PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, April 1, 2010

Pergaulan Adik Beradik, Saudara Susuan & Ibu Susuannya



Soalan yang dikemukakan ialah :


Saya dan tunang saya baru 4 bulan bertunang..berkawan dah hampir 2 tahun..pertama kali saya menghadiri majlis keluarga nya.Saya amat terkejut cara tunang saya bersalam dengan sepupu-sepupu perempuan dia..ada cium pipi lagi.Hati siapa lah tak cemburu..dengan orang lain dia buat macam tu..walaupun itu sepupu dia.hukum tetap haram kan..apa tah lagi dengan saya,memang confirm haram sebab saya belum isteri nya..tapi dengan saya Alhamdulillah..dia menjaga semua tata adab pergaulan dengan saya..Itu yang buat saya muskyil..bila saya tanya..dia kata mereka tu adik beradik sesusuan..saya terima sebab hukum nya tidak haram kan,Ustaz?? tapi ustaz,hati saya tetap tak menerima..sedangkan saya dengan sepupu saya..tak pernah ada berkelakuan begitu..hati saya amat sedih..tapi saya cuba trima andai betul lah mereka2 itu saudara sesusuan tunang saya..tapi tak kan lah semua sepupu-sepupu perempuan dia tu saudara sesusuan..bila saya nak bincangkan hal ni..takut jadi kemarahan dia pulak..takut saya salah cara menyampaikan hal ni.."apa yang patut saya buat ustaz,dalam hal begini..saya nak tegur..takut jadi masalah..cuma bila saya simpan..jadi masalah pulak..takut suatu hal yang berbangkit bila dia jadi suami saya nanti.memang saya akui..cemburu teramat sangat dengan kemesraan itu sedangkan dengan saya..dia takde lah mesra macam tu".

Jawapannya :

Maksud saudara susuan ialah anak angkat yang di ambil oleh sesebuah keluarga untuk memeliharanya dan ibu angkatnya memberikan susu badannya kepada anak tersebut sebanyak lima kali susuan, maka ini dinamakan anak susuan. Syarat untuk menjadi anak susuan ialah seperti berikut :

  1. Ibu yang menyusukan telah baliqh. Maksudnya perempuan yang menyusukan anak angkat tersebut mestilah perempuan yang telah baliqh iaitu keluar haid dari kemaluannya dalam keadaan sihat anggota badannya. Umur perempuan baliqh ialah di antara 9 atau 10 tahun.

  2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun ke bawah. Maksudnya anak angkat yang di susukan itu mestilah berumur 2 tahun kebawah dan tidak boleh anak yang berumur 2 tahun ke atas. Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.” (Riwayat Darul Qutni)

  3. Susuannya sebanyak lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang. Maksudnya anak angkat yang disusukan mestilah sebanyak 5 kali susuan secara berasingan dan susuannya tidak boleh kurang dari 5 kali. Setiap kali susuan tersebut mestilah sehingga anak tersebut kenyang. Hadis Nabi yang bermaksud : “Adalah pada ayat yang diturunkan daripada Al-Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.” (Riwayat Muslim)

  4. Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan sehingga sampai ke perut anak tersebut. Maksudnya susuan yang diberikan kepada anak tersebut dipastikan sampai kedalam perut anak angkat tersebut. jika tidak sampai maka tidak boleh dianggap anak angkat tersebut sebagai anak susuan.


Batas pergaulan anak susuan (anak angkat susuan) dengan saudara susuannya (anak-anak dari darah daging ibu susuan) sama sepertimana adik beradik kandungan atau saudara sama mahramnya. Auratnya antara anak perempuan dengan anak lelaki ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi ada pendapat lain yang menyatakan aurat anak perempuan seluruh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja. Pendapat saya berdasarkan keadaan semasa yang banyak berlaku kes-kes sumbang mahram dikalangan adik beradik, bapa dengan anak, atuk dengan cucu dan sebagainya, maka lebih eloklah anak perempuan tersebut tutup keseluruh tubuh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Pendapat saya lagi, adik beradik antara lelaki dan perempuan atau sesama saudara susuan tidak eloklah berpelukkan antara saudara lelaki dan perempuan, kerana dikuatiri akan berlakunya perkara yang tidak diingini iaitu sumbang mahram atau timbulnya perasaan nafsu syahwat. Walaupun dalam Islam tiada batas pergaulan antara mereka, tetapi lebih baik berjaga-jaga sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini. Biarlah bersalam atau mencium tangan saudara yang lebih tua sebagai tanda penghormatan antara satu sama lain, tetapi lebih baik elaklah dari berpelukkan atau berciuman antara satu sama lain.

Anak susuan tidak boleh meminang atau mengahwini ibu susuannya dan saudara susuannya. Sepertimana fiman Allah yang bermaksud :

“Diharamkan kepada kamu berkahwin Dengan (perempuan-perempuan Yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu Yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu Yang perempuan,
dan ibu-ibu kamu Yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri Yang Dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri Yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri Yang berasal dari benih kamu. dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali Yang telah berlaku pada masa Yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (An-Nisa : 23)

Merujuk kepada ayat di atas yang telah saya boldkan telah menjelaskan dengan jelas sekali bahawa diharamkan anak susuan mengahwini ibu susuannya atau saudara susuannya, kerana anak susuan tersebut telah menjadi sebahagian dari keluarga tersebut dan boleh dikatakan sepertimana anaknya sendiri tetapi binnya tetap berbeza dari saudara susuannya. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Wahai Rasulullah, tidakkah tuan berkenan (berkahwin) dengan anak perempuan pamanmu, Hamzah. Dia adalah gadis Quraisy yang paling jelita dan cantik. Baginda menjawab: Apakah engkau tidak tahu bahawa Hamzah itu adalah saudara susuanku? Sedangkan Allah S.W.T telah mengharamkan hubungan berkaitan dengan saudara sesusuan sama seperti hubungan seketurunan (senasab).” (Hadis riwayat Bukhari)

21 comments :

  1. ustaz..
    umuq saya dah dekat 50, sampai sekarang mengharapkan hidayat datang,tapi tak datang-datang, keinginan nak pi arah situ ada, tapi selalu saja ada block...

    ReplyDelete
  2. Salam ustaz..

    Terima Kasih dengan artikel nya..tapi tak tahu pulak nak terangkan dan sampaikan pada tunang saya.mudah2an dia menerima teguran dan nasihat dari saya..Amin~

    ReplyDelete
  3. oh..cantik sekali huraian ustaz..betul pendapat ustaz tu..ye,dlu sy prnh mendengar guru pondok yg mengajar sy tentang batas aurat sesama adik beradik lelaki dan wanita..namun saya berfikir panjang..tidak lah pula berniat untuk menentang..cuma saya fikir,walaupun bukan aurat tetapi jika ia boleh menimbulkan syahwat sehingga boleh terjadinya sumbang mahram seperti sekarang maka eloklah dielakkan..bukan niat nk menafikan hukum tu,namun jika ada pendapat lain yang ada dalilnya maka elok juga ambil kira yang lain dalam memilih hukum..

    tentang adik beradik susuan pula,ya..batas2 nya juga kena jaga..tidak semestinya adik beradik susuan..adik beradik kandung pun saya fikir kurang manis jika lelaki dan perempuan berpelukan terlampau mesra.cium sana cium sini..memadai berpegangan tangan antara abang dengan adik perempuan pun hanya untuk bersalaman..cium pun hanyalah cium dahi contohnya jika ingin pergi jauh.maksudnya keakraban antara adik beradik lelaki dan perempuan yang dewasa ni tidaklah sampai berbulu mata klu orang luar tengok

    ReplyDelete
  4. Salam Ustaz,terimakasih
    Info yg sangat berguna di zaman ini yng sudah banyak berlaku sumbang mahram.
    Semoga Ustaz diberi kemudahan oleh Allah untuk terus menyampaikan misi Dakwah.

    ReplyDelete
  5. terima kasih dengan ilmu yg ustz kongsikan disini .. dapat mengingatkan saya & sahabat2 yang mudah alpa dgn duniawi ni ..

    ReplyDelete
  6. syukran...saya nk tnye dlm perkara di atas ada x menegenai pandangan fuqaha?

    ReplyDelete
  7. salam ustaz....sy mengambil bayi perempuan sebagai anak angkat dan menumpang susu kepada adik perempuan saya...adakah anak ini telah menjadi mahram kepada suami saya juga..?

    ReplyDelete
  8. Salam

    Anak itu tetap sebagai ajnabi iaitu bukan mahram suami anda, sebab dia anak angkat sahaja bukan anak kandung dan anak susu anda.

    ReplyDelete
  9. ustaz saya ingin bertanya, apakah hukum anak lelaki yang telah baligh menghisap susu ibunya?

    ReplyDelete
  10. Salam

    Tidak mengapa, tapi kalau lebih baik elakkan, kerana takut anak tersebut berkeinginan yang tak baik.. dunia sekarang kena jaga sebab banyak pendedahan benda yang tak baik.. tapi apa2pun terpulang..

    ReplyDelete
  11. salam
    ustaz apa hukum bila ibu/bapa angkat meninggal dunia anak angkat mencium jenazah mereka sedangkan mereka bukan anak susuan?...

    ReplyDelete
  12. salam ustaz...saya ada adik susuan..tapi dia muda 2 tahun dari saya dan dia lelaki..saya perempuan...bermaksud dia menjadi adik susuan saya setelah saya berumur 3 tahun...apakah batas pergaulan antara saya dan dia...?

    ReplyDelete
  13. Salam

    Tak boleh anak angkat berbuat begitu, kerana dia tidak mempunyai pertalian darah.. kalau anak angkat itu lelaki cium ayah angkatnya tidak mengapa.

    Anonymous kedua :

    Adik susuan auratnya seperti orang yang mahram atau sama auratnya dengan saudara lelaki anda. dia tidak boleh kawin dengan anda.

    ReplyDelete
  14. assalamulaikum ustaz...

    saya ingin mdptkn kpstian tntg anak susuan. adik perempuan saya dminta oleh adik ipar lelaki nya untuk myusukan anak angkat perempuan dia kerana isterinya tidak mampu untuk myusukan. tujuan utama untuk memudahkan hukum seperti bersntuhan.
    soalan saya, apakah hukum sentuhan antara anak susuan adik perempuan saya ini dengan adik ipar (her brother in-law)
    terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum ustaz...

    saya nak tanya kalau seorang adik lelaki yg sudah baligh tido dengan kakaknya didalam satu bilik aper hukumnya.

    ReplyDelete
  16. Saya ada 1 persoalan yang perlu pandangan ustaz
    Ali dan Leha adalah adik beradik susuan ( Leha di susukan oleh ibu Ali).
    Ali mengambil Siti sebagai anak angkat dan Leha menjadi ibu susuan Siti.
    Apakah hukum mahram antara Ali dan Siti?

    ReplyDelete
  17. Soalan... tentang hukum susuan samada direct breastfeeding atau EBM, pendapat manakah yg lebih kuat. Yusof Qardawi atau Imam Syafie?

    1. Setiap hari, saya memberi 5oz susu kepada anak susuan saya (6bulan) dengan cara pam bukan direct. Adakah beliau menjadi mahram?

    2. Setiap hari, sahabat saya memberi susunya kepada bayi saya (4bulan) sebanyak 1oz berterusan sehingga bayi 6bulan. Jatuhkah hukum anak susuan?

    ReplyDelete
  18. ustaz.. saya nak tanya.. kalau bayi susuan itu hanya minum sekali sahaja , apakah hukumnya? adakah ia sudah menjadi anak susuan kepada ibu susuan walaupun hanya minum sekali sahaja?

    ReplyDelete
  19. Ustad Saya ingin bertanya, Hukum anak lelaki yang sudah baligh menghisap susu ibu kandungnya.. bila di bolehkan apa ada batasannya Ustad?

    ReplyDelete
  20. Salam Uztaz, jikalau seorang suami melebihkan adik perempuan sendiri, contohnya, pergi balik kje suami saya ambil, bagi duit dan lebih sygkannya dari saya...manja sehingga menyuruh urut bdan apa hukumnya ustaz,..sedangkan saya sbg isteri tidak dihiraukan, jika keluar makan ataupun mana2, sentiasa mahu duduk bersebelahan. Hari2 makan hati sebab adik ipar perempuan duduk serumah dgn saya dan suami...

    ReplyDelete
  21. Salam Ustaz saya nak tanya, sy mempunyai seorang anak angkat lelaki yang sekrang ni berusia 2 tahun 4 bulan, masalahnya ustaz masa sy ambil dia sebagai anak angkat dia berusia 6 bulan dan pada ketika itu sy berniat untuk susukan anak saya dan saya telah cuba untuk memakan pil yang dibeli dr farmasi untuk keluarkan susu puas saya cuba tapi susu tetap x keluar hanya keluar setitik 2 sahaja, sampai lah skrang sy terjumpa 1 product yang boleh mengeluarkan susu badan dan niat saya ingin menyusukan dia sehingga 5 kali susuan, soalan saya ustaz jika saya susukan anak angkat saya dalam usia 2 tahun 4 bulan masih boleh kah dia menjadi anak susuan kepada saya. saya berharap sangat agar saya boleh susukan anak angkat saya. Terima kasih ustaz harap ustaz boleh terangkan kepada saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG