PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, April 6, 2010

Pertaruhan Dalam Permainan Adalah Judi


Soalan yang dikemukakan ialah :

Saya ada kekeliruan dalam bersukan seperti badminton, golf dan lain-lain yang mana sebelum permainan bermula ada dibuat perjanjian antara pemain seperti berikut :

  1. Siapa yang kalah akan belanja makan atau air atau membayar kos bola atau bayaran kemasukkan dan lain-lain.

  2. Siapa yang menang akan dapat duit yg terkumpul dari setiap pemain atau dapat makan free dan lain-lain.
Perkara diatas dilakukan dengan alasan untuk menjadikan perlawanan itu lebih bersemangat dan pemain akan bermain bersungguh2 untuk menang dan tidaklah bermain dalam keadaan bersahaja/longlai.

Soalan saya, adakah perkara diatas dikira bertaruh/berjudi?

Jawapannya

Maksud judi ialah mempetaruhkan wang atau seumpama dengannya bagi sesuatu permainan seperti permainan bola sepak, golf, badminton dan sebagainya. Judi juga merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam, kerana ia mempunyai pertaruhan, harapan dan hilang wang pertaruhan apabila perlawanan itu dimenangi oleh orang lain. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Al-Maidah : 90)

Judi ini tidak semestinya dengan bermain daun judi, main game kuda, sport toto, nombor ekor dan sebagainya. Setiap benda yang ada wang pertaruhan atau mempertaruhkan apa-apa benda adalah dikira sebagai judi. Jadi merupakan perkara yang telah diharamkan dalam Islam dan mempunyai dalil yang jelas (qat’i) dan tidak perlu dipertikaikan lagi untuk mencari kehalalannya.

Menjadi tradisi dalam permainan bola sepak, badminton dan sebagainya siapa yang kalah mesti membayar kos permainan tersebut atau belanja lawannya makan free dan sebagainya. Bagi pendapat saya berdasarkan dalil di atas, pertaruhan ini adalah haram, kerana ia melibatkan pertaruhan dan harapan untuk seseorang itu menang. Masalah ini sama dengan permainan daun judi yang mempertaruhkan duit dalam permainannya, sesiapa yang menang dalam permainan tersebut dia akan mendapatnya.

Di haruskan perlawanan bola sepak, badminton, golf dan sebagainya yang menawarkan hadiah bagi pemenang oleh penganjur dengan tidak mempunyai wang pertaruhan daripada pemain. Wang yang dikenakan sebagai wang pendaftaran sahaja dan tidak melibatkan apa-apa pertaruhan yang boleh disamakan dengan judi.

Hal ini sama juga dengan peraduan-peraduan sms yang mengenakan caj setiap jawapan yang diberikan dan peraduan sms itu tidak diketahui apa jadi dengan jawapan tersebut. pihak yang mengetahui hanyalah penganjurnya sahaja. Kadang-kadang itu soalan yang ada cukup mudah dan boleh dijawab oleh pelajar darjah 1. Orang yang menyertainya memang betul jawapannya tetapi tidak menang juga. Ini yang dikatakan judi dan penindasan. JAKIM dan bekas Mufti Perlis iaitu Dr. Asri Zainal Abidin telah mengeluarkan fatwa mengenai peraduan sms ini dengan mengatakan peraduan tersebut adalah haram sebab tidak mematuhi syarak dan membazir.

Ringkasnya, setiap perkara yang dipertaruhkan adalah judi, tidak kira jenis perkara dan barang apa yang dipertaruhkan. Sesiapa yang berjudi adalah dosa besar kerana melanggar perkara yang telah jelas diharamkan oleh syarak. Makanlah dari rezeki yang dihalalkan oleh syarak, iaitu rezeki yang dicari dari hasil penat lelah kita sendiri. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Al-Baqarah : 172)

13 comments :

  1. terima kasih dengan perkongsian ustz disini .. memang terlalu banyak jenis perjudian dalam kehidupan rakyat malaysia kita sekarang ni .. dari anak kecil lagi dah di ajar berjudi sejak kecil lagi , macam2 ada di kedai2 runcit/biasa kita bleh tgk .. sememangnya rakyat malaysia didedahkan dengan budaya perjudian .. minta maaf cakap ..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ringgo tidak mengapa teruskan menyuarakan perkara yang hak dan teruskan ban perkara yang batil. saya setuju dengan perkogsian ringgo terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Betul tu Ustaz, ramai yg tdk blh nk bezakan samaada perkara itu judi atau tidak.

    ReplyDelete
  4. salam ustaz..slps sy mendengar huraian dr ramai alim ulama masakini jd sy ada menulis ttng isu penerimaan mazhab..harap kalau ada salah tolonglah ustaz untuk tegurkan ye..bukan apa,risau juga dalam berpendapat tentang agama..sekurang2nya jika dipantau oleh orng yg lbh alim tentang ilmu agama maka lebih sempurna la pemahaman yang cuba disampaikan..itu shja..sy cuma takut menyebarkan fahaman yang sesat shja..jd mdh2an ustaz sudi kiranya tegur klu ada yang krng betul dalam saya menyampaikan kembali apa yg sy terima.insyarallah

    ReplyDelete
  5. Salam semua,

    Saya musykil.
    Sekarang Piala Dunia berlangsung. Team favorite saya masuk final. Saya cakap dekat kawan kalau team saya menang, saya belanja dia makan. Dan dia pulak cakap kalau team dia menang, dia pulak belanja makan. Kedua kami setuju. Niat kami cuma nak sedekah/belanja tanda kami gembira. Adakah ini judi? Harap perjelaskan.

    ReplyDelete
  6. Kalau macam tu tak apa lah dan boleh sebab tiada pertaruhan, yang dinamakan judi itu adalah pertaruhan. Lagipun keduanya redho dan niat untuk sedekah dan bukan untuk memperolehi manfaat dari pertaruhan tersebut dan tiada ikatan terhadap perlawanan tersebut.

    ReplyDelete
  7. As Salam

    Ustaz, Saya ingin menganjurkan pertandingan bowling. Setiap peserta harus membayar wang yuran penyertaan. Yuran penyertaan adalah utk menampung kos permainan, penyewaan peralatan serta utk membeli hamper/hadiah utk pemenang2. Tujuan pertandingan adalah utk berkumpul serta mengeratkan silaturrahim. Apakah hukum pertandingan tersebut?

    ReplyDelete
  8. bagaimana pula pertaruhan dalm pilihanraya?

    ReplyDelete
  9. as'kum ustaz..apakah hukumnya sekiranysa seseorg itu menggunakan wang untuk membeli pemain dlm game bola sepak (dlm internet spt dlm fb @sebagainya)..kdg kala sehingga melalaikan..blh dianggap judi ke


    ReplyDelete
  10. dalam hadis nabi bertaroh kuda berlari dan dia menang dalam pertarohan itu.

    sila kasi dalil dari al quran dan hadis apa itu judi.

    tersilap jawab menyebabkan kita menuduh nabi berjudi

    ReplyDelete
  11. Bagaimana pula dalam game, seperti game2 online sekarng, trdapat jualan key yang bole digunakan utk membuka kotak, apabila kotak dibuka, dapatlah sesuatu barang yang bole digunakan didlam game, ada yang nilai tinggi ada yang tidak, klau bernasib baik dapt yang nilai tinggi, tapi yang keliru seknrg die x merugikan sesiapa kerana masih dpt something. so mcm mne di kire tu? adakah judi? dan brang yang dapat didlama kotak tersebut bole dibuat jual dalam RM, so adakah ianya haram dijual?

    ReplyDelete
  12. Soalan saya hampir kepada persoalan diatas tentang permainan badminton. Saya dan kawan2 bermain badminton dan bersetuju jika sapa kalah bayar RM3 dan menang bayar RM1 sementara kalau seri bayar RM 2. Untuk makluman Ustaz duit ini bukan diberi kepada mana2 pihak yg bertanding, tetapi diserahkan kepada pengurus yg menyediakan bola badminton. Ia hanya menampung pembayaran bola sahaja dan tiada langsung niat kami untuk berjudi. Ia dibuat untuk menambahkan kesungguhan setiap pemain double untuk bermain.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ustaz saya nak tanya kalau contohnya dalam permainan game online ada pasukan pasukan yang akan bertanding dalam pertandingan , boleh meletakkan barang atau item game tersebut untuk pasukan yang bertanding dan akan kalah jika barang tersebut akan hilang dan jika menang akan dapat barang itu dan barang orang lain dan jika barang itu hanya digunakan untuk menyokong pasukan tersebut dan tidak menukar barang itu dalam bentuk wang adakah itu dikira haram

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG