PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, April 18, 2010

Masjid Menjadi Sasaran Latihan Menembak


Penggunaan replika masjid sebagai sasaran penembak dalam latihan ketenteraan Angkatan Tentera Darat Britain di North Yorkshire telah mendapat kecaman daripada kaum Muslimin. Perbuatan ini mencerminkan tujuan strategik Britain dan kekuatan ketenteraan atas dasar penjajahannya di dunia Muslim.

Taji Mustafa,wakil salah satu NGO Islam Britain berkata, "Terus terang, tentera Britain menggunakan replika masjid sebagai sasaran penembak dalam latihan mereka adalah sangat menjijikkan. Lebih menjijikan lagi kerosakkan yang jelas berlaku terhadap kehidupan manusia, masjid dan bangunan-bangunan yang lain sepertimana yang telah berlaku di Afghanistan dan Iraq sejak 2001. Kaum Muslimin berhak menunjukkan kemarahan mereka, tidak ada yang perlu dihairankan dalam perkara ini."

"Bukti ini bukan sahaja mencerminkan 10 tahun pencerobohan berdarah, penjajahan dan tindakan kejam, tetapi juga mencerminkan matlamat masa depan Britain," ujar Taji Mustafa.

Menurutnya, Britain membuktikan bahawa penjajahan mereka di dunia kaum Muslimin tidak diterima di dunia Islam sehingga mereka sendiri perlu melakukan banyak tindakan keganasan. Perkara ini berlaku tanpa membezakan parti mana yang menang pada pilihan raya yang akan datang, kata Taji Mustafa.

"Kerana kedua-dua parti utama berkomitmen dalam pencerobohan di Afghanistan dan kedua-duanya menyokong perang di Iraq," tegasnya.

"Ahli politik menghabiskan banyak waktu dalam bercakap tentang rancangan 'mencegah' kemarahan umat Islam, sementara mereka aktif dalam mendorong rancangan 'membuat' perang di dunia Islam."

Ini membuktikan bahawa Islam, umatnya dan tempat-tempat ibadah menjadi sasaran tentera Britain dalam terus melaungkan penjajahan di negeri-negeri kaum Muslimin.

Kiriman http://jebbat.blogspot.com

3 comments :

  1. memang melampau diorang nih...

    ReplyDelete
  2. ummat islam hari ini perlu bersatu... Ya Allah selamatkanlah saudara2ku..

    ReplyDelete
  3. kesilapan pada kaum muslim sendiri contoh di malaysia melayu sendiri tak bersatu malah beertambah bodoh dan dungu itunorang tua cakap jangan makan tahi banyak banyak dan minum air kencing bodoh macam kaldai jadinya bangsa melayu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG