PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, April 27, 2010

Kurafat Adalah Syirik dan Sesat


Islam adalah agama tauhid iaitu agama yang berasakan iman kepada keesaan Allah yang Maha Kuasa, maka ukuran sempurna atau tidaknya Islam seseorang adalah bergantung kepada kesempurnaan tauhidnya.


Namun demikian, masih terdapat di kalangan sesetengah umat Islam yang belum benar-benar sempurna tauhid mereka. Ini adalah kerana mereka mencampur adukkan fahaman khurafat dalam akidah mereka yang bertentangan dengan dasar tauhid. Perlu difahami bahawa syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah SWT pada sifat Uluhiyyiah atau sifat Rububyyiah Allah. Sifat Uluhiyyiah Allah ialah sifat yang berhak disembah, dipatuhi perintah-Nya, dicintai, diberi tumpuan dan dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan dan menolak segala keburukan.

Manakala Sifat Rububiyah Allah pula ialah sifat Allah dalam mentadbir, mengurus, mendidik dan mengasuh makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Oleh kerana itu, amatlah sesat dan syirik jika kita mendewa-dewakan sebarang makhluk dengan mengasihi, mencintai dan mentaati perintah-Nya sebagaimana layaknya mencintai dan mentaati Allah atau meminta dan mengharapkan sesuatu hajat dari sebarang makhluk.

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa’ ayat 48 yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan mengampunkan dosa lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguh-Nya ia telah melakukan dosa yang besar. “

Berdasarkan kajian oleh pihak-pihak tertentu, dilaporkan bahawa kepercayaan dan amalan-amalan khurafat masih subur dalam masyarakat kita. Antara amalan dan kepercayaan tersebut ialah pertama, mempercayai bomoh dan dukun dapat memenuhi sesuatu hajat.

Sesetengah masyarakat kita di dapati ada yang menjadikan bomoh dan dukun sebagai tempat memohon dalam memenuhi sesuatu hajat. Hajat-hajat tersebut antaranya ialah seperti ingin mendapat pangkat, kedudukan dan pengaruh atau untuk mendapatkan calon isteri atau suami dan tidak kurang juga untuk menghilangkan penyakit.

Demi cita-cita tersebut sesetengahnya telah meletakkan kepercayaan dan harapan kepada dukun dan bomoh. Keyakinan yang sebegini sebenarnya tergolong dalam pengertian menyekutukan Allah dari sudut sifat rububiyah dan sifat uluhiyah Allah SWT kerana memohon keperluan kepada makhluk. Lebih malang lagi ada segelintir bomoh yang mengambil kesempatan merogol, mencabul kehormatan dan melakukan jenayah kekerasan. Dalam hal ini Nabi SAW telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Abdullah yang bermaksud : “ Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau ahli sihir atau bomoh dan bertanya sesuatu kepada mereka lalu dia mempercayainya akan apa yang dikatakan oleh mereka itu, maka sesungguhnya dia telah menggerunkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW “. (Musnad Abi Ya’la)

Amalan kedua ialah memakai tangkal azimat dengan keyakinan tertentu seperti menjadi kebal, pelaris perniagaan, penolak bahaya, penyembuh penyakit, penggerun, penunduk musuh dan sebagainya. Keyakinan kepada azimat yang sedemikian boleh membawa kepada syirik terhadap Allah. Rasulullah SAW melarang keras amalan memakai tangkal azimat. Di dalam sebuah hadith baginda yang bermaksud :“ Sesungguhnya jampi mantera, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah syirik “. (Sunan Abu Daud)

Kepercayaan khurafat yang lain ialah mempercayai hari-hari tertentu contohnya hari Rabu boleh mendatangkan keburukan kepada sesuatu pekerjaan seperti majlis kahwin, majlis pelancaran atau perasmian sesuatu program. Disebabkan yakin kepada kesialan hari-hari tersebut, maka terdapat di kalangan sesetengah masyarakat kita terpaksa menangguh atau melewatkan sesuatu pekerjaan. Sesungguhnya semua hari adalah baik dan boleh dilaksanakan apa juga pekerjaan. Adapun kegagalan, kemalangan dan keburukan yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian dan kelalaian kita sendiri.

Mutakhir ini kita dapati segelintir masyarakat mula mempercayai bintang dan angka-angka tertentu yang didakwa boleh membawa tuah dan keberkatan. Justeru, ada yang sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli nombor-nombor tertentu seperti nombor pendaftaran kenderaan yang diyakini boleh membawa tuah. Demikian juga kepercayaan kepada bintang-bintang yang dihubungkan dengan tarikh kelahiran seseorang sehingga dijadikan ukuran untuk memilih pasangan hidup. Kesemua ini adalah kepercayaan karut marut yang jelas bertentangan dengan akidah tauhid uluhiyah dan rububiyah iaitu ketetapan buruk dan baik kehidupan dunia adalah hak mutlak Allah yang tidak ada kaitan langsung dengan pengaruh sebarang makhluk.

Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 106: “ Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).“

Ingin saya ingatkan bahawa, perkara-perkara khurafat akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan di dunia dan di akhirat antaranya :

  1. Merosakkan akidah dan membatalkan amal ibadah.

  2. Pembaziran masa kerana menunggu hari yang membawa berkat atau tuah.

  3. Pembaziran wang ringgit kerana membayar pengeras atau upah dukun dan bomoh.

  4. Permusuhan atau pembunuhan kerana terlalu mempercayai ramalan yang tidak benar.

  5. Wujud kegelisahan dan ketidaktenteraman jiwa kerana bergantung kepada kuasa selain dari Allah.

  6. Menjadi mangsa jenayah seks golongan yang tidak bertanggungjawab.

Marilah kita memurnikan akidah dengan membudayakan hidup sebagai muslim yang berilmu. Berilmu dalam akidah, berilmu dalam syariat dan berilmu dalam tasauf. Semoga dengan ilmu kita terselamat daripada segala tipu-daya dan pengaruh khurafat dan ajaran sesat.

17 comments :

  1. terima kasih ustaz.
    amalan kuharafat ini semakin teruk berlaku tanpa masyarakat kita sedar kan..

    ReplyDelete
  2. Salam. Entri yg menarik. Syabas buat ustaz. AlhamduliLLAH.

    Mensekutukan, mendua atau menigakan, meninggikan atau menyamatarafkan walau sesuatu apa pun (dari alam benda, alam makhluk atau alam ruh) dengan Kebesaran dan Keesaan ALLAH SWT ialah syirik-syirik yang jelas dan tidak diampuni-NYA.

    Zaman dahulu orang berkata, "bomoh ini handal,tangkalnya amat berkesan!". Zaman sekarang orang berkata, "doktor ini pandai, panadolnya amat mujarab!"

    Zaman dahulu orang berkata, "tak pergi memukat boleh kebulur!". Zaman sekarang orang berkata, "tak ada duit boleh mati kebulur!".

    Zaman dahulu orang berkata, "Toyol ini boleh bagi duit seguni!". Zaman sekarang orang berkata, "si Toyo itu boleh bagi projek berjuta!".

    Maka sebutlah, Insya ALLAH...dengan izinNYA segalanya berlaku.

    Beribadahlah hanya kerana ALLAH SWT, bukannya beribadah kerana Syurga. AstaghfiruLLAH-al'azim!!

    ReplyDelete
  3. ustaz, bagaimana pula hukumnya mempercayai hari2 tertentu atau tarikh2 tertentu untuk memulakan pekerjaan? saya memang tidak percaya tetapi bagaimana saya boleh menerangkan kepada org yg taksub terhadap perkara ini? harap ustaz atau sesiapa saja dapat membantu. adakah terdapat hadith2 tertentu berkenaan perkara ini?

    ReplyDelete
  4. assalamu'alaikum.....nak tnya....syirik kecil yg biasa kita buat tp kita tak sedar..

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Jawapan kepada Anonymous pertama :

    Salam tiada tarikh yang tertentu untuk melakukan pekerjaan, bila-bila sahaja boleh lakukan pekerjaan, yang penting pekerjaan itu adalah halal. Kalau apa-apa musibah atau kebaikan yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Sekarang persoalannya percaya kepada tarikh atau Allah, kalau percaya kepada Allah buatlah, sebab banyak dalil yang meminta kita bekerja dan mencari rezeki yang halal.

    Jawapan kepada Muslim :

    Syirik kecil tidak merosakkan agama cuma ia dosa sahaja, contoh syirik kecil ini melaksanankan ibadah bukan kerana Allah tetapi kerana manusia, anggap rezeki ini dari manusia bukan dari Allah dan banyak lagi..

    ReplyDelete
  6. salam..
    jika seorang ustaz itu mdakwa ddlm badan sesorang itu ada makhluk halus..lalu dkeluarkn nya dan d masukkn nya ke badan orang lain..adakah perkara ini betul?

    dia telah mendawaka seseorang itu melakukn sihir..lalu ustaz ini memanggil roh orang yang konon nya dbayar untuk melakukan antaran sihir..adakah ia nya betul?

    ReplyDelete
  7. apakah maksud mendewa2 kan manusia lebih dari Allah?adakah ahli sukan,artis atau pemimpin tergolong di dalam ini

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum ustaz.. bagaimana pula kalo seseorang itu memakai sesuatu barang berkhasiat yang telah dciptakan ALLAH kepada hamba2 nye?bagaimana pula jika kita memakai dan meletakan pergantungan 100% kepada ALLAH?mengenai minyak pengasih,kenalan saya ada memberi minyak pengasih kepada saya yang diperbuat drpda bahan2 semula jadi tanpa alkohol,dan menggunakan ayat2 alquran untuk menguatkan lagi khasiat nye.ada ustaz2 berkata minyak pngasih bersifat putih hukum nye harus.. jadi boleh ker kita menggunakan nye?harap ustaz bleh beri keterangan secara detail..terima kasih

    ReplyDelete
  9. Warwaf :

    Perbuatan tersebut salah dan cara perubatannya adalah menggunakan jin dan salah dari segi amalan perubatan Islam.

    Anonymous pertama :

    Mendewakan manusia adalah mengagungkan manusia, seperti memuja artis, memuja pemimpin dan sebagainya..

    Anonymous kedua :

    Kalau ia bersifat pemujaan adalah haram maksudnya minyak tu dijampi dengan matera2 syaitan. Apa tujuan digunakan, nak tarik perhatian orang atau apa-apa? kalau dia bertujuan jahat atau maksiat adalah haram..

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum ustaz, sy ingin bertanya apakah hukum tarik duit di alam bunian dgn cr berzikir dan apakah kesannya pada kehidupan apabila menggunakan duit itu. terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Salam

    Itu syirik, sebab cara itu bukan dari usaha yang betul, kalau dalam Islam hasil dari pekerjaan titik peluh kita sendiri. Lagi pun benda tu seolahnya mintak pertolongan dari bunian bukan dari Allah.. Kena tengok zikir yang camne, takut bukan sebut nama Allah atau ditambah dengan perkataan lain.

    ReplyDelete
  12. assalamulaikum

    ustaz kalau tarik duit gune ape2 zikir pown dikirakan syirik ke?

    ReplyDelete
  13. salam ustaz ..

    re : 'Itu syirik, sebab cara itu bukan dari usaha yang betul, kalau dalam Islam hasil dari pekerjaan titik peluh kita sendiri. Lagi pun benda tu seolahnya mintak pertolongan dari bunian bukan dari Allah.. Kena tengok zikir yang camne, takut bukan sebut nama Allah atau ditambah dengan perkataan lain.'

    ustaz , ada tak dalil2 , hadith atau ayat quran yg benar kukuh utk menyokong kenyataan ustaz ni . sy terlibat dalam perkara ni , secara paksa .. dan sy perlukan bukti utk buktikan perkara ini tak sah dari segi Islam .. supaya saya dpt menyedarkan semua yg terlibat ..

    dalam keadaan sy , zikirnya , segalanya mengikut ayat al-Quran , selawat dan tak ada ayat ayat aneh ..
    gurunya pun tak mintak sebarang duit utk 'membantu' kecuali duit yg diikat mengikut jumlah huruf nama ahli jemaah ..
    jadi sy tak dapat buktikan apa2 ..

    harap ustaz dapat membantu ..

    ReplyDelete
  14. Bagaimana pula jika sesuatu alatan dari pada alam ghaib yg telah di jampi dgn ayat2 suci Al Quran dan dipercayai sebagai pembuka pintu rezeki pelaris dan lain2 ustaz? Boleh kah kita anggap itu sbagai usaha sahaja tapi yg mengizinkan tetap Allah swt.. Boleh kah? Sbgai contoh Memiliki ibu duit.. Batu2 yang mempunyai qadam.. Bagaimana? Tetapi kita tetap pasak di dalam hati kita... Alat2 nie sebagai usaha TETAPI perkara itu jadi ataupun tidak.. Hanya dgn keizinan Allah swt jua.. Sy perlu penjelasan ustaz.

    ReplyDelete
  15. Ustaz,adakah ilmu pengasih ilmu tepuk bantal itu sma
    hukumnya dgn mensyirikkan Allah?

    ReplyDelete
  16. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  17. Ustaz.saya nak tanya beberapa soalan.

    1)Jika seseorang itu menunjuk-nunjuk barang berharga seperti henpon. .kereta mewah. .maka. .tergolong dalam golongan syirik kah???
    2)seseorang itu bertanya kepada rakannya bahawa dia pernah melakukan perkara yang tidak diingini tetapi rakannya berkata bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu sebaliknya dia telah membuat perbuat yg tidak diingini itu..adakah ini juga termasuk dalam golongan syirik?
    3)seseorang itu menolong cikgunya membawa buku tetapi dalam hatinya berkata "oh,aku dapat pahala lah kali ni!"tetapi dia tidak berkata kepada sesiapa pun tentang hal itu..adakah ini syirik? ??tolonglah ustaz..saya merayu kepada ustaz!!! Sekian assalamualaikum

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG