atau patung yang bernyawa kalau dimasukkan roh di dalamnya. Kemudian malaikat tidak masuk dalam rumah atau kereta tersebut untuk memberikan rahmat, malah kalau ada kematian atau orang nazar dalam rumah itu juga akan teruk dan susah untuk rohnya keluar dari badannya.

    Ada pendapat mengatakan bahawa di akhirat nanti patung2 tersebut akan menuntut kepada kita. Jelas dalam hadis Nabi di atas mengatakan binasa bagi orang yang membuat gambar atau patung tersebut.

    Hal ini sama dengan gambar di pakaian, ada tujuan n tak de tujuan ianya tetap haram

    ReplyDelete
  12. salam kepada semua ambillah artikel yang ada dalam blog ini, saya benarkan dan sebarkanlah kepada semua orang, tetapi permohonan saya masukkan rujukan asalnya, sebagai tanda bahawa artikel tersebut adalah ilmiah.

    ReplyDelete
  13. salam ustaz, sekiranya gambar yang diletak adalah gambar Tok Kenali selepas diminta izin dari tok guru saya adakah maksudnya sama dengan pendapat or ulasan ustaz di petikan atas. sekian

    ReplyDelete
  14. salam..mmg bermanfaat info ini.terima kasih ustaz.=)

    ReplyDelete
  15. ada jugak dgr pasal isu ni dlm kitab riyadhus solihin...

    ReplyDelete
  16. Salam berdasarkan pandangan Dr. Yusof Al-Qardawi pada asalnya gantung gambar fotografik adalah harus selagi mana tiada perkara-perkara yang berunsur haram iaitu mengagungkan guru, pangkat, taksub kepada guru dan seumpamanya, kalau ada maka haramlah perbuatan tersebut. Apa-apapun lihat pada tujuan anda meletakkan gambar tok kenali, apa tujuannya, adakah mengagungkannya. Nabi melarang umatnya taksub kepadanya, kerana selayaknya adalah Allah. Kalau nak letakkan gambar tok kenali biarlah di dalam elbum sahaja.

    Ini berdasarkan huraian saya yang cetek ilmu yang berpandukan pendapat di atas, kalau anda tidak berpuas hati anda boleh bertanya dengan ustaz lain. Atau ada pendapat lain tidak mengapa, yang penting mestilah ada hujahnya setiap perkara yang dilakukan.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas peringatan,walaupun pelbagai khilaf.Yang penting, perkara haram dijauhkan sama sekali.

    ReplyDelete
  18. Salam.

    Dr. Ahmed al-Tayyib, ialah Syeikh baru Universiti Al-Azhar yang juga bekas Mufti Besar Mesir. Cuba ustaz renung gambar ni:

    http://www.relst.uiuc.edu/uged/studyabroadfiles/drahmed.jpg

    Yang memakai baju kot itu ialah Dr. Ahmed. Gambar yang tergantung di dinding ofisnya ialah gambar Hosni Mubarak. Tujuan digantung gambar pemimpin ialah...faham-faham sajalah!

    Persoalannya saya:-

    1) Apakah hukumnya menggantung gambar pemimpin di dalam ofis?

    2) Apakah fatwa ustaz terhadap tindakan Syeikh Al-Azhar menggantung gambar Presiden Hosni Mubarak dalam ofisnya sendiri?

    3) Apakah fatwa ustaz terhadap seluruh ketua jabatan kerajaan di Mesir, Malaysia, Brunei, Arab Saudi, Indonesia dsb.nya yang menggantung gambar PM, Menteri dan Sultan di ofis2 mereka?

    Ustaz quote pada komen di atas "berdasarkan pandangan Dr. Yusof Al-Qardawi pada asalnya gantung gambar fotografik adalah harus selagi mana tiada perkara-perkara yang berunsur haram iaitu mengagungkan guru, pangkat, taksub kepada guru dan seumpamanya, kalau ada maka haramlah perbuatan tersebut."

    Saya harap ustaz perjelaskan hukum bagi saya yg cetek ilmu ini.

    Harapan saya agar fatwa ustaz dapat diperpanjangkan kepada umat Islam seluruh dunia.

    ReplyDelete
  19. salam, ustaz saya nk minta izin juga yea untuk mnyebarkan artikel ini kepada rakan2 saya.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  20. salam,

    terima kasih atas permintaan anda, saya benarkan, tetapi diharapkan masukkan rujukkan asalnya

    ReplyDelete
  21. Salam ustaz... terima kasih atas penjelasan ini...

    Dari kecil saya suka boneka dan kesukaan saya diwarisi oleh anak2 (perempuan) maka mereka mempunyai banyak mainan dan apabila mereka besar, mereka masih menyimpannya tetapi diletakkan di bilik tidur dan dibawa tidur. Selain itu, anak2 suka kucing, bukan sahaja kucing hidup tetapi kucing mainan juga jadi kesukaan dan ada di dalam rumah... Tiada niat untuk mendewakannya... sayang untuk membuangnya (sebahagiannya disimpan di dalam kotak dan sebahagiannya diletak atas rak)

    * Apakah harus dihapuskan semuanya?

    ReplyDelete
  22. terima kasih ustaz.selama ni yg sy tahu patung je yg x boleh.selepas bce artikel ni bru la sy tahu

    ReplyDelete
  23. Ustaz, kalau di kilang atau pejabat, foto2 di carta organisasi, atau di pejabat polis foto2 penjenayah, itu bagaimana?

    ReplyDelete
  24. Salam,

    Foto grakfik yang dihasilkan dari kamera atau video tak apa yang jadi haram itu adalah gambar lukisan. Lagipun foto itu bukan bertujuan pemujaan.

    ReplyDelete
  25. Salam,
    Terima kasih ustaz atas penjelasan diatas,tapi saya masih ada satu kemusykilan, berbalik kepada contoh kejadian yg berlaku pada aisah r.a ;contoh yang berlaku hanyalah gambar di bantal..bagaimana pula dgn keadaan dimana sekarang kita dilonggokkan dgn kotak2 dan tin makanan atau benda2 yang setara dgnnya yang dilukis dan dicetak dgn gambar2 sedemikian?

    ReplyDelete
  26. Salam

    Sila klik di sini untuk tahu hukum meletakkan gambar di rumah

    http://www.ustaznoramin.com/2010/04/hukum-meletakkan-gambar-bernyawa-di.html

    ReplyDelete
  27. Bagaimana dengan gambar artis2 yg org suka letak jadikan poster..mmg lah haram,tapi adakah boleh menggugat akidah @ kufur.

    ReplyDelete
  28. Salam

    Kalau ia menjadi pemujaan, boleh melibatkan akidah, tapi lihat pada tujuannya kalau tak ada faedah buat apa.. Islam sangat melarang melaksanakan aktiviti yang tidak berfaedah. Lagipun janganlah bubuh gambar artis, dengan tak tutup aurat dan malaikat juga tak masuk rumah kita untuk beri rahmat.

    ReplyDelete
  29. salam ustaz,

    1. bagaimana kalau kite lukis atas kertas?dan kita simpan dalam buku/ album sekadar kenangan.

    2. dan mcm mane kalau kita lukis dalam komputer? contoh guna photoshop. dan kite simpan dalam internet/softcopy?

    ReplyDelete
  30. Kalau bukan untuk ditayangkan dan bukan untuk diagungkan, maka ia adalah harus..

    ReplyDelete
  31. minta maaf ustaz, hobi saya melukis,jadi saya nak tau hukum yang sebetulnya.

    adakah hukumnya adalah harus sekalipun lukisan tersebut merupakan manusia atau lembaga?

    ReplyDelete
  32. berdasarkan huraian diatas dan perdebatan diatas boleh tak kita gantung gambar keluarga untuk buat kenangan dan perhiasan

    ReplyDelete
  33. Kenapa ustaz Berpendapat "Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video"


    Ini pun gambar juga bezanya cara Penghasilan sahaja yang lain.
    Zaman Nabi muhhamad dulu mana ada kemere dan video .

    Pendapat saya kalau TV tu okey lagi.. sbb utk dptkn ilmu. x ada tv x b leh pulak kite nak dengar ceramah agama, forum perdana ke ilmu2 dunia..

    Sbb zaman skrg semua x sempat gi masjid

    ReplyDelete
  34. slm ustaz,kalau letak gambar kenangan keluarga yg mnutup aurat,adakah malaikat dapat masuk ke dalam rumah kita?

    ReplyDelete
  35. Salam Ustaz, apakah hukum membayar wang komisyen contohnya..saya bekerja sebagai freelancer dlm bidang design memberikan komisyen kepada sesiapa yg recommend/ dapatkan kan job utk saya.

    Sekian Terima Kasih
    Wassalam
    klasik609@gmail.com

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum Ustaz.. Ilmu yg ustaz sampaikan ini sgt berguna.. Izinkan saya memaparkan maklumat ini di blog saya dengan tujuan untuk menyampaikan kepada pengunjung blog saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  37. Boleh ambillah saya benarkan, cuma masukkan link asalnya sekali ok....

    ReplyDelete
  38. ustaz, kalau magnet yang kita letak di peti ais tu mcm mana pula? ada mcm2 gmbr, ada juga gmbar temple yg org hadiahkan kepada saya (one of historical building in kyoto kot)..biasanya souvenir la...boleh ke kita letak kt peti ais tu?

    ReplyDelete
  39. terima kasih ustaz =)

    ReplyDelete
  40. bagaimana pula gambar di desktop komputer atau laptop, sama juga dengan kaedah gambar di dalam albumkah?

    ReplyDelete
  41. alhamdulillah sedikit sebanyak ilmu yang saya peroleh daripada blog ustaz ini... .syukran ustaz.. .mudah-mudahan lebin banyak lagi informasi tepat yang ustaz akan beri.. .insyallah

    ReplyDelete
  42. salam ustaz....kalau kita lukis gambar kartun yang sempurna.. .apa hukumnya ustaz???
    contohnya kita lukis gambar kartun upi ipin dalam buku kita.. .atau gamabar kartun korea mcm dalam komik tu..??? tolong ye ustaz.

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum. ustad, saya merasa agak bingung mengapa terdapat perbezaan hukum antara gambar yang dilukis dan gambar yang diambil menggunakan kamera. *gambar manusia*

    ReplyDelete
  45. salam ustaz. kalau karpet yg bergambar kartun yg cukup sifatnya (ada kaki, mata, tangan dn sbgainya) apa pulak hukumnya ?
    malaikat tak masuk rumah jugak ka?
    syukran

    ReplyDelete
  46. salam

    ustaz, sy mempunyai seorang rakan lelaki yang bekerja sebagai chef di sebuah golf resort dan waktu paling sibuk adalah dr pukul 12.00 tgh hari sehingga 2.00 ptg, iaitu waktu 'lunch hour' hal begini menyebabkan rakan sy ini tidak pergi menunaikan solat jumaat hampir setiap minggu kecuali jika diberi cuti pada hari jumaat..soalan sy ialah bagaimanakah cara yg sesuai untuk sy menasihati rakan sy ini supaya pergi menunaikan solat jumaat? ini kerana sy tahu bahawa sekiranya tidak menunaikan solat jumaat 3 kali berturut2 dikatakan sebagai munafiq, namun begitu sy seorang wanita, jd sy khuatir teguran sy akan membuatkan dirinya terasa..sy harap ustaz dpt membantu. wassalam

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum,ustaz.
    sy seorang pelajar S.M. kelas sy brtemakan cinema,jadi sprt yg semua org ketahui kite kena lah letak gambar filem untuk pemberitahuan kpd org ramai,filem apa yg ditayangkn untuk hari ni dan yg akan datang.tap semuanya gambar filem kartun(x lah semua 3/4) ,contohnya G-force.dan sy meletakkan gambar2 tersebut di tingkap kelas tanpa tujuan untuk memujanya.tap ustaz,senior ada menegur kami yg malaikat x masuk kalau ada gmbr yg brgantung di dinding.
    tp ustz di skolah sy kata,"kalau itu bukn gambr brnyawa x apa,tap sebaik2 nya jgnlah letak".sy nk tanye boleh ke x sbrnanya..

    ReplyDelete
  48. As'Salam ustaz,

    saya mintak izin copy dan share di blog saya yerr.. mintak halal yerr..

    http://pinkpurplemerah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  49. Ustaz,saya ingin meletakkn poster artis kegemaran sye di dinding.auratnya tidak terdedah.tujuan sye hanya utk dilihat oleh sye sje.adakah ianya haram?

    ReplyDelete
  50. info yg sgt berguna. sy faham dgn jelas. t.kasih.

    ReplyDelete
  51. info yg sgt berguna. sy faham dgn jelas. t.kasih.

    ReplyDelete
  52. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  53. Salam ustaz..apa hukum melukis kartun dn komik...adakh dikira sebagai lukisn yg bernyawa? Mohon pencerahan...syukran

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum ustaz, saya mintak nak share ye..

    ReplyDelete
  55. Salam ustaz.. Harap ustaz dpt menjawab soalan sy.. Baru2 ni sy ada melukis gmbr di dinding bilik anak. Gmbr pokok serta haiwan dlm bentuk kartun. Persoalannya.. Bolehkah haiwan tersebut di lukis? Sekiranya tidak bole..adakah di benarkan sekiranya sy mengubahsuai gmbr tersebut contohnya burung di dalam sarang yg nampak hnay object kepala.. Dan owl yg sedang membaca membuatkan ia kelihatan krpala dan tgn tetapi badan di tutupi dgn buku. Object ni mmg object kartun dan bukan lukisan spt haiwan sebenar. Harap ustaz dpt rungkaikan persoalan sy.. Sh sy sgt susah hati.. Nk ubah suai skrg tp anak sy sgt sedih.. Nk biarkn hati was2.. Minta pandangan dr ustaz.. Salam.. Thx

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG