PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, April 15, 2010

Hukum Orang Berhadas Menyentuh Al-Quran


Salam dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog Salam Perjuangan. Sebenarnya post ini disediakan adalah berdasarkan pertanyaan rakan kerja saya di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, beliau bertanya “Ustaz bagaimana hukum orang yang menyentuh Al-Quran tetapi tidak mempunyai air sembahyang (wuduk). Atas rasa tanggungjawab saya sebagai guru agama, maka saya telah menyiapkan sedikit perbahasan yang tidak seberapa ini untuk kepentingan umum dalam masalah menyentuh Al-Quran. Jika ada apa-apa pertanyaan atau pendapat bolehlah melalui ruangan komen yang disediakan.

Menyentuh dan mengangkat Al-Quran

Menurut firman Allah yang bermaksud : "Tidak menyentuhnya (Al-Quran) melainkan orang-orang yang suci." (Al-Waaqiah : 79).


Berdasarkan ayat Al-Quran di atas ini, haram bagi sesiapa yang menyentuh Al-Quran tanpa wuduk kerana ayat-ayat Al-Quran ini merupakan kalam Allah, perlu kita menghormati kalam Allah ini sebagai panduan kepada semua umat manusia. Haram juga bagi sesiapa yang datang haid menyentuh Al-Quran, kerana mereka berada dalam kekotoran atau berhadas besar. Mengikut sesetengah ulamak menyatakan bahwa dibolehkan bagi hafizah (wanita yang menghafal Al-Quran) sahaja di bolehkan mengulang dengan diniatkan kepada berzikir, tujuan dibolehkan ialah mengelakkan mereka lupa kepada surah-surah hafazan mereka kerana sesiapa yang menghafal Al-Quran diwajibkan kepada mereka menjaganya supaya mereka tidak lupa akan ayat-ayat yang telah dihafal. Tetapi jika mereka mengulang akan ayat-ayat Al-Quran yang telah dihafal dengan niat mengulang ayat Al-Quran maka hukumnya haram.

Kanak-kanak Mumayyiz menyentuh Al-Quran

Bagi kanak-kanak yang mumayyiz tidak mengapa menyentuh Al-Quran kerana keperluan mereka untuk mempelajari Al-Quran di sekolah atau ke tempat pengajian Al-Quran yang lain. Hal ini menurut fatwa Ibn Hajar mengatakan guru dan kanak-kanak dimaafkan terutama bagi mereka yang tidak berupaya menjaga wuduk mereka. Jika boleh atau berkemampuan, maka seeloknya mereka ini bertayammum sebagai ganti kepada wuduk mereka, tujuan bertayammum adalah mudah untuk mengambilnya jika berbanding dengan wuduk. Sumber rujukan ialah (I’anah Al-Thalibin: 1.82-83).

Mengangkat Al-Quran Dengan Barang Lain

Menurut kitab Al-Tuhfah bagi sesiapa yang mengangkat Al-Quran dengan barang lain, seperti meniatkan (qasad) menanggung mushaf, menanggung mushaf bersama barang, atau menanggungnya secara mutlak, ketiga-tiga cara ini adalah haram. Di bolehkan atau tidak haram jika diqasadkan kepada Al-Quran itu seperti menanggung barang biasa sahaja.

Menyentuh Lambaran, Kulit Atau Sarung Al-Quran

Menyentuh lambaran kulit mushaf adalah haram sekalipun bahagian yang tiada tulisan dan haram menyentuh bungkusan atau sarung mushaf yang khusus disediakan untuk menyimpan mushaf dengan syarat pada ketika itu mushaf ada di dalam bungkusan atau sarung berkenaan.

Menyentuh Mushaf Al-Quran Yang Mengandungi Tafsirnya

Menanggung dan menyentuh mushaf bersama tafsirnya tidak menjadi haram sekiranya tafsirnya itu lebih banyak. Jika tafsir itu sama banyak, atau tafsirnya sedikit atau diragukan mana yang lebih banyak, maka adalah haram menyentuhnya. Ulama juga menggariskan kedudukan antara mushaf dan tafsir dalam mengukur banyak sedikitnya. Ketika menanggungnya yang diambil kira ialah jumlah Al-Quran dan tafsirnya. Manakala dalam perkara menyentuh, yang perlu diperhatikan ialah tempat di mana ia meletakkan tangannya. Jika pada tempat itu tafsirnya lebih banyak, tidak haram menyentuhnya, tetapi jika Al-Quran lebih banyak, haram menyentuhnya. (I’anah Al-Thalibin : 1:82).

Kesimpulannya

Perlu diingatkan setiap perkara yang hendak kita lakukan yang berkaitan dengan syiar atau syariat Islam perlu mempunyai hujahnya yang bersumberkan kepada Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Jika sesiapa yang melakukan perkara ibadah atau penghayatan Islam tanpa berpandukan kepada dalil-dalil atau hujah para ulamak, maka ia dinamakan sebagai jahil murakkab (jahil tidak mahu belajar), hal ini dikuatirkan orang tersebut sesat didalam penghayatannya.

18 comments :

  1. tima kasih ye usataz sbb sy pn krg sahih bab sentuh al quran tanpa wuduk ni..alhamdulillah skrg ni da tawu la mana yg blh n mna yg tak :-)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Bersangkutan dengan AL-Quran juga, saya ada masalah dengan maksud "Apabila dibacakan AlQuran hendaklah kamu diam dan mendengarkannya" (maksud Lebih-kurang.)

    Soalan saya. Ketika Imam membaca Al-Quran dalam solat, sedangkan makmum sibuk dengan bacaan doa iftitah, dan selepas itu membaca surah alfatihah. Jadi adakah ayat ini tidak terpakai sewaktu solat?

    ReplyDelete
  3. Salam Ustaz.

    bolehkah saya copy ke blog saya.. untuk rujukan saya dan insyaAllah saya backlink semula. jika diizinkan saya akan dtg sekali lagi.. insyaAllah

    Satu lagi ustaz saya nak tanya.. saya dah cari dalam pelbagai buku2 agama, ttg tatacara membaca al-Quran (mengaji) saya belum lagi terjumpa ttg menutup aurat bila memegang dan membaca al-Quran.. boleh ustaz jelaskan kemusykilan saya ini .. terima kasih

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Terima kasih atas persoalan anda semua yang bertanya iaitu Miss Tora, Anonymous dan Kacamata. Segala persoalan anda akan saya jawab pada waktu yang lapang nanti secepat mungkin, maaf sebab banyak kerja office perlu disiapkan segera.

    Kepada Kacamata saya benarkan anda copy artikel ini untuk kebaikan semua dan disebarkan kepada semua, cuma setiap yang dicopy harap dimasukkan linknya. Saya alu-alukan untuk kebaikan semua.

    ReplyDelete
  5. Di dlm al quran dinyatakan apabila hendak solat maka perlu perlu membersihkan diri (wudhu). Jadi, jika nak baca al quran mengapa pula mengambil wudhu? Al Quran adalah peringatan tuhan kpd umat manusia supaya di baca, difahami dan di praktikkan. Kekeliruan manusia adalah di sebabkan tidak memahami al quran.

    ReplyDelete
  6. Salam Ustaz.

    Alhamdulillah, insyaAllah saya copy n backlink blog ustaz.. terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  7. salam kepada semua yang bertanya

    1. Jawapan kepada Anonymous, tidak menjadi masalah sebab membaca fatihah itu adalah wajib di dalam solat. Jadi wajib membaca fatihah. Membaca doa iftitah adalah sunat apabila dibaca dapat pahala. Dan tidak menjadi masalah membacanya ketika imam membaca surah.

    2. Al-Quran Kalam Allah dan ulamak telah menetapkan adab bersama Al-Quran sebab Al-Quran adalah qadim kerana dia kalamullah. Bila berhadapan dengan Allah dan menyentuh Al-Quran perlu bersihkan diri secara wuduk dan ini tanda menghormati ayat-ayat Allah dan sekali gus membezakan antara ayat Allah dan ayat manusia.

    ReplyDelete
  8. terima kasih di atas info brguna dr ustaz nie...

    ReplyDelete
  9. Salam Ustaz,
    Dizaman internet ini ada banyak
    AlQuran online. Ada yang lengkap
    30 juzuk untuk kita baca.
    Persoalan nya boleh kah kita baca
    pada masa lapang tampa berwuduk contoh
    samasa waktu rehat di office.

    ReplyDelete
  10. http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/05/sentuh-al-quran-tanpa-wudhu/

    ReplyDelete
  11. Salam, Ustz
    terdapat pelbagai khilaf dari pelbagai ulama,
    saya try search dan taip saja tentang isu ini terdapat pelbagai pendapat.
    So, yang mana satu kita nak ikut ustaz...

    ReplyDelete
  12. Antara semua pendapat ada pendapat yang terbaik, jadi kita guna pendapat yang terbaik...

    ReplyDelete
  13. slm ustaz..nk tnye kemusykilan sikit..
    bolehkah seseorang hafizah (yg mnghafaz Al-Quran) membaca dan mengulang hafazannye ketika datangnya haid @ nifas? mohon penjelasan drpd ustz..syukran

    ReplyDelete
  14. masaalah saya bila ambil wuduk..kentut..ambil wuduk..kentut..mcamana plak ustaz...

    ReplyDelete
  15. Salamalaik ya ustaz, "mutahharun" dalam ayat tersebut mempunyai banyak sandaran menurut ulamak. kbnyakan yg saya bc mutahharun dlm ayt 79 surah waqiah tu disandarkan kpd malaikat. jd dikatakan org berhadas boleh menyentuh dan membacanya. minta penjelasan ustaz terhadap kekeliruan ini.

    Bukti lain yang menunjukkan kedhaifan larangan membaca dan menyentuh al-Quran ketika berjunub.
    “Ertinya : dari Ibnu Umar, dari Nabi saw. beliau bersabda, “Janganlah perempuan yang haid dan orang yang junub membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an.”
    Dalam riwayat yang lain, “Janganlah orang yang junub dan perempuan yang haid membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an”

    DHO’IF : Dikeluarkan oleh Tirmidzi (no. 121). Ibnu Majah (no. 595 dan 596). Ad-Daruquthni (1/117) dan Baihaqiy (1/89), dari jalan Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah dari Naafi, dari Ibnu Umar ra. (ia berkata seperti di atas)

    betulkah hadis ini dhaif? jd mengikut mazhab Syafie, adakah betul kita diharamkan membaca dan menyentuh al-Quran ketika berhadas?


    Pendirian Imam Muhammad bin Idris Asy Syafi’ie rh amat tegas menyatakan “apabila shohih sesuatu hadis, itulah mazhabku”. Tidaklah Beliau berpegang kepada hadis dhoif sebagai dalil hukum.

    minta pandangan ustaz. Syukran..

    ReplyDelete
  16. salam ustaz,nak tanya..apa hukum membaca surah yasin tanpa air sembahyang dalam majlis membaca yasin

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..

    Saya ingin bertanya dengan ustaz..suami saya ada bernazar akan berhenti merokok jika anak kami yg pertama lahir.Kini anak pertama saya sudah berumur 2 tahun.Baru-baru ini saya dapat tahu yang suami saya merokok semula.Saya ingin dapatkan kepastian ustaz mengenai nazar yang suami saya buat dan adakah cara untuk batalkan nazar tersebut sebab saya yakin suami tidak mampu untuk berhenti merokok.Boleh ustaz terangkan juga mengenai kafarah nazar..

    ReplyDelete
  18. Salam ustad,,
    pernah saya dengar ustad kata2 sebagian ulama' boleh menyentuh dan membaca Al-qur'an tanpa wudhu selagi kita berhadast kecil itu tidak apa hanya saja pahalanya yang kurang dan tidak afdhol tapi klaw hanya menyantuh apa salahnya ustad,jadi kalau misalnya lah seorang anak yang pengen membaca AL-qur'an setelah sholat,ketika itu dia buang angin kan wudhunya batalnamun utk mengambil wudhu jauh kebawah sungai apalagi waktnya itu setelah 'isya malam bagaimana lah itu ustad katanya islam itu mudah dan indah sedangkan persoalan ustad ini termasuk menyulitkan,setahu buku yg saya baca ustad berhadast besar yang tidak boleh menyentuhnya ustad,itupun ada satu hadist disanadkan oleh aisyah ra,yg berisi suatu hari aisyah istri rasul sedang haid namun rasul suruh dia mengambil Al-qur'an didlam mesjid sedangkan rasul tahu aisyah lagi haid macam mana tu ustad mohon penjelasannya......?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG