Tuesday, April 13, 2010

Hukum Muslimah (Wanita) Membotakkan Kepala

Sekadar Gambar Hiasan Sahaja


Soalan yang telah dikemukakan ialah :

Assalamualaikum ustaz, saya ada pertanyaan. Boleh tak perempuan botakkan kepala dan tidakkan ianya menyerupai lelaki?

Jawapannya

Cukur kepala atau membotakkan kepala bermaksud membuangkan rambut di kepala dengan menggunakan pisau cukur atau seumpamanya sehingga lincin kepalanya. Allah jadikan wanita atau muslimah ini dengan sebaik kejadian dan dihiaskan dengan rupa dan paras yang cantik. Rambut perempuan juga merupakan perhiasan kepadanya. Setiap perhiasan yang Allah anugerahkan kepada perempuan wajiblah dijaga dengan baik mengikut syarak yang telah ditetapkan dalam Islam.

Hukum mencukur atau membotakkan kepala perempuan adalah haram kerana ia perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya yang bermaksud :

“Rasulullah saw berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah” (Riwayat Imam Al-Bukhari)

Jelas hadis di atas ini, bahawa Nabi tidak menyukai dan berlepas tangan bagi wanita yang meraung-raung dan mencukurkan kepalanya ketika ditimpa musibah. Hal ini juga sama dengan wanita yang mencukur kepalanya dengan sengaja, ingin menjadi lelaki (tomboy), bernazar dan sebagainya. Menurut pendapat saya wanita yang cukur kepala atau menyerupai lelaki (tomboy) sama ada membotakkan kepala, berpakaian adalah sangat buruk dan hilang keindahan serinya yang asli, jika dilihat sekali seperti lelaki bila direnung rupanya wanita. Islam menegah muslimahnya menyerupai lelaki dan hukumnya adalah haram.

Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim mengatakan bahawa :

“Adapun menggunting rambut dan memendekkannya (bagi seorang perempuan) untuk berhias dan kelihatan cantik, maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai menyerupai kaum lelaki”

Isteri yang ingin memendekkan rambut atau memotong sedikit rambutnya, mestilah mendapat restu atau izin suaminya terlebih dahulu. Manakala wanita yang tidak bersuami ingin memotong rambutnya untuk lebih cantik dan lebih kemas, maka ada ulamak berpendapat harus dengan syarat potongan rambutnya tidak menyerupai lelaki.

Kesimpulannya

Mencukur atau membotakkan kepala bagi muslimah, hukumnya adalah haram kerana menyerupai lelaki dan Rasulullah tidak menyukai perbuatan tersebut. Harus kepada muslimah yang ingin memendekkan rambutnya untuk kekemasan dan kecantikkan untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain, kerana rambut itu adalah aurat wanita dan hanya boleh diperlihatkan untuk mahramnya sahaja.

32 comments:

Hana Picca on April 14, 2010 7:48 AM said...

terima kasih dengan perkongsian ilmu berguna ni..

Tokan on April 14, 2010 12:47 PM said...

Assalamualaika ya ustaz...Kaifa halluk

BATU BERSURAT on April 14, 2010 2:25 PM said...

Salam ...
Dari segi fitrah pandangan mata pun, rasa sedikit janggal bila terpandang lelaki yang botak licin... lain kalau dia berpenyakit, rambut gugur atau maslahat yang lain. Tak mengapalah, sebab lelaki.

Tetapi kalau dah lelaki botak licin pun kita dah rasa "lain", masakan pula tidak wujud perasaan yang lebih lagi jika wanita botak licin?

Mudah-mudahan seluruh zuriat dan keturunan kita Allah pelihara dari perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaanNya... Amiin.

nur said...

assalamualaikum ustaz
saya mahu bertanya, kalau rambut tidak sekata, gatal-gatal dan mahu membotakkan kepala bagi membolehkan rambut baru tumbuh dengan sekata pada wanita boleh tak ustaz?

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on April 15, 2010 9:55 PM said...

Salam,

Nur kalau masalah kesihatan tidak mengapa sebab ini adalah mudharat dan perlu mendapat izin suami terlebih dahulu kalau anda mempunyai suami, sebab isteri adalah milik suami.

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz....
apakah hukum mencukur rambut kanak2 dengan niat agar rmbut yang tumbuh semula akan mnjadi lebih lebat dan cantik???

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on September 30, 2010 8:20 AM said...

Salam,

Hukumnya harus dan ia bagus, ada pendapat kata kalau cukur rambut sebanyak 40/41 kali akan membuatkan anak tersebut cepat mengingat. Lagipun sunat mencukur kepala baby sebab rambut yang ada semasa lahir tak bagus.

Anonymous said...

salam ustaz...apakah hukum bagi seorang wanita yang membotakkan kepalanya kerana ingin rambut yang cantik dan wanita tersebut tidak mempunyai suami..tetapi wanita tersebut tetap menutup auratnya

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on October 22, 2010 10:00 AM said...

Salam

Hukum botakkan kepala adalah haram kecuali dengan izin suaminya..Sebab ciptaan Allah tu dah cantik dah..Lagipun cantik untuk siapa? Kalau untuk kelihatan cantik atau untuk bakal suami, maka hukumnya adalah haram..

Anonymous said...

salam ustaz..saya dah mewarnakan rambt...sy kurang pasti smada sah utk smbyg atau x..bagaimana cara untuk saya sah untuk smbyg atau mandi wajib...adakah dengan membotakkan kepala??

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on November 2, 2010 4:30 PM said...

Salam

sah solat n mandi wajib kalau pewarna rambut tidak mengandungi benda-benda yang boleh menghalangkan air seperti getah, minyak, cat, dai n sebagainya. Perbuatan tersebut salah di sisi agama..

Anonymous said...

salam..

saya nak tanya, boleh tak seorang wanita membotakkan kepalanya dgn tujuan ingin membuang rmbut yg sudah rosak, tetapi bukan untuk berhias, atau untuk menjadi lebih cantik untuk sesiapa. sekadar mahu senang tetapi tetap munutup auratnya. bukan untuk bakal suami atau kerana musibah.

dengan tujuan ini, bukankah wanita tersebut menjaga auratnya dan tidak pula untuk menarik perhatian sesiapa?

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on December 30, 2010 9:12 PM said...

Salam

Kalau tujuannya baik seperti rambut rosak itu tidak mengapalah..Kalau lebih elok lagi jangan dicukur, cukup sekadar memendekkan rambut sahaja.

Anonymous said...

ok..terima kasih ya ustaz.

Anonymous said...

salam,

bolehkah ustaz terangkan lebih lanjut tentang masalah kesihatan yg dibolehkan mencukur itu? dan saya ingin kepastian bahawa atas sebab ingin memulihkan keadaan rambut yg rosak,ia dibolehkan?

Anonymous said...

ustaz, sy mtk share ye utk link yg ini utk diletak dlm fb.. sy akn letakkan website skali:)

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on January 12, 2011 10:44 AM said...

Salam

Ok terima kasih atas perkongsian anda, semoga anda mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah.

Anonymous said...

salam,,,
ustaz. saya menghadapi mslah rambut yg truk..
adakah saya akan berdosa jika saya cuba membotakkan rambut untuk memulihkan masalah rambut ini..tolang bantu saya, kerana saya keliru..
terima kasih..

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on January 23, 2011 2:23 PM said...

Salam

Kalau dalam keadaan darurat tak menjadi masalah, tetapi dapatkan izin suami dahulu..

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz..!

sya nk tnya mcm mne palk mcm kes seorg muslimah masuk bomba n d botak kan kepala 2...yg kua berita smalam..?

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on June 26, 2011 11:17 AM said...

Salam

Susah nak terapkan Islam yang sebenar dalam keadaan sekarang yang menerima Islam sebahagian dan sebahagian yang lain ditinggalkan. Banyak lagi pekerjaan yang ada dan boleh dilakukan..

Anonymous said...

Ustaz, izinkan saya terangkan lebih lanjut mengenai kes muslimah masuk latihan bomba dan digunting rambutnya (bukan botak licin), dalam latihan rekrut bomba, tidak ramai yang tahu perkara ini. Sebenarnya antara sebab rambut wanita pun harus dipotong sedemikian rupa kerana anggota bomba mempunyai satu alat yang dinamakan breathing apparatus, alat ini adalah seperti 'nadi' bagi seorang anggota bomba, ianya digunakan dalam kes2 kecemasan melibatkan kebakaran dan pelbagai kegunaan lagi, antara komponen penting pada alat ini ialah topeng mukanya, ia perlu dipakai dengan kemas kerana jika tidak sebarang gas atau bahan berbahaya boleh masuk dan sekaligus mengancam pernafasan dan nyawa anggota itu sendiri. pemakaian topeng muka ini tidak akan sempurna jika pemakainya A. lelaki yang mempunyai jambang,pelipis yang tebal dan B. wanita yang mempunyai rambut panjang atau diikat 'bun'.Jadi kesimpulannya ia akan membahayakan nyawa anggota bomba dan mangsa yang ingin diselamatkannya, apa pandangan ustaz mengenai perkara ini? bolehkah ianya dikira sebagai salah satu keadaan darurat?

Anonymous said...

ustaz, ada kawan saya, dia mencukur anak rambut.masa tu, dia tak tau yang mencukur anak rambut adalah haram.dan sekarang anak rambutnya semakin lebat.adakah dia harus mencukur lagi?

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on July 18, 2011 9:01 AM said...

Anonymous kedua :

Anak rambut, maksudnya?

Anonymous said...

apa jawapan ustaz mengenai penerangan saya tadi? - anonymous 1

Anonymous said...

salam,ustaz...
saya ingin bertanya....rambut saya mengalami keguguran yang sangat teruk dan rosak malah kulit kepala saya juga bermasalah! dahulunya saya pernah mewarnakan rmbut dan sebagainya...sekarang,saya rasa menyesal dan atas sbb masalah rmbut ini,saya bercadang untuk membotakkan kepala. bolehkah? saya belum berkahwin..

Anonymous said...

Salam ustaz..
saya ingin menanya.. bolehkh saya mencukur rambut saya kerana rambut saya berminyak dan berkelemumur disebabkan sebelum ini saya pernah memakai perwarna rambut dan bertukar2 produk penjagaan rambut.. tetapi saya belum lagi berkahwin.. saya sudah cuba sedaya upaya untuk menjaga rambut saya tetapi malangnya makin lama makin rosak.. boleh kah saya mencukurnya?

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz...

saya mempunyai masalah kesihatan dan makan ubat sebagai rawatan. ubat itu menyebabkan rambut saya gugur dengan teruk dan menjadi kasar. saya bercadang utk memotong pendek tetapi tidak sampai mencukur sehingga botak supaya dapat tumbuh dengan cantik semula. apa hukumnya, ustaz?

saya belum berkahwin tetapi telah minta izin dari ibu dan ayah.

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz..
ustaz ada memberi respon kepada pertanyaan tentg botakkan kepala kerana sudah pakai pewarna rambut tetapi saya kurang jelas. boleh ustaz jelaskan?

saya telah memakai syurah, dengan anggapan ianya ialah inai dan sah utk ibadat kerana tidak menghalang air. namun setelah pemakaian yg agak lama, warnanya tidak pudar, buatkan saya ragu. jadi ustaz, apa yg patut saya lakukan? cukur kepala atau ptg pendek atau bagaimana? saya risau tntang ibadah saya diterima atau tidak. harap ustaz dpt beri penyelesaian.

Anonymous said...

Salam .ustaz,saya selalu mewarnakan rambut di salun .dan pernah mmbuat teknik rebonding, perm dan sebagainya .dan saya rasa banyak bahan kimia dlm rmbut saya smpai ianya menjadi rosak teruk.tetapi baru2 ini saya ingin mengerjakan umrah dan berhasrat utk mmbotakkan kepala saya kerana saya tidak yakin dgn bahan yg digunakan di salun tersebut.dan saya juga ingin berhijrah dan menutup aurat .bolehkah saya mencukur rmbut atas tujuan ini ?terima kasih ..

Anonymous said...

Saya juga belum berkahwin .

HIRNAH on May 24, 2012 6:04 PM said...

salam...ustaz saya mempunyai masalah rambut yg rosak terok...dan jalan yg terbaik saya ingin membotakkan kepala saya....Bolehkah saya membotakkan kepala saya ustaz??? dah mcm2 ubat saya guna tetap xpulih...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Comment

Followers

 
Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template Vector by DaPino