PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, April 12, 2010

Hukum Membeli dan Menjual Barang Tiruan


Soalan yang telah ditanya kepada saya ialah :

Apa hukum menjual dan membeli barangan tiruan kepada jenama-jenamaan yang mempunyai hak cipta terutamanya pakaian, beg kasut dan lain-lain?

Jawapannya

Barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru dan di copy tanpa izin pencipta dengan jenama yang sama dan pengguna tidak dapat membezakan yang mana original dan yang mana tiruan. Sekarang ini barangan tiruan bersepah dan banyak di pasaraya, pasar malam, kedai borong dan sebagainya.

Barangan tiruan ialah barang yang dicuri reka dari pencipta yang sebenar tanpa izin dan hal ini sama dengan masalah mencuri. Islam melarang umatnya mencuri, kerana mencuri itu adalah haram. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Janganlah seorang dari kamu menjual atas barang jualan orang lain”

Fatwa dari Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia dalam masalah ini ialah haram bagi sesiapa yang meniru barangan orang lain tanpa izin dari penciptanya. Barangan yang dimaksudkan di sini ialah barang yang menjadi hak cipta terpelihara.

Orang yang memprodukkan barangan tiruan seolahnya seperti mereka menipu pengguna dengan jenama yang diberikan. Contohnya baju kemeja yang diklon dari jenama yang terkenal tanpa izin dari penciptanya, kemudian produk tersebut dicopkan dengan jenama yang terkenal. Maka perkara ini merupakan penipuan yang nyata dan Islam sangat melarang umatnya menipu sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud :

“Barangsiapa menipu kami, maka bukanlah dari golongan kami”

Masalah curi dan menipu ini sangat jelas dalam Islam dan ia merupakan perkara yang haram dan mungkar. Setiap perkara yang haram itu jelas dan tiada ragu-ragu dan setiap perkara yang halal itu juga jelas dan tiada ragu-ragu. Cari sumber rezeki yang halal dan jauhkan diri dari terlibat dengan perkara yang haram. Kerana rezeki yang haram akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Rezeki yang haram juga akan membuatkan hati menjadi hitam dan benak untuk melakukan perkara-perkara yang makruf. Hati orang yang makan rezeki yang haram menjadi keras dan susah untuk dibentuk dan ditarbiah.

Carilah rezeki yang halal dengan penat lelah diri sendiri, kerana rezeki yang halal ini walaupun sedikit tetapi ia memperolehi keberkatan dari Allah. Orang yang makan perkara yang halal dan baik, mudah untuk dirinya dan keluarganya untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki yang diberikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah telah menentukan rezeki kepada setiap manusia. Kuat doa, usaha dan tawakal maka banyaklah rezeki yang diperolehi oleh kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Al-Baqarah : 172)

“Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (An-Nahl : 114)

13 comments :

  1. Salam Ustaz. saya mohon kebenaran utk dicopy paste ke dlm blog saya. terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Terima kasih Naz atas permintaan anda, boleh je ambillah saya benarkan untuk disebarkan dengan lebih luas lagi, semoga Allah menganugerahkan ganjaran setimpal atas usaha menyampaikan dakwah anda ini. setiap artikel yang dicopy masukkan pautan asalnya sekali.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..

    seperti yg semua maklum barangan berjenama adalah sangat2 mahal dan tak mampu dimiliki oleh pelajar seperti saya..sy hanya mampu membeli2 beg2 atau pakaian di pasar2 malam atau kedai2 biasa sahaja..
    persoalannya bila beg2 dan pakaian ini decetak dengan jenama2 tiruan....dan sy beli kerana cantikk dan tidak berniat untuk menunjuk2 jenama tersebut....

    bagaimana hukumnya??
    membeli barang tiruan kerana hanya itu yg mampu dimiliki dan kerana barang itu cantik...
    bukan membeli kerana mahu menggunakan barang dari jenama tu?

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Ticeher Ina, Ada pendapat mengatakan harus menjual dan mencetak barangan yang tidak mempunyai akta hak milik terpelihara. Haram pula bagi sesiapa yang mencetak barangan yang mempunyai akta hak milik terpelihara seperti CD-CD nasyid, Buku2 ilmiah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana memberikan kebenaran... saya akan gunakan entry ini esok. semoga lebih ramai yang dapat tahu. InsyaAllah :)
    Terima kasih sekali lagi Ustaz :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih ustaz amin dengan ulasan ini...
    bermakna sangat ramai dikalangan kita terperangkap dalam isu ini terutama peniaga2 kecil di pasar2 malam dan peniaga2 online...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini.InsyaAllah saya akan kongsikan di blog saya....

    ReplyDelete
  8. As salam ustaz...

    Apa hukumnye kalau kite pergi membeli belah di pengkalan haram contohnye di pasar munduk, thailand tetapi pengkalan itu di awasi oleh askar dan kite bebas keluar masuk di situ.di situ manjadi tumpuan bagi yang tidak berkemampuan untuk membeli barang original dan hukum memakan beras siam kerana saya tidak suka akan beras malaysia kerana ia nya lembik

    ReplyDelete
  9. as salam ustaz.
    bagaimana pula kalau penjual memberitahu pelanggan bahawa barangan itu mmg bukan original dan pelanggan pun memang nak beli sebab kualiti seakan sama dan harga pun murah. saya menjalankan perniagaan jersi bola dan perfume yg saya sendiri nyatakan pada pelanggan bahawa barangan ini memang bukan ori .. minta pandangan ustaz.
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear brother in Islam, we would like to thank you for showing keenness on knowing the teachings of Islam, and we appreciate the great confidence you repose in us. We hope our efforts meet your expectations, yet we apologize for the late reply.

      Responding to the question, Dr. Monzer Kahf, Scholar in Islamic Economics & Financial Expert, states the following:

      “In showing great respect for the intellectual properties, Islamic Shari'ah stipulates that it is forbidden or haram to infringe on these properties. Producing, selling and promoting imitation goods must be forbidden too because they have a stolen component.

      Yet I argue for certain exceptions on delicate moral bases. They are all conditional on local authorities in one's country being either permissive or do not intend to enforce a prohibition. The three exceptions are as follows:

      1. There are expensive (and may be monopolistic) goods that many producers imitate but with certain differences not much noticeable to consumers, but keep the legality clear. This is not legally imitative and both production and sale of such goods are permissible.

      2. Goods that relate to spreading knowledge, especially in computer software, may be permitted to imitate, or copy, and sell if the prices of the originals are monopolistic. There is a lot of monopolistic practices in this area and hundred of millions of people need these products, sometimes for economic reasons, like the case all over Africa, Asia and South America. Certainly, this does not apply to business software and programs. There is a lot in the Shari'ah about the importance of information and spread of knowledge, with strict prohibition laid on withholding knowledge and information that override the intellectual rights in areas of education and teaching, especially if owners of these rights impose monopolistic prices that are much above direct cost and the affordability of poor people in those areas.

      3. There is the case of monopolies that are not tamed or controlled in their countries or in the countries of users of their products.

      On the other hand, if local authorities enforce a prohibition on imitated goods, applying these three exception may cause the person damages and problems with the law and a Muslim must prevent himself/herself from falling into legal trouble unless in case of defending basic human rights against tyranny and foreign aggression.”

      Delete
  10. salam ustaz.. jika pencipta produk atau jenama telah lama meninggal dunia.. apa hukumnye kita menjual nama prokdak atas nama mereka

    ReplyDelete
  11. www.zaharuddin.net/.../239-barang-tiruan-a-hak-cipta-terpelihara.ht...Di'cache'
    Anda +1 secara umum. Buat Asal
    20 Okt 2006 – Subject: Re: Soal jawab pendek ( hukum jual barang tiruan) ... harganya ( menurut kualiti barang tiruan itu). maka hukumnya harus sahaja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG