PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, April 22, 2010

Mengambil Keuntungan Dalam Perniagaan

Gambar Hiasan Sahaja


Maksud Berniaga


Berniaga adalah salah satu bentuk muamalat yang disyariatkan oleh Islam. Berniaga dari sudut bahasa bermaksud berdagang atau berjual beli. Manakala dari sudut istilah syarak pula, berniaga bermaksud pertukaran harta dengan harta mengikut syarat-syarat tertentu. Harta yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis barangan yang bernilai di sisi syarak.

Adab-Adab Berniaga

  1. Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan.

  2. Ihsan bermaksud peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengambil kira semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan daripada Allah S.W.T. di samping mendapat keuntungan.

  3. Bekerjasama bermaksud penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak diingini.

  4. Tekun perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu berkembang maju.

  5. Menjauhi perkara yang haram penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa menjalankan perniagaan. Contohnya menipu dalam timbangan, menjalankan muamalat riba, menyorok barang, dan menjual barangan yang diharamkan seperti dadah dan arak.

  6. Melindungi penjual dan pembeli penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak masing-masing. Contohnya penjual memberikan peluang yang secukupnya kepada pembeli untuk membuat pilihan ketika hendak membeli sesuatu barangan.


Keuntungan Penjualan Barang Mengikut Islam


  1. Keuntungan barang jualan seperti keuntungan yang diambil dari barang yang dijual. Contohnya perniaga menentukan harga barang yang ingin dijual dengan harga yang berpatutan. Sebenarnya Islam tidak menentukan keuntungan penjualan barang tersebut, yang penting setiap penjualan perlu mempunyai akad, suka sama suka atau persetujuan dua belah pihak (penjual dan pembeli). Tetapi lebih baik penjual menentukan keuntungannya dengan harga yang berpatutan, kerana Rasulallah saw berniaga dengan menentukan harga barangnya secara berpatutan dan tidak mengambil keuntungan yang lebih, sebab itulah perniagaan Rasulallah sentiasa laris dan untung pada setiap kali beliau berdagang. Sabda Rasulallah saw yang bermaksud : "Dari sahabat Urwah Al Bariqy ra mengisahkan: Rasulallah saw memberiku satu dinar agar aku membelikannya seekor kambing, kemudian akupun membeli dua ekor kambing dengan satu dinar yang diberikan Rasulallah, kemudian aku jual kembali seekor kambing dengan harga satu dinar, apabila aku datang menemui Baginda dengan membawa seekor kambing dan satu dinar. Kemudian Rasulallah saw mendoakan keberkatan kepada perniagaan arwah, sehingga seandainya ia membeli debu, niscaya ia akan memperolehi laba darinya." (Riwayat Abu Dawud, At Tirmizi dan Ibnu Majah)

  2. Keuntungan dari keberkatan, pahala dan keredhoan Allah. Apabila perniaga mengambil keuntungan yang memadai dengan barang yang dijual, maka dia memperolehi keberkatan dari Allah dan pahala yang sangat besar. Lebih baik lagi peniaga muslim jangan menipu barangan yang dijual. Contohnya mencampurkan ikan lama dan yang baru dalam perniagaannya, atau menipu barang yang dijualnya adalah baru dan mempunyai kualiti yang baik, tetapi pada hakikatnya semua itu adalah penipuan. Maka di sini perniaga terlebut tidak memperolehi keuntungan di akhirat nanti dan dia akan dilaknat oleh Allah diatas penipuan yang dilakukannya semasa berniaga. Sabda Rasulallah yang bermaksud : "Dari Hakim bin Hizam dari Nabi saw beliau bersabda: "Kedua orang penjual dan pembeli masing-masing memiliki hak pilih selama keduanya belum berpisah, bila keduanya berlaku jujur dan menjelaskan, maka akan diberkahi untuk mereka penjualannya, dan bila mereka berlaku dusta dan saling menutup-nutupi, niscaya akan dihapuskan keberkahan penjualannya." (Muttafaqun 'alaih)

Kesimpulannya

Setiap perniagaan yang dijalankan perlulah diberikan kemudahan dan memudahkan pembeli untuk memiliki barang yang diingini dengan harga yang berpatutan, kerana Allah akan memberikan ganjaran yang sangat besar kepada penjual di akhirat nanti. Setiap perniagaan yang dijalankan janganlah mengharapkan keuntungan dunia semata-mata, kerana dalam masa yang sama kita telah menyusahkan orang lain dan ditakuti ada penipuan dalam perniagaan. Percayalah barang siapa yang menjual barang mengikut syariat Islam nescaya beliau akan memperolehi keuntungan yang sangat besar di dunia dan di akhirat.

16 comments :

  1. Assalamualaikum Ustaz, lazimnya kita lihat para peniaga bukan muslim pon dah pandai sebut "saya jual barang ni ye"...dan para peniaga muslim sudah maklum tentang akad ini..apa yang nak kongsikan di sini ialah di mana keikhlasan akad jual beli itu...sekadar menyebutnya, semua orang boleh buat.

    ReplyDelete
  2. Salam ust,

    nk tny sikit....
    sepanjang pembelajaran sy,
    kalau berniaga dlm Islam, hendaklah mengambil untung tidak melebihi 10%...
    tp dalil2 nya sy sudah lupa, mngkn ust blh kaji blk....

    dn dlm perniagaan ada 3 perkara penting, 1, puas hati sesama peniaga dan pelanggan, 2, tidak mengambil untung melebihi 10% (sebab x blh lbh 10% adalah utk mengelakkan riba' dan nilai duit merudum...) 3, kualiti brg jualan...

    hamba hanya sekadar menambah sedikit ya Ust... Maaf, kalau hamba silap, tlg betulkn blk...


    Wallahua'lam,
    Wassalam...
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  3. salam,

    Terima kasih Pakcik Le dan Orang Gombak.

    Ambil keuntungan 10 % ini bagi ana memang betul dan masalah muamalah dalam Islam ini adalah masalah khilaf dan banyak berlakunya perbezaan pendapat ulamak. Tetapi bagi saya, selagi mana tidak ada dalil yang tepat atau qat'i, maka selagi itulah kita boleh memilih hukum yang mana untuk kesesuaian kita. Tapi setiap hukum yang dipilih mesti ada hujah. Sebagai muslim ada contoh dari Rasulullah tentang perniagaan yang jelas dan boleh kita tiru rasul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ustad..........
      misalnya kita menjual jilbab modal kita cuma 10 tapi kita jual 15 macam mana tu ustad untungnya lebih besar dari modalnya,kalau menurut ustad riba gak ?

      Delete
  4. Assalamualaikum.

    Suatu ketika Rasulullah melaui sebuah longgokan gandum & baginda telah memasukkan tgn ke dlmnya, lalu tgn baginda menjadi basah kerana gandum trsebut basah. Rasulullah bertanya, apa ini? Lelaki itu mnjwb, Wahai Rasulullah, oleh kerana hari hujan, maka gandum telah menjdi basah. Rasulullah brsbda, mengapa kamu tidak meletakkan gandum yg lembap di atas longgokan supaya org dpt melihatnya? Seterusnya baginda bersabda,brgsiapa yg menipu manusia bukanlah termasuk dr kalangan umatku..

    Dari Jabir r.anhu mriwayatkan bhw Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam brsbda:Rahmat Allah ke atas mereka yg brlbih kurang & brlemah lembut ketika menjual, membeli, dan apabila memutuskan sesuatu @ menuntut akan haknya.(HR Bukhari).

    Dr Rifaa'h R.anhu meriwytkan Rasulullah sallallahu alihi wasallam brsbda: sesungguhnya para peniaga akan dibangunkan pd hari kiamat brsama2 org yg brdosa, kcuali mereka yg bertaqwa kpd Allah, jujur & benar. Yakni tidak berkhianat & menipu dlm perniagaan. Melaksanakan hubungan yg baik & menegakkan kebenaran di antara mereka. (HR Tirmizi).

    Wallahu alam.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Terima kasih kepada aliaazuan atas perkongsian anda ini, memang Islam tidak membenarkan riba, tipu daya, penindasan, kezaliman dan sebagainya, kerana Islam mahu hubungan dua belah pihak baik dan tidak berpecah disebabkan harta dan muamalah.

    Terima kasih ini adalah satu ilmu bagi saya dan semua pengunjung blog ini.

    ReplyDelete
  6. saya ada terbaca jawapan ustaz dari orang gombak. Akan tetapi setahu saya jika harga stok adalah RM5. 10% bermakna RM 5.50. jika salah betulkan ye. Yang saya tahu perniagaan sekarang ini mendapat keuntungan 2/3 kali ganda. Jika saya modal adalah RM 5, saya menjual dengan harga RM 10/ RM 20, adakah salah? saya ada membaca buku jejak rasul bisnes tetapi tiada satu pun contoh harga yang ditulis. tambahan lagi, ustaz ada menerangkan jual beli adalah dari persetujuan dari kedua-dua belah pihak, bermakna saya setuju menjual dengan harga itu dan pembeli pun sama. saya tidak pasti yang mana satu harus saya ikuti. saya harap ustaz dapat terangkan lebih jelas.

    -hana-

    ReplyDelete
  7. Saya nampak logo "Halal" pada blog saudara. Adakah kita sedar, sesiapa pun boleh mencetak dan menampal logo di atas dikedai dan restoren. Ini termasuk restoren yang tidak halal. Jawapannya ia tidak ada kawalan. Tidak ada "bar code" atau ID bagi mempastikan ia sah dan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Benda yang simple pun Kerajaan tidak boleh fikir.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ustaz. kakchik kongsikan artikel ustaz di blog. harap dihalalkan.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Ambillah, saya benarkan, kalau boleh masukkan link rujukannya sekali.

    ReplyDelete
  10. salam,
    bagaimana nak kaitkan pernigaan muamalah islam dengan isu semasa dari aspek ihsan, akhlak mahmudah dan kepentingan penjual dan pembeli.
    tlg, saya sedang buatsyarahan utk anak saya

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya ada seorang kawan yang terpaksa meminjam wang dari temannya untuk tujuan perniagaan. Temannya setuju memberi pinjaman dengan syarat keuntungan 5% dari pinjaman sebanyak RM50,000.00 yang dipinjam dibayar setiap bulan dengan nama "HIBAH". Bayangkan selepas setahun "HIBAH"nya menjadi RM30,000.00 (60% dari pinjaman). Ini tak termasuk pinjaman pokok RM50,000.00. SOlananya, betul ke perniagaan/pinjaman begini dibenarkan Islam atas nama "HIBAH". Malahan lebih teruk dari interest bank konvesional. Minta tolong Ustaz jelaskan. T.Kasih

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum Ustaz,

    saya ingin bertanya sedikit, saya menjadi orang tengah dalam satu perniagaan, contohnya.. kawan saya hendak menjual tanah rm1k contoh, saya mencari pembeli dan meletak harga 2k contohya..
    saya mengambil keuntungan 1k dari harga asal... adakah salah perbuatan saya itu...dan apa hukumnya..boleh ustaz tolong jelaskan tak.. t.kasih

    ReplyDelete
  13. adakah game online juga boleh mendatangkan riba??

    ReplyDelete
  14. saja nk share pendapat..rasanya untung x boleh lebih dr modal..klu modal rm5, untung x boleh lebih dr rm5..renung2kn..

    ReplyDelete
  15. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG