PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, April 16, 2010

Mohon Sumbangan Ikhlas Untuk Saham Akhirat

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, saya doakan semoga anda semua sihat dan diberikan kemudahan untuk melaksanakan tugas-tugas harian anda semua. Kesempatan ini, saya selaku pengerusi Surau Al-Hidayah IKM Johor Bahru ingin memohon dan merayu sedikit sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan untuk mengerakkan segala aktiviti keagamaan yang telah dirancangkan oleh kami. Diantara program yang telah dirancangkan dan dijalankan ialah :
  1. Kuliah Maghrib pada setiap hari Isnin yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Amar Bin Abdullah, kuliah yang disampaikan ialah berkaitan dengan Tafsir Al-Quran.

  2. Kuliah Maghrib pada setiap hari Selasa yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ishak Bin Aziz, kuliah yang disampaikan ialah berkaitan dengan Fiqh Ibadah.

  3. Kuliah Maghrib pada setiap hari Rabu yang disampaikan oleh Ustaz Fathul Munir Bin Mat, kuliah yang disampaikan ialah berkaitan dengan Akidah Islam.

  4. Yassin Perdana dan Ceramah Perdana di adakan sebulan sekali diantara semua warga IKM Johor Bahru.

  5. Pengajian Kitab Kuning yang disampaikan oleh Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal. Kitab yang dibacakan ialah kitab Hidayatul Subiyan (hidayah Anak-anak kecil) pada setiap pagi Rabu.

  6. Rancangan untuk membeli 100 nafkah Al-Quran PJ 1888 berharga RM 25.00 sebuah X 100 buah = RM 2500.00. Rancangan untuk membeli nafkah Al-Quran adalah bertujuan untuk kegunaan semua warga IKM Johor Bahru.

Permohonan sumbangan ikhlas ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada semua untuk mencari saham akhirat dengan melaburkan sedikit harta ke arah majlis-majlis ilmu dan ke arah kebaikan. Ganjaran yang akan dibalas oleh Allah sangat besar bagi sesiapa yang menyumbangkan sedikit hartanya untuk jalan agama.

Sebagai bukti kepada semua pengunjung, saya masukkan gambar surau dan aktiviti surau yang telah dilaksanakan. Segala program yang telah dirancangkan adalah untuk memberikan pendedahan agama kepada semua warga IKM Johor Bahru.

Segala sumbangan ikhlas anda bolehlah masukkan terus ke akaun Surau Al-Hidayah IKM Johor Bahru. No Akaun Bank Islam 01041010029289. Kepada sesiapa yang ingin melalui kiriman cek di atas nama Surau Al-Hidayah Institut Kemahiran MARA Johor Bahru.

Setiap kiriman cek atau wang pos boleh dihantar terus ke alamat :

Tetuan Surau Al-Hidayah,
Institut Kemahiran MARA,
Jalan Taruka Off, Jalan Datin Halimah,
80990 Johor Bahru.


5 comments :

  1. salam ,mohon copy dan paste di blog sy ,http://senyumansemngtsaudara.blogspot.com/
    moga dpt membantu sedkt sebnyk usaha2 , :)

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ambillah saya benarkan mudah-mudahan anda juga mendapat sahamnya juga, saya mengharapkan kerjasama semua untuk menjayakan rancangan pembangunan saksiah warga IKM JB.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Akaun yang diberikan itu , akaun dari Bank apa yer ?
    Selain daripada usaha mengutip derma ini , saya juga berharap agar pihak tertentu seperti Koperasi IKM dan pengurusan IKM juga turut serta menjayakan rancangan di atas.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Akaun Bank Islam, Segala sumbangan boleh melalui akaun Bank Islam dan No Akaun seperti di atas.

    ReplyDelete
  5. Salam pihak IKM banyak membantu dalam program agama terutamanya Tuan Pengarah yang bertungkus lumus bersama menjayakan segala rancangan agama di IKM JB. Tuan pengarah juga tidak pernah meninggalkan program agama yang telah di adakan kecuali beliau ada tugas luar.

    Pihak Koperasi juga banyak membantu dan menjayakan program agama yang telah kami rancangkan ini.

    Setiap program agama dan untuk menjayakan semua program yang telah dirancangkan ini memerlukan perhatian semua pihak dalam menggerakkan aktiviti tersebut. Terima kasih atas segala pertolongan dan sumbangan anda semua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG